You are on page 1of 2

Masalah yang Dihadapi

Masalah yang dihadapi di taska termasuklah masalah guru yang tidak terlatih (Utusan
Borneo, 2017, seperti yang dipetik oleh Patricia Gari, 2017). Sebagai tambahan, apabila sesuatu
taska mempunyai guru yang tidak terlatih seperti lepasan SPM yang tidak mempunyai
pemahaman asas berkaitan taska. Ianya akan menimbulkan masalah di tadika dan taska seperti
kes penderaan terhadap kanak-kanak. Justeru itu, ini akan menyebabkan komuniti memilih untuk
tidak menghantar anak mereka ke tadika dan taska. Dato Sri Fatimah Abdullah (2017)
menyatakan bahawa ia penting untuk memastikan pendidikan awal yang berkualiti diberikan
kepada kanak-kanak berusia kosong hingga empat tahun.

Selain permasalahan tersebut, kemunculan penyakit yang dikenali sebagai COVID-19 di


Malaysia, telah memberi impak yang besar terhadap sektor ini. Penyakit Coronavirus 2019, juga
dikenali sebagai COVID-19, adalah virus yang dihasilkan daripada Betacoronavirus. Ia adalah
subgenus virus yang sama yang menyebabkan SARS (sindrom pernafasan yang teruk), yang
menyerang manusia. (Salman Mansoor et. Al, 2020). Perkhidmatan taska dan tadika telah
dihalang berikutan wabak Coronavirus. Tadika dan taska tidak lagi boleh menyediakan
perkhidmatan kepada ibu bapa yang memerlukan penjagaan, asuhan dan pendidikan anak. Selain
itu, ibu bapa juga enggan membayar harga taska kerana taska tidak menyediakan perkhidmatan,
malah ada ibu bapa yang meminta pengurangan caj kerana tidak menggunakan perkhidmatan
taska.

Seterusnya, permasalahan yang dihadapi termasuk isu datuk dan nenek menjaga cucu. Ia
merangkumi maklumat seperti bilangan cucu yang dijaga pada bila-bila masa, umur mereka,
persekolahan mereka, masalah kesihatan mereka, dan sebagainya. Menurut Noor Afidah Abu
Bakar (2019), ada dikalangan komuniti terdekat seperti datuk dan nenek enggan untuk
menghantar cucu mereka ke taska dan tadika kerana bagi mereka didikan dirumah lebih
berkualiti dan juga menjimatkan. Namun, hal ini menyebabkan kanak-kanak yang tidak dihantar
ke tadika dan taska tidak tahu bagaimana untuk bergaul dengan rakan sebaya mereka. Selain itu,
mereka juga akan ketinggalan dari segi pembelajaran. Kesimpulannya, ibu bapa, guru dan
pengasuh perlu memainkan peranan yang besar dalam memastikan kanak-kanak ini mendapat
Pendidikan yang berkualiti.

You might also like