You are on page 1of 133

LAPORAN PROGRAM PERANTIS GURU 2

(PPG2)

NAMA : NORAKMAL RASHIDI BIN NORKHALIS

NO. MATRIK : D20181084474

NO. KAD PENGENALAN : 980421-04-5669

KURSUS : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

JASMANI (KEPUJIAN)

FAKULTI : SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

NAMA PENSYARAH : DR. FAIRUS FARIZA BINTI ZAINUDIN


SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGENALAN 1–2

1.0 PENGETAHUAN DALAM SUKATAN/ DOKUMEN STANDARD 3 – 101


KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)

2.0 KEMAHIRAN DAN AMALAN PDP GURU PEMBIMBING 102 – 108

3.0 KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU PELATIH 108 – 113

4.0 KEMAHIRAN DALAM AKTIVITI PENGURUSAN SEKOLAH 114 – 120

5.0 KEMAHIRAN DALAM AKTIVITIPENGURUSAN KO- 121 – 127


KURIKULUM

PENUTUP 128

LAMPIRAN 129 – 131


PENGENALAN

Program Perantis Guru atau PPG ini merupakan suatu program pembaharuan yang

diilhamkan daripada program yang lebih dikenali sebagai Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)

suatu ketika dahulu. PPG 2 ini merupakan kesinambungan kepada PPG 1 yang telah dijalani oleh

semua pelajar yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) pada cuti

semester selama 2 minggu. Manakala, PPG 2 pula memerlukan pelajar untuk menjalani program

tersebut selama 4 minggu bersamaan sebulan. Program ini bertujuan untuk memberi

pendedahan awal kepada para pelajar atau guru pelatih terhadap bidang pendidikan dan alam

persekolahan dari perspektif seorang guru. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi

peluang kepada pelajar atau guru pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan

peranan guru di dalam bilik darjah. Di samping itu, PPG 2 ini juga dilaksanakan untuk mencapai

objektif dimana para pelajar atau guru pelatih mampu membina kemahiran dalam amalan PdP,

pengurusan sekolah dan pengurusan ko-kurikulum.

Pada 25 Ogos 2020, saya telah melapor diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit

Rambai (SMKBR) yang terletak di Bukit Rambai, Melaka untuk menjalankan Program Perantis

Guru (PPG) 2 selama sebulan iaitu bermula dari 25 Ogos 2020 hingga 23 September 2020. Saya

memilih sekolah tersebut kerana sekolah ini merupakan sekolah menengah yang berdekatan

dengan kawasan kediaman saya. Memandangkan pihak Pusat Latihan Mengajar UPSI (PULAMI)

juga menyarankan kami untuk menjalankan PPG ini berdekatan dengan tempat tinggal kami

sahaja. SMKBR merupakan jenis Sekolah Menengah Kebangsaan dan sekolah ini berada di

kawasan luar bandar. Sekolah ini berada di kawasan yang berdekatan dengan kilang- kilang dan

bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai (SKTBR). Dalam PPG 2 ini,

pelajar perlu melaksanakan beberapa tugasan dalam membina kemahiran dalam amalan PdP,

pengurusan ko-kurikulum dan pengurusan sekolah. Selama mana saya menjalani. PPG 2 di

sekolah tersebut saya telah diberi peluang untuk meningkatkan pelbagai kemahiran dalam diri

1
saya pihak sekolah banyak memberi peluang kepada saya untuk terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah di samping dapat

membantu saya untuk mengurus sesuatu pengurusan mahupun aktiviti kurikulum dan juga ko-

kurikulum.

2
1.0 SUKATAN/ DOKUMEN KANDUNGAN MATAPELAJARAN PENGKHUSUSAN MASING-
MASING
1.1 DSKP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1

3
Topik Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Menengah Rendah Tingkatan 1.

Komponen Jasmani

Bidang Kemahiran: Gimnastik Asas

4
Bidang Kemahiran : Pergerakan Berirama

5
Bidang Kemahiran Kategori Serangan: Bola Sepak

6
Bidang Kemahiran Kategori Serangan: Bola Jaring.

7
8
Bidang Kemahiran kategori Jaring: Bola Tampar.

9
Bidang Kemahiran kategori Jaring: Badminton.

10
Bidang Kemahiran : Olahraga Asas.

11
12
Bidang Kemahiran : Rekreaksi dan Kesenggangan.

13
Bidang Kecergasan : Komponen Kecergasan.

14
15
KOMPONEN KESIHATAN

1.0 Pendidikan kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)

16
2.0 Kesihatan Diri dan Reproduktif

3.0 Penyalahgunaan Bahan

17
4.0 Pengurusan Mental dan Emosi

5.0 Kekeluargaan

18
6.0 Perhubungan

7.0 Penyakit

19
8.0 Keselamatan

9.0 Pemakanan

20
10.0 Pertolongan Cemas

21
1.2 DSKP PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2.

22
Topik Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Menengah Rendah Tingkatan 2.

Komponen Jasmani

Bidang Kemahiran: Gimnastik Asas

23
Bidang Kemahiran: Pergerakan Asas

24
Bidang Kemahiran Kategori Serangan: Bola Baling

25
Bidang Kemahiran Kategori Serangan: Ragbi Sentuh

26
Bidang Kemahiran Kategori Jaring: Sepak Takraw

27
Bidang Kemahiran Pukul dan Memadang: Kriket

28
29
Bidang Kemahiran: Olahraga Asas

30
Bidang Kemahiran: Rekreaksi dan Kesenggangan

31
Bidang Kecergasan: Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan

32
33
KOMPONEN PENDIDIKAN KESIHATAN

1.0 Kesihatan Diri dan Reproduktif

34
2.0 Penyalahgunaan Bahan

3.0 Pengurusan Mental dan Emosi

35
4.0 Kekeluargaan

5.0 Perhubungan

36
6.0 Penyakit

7.0 Keselamatan

37
8.0 Pemakanan

9.0 Pertolongan Cemas

38
1.3 DSKP PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

39
Topik Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Menengah Rendah Tingkatan 3

Komponen Jasamani

Bidang Kemahiran: Gimnastik Asas

40
Bidang Kemahiran: Pergerakan Berirama

41
Bidang Kemahiran Kategori Serangan: Bola Keranjang

42
Bidang Kemahiran Kategori Serangan: Hoki

43
44
Bidang Kemahiran Kategori Jaring: Ping Pong

45
Bidang Kemahiran Kategori Jaring: Tenis

46
Bidang Kemahiran Kategori Memukul dan Memadang: Sofbol

47
Bidang Kemahiran: Olahraga Asas

48
Bidang Kemahiran: Rekreasi dan Kesenggangan

49
Bidang Kecergasan: Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan

50
51
Komponen Pendidikan Kesihatan

1.0 Kesihatan Diri dan Reproduktif

52
2.0 Penyalahgunaan Bahan

3.0 Pengurusan Mental dan Emosi

53
4.0 Kekeluargaan

5.0 Perhubungan

54
6.0 Penyakit

7.0 Keselamatan

55
8.0 Pemakanan

9.0 Pertolongan Cemas

56
1.4 DSKP PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4 & 5

57
Topik Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Menengah Atas Tingkatan 4

Komponen Jasmani

Bidang Kemahiran: Pergerakan Berirama

58
Bidang Kemahiran Kategori Serangan: Bola Sepak

59
Bidang Kemahiran Kategori Serangan: Bola Jaring

60
Bidang Kemahiran Kategori Serangan: Bola Baling

61
Bidang Kemahiran Kategori Jaring: Bola Tampar

62
Bidang Kemahiran Kategori Jaring: Sepak Takraw

63
64
Bidang Kemahiran Kategori Jaring: Tenis

65
Bidang Kemahiran Kategori Pukul dan Memandang: Kriket

66
Bidang Kemahiran: Rekreasi dan Kesenggangan

67
Bidang Kecergasan: Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan

68
69
Komponen Pendidikan Kesihatan

1.0 Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PEERS)

70
2.0 Penyalahgunaan Bahan

3.0 Pengurusan Mental dan Emosi

71
4.0 Kekeluargaan

5.0 Perhubungan

72
6.0 Penyakit

7.0 Keselamatan

73
8.0 Pemakanan

9.0 Pertolongan Cemas

74
Topik Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Menengah Atas Tingkatan 5

Komponen Pendidikan Jasmani

Bidang Kemahiran: Pergerakan Berirama

75
Bidang Kemahiran Kategori Serangan: Ragbi Sentuh

76
77
Bidang Kemahiran Kategori Serangan: Bola Keranjang

78
Bidang Kemahiran Kategori Serangan: Hoki

79
80
Bidang Kemahiran Kategori Jaring: Badminton

81
Bidang Kemahiran Kategori Jaring: Ping Pong

82
Bidang Kemahiran Kategori Memukul dan Memandang: Sofbol

83
Bidang Kemahiran: Rekreasi dan Kesenggangan

84
Bidang Kecergasan: Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan

85
86
Komponen Pendidikan Kesihatan

1.0 Kesihatan Diri dan Reproduktif

87
2.0 Penyalahgunaan Bahan

3.0 Pengurusan Mental dan Emosi

88
4.0 Kekeluargaan

5.0 Perhubungan

89
6.0 penyakit

7.0 Keselamatan

90
8.0 Pemakanan

9.0 Pertolongan Cemas

91
1.5 PERKAITAN ANTARA TAJUK MENENGAH RENDAH DAN MENENGAH ATAS

KSSM digubal dalam bentuk pernyataan standard bagi membolehkan semua murid

memperoleh pendidikan yang sama dan berkualiti. Akauntabiliti pentadbir dan guru dapat

memastikan semua murid melepasi piawaian standard yang telah ditetapkan bagi semua

murid melepasi piawaian standard yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran. Pernyataan

standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai

oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.

KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM seperti kesinambungan pendidikan rendah

dengan pendidikan menengah. Di peringkat rendah, penekanan ialah kepada kemahiran-

kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul; pengetahuan asas yang

dapat menjamin perkembangan potensi secara menyeluruh, dan asas nilainilai murni.

Kemahiran-kemahiran tersebut diperkembangkan dan diperkukuhkan di peringkat

menengah. Ilmu dipertingkatkan dan diperluaskan. Sementara itu, nilai-nilai murni pula

diperluaskan dan diperkukuhkan lagi.

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan

kepada pembelajaran berdasarkan kemahiran asas pergerakan dan amalan gaya hidup

sihat melalui domain psikomotor, kognitif, dan afektif. Selain itu, murid akan menguasai

pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang akan digunakan untuk mengekalkan kecergasan

dan kesihatan diri ke arah kesejahteraan hidup serta jangka hayat yang panjang dan

berkualiti melalui pengalaman pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan memberi

penekanan kepada peningkatan pembangunan kendiri dari segi fizikal, mental, emosi,

sosial, keselamatan, tanggungjawab kendiri, interaksi dan kerjasama. Murid

menggunakan dan meningkatkan kemahiran penyelidikan, berfikir secara kritikal dan

92
mengaplikasi pengetahuan saintifik, strategi, kemahiran motor, kemahiran kecekapan

psikososial dan nilai dalam situasi sebenar kehidupan harian. Namun, laporan ini hanya

menumpukan pada peringkah menengah rendah dan atas sahaja.

Pada peringkat menengah rendah iaitu Tingkatan 1, 2 dan 3, kurikulum mata

pelajaran ini direalisasikan melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

(DSKP) yang merupakan dokumen wajib yang perlu dirujuk oleh guru untuk merancang

dan mentaksir pengajaran dan pembelajaran. Sebelum ini, kurikulum yang digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 1, 2

dan 3 adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) iaitu

dengan merujuk Huraian Sukatan Pengajaran bagi merancang aktiviti dan menghasilkan

bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid.

Standard Kurikulum Sekolah Menengah (KSSM) dibina berasaskan enam tunjang,

iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri,

Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut

merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan

dengan pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan

modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan,

berketerampilan, berpemikiran kritis, dan kreatif serta inovatif sebagaimana yang

digambarkan dalam Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal berdasarkan kerangka KSSM

iaitu memberi fokus kepada tunjang perkembangan fizikal dan estetika yang memberi

penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri.

Bagi peringkat menengah atas pula iaitu tingkatan 4 dan 5, kurikulum mata pelajaran

ini masih menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dengan

93
berpandukan Huraian Sukatan Pengajaran (HSP) bagi merancang aktiviti dan

menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi mata pelajaran

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. KBSM ini mula dilaksanakan di sekolah-

sekolah mulai tahun 1989. Namun, bermula pada tahun 2017, Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) telah digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah

Menengah (KSSM) dan akan dilaksanakan secara berperingkat. Manakala, Tingkatan 4

dan 5 masih menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sehingga

kini. KBSM bagi menengah atas ini masih berfokus kepada penguasaan kemahiran dan

ilmu pengetahuan yang lebih luas dan mendalam serta menitikberatkan aktiviti

kokurikulum. Huraian Sukatan Pengajaran Pendidikan Jasmani mengandungi perincian

kurikulum untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Tahap I dan II serta

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sukatan pengajaran Pendidikan

Jasmani (KBSM) bagi menengah atas ini disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu

kecergasan, kemahiran dan kesukanan manakala bagi Pendidikan kesihatan pula turut

disusun kepada tiga tunjang utama juga iaitu kesihatan diri & keluarga, gaya hidup sihat

dan kebersihan & keselamatan persekitaran.

94
KBSM Pendidikan Jasmani Tingkatan 1,2, Dan 3

KBSM Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 Dan 5

95
Terdapat dua perkaitan antara topik menengah rendah dan menengah atas iaitu pertama

melibatkan segala kemahiran dalam gimnastik asas, pergerakan berirama, olahraga asas,

rekreasi, kecergasan dan tiga jenis kategori permainan iaitu serangan, jaring, dan mem adang.

Bagi kemahiran gimnastik asas adalah untuk meningkatkan fleksibiliti, ketangkasan, imbangan,

kekuatan, dan kawalan badan. Menerusi kemahiran gimnastik asas tingkatan Satu, murid

menggunakan kemahiran yang spesifik untuk melakukan lantunan dan layangan di atas

trampoline. Bagi tingkatan dua pula adalah menggunakan kemahiran motor yang spesifik untuk

hambur dan melombol dan tingkatan 3 adalah mengaplikasikan prinsip mekanik dan konsep

pergerakan semasa melakukan rangkaian kemahiran gimnastik asas dalam gimnastrada.

Topik seterusnya bagi menengah rendah adalah pergerakan berirama di mana ianya

merupakan medium penting untuk menggalakkan murid kreatif dan menguasai kemahiran sosial.

Pergerakan berirama bagi murid Tingkatan Satu memberi penekanan kepada kemahiran

pergerakan dalam tarian tradisional dan etnik. Menerusi kemahiran ini, murid boleh

mengimprovisasi pergerakan dalam tarian tradisional dan etnik mengikut kreativiti dan membuat

persembahan. Bagi tingkatan 2 adalah kemahiran pergerakan kreatif dan tarian tradisional seperti

Inang dan tingkatan 3 adalah kemahiran pergerakan dalam langkah tarian Zapin dan Ngajat.

Bagi kategori serangan dalam permainan adalah bola sepak, bola jaring, bola baling, ragbi

sentuh, bola keranjang dan hoki. Kategori jaring adalah bola tampar, badminton, sepaktakraw,

pingpong dan tenis. Bagi kategori memadang pula akan dimuridi bermula tingkatan 2 iaitu kriket

dan sofbol. Topik yang seterusnya adalah olahraga asas dimana bagi menengah rendah, topik

yang akan dimuridi adalah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berhalangan, lontar peluru, lempar

cakera, baling tukul besi, lompat jauh, dan lompat tinggi. Olahraga asas ini diperkenalkan dalam

Pendidikan Jasmani adalah untuk memberi murid kemahiran, pengetahuan, dan pengalaman

dalam berlari, melompat, dan membaling.

96
Tujuan murid menengah rendah mempelajari bidang kecergasan pula adalah untuk

membolehkan mereka melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan kecergasan fizikal

berdasarkan prinsip dan strategi. Murid diberi pendedahan berkaitan aktiviti dan senaman yang

dapat meningkatkan komponen kecergasan berasaskan kesihatan seperti kapasiti aerobik,

kelenturan, daya tahan dan kekuatan otot, dan komposisi badan. Murid juga diberi pendedahan

tentang pentaksiran kecergasan fizikal. Selain itu, murid dapat memahami fungsi fisiologi badan

dan kesan senaman terhadap prestasi diri dan kesihatan diri dan bidang ini akan memberi

panduan kepada murid untuk melakukan aktiviti kecergasan secara sistematik dan tekal untuk

meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan hidup.

Bagi pendidikan kesihatan pula melibatkan topik pendidikan kesihatan reproduktif dan

sosial (PEERS), pemakanan dan pertolongan cemas. Pendidikan Kesihatan ini memberi fokus

kepada Pendidikan Kesihatan Berasaskan Kemahiran (Skills-Based Health Education) yang

merangkumi kemahiran kecekapan psikososial yang membolehkan murid mengekalkan gaya

hidup sihat melalui pemerolehan maklumat, pembentukan sikap atau tabiat, kemahiran yang

merangkumi nilai murni, pelbagai pengalaman pembelajaran dan penekanan kepada kaedah

partisipatori.

Bagi menengah atas pula, Kurikulum Sekolah Menengah (KBSM) masih digunakan

dengan berpandukan Huraian Sukatan Pengajaran (HSP) bagi merancang aktiviti dan

menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi mata pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Bagi menengah atas, mereka akan mempelajari topik yang

sedikit sukar berbanding dengan topik semasa di menengah rendah. Bagi pendidikan jasmani,

mereka akan mempelajari tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan

kesukanan. Ketiga-tiga tunjang ini melibatkan topik daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot,

kekuatan otot, komposisi badan, permainan, olahraga gimnastik, pergerakan kreatif, rekreasi,

kesenggangan dan keselamatan. Bagi pendidikan kesihatan pula melibatkan tiga tunjang utama

97
juga iaitu kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat dan kebersihan dan keselamatan

persekitaran. Antara topik yang dimuridi adalah kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan,

pemakanan, pengurusan konflik dan stress, penyalahgunaan bahan, keselamatan dan

pertolongan cemas.

Perkaitan antara menengah rendah dan menengah atas saling tidak terlalu banyak

perbezaan cuma pada menengah atas, murid akan memmuridi topik yang sedikit sukar. Bagi

menengah rendah, pembelajarannya adalah lebih kepada Teaching Game For Understanding

(TGfU) dimana pembelajaran abad ke-21 digunakan. Pembelajaran abad ke-21 ini merupakan

pembelajaran berpusatkan murid berbanding dengan menengah atas yang masih menggunakan

KBSM dan pembelajaran masih berpusatkan guru.

Kesimpulannya, Kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ini

telah digubal bagi melahirkan murid yang berdaya tahan, pemikir, mahir berkomunikasi, kerja

sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermatlamat, penyayang atau prihatin serta

mempunyai semangat patriotik di dalam diri setiap murid.

98
PERBEZAAN TEACHING FOR UNDERSTANDING (TGFU) DENGAN PENGAJARAN

TRADISIONAL

KBSM KSSM

PENGAJARAN TRADISIONAL TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING


(TGFU)

• Berpusatkan guru atau juulatih • Berpusatkan murid atau pemain sesi


murid akan bergantung untuk pembelajaran
menentukan apa perlu dibuat dan • Menggunakan kaedah “persoalan
bila perlu dibuat untuk menggesa murid membuat
• Guru perlu mengarahkan murid keputusan.
atau pemain dan membetulkan • Membimbing mereka membuat strategi
kesalahan yang mereka lakukan sendiri tanpa mengharapkan guru atau
dalam permainan jurulatih
• Murid berperanan pasif menerima • Memberi tanggungjawab dan peranan
arahan untuk membuat tindakan kepada murid atau pemain untuk
• Memaksa murid untuk fokus dalam membentuk kepimpinan.

satu perlawanan walaupun sudah • Memberi ruang dan peluang untuk


murid merasa keseronokan dengan
nyata kelihatan mereka sudah
latihan atau permainan dengan sesuai
nyata kelihatan mereka sudah tidak dengan tahap mereka
berminat.

99
KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM TGFU

Game Form

 Sesuai untuk semua peringkat umur

 Mengandungi kategori permainan yang berbeza tetapi mempunyai kurikulum yang sama.

 Membantu murid untuk belajar cara membuat keputusan dan penyelesaian masalah

 Memberi tunjuk ajar yang seumpama permainan sebenar yang sesuai telah ditetapkan

Tactical Awareness

• Menggunakan taktik dalam sesuatu pasukan mengawal permainan dengan baik


• Membolehkan sesuatu pasukan mengawal permainan dengan baik
• Asas taktik yang dibina tidak semestinya akan berjaya sebaliknya perlu diubah untuk
memenuhi kehendak permainan tersebut

Game Appredation
• Memahami peraturan permainan walaupun permainan itu mudah
• Penting untuk mengingati peraturan yang diberi mengikut bentuk permainan tersebut
• Menambah dan menerangkan intensiti adalah penting dalam sesuatu pemainan bagi
menambah keseronokan dalam sesuatu permainan itu atau menambah kesukaran
terhadap kesukaran permainan tersebut
• Penambahan undang-undang tentang tempat, masa dan kawasan boleh juga
menceriakan suasana permainan.

Decision making
• Cara membuat keputusan dalam masa yang singkat secara tepat dan pantas adalah
sukar
• Dalam penekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat bersarkan apa yang
hendak dilakukan
• Dalam pendekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat berdasarkan apa
yang hendak diakukan dan bagaimana yang hendak dilakukan

100
Skill Exedution

• Dalam mempersembahkan kemahiran yang digunakan untuk menunjukkan hasil yang


sebenar yang diperlukan dalam pergerakan seperti yang diajar oleh guru

• Konteks mengajar dan dapat mengenali kebolehan guru tersebut


• Berbeza dengan apa yang dipraktikan dan menguasai aspek kualiti dan persembahan
keberkesanan pergerakan mekanikal dan relevensinya mengikut keadaan permainan

Performance

• Ini merupakan hasil daripada latihan yang telah dilakukan sebelum ini
• Melalui pencapaian yang telah dicapai, kita boleh mengetahui murid tersebut
merupakan atlit yang berpotensi atau tidak samada diperingkat sekolah atau
antarabangsa
• Melalui pencapaian yang telah dicapai ia boleh menjadi kayuukur teknik yang
berkesan

Conclusion

• Aspek berturutan bagi model itu adalah kritikal


• Berlain dengan kaedah pengajaran tradisional, kaedah atau cara ini bermula dengan
permainan peraturan bagi persamaan itu telah ditetapkan untuk perkembangan
kesedaran tektikal dan membuat keputusan dimana telah mendahului faktor respon
bagi pelaksanaan kemahiran dan pencapaian

101
2.0 KEMAHIRAN DALAM AMALAN PdP GURU PEMBIMBING

2.1 PEMERHATIAN SESI PDP GURU PEMBIMBING

i. Tajuk: Pertolongan Cemas (Bantu Mula D. R. A. B. C.)

- Tajuk yang diajar oleh guru pembimbing adalah bidang pertolongan cemas iaitu

bantu mula D. R. A. B. C. Topik ini dilaksanakan dengan mengetahui,

mengaplikasi dan menilai tindakan yang diambil semasa melaksanakan

prosedur D. R. A. B. C. Bantu mula D. R. A. B. C. tersebut merupakan topik

dalam pertolongan cemas di dalam silibus tingkatan 1 KSSM.

ii. Objektif pengajaran:

a. Psikomotor

- Mendemonstrasi prosedur bantu mula D. R. A. B. C. dengan baik.

b. Kognitif

- Menghasilkan ilustrasi dan penulisan secara kreatif tentang langkah-langkah

asas bantu mula yang dapat dilakukan semasa kecemasan dengan baik.

c. Afektif

- Murid menunjukkan keseronokan semasa melakukan aktiviti bersama guru dan

rakan-rakan.

102
iii. Kaedah mengajar :

Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru pembimbing ialah stail pengajaran A iaitu

Gaya Perintah/Arahan dimana kaedah pengajaran ini berpusatkan guru. Guru akan

menerangkan prosedur D. R. A. B. C. tersebut dan juga melakukan demonstrasi lakonan

situasi kecemasan. Selepas penerangan, murid dikehendaki mengaplikasikan prosedur

D. R. A. B. C. melalui lakonan situasi kecemasan Apabila murid melakukan lakuan yang

salah, guru akan membuat peneguhan dengan membetulkan kesilapan tersebut dan

meminta murid untuk melakukan prosedur tersebut semula. Guru pembimbing juga

menggunakan stail pengajaran B berpusatkan pelajar. Stail B menunjukkan penglibatan

secara aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas, guru hanya

bertindak sebagai pembimbing atau pemudah cara kepada murid. Murid aktif menjawab

soalan dan mendapatkan bantuan daripada guru sekiranya terdapat soalan yang sukar

untuk difahami oleh murid.

iv. Pengunaan alat bantu mengajar :

Semasa sesi PdP, guru pembimbing menggunakan alat bantu mengajar seperti pen

penanda, kertas sebak, kad situasi, patung CPR Prestan dan buku teks Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tingkatan 1.

v. Pengurusan bilik darjah:

Sepanjang sesi PdP berjalan, guru pembimbing memulakan kelas dengan arahan yang

jelas dengan meminta murid duduk di bahagian hadapan kelas supaya arahan yang

disampaikan dapat didengar dengan jelas. Guru pembimbing menekankan SOP yang

perlu patuhi oleh murid semasa melakukan demontrasi prosedur D. R. A. B. C. pada hari

103
tersebut serta peraturan-peraturan sekolah yang wajib dipatuhi. Guru pembimbing

mengawal situasi kelas dengan membuat sesi pembelajaran menjadi lebih seronok dan

murid lebih bersemangat untuk melakukan semua aktiviti dan sentiasa menunggu aktiviti-

aktiviti seterusnya yang bakal dilakukan oleh guru pembimbing. Di samping itu, guru

pembimbing juga memberikan respons yang positif untuk memuji murid yang dapat

melakukan prosedur D. R. A. B. C. dengan baik manakala memberi tunjuk ajar kepada

murid yang tidak dapat melakukan prosedur D. R. A. B. C. dengan betul dan memberikan

semangat untuk murid untuk terus mencuba sehingga berjaya.

vi. Pengurusan masa pengajaran

Pengurusan masa dalam PdP diselaraskan dan diuruskan dengan baik. Dua orang

murid dipilih untuk melakukan demonstrasi prosedur D. R. A. B. C. di hadapan murid –

murid lain. Di awal PdP, guru pembimbing memulakan dengan menerangkan maksud D.

R. A. B. C. dan prosedur untuk melakukan D. R. A. B. C. Di akhir PdP, guru pembimbing

telah melakukan refleksi kepada pelajar tentang apa yang telah diajar olehnya. PdP

berakhir tepat pada masanya dan semua aktiviti telah dapat diselesaikan tepat pada

waktunya.

vii. Kaedah penilaian:

Guru pembimbing menilai keupayaan murid berdasarkan demonstrasi prosedur D. R.

A. B. C. yang dinyatakan di dalam DSKP Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan Tingkatan 1. Melalui demonstrasi, guru pembimbing boleh melihat dan

menilai sejauh mana kefahaman murid berdasarkan topik yang telah diajar.

104
viii. Penutup:

 Guru pembimbing membuat soalan berdasarkan topik yang dipelajari pada hari

tersebut dan jika murid dapat menjawab soalan itu dengan betul, maka guru

pembimbing akan memberikan hadiah sebagai ganjaran.

 Akhir sekali, penutup yang dilakukan oleh guru pembimbing adalah mengingatkan

kembali murid berkaitan topik pada hari tersebut. Sebagai contoh, guru

mengulangi prosedur D. R. A. B. C. supaya murid tidak lupa apa yang dipelajari

pada hari tersebut.

ix. Menyenaraikan kemahiran yang dipelajari oleh murid:

Selepas tamat proses PdP, saya lihat bahawa murid dapat memahami apa yang ingin

disampaikan oleh guru pembimbing dengan sempurna dan murid dapat menguasai

kemahiran untuk melakukan prosedur D. R. A. B. C. dengan betul.

x. Hasil pembelajaran:

Sepanjang proses pengajaran yang dijalankan oleh guru pembimbing:

 Murid dapat mendemonstrasi prosedur bantu mula D. R. A. B. C. dengan baik.

 Murid dapat menghasilkan ilustrasi dan penulisan secara kreatif tentang

langkah-langkah asas bantu mula yang dapat dilakukan semasa kecemasan

dengan baik.

 Murid menunjukkan keseronokan semasa melakukan aktiviti bersama guru dan

rakan-rakan.

xi. Mengenal pasti murid berkeperluan khas (sekiranya ada)

Setelah diperhatikan, tiada murid yang berkeperluan khas yang berada di kelas tersebut.

105
2.2 MEMBUAT REFLEKSI TERHADAP PROSES PdP GURU PEMBIMBING

Bagi melaksanakan tugasan kedua, saya telah menyertai guru pembimbing melaksanakan

PdP di kelas tingkatan 1 AL – Ghazali, terdapat seramai 12 orang murid lelaki di dalam kelas

tersebut. PdP ini berlangsung selama satu jam bermula pada pukul 8.40 pagi sehingga pukul

9.40 pagi pada hari Isnin bertarikh 7 September 2020. Tajuk PdP pada masa tersebut ialah

Bantu mula D. R. A. B. C. di dalam bidang pertolongan cemas. Guru pembimbing saya ialah

Encik Zaini Bin Kusin merupakan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Sekolah

Menengah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka.

Kelas dimulakan oleh guru pembimbing dengan memperkenalkan saya kepada murid –

murid kelasnya. Guru pembimbing memulakan sesi PdP dengan bertanyakan khabar tentang

kesihatan murid – murid. Setelah memastikan semua murid dalam keadaan baik, guru

pembimbing menerangkan maksud D. R. A. B. C. kepada murid- murid. Guru pembimbing

membuat ringkasan mengenai tajuk yang dipelajari pada hari tersebut supaya murid – murid

dapat memahami dan mengetahui apa yang mereka pelajari pada hari tersebut seperti

maksud D. R. A. B. C. dan prosedur melakukan D. R. A. B. C.

Berdasarkan pemerhatian saya, sepanjang sesi PdP dijalankan, guru pembimbing

memberikan sepenuh perhatian kepada murid dan murid memberikan sepenuh tumpuan

terhadap pembelajaran mereka. Seterusnya, sesi soal jawab antara murid dengan guru juga

sangat baik. Hal ini boleh mewujudkan hubungan dua hala antara pelajar dan guru yang

sangat berkesan. Guru pembimbing juga menggunakan alat bantu mengajar sangat baik dan

murid juga memberikan kesan yang positif. Semasa proses PdP berlangsung, suasana di

dalam kelas sangat baik dan tiada seorang murid pun yang tidur di dalam kelas dan semua

pelajar memberikan tindak balas yang positif. Guru pembimbing juga memilih 2 orang pelajar

106
untuk membuat demonstrasi melakukan prosedur D. R. A. B. C. di hadapan kelas pada hari

tersebut. Manakala, murid lain membuat pemerhatian terhadap murid yang melakukan

prosedur D. R. A. B. C. Hasil daripada ini, semua murid sama ada pelaku yang melakukan

prosedur tersebut dapat memahami dengan baik tentang topik yang dipelajari pada hari

tersebut.

Di samping itu, guru pembimbing juga memberikan soalan – soalan kuiz kepada murid di

dalam kelas. Soalan kuiz berkaitan dengan topik yang mereka pelajari pada hari tersebut.

Murid yang memberikan jawapan yang betuk akan diberikan ganjaran. Hasil pemerhatian

saya, pelajar sangat suka dan mudah memberikan jawapan yang bernas kerana mereka

faham topic yang dipelajarinya itu.

Pada sesi refleksi pula, guru pembimbing bertanya kepada murid – murid tentang apa

yang dipelajarinya pada hari tersebut. Semua pelajar memberikan respons yang positif dan

menjawab soalan yang ditanyakan dengan tepat dan betul disamping berkongsi nilai- nilai

dan pengalaman yang diperoleh oleh mereka melalui sesi PdP yang dijalankan. PdP yang

dijalankan pula mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) tingkatan

1. PdP yang dijalankan oleh guru pembimbing pada hari tersebut pula mengikut stail A iaitu

berpusatkan guru. Kemudian semasa melakukan demonstrasi prosedur D. R. A. B. C. itu

menggunakan Stail B iaitu berpusatkan pelajar. Pada awal sesi PdP, ia lebih berpusatkan

guru kerana pelajar perlu menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran pada sesi permulaan oleh guru pembimbing. Kemudian proses pengajaran

dan pembelajaran berubah kepada berpusatkan pelajar melalui aktiviti demonstrasi prosedur

D. R. A. B. C oleh murid kelas kerana murid boleh berbincang, bertanyakan soalan dan

menyuarakan pendapat dalam kalangan mereka. Komunikasi dua hala juga dapat dilihat

semasa sesi permulaan dan demonstrasi oleh pelajar.

107
Proses PdP yang berpusatkan guru iaitu Stail A merupakan proses PdP yang mana guru

terlibat secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid lebih

banyak bertindak sebagai pendengar. Manakala proses PdP yang berpusatkan pelajar iaitu

Stail B menyaksikan penglibatan secara aktif murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di kelas, guru hanya bertindak sebagai pembimbing atau pemudah cara

kepada murid. Murid aktif menjawab soalan dan mendapatkan bantuan daripada guru

sekiranya terdapat soalan yang sukar untuk difahami oleh murid.

3.0 KEMAHIRAN DAN AMALAN PDP GURU PELATIH

3.1 RPH

108
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
MINGGU : 34 TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020 HARI : SELASA KEMAHIRAN INSANIAH/ELEMEN
TINGKATAN: 1 IBNU SINA MASA : 1 JAM 8.40am – 9.40 am MERENTAS KURIKULUM(EMK)
MATA PELAJARAN: Pendidikan Kesihatan Bahasa
TAJUK/BAB : Bidang Keselamatan: Buli di Sekolah Kelestarian Alam Sekitar
Murid akan diajar :- Nilai Murni /
8.1.1: Mengetahui maksud membuli, dibuli dan gangsterisme. Sains dan Teknologi /
OBJEKTIF 8.1.2: Memahami faktor – faktor penyebab perbuatan membuli, dibuli Patriotisme
PEMBELAJARAN/ dan gangsterisme.
Kreativiti dan Inovasi
STANDARD 8.1.3: Mengaplikasi kemahiran berkata TIDAK dan mengelak diri
Keusahawanan
PEMBELAJARAN : daripada membuli, dibuli dan gangsterisme.
8.1.4: Menilai kesan membuli dan dibuli terhadap diri dan keluarga. Teknologi Maklumat dan
/
Komunikasi (TMK)
Disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:- Kelestarian Global
Pendidikan Kewangan
Psikomotor Pembelajaran Sepanjang Hayat
i. Murid dapat mempraktikkan kemahiran berkata TIDAK untuk
STANDARD Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan
mengelak diri membuli, dibuli dan gangsterisme dengan betul.
PEMBELAJARAN / ARAS PEMBELAJARAN/
Kognitif
HASIL
ii. Membincangkan faktor – faktor perbuatan membuli, dibuli dan TAHAP PEMIKIRAN
PEMBELAJARAN:
gangsterisme dengan betul. Mengingat (Remembering) /
Afektif Memahami (Understanding) /
i. Murid dapat bekerjasama dengan rakan semasa melakukan
Mengaplikasi (Applying) /
aktiviti.
Menganalisis (Analysing) /

Perbincangan/ Pembentangan / Menilai (Evaluating) /

Eksperimen Mencipta (Creating)


Simulasi / Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan
MOD Projek PETA PEMIKIRAN i-THINK/
PEMBELAJARAN: Pembelajaran Luar Bilik Darjah/ Lawatan i-THINK TOOLS MAPS
Integrasi Teknologi Maklumat / Bulatan (Circle)
Lain-lain (Nyatakan) Buih (Bubble) /
Pendekatan Teching Games for Understanding (TGfU) Buih Berganda (Double
Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan Bubble)
Fasa Pengenalan 1. Tayangan video berkaitan tajuk buli Pokok (Tree)
dan gangsterisme. Dakap (Brace)
AKTIVITI Fasa Fasa 1: Aktiviti peta i-think Alir (Flow)
PEMBELAJARAN DAN Perkembangan
Pelbagai Alir (Multi-flow)
PEMUDAHCARAAN Fasa 2: Aktiviti simulasi
(PdPc)/ RINGKASAN Titi (Bridge)
AKTIVITI: Fasa Penutup : Rumusan dan pengukuhan Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan
pengetahuan antara guru dan murid PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Latihan bertulis
i. Papan layar putih Pemerhatian /
ALAT BANTU
ii. Laptop Kuiz
MENGAJAR(ABM)/
iii. Projektor
BAHAN BANTU Lisan
iv. Kertas mahjong
BELAJAR (BBB): Lembaran Kerja
v. Pen penanda
Kerja Kumpulan
i. Buku Teks PJPK Tingkatan 1 Pembentangan /
RUJUKAN/ SUMBER:
ii. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) PJPK Lain-lain (Nyatakan):
iii. Youtube
i. Soal jawab …………………………………………
REFLEKSI:
ii. Pemilihan Traffic Light Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan

109
FASA PENGENALAN BUTIRAN MENGAJAR HASIL PEMBELAJARAN

 Murid dapat
1. Guru menayangkan video berkaitan tajuk buli dan gangsterisme
Set Induksi mengetahui maksud
di sekolah https://youtu.be/Rxm9H0r-JmE
membuli, dibuli dan
2. Guru menerangkan maksud membuli, dibuli dan gangsterisme.
gangsterisme.

FASA PERKEMBANGAN
1. Guru memberi tugasan kepada murid membuat peta i-think
berkaitan dengan faktor- faktor penyebab perbuatan membuli,
dibuli dan gangsterisme.
2. Guru memilih beberapa kumpulan untuk menyatakan apa yang
difahami oleh murid kepada rakan- rakan lain berkaitan tajuk yang
dipelajari.

 .Murid dapat
memahami faktor-
faktor membuli, dibuli
dan gangsterisme.
1. Aktiviti peta i-think
 Murid dapat menjana
idea yang kreatif
semasa aktiviti
dijalankan.

1. Guru memilih seorang murid untuk dijadikan simulasi bagi


menunjukkan contoh kepada murid lain tentang kemahiran berkata
TIDAK untuk mengelak diri daripada membuli, dibuli dan
gangsterisme.
2. Selepas itu, guru memilih dua orang murid untuk
mempraktikkan kemahiran berkata TIDAK untuk mengelak diri  Murid dapat
daripada membuli, dibuli dan gangsterisme. memahami dan
mempelajari tentang
2. Aktiviti simulasi cara - cara untuk
mengelakkan diri
daripada buli dan
gangsterisme di
sekolah.

110
FASA PENUTUP

1. Guru meminta murid mengemukakan refleksi lisan


berkaitan pelajaran harian berdasarkan aspek standard
pembelajaran (psikomotor, kognitif dan afektif)
2. Sesi soal jawab antara guru dan murid dilakukan.
3. Murid memilih warna di traffic light bagi guru meneliti  Mengenal pasti kemampuan
kefahaman murid: murid tentang aplikasi dan
Rumusan/Refleksi
analisis tentang buli dan
Faham gangsterisme.

Kurang faham

Tidak faham

111
3.2 REFLEKSI PdP GURU PELATIH

Hasil pengajaran yang dijalankan, para pelajar telah memberikan respon yang positif

sepanjang proses PdP dijalankan. Respon pelajar dapat dinilai melalui keaktifan pelajar

melakukan aktiviti fizikal mengikut arahan yang diberikan oleh guru, berdasarkan tajuk yang

dipelajari pada hari tersebut. Objektif pengajaran hampir berjaya 70% kerana majoriti pelajar

berjaya memahami dan memberi respon posisitf semasa PdP dilakukan. Meskipun ada perasaan

malu dalam diri pelajar ini, tetapi mereka melakukan segala yang di arah dengan baik dan tiada

masalah yang timbul semasa sesi pengajaran dijalankan. Kengkangan masa memang tidak dapat

diatasi kerana sesi pengajaran kelas ini dilakukan selepas perhimpunan pagi maka masa banyak

di habiskan semasa perhimpunan.

Pengalaman PdP yang dijalankan sangat berharga kerana saya sebagai seorang bakal

pendidik terutama guru pendidikan jasmani dapat mempelajari kemahiran mengawal pelajar

ketika menjalankan PdP di dalam kelas. Disamping itu, melalui bantuan ABM yang telah

disediakan iaitu audio dan video, pelajar akan lebih fokus terhadap isi pengajaran yang cuba

disampaikan oleh guru kerana ia kelihatan lebih menarik dan seronok. Kaedah penerangan yang

guru berikan pada set induksi didapati lebih efektif dalam menguji dan menilai kefahaman dan

ingatan serta penguasaan para pelajar tentang sesuatu topik yang mereka pelajari. Hasil

daripada PdP yang dijalankan, 16 orang pelajar dapat menguasai objektif pembelajaran dan

kefahaman tentang topik yang diajar oleh guru. Tahap penguasaan pelajar dinilai berdasarkan

kepada kefahaman mereka untuk menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru dan rakan- rakan

kelas

Selepas selesai sesi pengajaran oleh guru pelatih, sesi refleksi dijalankan. Pelajar diminta

untuk memberikan refleksi serta menjawab pertanyaan guru berkaitan aktiviti peta i-think dan

simulasi yang baru sahaja selesai dipelajari oleh mereka. Komunikasi dua hala antara guru dan

pelajar dapat diwujudkan kerana ia amat penting selain memastikan pelajar fokus. Pentingnya

112
memastikan para pelajar fokus ketika proses PdP dijalankan agar mereka tidak ketinggalan

dalam pembelajaran. Pelajar yang fokus dan mendengar dengan baik mampu mengingati atau

menguasai topik yang diajar oleh guru serta mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan

oleh guru semasa refleksi dijalankan. Suasana pembelajaran yang tenang dan kondusif serta

bersih terutama di kelas, membuatkan pelajar lebih fokus berbanding dengan suasana

pembelajaran yang bising dan tidak kemas. Guru memainkan peranan penting dalam usaha

mengawal pelajar ketika PdP di dalam kelas dijalankan. Objektif pembelajaran dan pengajaran

hendaklah diusahakan supaya tercapai 100%. Aktiviti pengukuhan dalam sesi refleksi dapat

meningkatkan lagi kefahaman dan ingatan para pelajar terhadap sesuatu topik yang dipelajari.

113
4.0 KEMAHIRAN DALAM AKTIVITI PENGURUSAN SEKOLAH

NAMA PROGRAM : SOLAT HAJAT PERDANA

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

MASA : 6.30 PETANG – 9.00 MALAM

TEMPAT : MASJID ARRAHMAH TAMAN BUKIT RAMBAI

Pada 15 September yang lalu, Unit Kerohanian SMK Bukit Rambai telah menganjurkan Program

Solat Hajat dan Bacaan Yassin bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki

peperiksaan SPM tidak lama lagi. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa

dan Guru (PIBG) sekolah serta Ahli Lembaga Masjid Arrahmah. Tujuan program ini diadakan

adalah untuk meningkatkan motivasi, kesedaran dan daya usaha pelajar serta mendekatkan diri

pelajar kepada Allah S.W.T agar diberkati segala usaha yang telah mereka lakukan bagi

menghadapi peperiksaan SPM.

Unit Kerohanian SMK Bukit Rambai telah membuat perancangan awal dan jawatankuasa

program telah diwujudkan bagi melaksanakan program ini. Saya telah ditugaskan dibawah

Pengacara Majlis dan diminta untuk menyediakan teks dan menjadi pengacara majlis semasa

program berlangsung. Oleh itu, saya telah hadir ke tempat program seawal 6.15 petang untuk

membuat raptai untuk mengacarakan majlis tersebut. Aktiviti pengacara majlis dapat dilakukan

dengan jayanya atas kerjasama guru-guru yang terlibat dan Ahli Lembaga Masjid Arrahmah.

Program ini bermula sekitar 6.15 petang bertempat di Masjid Arrahmah Taman Bukit

Rambai dengan kehadiran para pelajar Tingkatan 5 bersama ibu bapa masing-masing. Selain itu,

para pendudukan Taman Bukit Rambai juga turut menghadiri program ini. Proses pendaftaran

berjalan dengan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan. Setiap pelajar dan ibu bapa yang

hadir akan membuat saringan suhu terlebih dahulu sebelum masuk ke ruang masjid. Mereka juga

114
telah diberikan arahan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial antara satu sama lain

dengan mengikut garisan penjarakan sosial yang telah dipasang di dalam masjid.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, kemudian bacaan Yassin dan solat

Hajat berjemaah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua SMK Bukit Rambai,

Tuan Haji Mohamad Nor Bin Jaafar dan diikuti dengan ucapan YDP PIBG iaitu Datuk Haji Jaafar

Bin Seman. Beliau telah memberikan kata-kata semangat dan motivasi agar pelajar-pelajar

Tingakatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan tidak gentar untuk menghadapinya.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan Solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan pengagihan

makan malam.

Kesimpulannya, Program Solat Hajat Perdana ini telah berjalan dengan lancar dan

mendapat kerjasama daripada ibu bapa, guru-guru dan para pelajar. Secara tidak langsung,

objektif yang dirancang juga tercapai di samping dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa,

guru-guru dan para pelajar serta sebagai pengisian ilmu dan rohani. Majlis selesai sekitar 9.00

malam.

115
NAMA PROGRAM : PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

TARIKH : 17 SEPTEMBER 2020

MASA : 12.30 TENGAHARI – 2.40 PETANG

TEMPAT : BILIK SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Pada 17 September yang lalu, unit SPBT SMK Bukit Rambai telah melakukan pengemasan di

bilik SPBT. Pengurusan ini telah dilakukan oleh unit SPBT yang terdiri daripada pengawas dan

guru SPBT. Tujuan pengurusan ini dilakukan adalah untuk membuat pemulangan buku teks yang

berlebihan untuk dihantar kembali kepada sekolah yang diambil oleh mereka iaitu di SMK Padang

Temu.

Unit SPBT SMK Bukit Rambai telah membuat pengiraan buku teks yang berlebihan di

sekitar waktu 12.30 tengah hari. Saya telah ditugaskan untuk mengikat buku teks yang berlebihan

seperti buku teks Matematik tingkatan 4, Kimia tingkatan 4, Sejarah tingkatan 4, Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tingkatan 4 dan lain lain. Pengiraan buku teks ini telah

dilakukan selama 30 minit iaitu telah berakhir pada pukul 1.00 petang. Setelah membuat

pengiraan dan pembungkusan buku teks ini, saya dan pengawas SPBT telah mengangkat buku

teks yang berlebihan untuk diletakkan di dalam van sekolah yang telah disediakan oleh pihak

sekolah. Pada pukul 1.20 petang, saya dan guru SPBT serta dibantu dengan dua orang

pengawas SPBT telah ditugaskan untuk menghantar buku teks yang berlebihan kepada sekolah

yang dipinjam oleh mereka iaitu SMK Padang Temu dengan menaiki van sekolah yang

disediakan. Perjalanan ke SMK Padang temu mengambil masa selama 30minit.

Pada pukul 1.50 petang, kami tiba di SMK Padang Temu dan mengangkat buku teks yang

berlebihan untuk diletakkan di bilik SPBT. Saya dan pengawas SPBT membuat pengiraan semula

untuk memastikan buku teks yang dihantar dalam keadaan cukup dan mengikut jumlah yang

116
dinyatakan. Pengiraan ini mengambil masa selama 20 minit. Setelah membuat pemulangan buku

teks yang berlebihan kami beransur pulang pada pukul 2.10 petang.

Kesimpulannya, pemulangan buku teks ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ini semua

adalah hasil daripada kerjasama daripada unit SPBT SMK Bukit Rambai dan SMK Padang Temu.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari dan dapat mengetahui tentang cara - cara pemulangan

buku teks.

117
NAMA PROGRAM : PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI (PKL)

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

MASA : 11.00 PAGI – 1.00 PETANG

TEMPAT : BILIK SEMINAR SMK BUKIT RAMBAI

Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) adalah merupakan salah satu program pembudayaan

kemahiram berfikiran aras tinggi dalam pembelajaran abad ke-21. Visi pentaksiran ini diadakan

adalah untuk melahirkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran berfikir aras tinggi dan

berdaya saing di peringkat global. Selain itu, terdapat beberapa keberhasilan yang ingin dicapai

melalui pentaksiran ini, antaranya ialah peningkatan keupayaan murid untuk mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran berfikiran aras tinggi dalam menyelesaikan masalah, membuat

keputusan, berinovasi serta mencipta sesuatu dan peningkatan kompetensi guru dan pentadbir

sekolah dalam merealisasikan pembelajaran abad ke-21.

PKL ini dilaksanakan di semua sekolah di negeri masing-masing. Pelaksanaan PKL di

SMK Bukit Rambai adalah kepada semua murid menengah rendah iaitu Tingkatan 1,2 dan 3.

Pentaksiran ini telah dijalankan bermula pada 8 September 2020 dan akan berlangsung sehingga

1 Oktober 2020. Oleh itu, pentaksiran ini akan dijalankan mengikut jadual yang telah disediakan

oleh pihak penyelarasan PKL sekolah. Berdasarkan jadual yang disediakan, pentaksiran ini akan

berlangsung mengikut dua sesi iaitu sesi pertama (8.40 pagi – 10.40 pagi) dan sesi kedua (11.00

pagi – 1.00 petang).

Pelaksanaan PKL ini dijalankan secara dalam talian iaitu di laman web yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tambahan pula, pentaksiran ini

menggunakan aplikasi ‘Google Form’ bagi memudahkan lagi urusan pihak sekolah untuk

mendapatkan dan menyimpan data para pelajar yang telah menduduki pentaksiran tersebut.

Terdapat empat domain (bahagian) yang perlu dijawab oleh pelajar dan masa yang diperuntukan

118
untuk menjawab semua soalan adalah 2 jam. Setiap domain mempunyai peruntukan masa

tertentu untuk disiapkan iaitu Domaian Sains (45 minit), Domain Matematik (45 minit), Domain

Bacaan (15 minit) dan Domain Literasi Kewangan (15 minit).

Pada 15 September yang lalu, saya telah diberikan kesempatan untuk bertugas bagi

mengawasi kelas Tingkatan 2 Agama semasa mereka menduduki Pentaksiran Kompetensi dan

Literasi (PKL) bagi sesi kedua iaitu pada pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Sebelum

pentaksiran dimulakan, saya telah memastikan semua komputer riba yang disediakan oleh pihak

sekolah dapat berfungsi dengan baik agar pelajar-pelajar dapat menggunakannya tanpa

menghadapi sebarang masalah. Saya juga telah memberikan arahan terlebih dahulu kepada

pelajar sebelum mereka menjawab pentaksiran tersebut. Sebagai contoh, saya telah

menerangkan cara menjawab dan masa yang diperuntukkan untuk setiap bahagian kepada para

pelajar. Selepas sesi menjawab tamat, saya memastikan para pelajar mematikan komputer riba

yang telah digunakan dengan sempurna sebelum mereka pulang ke kelas masing-masing.

Kesimpulannya, kesempatan yang diberikan kepada saya untuk bertugas mengawasi

murid-murid semasa menjalani Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) buat kali pertama

memberikan saya banyak pengalaman dan pendapat tentang kerenah pelajar pada masa kini. Ia

juga amat membantu saya untuk membiasakan diri dalam suasana sekolah yang mempunyai

pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan dan penilaian yang perlu saya hadapi ketika menjadi guru

pada masa akan datang.

119
120
5.0 KEMAHIRAN DALAM AKTIVITI PENGURUSAN KOKURIJKULUM

NAMA PROGRAM : AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN

TARIKH : 27 OGOS 2020 & 23 SEPTEMBER 2020

MASA : 7.40 PAGI – 12.00 PAGI

TEMPAT : SEKITAR KAWASAN SEKOLAH

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat bagi negara kita Malaysia. 31 Ogos 2020

merupakan ulang tahun kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-63. Tema sambutan Hari

Kemerdekaan Negara tahun ini adalah “MALAYSIA PRIHATIN”. Penetapan Malaysia Prihatin

sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2020 adalah bagi melambangkan keperihatinan

kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum. ‘Malaysia’ membawa pengertian

seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19. Manakala, ‘Prihatin’

pula mewakili keperihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat

melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Semangat cintakan negara amat penting disemai sejak di bangku sekolah lagi. Oleh itu,

pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai (SMKBR) telah mengadakan pelbagai

aktiviti bagi menarik perhatian para pelajar untuk menumpukan perhatian kepada aspek sifat

patriostisme dan memahami erti kemerdekaan. Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena

sambutan Hari Kebangsaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di

samping mencungkil bakat terpendam murid-murid SMK Bukit Rambai secara menyeluruh.

Selain itu, para guru juga dapat mengenal pasti potensi murid-murid dalam pelbagai aspek.

Sambutan bulan kemerdekaan ini adalah di bawah kendalian unit kokurikulum yang

dikendalikan oleh guru-guru kelab sejarah dengan kerjasama Unit 3K dan ATHAM. Puan

Khadijah Binti Reduan adalah merupakan ketua yang akan mengendalikan segala jawatankuasa

121
guru-guru dan jadual aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. Tempoh perlaksanaan bulan

kemerdekaan ini adalah bermula pada 3 Ogos 2020 sehingga 28 Oktober 2020. Disebabkan oleh

faktor pandemik COVID-19, hanya majlis penutupan sambutan kemerdekaan sahaja yang akan

diadakan pada 28 Oktober 2020.

Setelah jawatakuasa kerja diwujudkan, saya telah ditugaskan di bawah AJK Pemasangan

Bendera. Pada 27 Ogos, saya telah memulakan aktiviti pemasangan bendera tepat pada pukul

9.00 pagi di sekitar kawasan sekolah dengan bantuan guru-guru pelatih yang lain. Pemasangan

bendera di sekitar kawasan sekolah adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan

kempen mengibarkan Jalur Gemilang di samping dapat memupuk semangat cinta akan negara

dalam kalangan guru-guru dan para pelajar. Oleh itu, aktiviti pemasangan bendera ini berkahir

pada pukul 12.00 tengah hari dan dapat dilakukan dengan jayanya.

Sepanjang bulan kemerdekaan berlangsung, banyak aktiviti dan acara yang

dipertandingkan antaranya ialah Pertandingan Celik Merdeka, Pertandingan Melukis dan

Mewarna Poster, Pertandingan Sudut Kemerdekaan dan sebagainya. Ia telah disusun dan

dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selain itu, saya juga telah ditugaskan untuk

mengawasi para pelajar sewaktu pertandingan melukis dan mewarna poster dijalankan. Sebelum

pertandingan dimulakan saya telah mengedarkan poster dan juga kertas lukisan kepada semua

perserta yang terlibat dan telah memastikan semua peserta mengikut arahan yang telah diberikan

sepanjang pertandingan berlangsung. Pertandingan melukis poster adalah terbuka kepada

pelajar menegah atas, manakala pertandingan mewarna poster pula terbuka kepada pelajar

menegah rendah. Pertandingan ini telah diadakan pada 23 September iaitu pada pukul 7.40 pagi

hingga 9.00 pagi bertempat di dataran perhimpunan SMK Bukit Rambai.

Kesimpulannya, segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ini

semua adalah hasil daripada kerjasama dan penglibatan aktif daripada guru-guru dan murid-

murid. Langkah pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti bagi Sambutan Kemerdekaan Ke-

122
63 merupakan satu langkah positif dan perlu kearah mewujudkan situasi kemerdekaan di

samping mendedahkan para pelajar tentang bagaimana sepatutnya kemerdekaan negara kita

diraikan.

123
NAMA PROGRAM : PENGURUSAN PAJSK

TARIKH : 21 & 22 SEPTEMBER 2020

MASA : 8.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI

TEMPAT : BILIK KOKURIKULUM

Pada 21 & 22 September, Unit Kokurikulum SMK Bukit Rambai telah melakukan kemas kini

pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK). Tujuan pengurusan ini dilakukan

adalah untuk mengetahui jumlah kehadiran murid di dalam aktiviti kokurikulum iaitu terdiri

daripada unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.

Saya telah ditugaskan untuk mengisi jumlah kehadiran murid yang terdiri daripada

tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 dan Pendidikan Khas. Pengisian jumlah kehadiran ini dilakukan

selama dua hari yang berlangsung pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Pengisian

jumlah kehadiran ini juga dilakukan mengikut kelas iaitu tingkatan 1 sebanyak 10 kelas, tingkatan

2 sebanyak 9 kelas, tingkatan 3 sebanyak 12 kelas, tingkatan 4 sebanyak 12 kelas, tingkatan 5

sebanyak 11 kelas dan Pendidikan Khas sebanyak 4 kelas. Jumlah kehadiran kokurikulum diisi

dari bulan 1 sehingga pertengahan bulan 3 yang terdiri daripada unit beruniform, kelab dan

persatuan serta sukan dan permainan. Pada bulan 1, perjumpaan aktiviti kokurikulum unit

beruniform sebanyak 2 kali iaitu pada hari Rabu, perjumpaan aktiviti kokurikulum kelab dan

persatuan sebanyak 2 kali iaitu pada hari Selasa dan perjumpaan aktiviti kokurikulum sukan dan

permainan sebanyak 3 kali iaitu pada hari Khamis. Pada bulan 2 pula, perjumpaan aktiviti

kokurikulum unit berunifom sebanyak 2 kali iaitu pada hari Rabu, perjumpaan aktiviti kokurikulum

kelab dan persatuan sebanyak 2 kali iaitu pada hari Selasa dan perjumpaan aktiviti kokurikulum

sukan dan permainan sebanyak 3 kali iaitu pada hari Khamis. Pada bulan 3, perjumpaan aktiviti

kokurikulum bagi unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan dilakukan

124
sebanyak 1 kali. Hal ini kerana semasa pertengahan bulan 3 sekolah ditutup kerana isu pandemik

covid 19.

Jumlah kehadiran kokurikulum ini diisi untuk memudahkan guru kelas mengisi markah

kokurikulum untuk murid lebih lebih lagi markah kokurikulum untuk tingkatan 5 yang ingin

tamatkan pengajian mereka. Kesimpulannya, pengurusan PAJSK ini dapat dilaksanakan dengan

jayanya. Ini semuanya hasil daripada Unit kokurikulum SMK Bukit Rambai yang bertungkus

lumus dalam melakukan pengurusan ini. Selain itu, saya dapat mempelajari dan mengetahui ilmu

baru tentang pengurusan PAJSK ini untuk digunakan pada masa akan datang.

125
NAMA PROGRAM : AKTIVITI KOKURIKULUM

TARIKH : 23 SEPTEMBER 2020

MASA : 8.10 PAGI – 9.40 PAGI

TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH

Pada 23 september yang lalu, Unit kokurikulum telah mengadakan perjumpaan yang keenam

bagi unit beruniform iaitu pada bulan September setelah dikeluarkan penyataan daripada pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyatakan kokurikulum boleh dijalankan. Aktiviti

kokurikulum ini dijalankan dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Aktiviti kokurikulum ini dijalankan dengan mengadakan perjumpaan unit beruniform yang

terdiri daripada Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Kadet

Bomba, Kadet Polis, Pandu Puteri, Puteri Islam, Persatuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

(JPAM), Silat Sendeng dan Taekwondo. Saya telah ditugaskan untuk membantu guru- guru di

dalam unit beruniform Silat Sendeng untuk menjaga murid murid semasa menjalankan aktiviti.

Murid – murid telah menjalankan aktiviti Silat Sendeng iaitu dengan mempelajari teknik tumbukan

yang betul dan teknik pecahan seperti pecahan 1 sehingga 4. Aktiviti ini dijalankan dari pukul 8.10

pagi sehingga 9.40 pagi. Aktiviti ini telah dijalankan dengan mengambil kehadiran murid yang

hadir dan seterusnya diminta dua orang pelajar yang mahir untuk membimbing murid lain untuk

mempelajari teknik tumbukan dan teknik pecahan dengan betul. Aktiviti yang dilakukan ini dapat

mengingatkan semula tentang teknik teknik yang perlu dipelajari di dalam persilatan setelah

sekian lama tidak melakukan latihan akibat daripada isu pandemik Covid- 19.

126
Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum ini dapat berjalan dengan lancar dengan mengikut

SOP yang telah ditetapkan. Ini semua adalah hasil daripada kerjasama dan penglibatan aktif

daripada guru-guru dan murid-murid. Selain itu, saya juga dapat mempelajari dan mengetahui

ilmu baharu dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah dan ilmu ini juga dapat

digunakan saya pada masa yang akan datang.

127
PENUTUP

Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran sekolah kerana sudi menerima

kehadiran seorang guru pelatih dari Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk melaksanakan

Program Perantis Guru 2 di SMK Bukit Rambai, Melaka. Terima kasih juga ditujukan kepada guru

pembimbing saya iaitu Encik Zaini Bin Kusin kerana telah memberi tunjuk ajar dan cara untuk

mengawal kelas dengan baik. Beliau juga banyak memberi nasihat iaitu sentiasa ikhlas dalam

memberikan ilmu pengetahuan dan janganlah bersikap riak atau sombong. Sepanjang sebulan

berada di sekolah, terdapat banyak pengalaman yang diperoleh terutamanya dalam amalan

mengajar, aktiviti pengurusan sekolah dan kokurikulum.

Di samping itu berbagai- bagai pengetahuan baru telah ditimba dan pengetahuan sedia

ada juga dapat saya mantapkan lagi. Walaupun terdapat beberapa kekurangan sewaktu

melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru pelatih optimis untuk menjadikan

kekurangan tersebut sebagai pemangkin untuk membaiki amalan mengajar serta menjadi

seorang guru yang sangat tabah dan berdedikasi. Semoga semua pengalaman yang diperoleh

daripada Program Perantis Guru ini dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.

Cadangan untuk penambahbaikan program perantis guru ialah pihak UPSI haruslah

menyediakan dana atau elaun untuk guru pelatih untuk memudahkan urusan mereka agar dapat

membeli barangan keperluan mengajar. Di samping itu juga, memperbanyakkan lagi tugasan

individu kepada guru pelatih berkaitan dengan pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah.

128
LAMPIRAN

Gambar 1: Membuat mimbar Gambar 2: Sesi PdP bersama tingkatan 2

Gambar 3: Aktiviti kokurikulum unit beruniform Gambar 4: Ujian sumatif Bahasa Melayu

129
Gambar 5; Program Solat Hajat

130
Gambar 6: Jadual relief

131

You might also like