You are on page 1of 2

PENGENALAN

Kita dapat mengetahui bahawa setiap lapisan masyarakat di negara kita mengamalkan
adat perkahwinan tersendiri mengikut agama masing-masing. Adat perkahwinan tersebut masih
diamalkan sehingga sekarang. Adat bermaksud sesuatu peraturan yang diamalkan secara turun-
temurun sejak dahulu dalam kalangan masyarakat. Adat juga membawa maksud sesuatu cara yang
sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian seseorang.

Perkahwinan merupakan hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak
berkuasa sivil atau diikat oleh kepercayaan agama seseorang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
kahwin membawa maksud perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan untuk menjadi suami
isteri. Perkahwinan juga merupakan istiadat yang amat penting dalam kehidupan seseorang yang
telah mencapai usia dewasa.

Di negara kita, Malaysia, masyarakat India merupakan kaum ketiga yang terbesar
penduduknya. Mereka berasal dari India Selatan yang datang ke Malaysia bagi tujuan perdagangan.
Hal ini telah menyebabkan bilangan penduduk kaum India yang bermastautin di negara kita
meningkat. Masyarakat India juga merupakan sesuatu kaum yang memberikan sumbangan kepada
pembentukan masyarakat majmuk di negara kita. Masyarakat kaum India juga mempunyai pelbagai
ciri kehidupan seperti kaum lain di negara kita. Masyarakat India amat berpegang teguh kepada adat
resam mereka tersendiri.

Mengikut masyarakat kaum India, perkahwinan disebut sebagai Thirumanam.


Thirumanam merupakan penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami
isteri agar kekal sehingga ke akhir hayat. Thirumanam juga membawa maksud penyatuan dua hati
sesama seseorang lelaki dan seseorang perempuan dalam meneruskan kehidupan baru mereka
sebagai suami dan isteri dengan persetujuan kedua-dua ibu bapa pengantin. Upacara perkahwinan
mempunyai perbezaan dalam kalangan suku kaum masyarakat India. Misalnya, upacara
perkahwinan suku kaum Tamil agak berbeza sedikit dengan upacara perkahwinan suku kaum
samada Telugu mahupun Malayalam. Walaubagaimanapun, adat perkahwinan suku kaum Tamil
diamalkan oleh seluruh masyarakat India sebagai aspek utama.

Menurut adat perkahwinan masyarakat India, mereka tidak mengamalkan konsep


penceraian dalam kehidupan perkahwinan. Walaubagaimanapun, hal ini telah menjadi sesuatu
perkara yang biasa pada zaman moden sekarang. Ramai pasangan suami isteri yang bercerai di sisi
undang-undang. Mereka melupakan tentang adat yang diamalkan oleh masyarakat India iaitu
seseorang lelaki hanya boleh kahwin dengan seorang perempuan. Di samping itu, mereka tidak
boleh bercerai dan perlu meneruskan kehidupan mereka secara bersama sehinggalah ke akhir hayat.
Oleh itu , kita dapat tahu bahawa adat perkahwinan masyarakat India mengalami pelbagai
perubahan pada zaman sekarang berbanding dengan zaman 90an. Konsep penceraian ini merupakan
salah satu daripada perubahan tersebut.

Dalam adat perkahwinan kaum India terdapat beberapa peringkat penting sebelum
upacara perkahwinan tersebut dilaksanakan. Antara peringkat yang perlu dipratikkan oleh
masyarakat India ialah upacara merisik. Selain itu, terdapat upacara pen paarttal yang dikenali
sebagai kunjungan ke rumah pengantin. Pen paarttal membawa maksud melihat bakal isteri.
Seterusnya kaji kecocokan pengantin dan upacara parisam. Dalam pada itu, terdapat juga adat yang
harus dilakukan sebelum dan selepas perkahwinan.

Pada zaman sekarang perlangsungan upacara perkahwinan masyarakat India tidak


diamalkan seperti mana yang dilakukan pada masa dahulu. Oleh itu, berlaku beberapa perubahan
dalam upacara perkahwinan kaum India yang memberikan kesan kepada budaya mereka. Terdapat
beberapa faktor ekonomi dan faktor sosial yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam adat
perkahwinan masyarakat India. Rumusunnya, pengkaji akan mengkaji, meneliti dan mengumpul
maklumat tentang adat perkahwinan yang perlu diamalkan oleh masyarakat India di negara kita dan
perubahan yang telah berlaku dalam upacara perkahwinan tersebut.

You might also like