You are on page 1of 4

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DIET RENDAH
PURIN

Disediakan Oleh:
PERKHIDMATAN DIETETIK & SAJIAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PENGENALAN

Makanan yang mengandungi purin akan ditukarkan kepada


asid urik di dalam tubuh. Pengumpulan asid urik yang
berlebihan boleh menyebabkan penyakit batu karang dan
gout.

Aras asid urik yang normal dalam darah adalah antara


142 - 416 μmol/l.

BAGAIMANA MENGAWAL
PENGAMBILAN PURIN

• Anda disyorkan mengambil diet rendah purin untuk


mengurangkan pengumpulan asid urik dalam tubuh.

• Hadkan pengambilan makanan sederhana purin.

• Elakkan makanan tinggi purin.


JADUAL BERIKUT MENUNJUKKAN KANDUNGAN
PURIN DI DALAM MAKANAN

KUMPULAN RENDAH SEDERHANA TINGGI


MAKANAN PURIN PURIN PURIN
(setiap 100 g) (0-50 mg purin) (50-150 mg purin) (150-825 mg
purin)
Boleh Ambil secara
diambil sederhana Elakkan
Bijirin dan Nasi, mi, mihun, Roti/ biskut mil penuh, -
hasil bijirin kuetiau, roti, biskut oat, capati, tosai

Buah-buahan Semua jenis buah - -


termasuk jus buah
Sayur-sayuran Kebanyakan Asparagus, kekacang, -
sayur-sayuran cendawan, bayam,
bunga kobis, kacang
pis
Makanan Telur, susu dan Ikan, ayam, daging, Ikan bilis, sardin,
berprotein produk tenusu itik, makanan laut telur ikan, kerang,
rendah lemak seperti (ketam, udang galah, organ dalaman
keju dan yogurt tiram), kekacang (pis (contoh: hati,
dan dal) hempedal, otak,
pankreas, jantung,
ginjal)
Lemak & Semua (dalam - -
minyak jumlah sederhana)

Sup Sup sayur-sayuran Sup daging Ekstrak daging


(kecuali sayuran (contoh: bovril,
yang dinyatakan) bonox)
Lain-lain Gula, sirap, teh, kopi, - Yis, ragi roti, tapai
coklat
PANDUAN TAMBAHAN UNTUK
PENGAWALAN ASID URIK

1. Dapatkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian.


Sekiranya berat badan berlebihan, turunkan berat
badan secara beransur-ansur kepada berat badan
ideal.

2. Minum air kosong 2 - 3 liter (8 - 12 cawan) sehari


untuk menggalakkan perkumuhan asid urik melalui air
kencing.

3. Kurangkan pengambilan makanan berlemak kerana ia


boleh meningkatkan asid urik darah.

4. Elakkan minuman beralkohol terutamanya bir kerana


ia boleh meningkatkan aras asid urik darah.

5. Amalkan makanan seimbang.

6. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi


Pegawai Dietetik anda di:

You might also like