You are on page 1of 11

Tempoh masa yang dihabiskan dalam sehari untuk melayari aplikasi YouTube

Analisis kajian juga menunjukkan tempoh masa yang dihabiskan oleh para pelajar di SMK Three

Rivers untuk melayari aplikasi YouTube dalam masa sehari. Oleh itu, pengkaji mengambil 6

soalan berdasarkan borang soal selidik. Berdasarkan statistik hasil kajian, pengkaji telah

menggabungkan kesemua data yang diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan

kepada semua pelajar Tingkatan 6 semester 1 di SMK Three Rivers dalam bentuk Google Form.

Daripada itu, pengkaji telah mengenal pasti bahawa majoriti pelajar Tingkatan 6 semester 1 di

SMK Three Rivers memilih untuk melayari aplikasi YouTube selama 1 hingga 2 jam sehari di

mana seramai 23 daripada 43 orang responden (53%) menyokong tempoh masa tersebut sebagai

tempoh yang paling lama untuk melayari aplikasi tersebut. Seterusnya, seramai 10 orang

responden (23%) melayari aplikasi YouTube selama 3 jam sehari yang merupakan tempoh masa

kedua paling ramai pelajar gunakan untuk melayari aplikasi tersebut.Tempoh masa ketiga paling

ramai pelajar habiskan untuk melayari YouTube ialah selama 30 minit iaitu seramai 6 orang

responden (14%) dan tempoh masa keempat paling ramai pelajar habiskan pula ada selama 4 jam

iaitu seramai 4 orang responden (9%).


A. Pelajar melayari YouTube selama 1 hingga 2 jam sehari

Daripada dapatan kajian, ramai responden dari SMK Three Rivers, Mukah menyatakan bahawa

mereka sering melayari aplikasi YouTube selama 1 hingga 2 jam sehari. Hal ini demikian kerana

ramai daripada kalangan responden mengetahui akan kesan negatif terhadap gaya hidup mereka

yang disebabkan oleh pendedahan terhadap skrin gajet yang terlalu lama. Kajian Programme for

International Student Assesment (PISA), UNICEF mendapati penggunaan internet yang ekstrem

iaitu lebih enam jam sehari mengakibatkan kepuasan dan kesejahteraan hidup menjadi rendah

berbanding penggunaan Internet sederhana iaitu selama satu hingga dua jam sehari. Ini

menyebabkan kualiti hidup seseorang akan menjadi semakin tidak teratur. Sebagai contoh,

penggunaan aplikasi YouTube melebihi tempoh 6 jam dalam kalangan pelajar akan menjejaskan

kualiti tidur mereka. Ini menyebabkan pelajar akan mengantuk dalam kelas seterusnya

menjejaskan keputusan akademik mereka. Oleh itu, pelajar Tingkatan 6 semester 1 di SMK

Three Rivers lebih memilih untuk menggunakan aplikasi YouTube selama 1 hingga 2 jam sehari

bagi mengelakkan kesan negatif terhadap gaya hidup mereka.

B. Pelajar menggunakan aplikasi YouTube selama 3 jam

Pada masa kini, aplikasi YouTube menjadi medium terkenal untuk menyebarkan video yang

mengandungi hiburan, informasi, pendidikan dan lain-lain. Faktor hiburan lebih banyak

mempengaruhi pelajar untuk menggunakan aplikasi ini dalam tempoh masa yang lama kerana

mereka berpendapat bahawa hiburan dapat menghilangkan tekanan. Ini menyebabkan pelajar

melayari aplikasi YouTube dalam tempoh yang lebih panjang. Namun begitu, sejak Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada tahun 2020, ramai pelajar dan guru-guru

mula menggunakan aplikasi YouTube untuk tujuan pendidikan. Hal ini kerana pada masa itu sesi
pembelajaran dilakukan secara dalam talian. Semua pelajar dan guru mula menggunakan aplikasi

tersebut untuk tujuan perkongsian ilmu dan mengulangkaji pelajaran mengikut jadual kelas yang

telah ditetapkan. Menurut Norlida Muhd Pisol, (Sinar Harian, 23 Januari 2021) ramai dalam

kalangan pelajar gemar menggunakan aplikasi TikTok dan dari situ terhasilnya idea untuk

menggunakan aplikasi ini sebagai antara medium untuk mengajar, pendek kata, kita perlu didik

golongan remaja dengan cara yang mereka suka. Kesannya, tempoh masa penggunaan YouTube

dalam kalangan pelajar menjadi semakin panjang ekoran daripada penggunaan aplikasi YouTube

yang menjadi semakin penting dalam sektor pendidikan pada ketika ini. Oleh itu, wajarlah

bahawa faktor-faktor tersebut menyebabkan sesetengah pelajar Tingkatan 6 semester 1 di SMK

Three Rivers melayari aplikasi YouTube selama tempoh 3 jam.

A. Pelajar menggunakan aplikasi YouTube selama tempoh 30 minit

Analisis kajian juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa orang responden iaitu seramai 6

orang (14%) yang menggunakan aplikasi YouTube selama 30 minit sehari. Hal ini kerana mereka

kurang berminat terhadap kandungan-kandungan yang tidak menepati cita rasa mereka. Sebagai

contoh, terdapat segelintir pelajar yang tidak berminat terhadap hiburan seperti Anime, K-Pop,

dan K-Drama kerana berpendapat bahawa kandungan-kandungan seperti ini hanya dilayari oleh

kanak-kanak bawah umur dan ada yang berpendapat bahawa kandungan-kandungan tersebut

membosankan. Ini menyebabkan pelajar-pelajar tersebut meluangkan masa yang begitu singkat

untuk melayari aplikasi YouTube dalam masa sehari. Terdapat juga faktor lain yang

menyebabkan pelajar-pelajar tersebut hanya menghabiskan tempoh masa selama 30 minit untuk

melayari aplikasi YouTube iaitu mereka lebih gemar menghabiskan masa untuk mengulangkaji

pelajaran berbanding melayari aplikasi YouTube kerana mereka berpendapat bahawa melayari

aplikasi tersebut dalam tempoh masa yang lama hanya membuang masa. Oleh itu, pelajar-pelajar
tersebut hanya menghabiskan masa selama 30 minit sehari untuk melayari YouTube atas sebab-

sebab tersebut.

B. Pelajar menggunakan aplikasi YouTube selama tempoh 4 jam

Di samping itu, terdapat juga segelintir pelajar Tingkatan 6 semester 1 di SMK Three Rivers

yang menggunakan aplikasi YouTube selama tempoh 4 jam sehari. Hal ini kerana mereka lebih

cenderung untuk memanfaatkan aplikasi tersebut untuk mengulangkaji pelajaran bagi

meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Rata-rata rakyat Malaysia melayari aplikasi

YouTube selama 4 jam sehari semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Pelajar-

pelajar Tingkatan 6 semester 1 di SMK Three Rivers juga tidak terkecuali. Buktinya, terdapat

seramai 4 orang (9%) pelajar yang melayari aplikasi tersebut berdasarkan borang soal selidik

yang diedarkan kepada mereka dalam bentuk Google Form. Menurut laporan e-Conomy Asia

Tenggara 2020 yang disediakan oleh Google, Temasik dan & Bain Company (e-Conomy SEA

2020), purata penggunaan Internet bagi rakyat Malaysia menurun kepada 4.2 jam sehari selepas

tempoh kemuncak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penggunaan Internet yang

dimaksudkan tersebut termasuklah penggunaan aplikasi YouTube dalam kalangan guru-guru dan

pelajar di Malaysia (dagangnews.com, Kuala Lumpur, 10 November 2020). Oleh itu,

penggunaan aplikasi YouTube selama 4 jam dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 semester 1 di

SMK Three Rivers adalah wajar.


Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai tempoh masa yang dihabiskan oleh pelajar Tingkatan 6

semester 1 di SMK Three Rivers dalam sehari untuk melayari aplikasi YouTube. Penggunaan

aplikasi tersebut secara berlebihan iaitu sehingga melebihi tempoh 6 jam sehari akan

menyebabkan kerosakan penglihatan mereka dan boleh mengakibatkan rabun mata. Oleh itu, ibu

bapa perlu memantau anak-anak mereka daripada terdedah kepada skrin gajet elektronik terlalu

lama bagi mengelakkan mereka daripada mengalami masalah kesihatan terutamanya dari segi

penglihatan.
Waktu yang sering pelajar gunakan untuk melayari aplikasi YouTube

Rajah di atas menunjukkan waktu yang sering diluangkan oleh pelajar Tingkatan 6 semester 1 di

SMK Three Rivers untuk melayari aplikasi YouTube. Rajah tersebut jelas menunjukkan bahawa

majoriti pelajar Tingkatan 6 semester 1 di SMK Three Rivers lebih aktif menggunakan YouTube

pada waktu malam iaitu seramai 38 daripada 44 orang responden (86%) telah menyokong pilihan

tersebut. Manakala waktu petang pula menduduki tempat kedua tertinggi sebagai pilihan waktu

pelajar Tingkatan 6 semester 1 di SMK Three Rivers untuk melayari aplikasi YouTube dengan

catatan sebanyak 17 respon (38%). Waktu pagi pula mencatatkan sebanyak 6 respon (13%)

manakala waktu tengah hari mencatatkan sebanyak 5 respon (11%). Pelajar yang melayari

YouTube bila perlu dan ketika meluangkan masa lapang pula masing-masing mencatatkan 1

respon iaitu sebanyak 2%.

A. Pelajar melayari aplikasi YouTube pada waktu malam

Berdasarkan analisis data dalam rajah yang ditunjukkan, kebanyakan pelajar Tingkatan 6

semester 1 di SMK Three Rivers lebih memilih untuk menggunakan aplikasi YouTube pada

waktu malam. Hal ini disebabkan oleh faktor jadual persekolahan yang terlalu padat. Sebagai

contoh, pelajar akan pulang pada pukul 1:20 tengah hari pada setiap hari (kecuali hari Jumaat)

setelah tamat sesi persekolahan. Pada hari Isnin hingga Rabu pula, aktiviti kokurikulum sekolah

akan dilaksanakan bermula jam 2:30 petang dan tamat pada jam 5:00 petang. Ini menyebabkan

pelajar Tingkatan 6 semester 1 di SMK Three Rivers tidak mempunyai masa yang banyak untuk

mengulangkaji pelajaran. Maka, pelajar-pelajar ini akan meluangkan masa pada waktu malam

untuk mengulangkaji pelajaran dengan melayari aplikasi YouTube sambil mendengar muzik

kegemaran mereka. Pelajar Tingkatan 6 semester 1 di SMK Three Rivers juga menggunakan

aplikasi YouTube pada waktu malam kerana sesetengah daripada mereka berpendapat bahawa
waktu malam merupakan waktu yang sesuai dan menenangkan untuk meluangkan masa mereka

terutamanya bagi mengulangkaji pelajaran. Hal ini kerana waktu malam merupakan waktu yang

sunyi dan pada ketika itu semua orang sedang tidur. Ini menyebabkan mereka lebih mudah fokus

untuk belajar pada waktu tersebut kerana tiada gangguan daripada orang lain. Oleh itu, faktor

jadual persekolahan yang padat dan suasana yang sunyi pada waktu malam telah mendorong

pelajar-pelajar tingkatan 6 semester 1 di SMK Three Rivers untuk melayari aplikasi YouTube

pada waktu malam.

B. Pelajar menggunakan aplikasi YouTube pada waktu petang

Analisis data juga mendapati bahawa terdapat sebahagian pelajar Tingkatan 6 semester 1 di

SMK Three Rivers yang sering melayari aplikasi YouTube pada waktu petang. Hal ini kerana

pelajar-pelajar tersebut lebih suka meluangkan masa pada waktu petang untuk mengisi masa

lapang kerana pada waktu tersebut mereka sering mempunyai masa lapang yang banyak. Sebagai

contoh, pada waktu cuti persekolahan yang panjang, pelajar-pelajar tersebut akan melayari

aplikasi YouTube pada waktu petang kerana mereka akan menggunakan waktu pagi untuk

mengulangkaji pelajaran manakala waktu malam pula digunakan untuk berehat atau menyiapkan

kerja sekolah yang diberi. Maka, wajarlah bahawa sebahagian pelajar Tingkatan 6 semester 1 di

SMK Three Rivers memilih waktu petang untuk melayari aplikasi YouTube.

A. Pelajar melayari aplikasi YouTube pada waktu pagi

Selain itu, analisis data juga menunjukkan bahawa terdapat sebilangan pelajar yang sering

melayari aplikasi YouTube pada waktu pagi. Hal ini kerana sesetengah pelajar suka bermain gajet

mereka terutamanya telefon pintar pada awal pagi untuk menghilangkan rasa bosan. Terdapat

juga pelajar yang sering mengulangkaji pelajaran dengan menonton video pendidikan di
YouTube pada awal pagi kerana waktu tersebut merupakan waktu di mana otak manusia

berfungsi 100% terutamanya pada jam 4:00 pagi hingga 5:00 pagi. Menurut Dr. Fadhilah

Kamsah (panduanmalaysia.com, 20 Disember 2019), kajian ada menyatakan bahawa kita ingat

10% apa yang dibaca, 20% apa yang didengar, 50% apa yang didengar dan dilihat, 70% apa

yang dicakapkan dan 90% setelah dipraktikkan. Dengan cara menonton video pendidikan di

YouTube untuk mengulangkaji pelajaran pada awal pagi, pelajar-pelajar Tingkatan 6 semester 1

di SMK Three Rivers tersebut dapat mengingat sekurang-kurangnya 50% daripada apa yang

didengar dan dilihat melalui video yang ditonton. Ini jelas membuktikan bahawa aplikasi

YouTube dapat membawa sedikit sebanyak kebaikan terhadap perkembangan ilmu pengetahuan

para pelajar. Walaubagaimanapun, ianya bergantung dengan cara pelajar itu memanfaatkan

penggunaan aplikasi tersebut.

A. Pelajar menggunakan aplikasi YouTube pada waktu tengah hari

Di samping itu, analisis data juga menunjukkan bahawa terdapat seramai 5 orang pelajar yang

sering melayari aplikasi YouTube pada waktu tengah hari. Waktu ini tidak ramai dipilih oleh

pelajar Tingkatan 6 semester 1 di SMK Three Rivers kerana ianya tidak bersesuaian dengan

jadual harian mereka terutamanya pada hari persekolahan. Hal ini kerana pada waktu tersebut,

pelajar masih berada di sekolah untuk menjalani sesi pembelajaran di dalam kelas masing-

masing dan telefon bimbit pula tidak dibenarkan untuk dibawa ke sekolah menurut preaturan

yang telah ditetapkan. Keadaan ini menyebabkan pelajar Tingkatan 6 semester 1 di SMK Three

Rivers tidak mempunyai masa untuk melayari aplikasi YouTube pada waktu tengah hari. Oleh

itu, ramai pelajar tidak menyokong pilihan waktu tengah hari sebagai waktu yang sering mereka

luangkan untuk melayari aplikasi tersebut.


B. Pelajar menggunakan aplikasi YouTube bila perlu dan ketika meluangkan masa lapang

Akhir sekali, analisis data menunjukkan bahawa majoriti pelajar Tingkatan 6 di SMK Three

Rivers tidak menyokong pilihan penggunaan aplikasi YouTube bila perlu dan ketika meluangkan

masa lapang. Hal ini kerana mereka banyak mengisi masa lapang dengan aktiviti lain yang lebih

bermanfaat seperti bermain badminton, membaca buku, berjalan-jalan dengan keluarga dan lain-

lain. Misalnya, ada pelajar yang menghargai masa lapang dengan melakukan aktiviti riadah yang

lebih menyihatkan fizikal dan mental berbanding menghabiskan masa di dalam bilik menonton

video hiburan di YouTube. Ada juga pelajar yang tidak bersetuju untuk melayari YouTube bila

perlu sahaja kerana sesetengah daripada mereka sering melayari hiburan di aplikasi tersebut

tanpa mengira waktu dan tempat bagi menghilangkan rasa bosan. Maka, disebabkan oleh faktor

inilah kedua-dua pilihan tersebut tidak mendapat sokongan yang banyak daripada pelajar

Tingkatan 6 semester 1 di SMK Three Rivers.

Kesimpulan

Daripada analisis data menunjukkan bahawa terdapat pelbagai waktu yang spesifik untuk para

pelajar melayari aplikasi YouTube. Waktu yang paling ramai mendapat sokongan pelajar adalah

waktu malam yang mana para pelajar mempunyai lebih banyak masa lapang pada ketika itu

untuk melayari aplikasi tersebut. Namun begitu, tabiat menghadap skrin gajet yang berlebihan

dan terlalu kerap pada waktu malam boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan mata

pelajar. Oleh itu, pengurusan masa yang efektif perlu dirancang oleh pelajar bagi membolehkan

mereka untuk menonton video di YouTube tanpa memudaratkan kesihatan mereka.

You might also like