You are on page 1of 2

LATIHAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

LATIHAN 1:

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif
tanpa mengubah maksud asalnya.

Tunku Abdul Rahman telah menyuarakan cadangan asal penubuhan Gagasan


Persekutuan Malaysia. Lanjutan daripada cadangan Tunku itu, satu Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan bagi mengadakan rundingan
dengan pemimpin wilayah yang terlibat. Satu persidangan telah diadakan untuk
memberikan penjelasan tentang gagasan Malaysia kepada pemimpin dan rakyat Borneo
Utara dan Selatan.Rakyat Borneo Utara dan Sarawak mengemukakan segala masalah dan
syarat-syarat berkaitan hak perlindungan berpelembagaan. Ahli Suruhanjaya Cobbold telah
mengadakan lawatan ke-35 buah tempat di Borneo Utara dan Sarawak.
Dipetik dan diubah suai daripada
Malaya kepada Malaysia oleh Siti Khadijah Baharudin,
Dewan Siswa, Bil 8/2019
[6 markah]

LATIHAN 2:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat yang dihitamkan kepada
ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan tugas pencegahan dan
pemadaman kebakaran. Badan beruniform ini juga bertanggungjawab dalam
menguatkuasakan undang-undang yang berkiatan dengan aspek keselamatan. Agensi
kerajaan dan swasta yang menjalankan kawad kebakaran sebenarnya turut dibantu
oleh pihak bomba. Kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang keselamatan
dan bahaya kebakaran juga diadakan oleh mereka. JBPM bertanggungjawab untuk
memastikan sesebuah bangunan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Mereka memastikan
setiap bangunan dilengkapi sistem amaran dan alat pemadam api agar berfungsi dengan
baiknya. Kerja-kerja forensik kebombaan dijalankan pihak bomba untuk menyiasat
punca kebakaran dan seterusnya melaksanakan pendakwaan di mahkamah selepas
berlaku suatu kebakaran.

Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada www.bomba.gov.my


[6 markah]
LATIHAN 3:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat yang dihitamkan kepada
ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

Penggunaan alat pengesan asap boleh membantu kita untuk mengesan kebakaran
dengan lebih cepat dan memberikan malkumat tentang tempat kebakaran. Alat ini
dapat membantu kita bertindak agar kebakaran tidak merebak dengan lebih teruk.
Dengan adanya alat ini, penggera akan berbunyi untuk menyedarkan penghuni
bangunan tentang kebakaran. Sekiranya alat penggera pengesan asap dipasang di
rumah, pastikan pemasangan dibuat di tempat strategik dan berisiko untuk terbakar.

Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada www.bomba.gov.my


[6 markah]

LATIHAN 4:
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

LATIHAN 5:
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.
2. Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah
langkah.
3. Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta
Kancil.
4. Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5. Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat
pertama dalam pertandingan tersebut.

You might also like