You are on page 1of 1

LATIHAN TATABAHASA TINGKATAN 4:

Arahan: Baca soalan yang disediakan dan jawab semua soalan. Tulis jawapan anda dalam buku
tatabahasa.

SOALAN 1: MORFOLOGI [8 MARKAH]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata tunggal dan dua kata majmuk. Kemudian,
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan pemain industry sangat diperlukan dan penting bagi
memberikan nafas segar untuk meningkatkan sektor pelancongan di Perlis. Pihak swasta juga wajar
memikul tanggungjawab yang lebih erat untuk membantu memasarkan sektor pelancongan. Hal ini
disebabkan banyak inisiatif yang boleh dilaksanakan bersesuaian dengan norma baharu dalam
memperkasakan industri pelancongan.

Jawapan anda:

1. Kata tunggal

i.) Perkataan : ayat

ii.) Perkataan : ayat

2. Kata majmuk

i.) Perkataan : ayat

ii.) Perkataan : ayat

You might also like