You are on page 1of 15

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN

2010301341
1.0 PENGENALAN
Menurut Ab. Razak Ab. Karim (2008) laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang
digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian mereka. Seorang penutur itu
akan mengubah larasnya bergantung pada keadaan ataupun situasi sesuatu peristiwa
bahasa itu berlangsung. Misalnya, laras ekonomi, laras undang-undang, laras
perubatan dan sebagainya.
Menurut Nik Safiah karim (1982) pula menyatakan bahawa laras ialah satu gaya atau
cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang
dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Beliau mengaitkan
laras dengan pemilihan bahasa berdasarkan konteks, bidang yang diperkatakan dan
juga peringkat sosial.
Menurut Rajiee Hadi (1994), laras bahasa adalah satu wahana yang membuktikan
kemampuan sesuatu bahasa untuk mengungkapkan makna dan maksud dalam
pelbagai bidang. Laras bahasa menentukan makna leksikal sesuatu kata dan
pengertian mengkhusus kepada bidang tertentu iaitu merangkumi pemilihan diksi,
istilah, frasa dan ayat yang digunakan.
Ciri-ciri khusus yang dapat membezakan antara sesuatu laras bahasa ialah dengan
adanya penggunaan istilah yang berbeza mengikut bidang masing-masing. Jenis dan
struktur ayat yang mudah atau kompleks, pendek atau panjang, ayat aktif atau ayat
pasif, bergantung kepada jenis bidang ilmu yang tertentu. Selain itu, pemerengganan
yang bergantung kepada jenis format penulisan, penghuraian, penomboran, simbol,
carta dan lain-lain.
Terdapat banyak laras dalam bahasa Melayu. Antaranya laras bahasa sains dan
1

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341
teknologi, bahasa undang-undang, bahasa ekonomi atau perniagaan dan banyak lagi.
Kajian ini adalah memberi tumpuan kepada bagaimana bahasa yang digunakan dalam
laras ekonomi. Laras ekonomi merupakan salah satu daripada laras-laras ilmiah yang
ada. Laras ini merangkumi banyak jenis dan salah satu daripada laras ekonomi yang
dimaksudkan ialah laras bursa saham. Laras ini banyak terdapat dalam akhbar-akhbar
harian dan jarang ditatapi oleh pembaca kecuali seseorang itu terlibat secara langsung
atau tidak dengan urusan jual beli saham. Biasanya ia digunakan dalam dunia korporat,
khususnya

dalam

bidang

perniagaan,

perusahaan, perindustrian,

perakaunan,

perbankan dan perdagangan.

2.0 ANALISIS
2.1 Aspek Istilah
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), istilah ialah satu perkataan atau rangkai
kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang
2

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341
ilmu pengetahuan. Istilah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu istilah khusus dan
istilah umum.
2.1.1 Istilah Umum
Istilah umum ialah istilah yang terdiri daripada perkataan yang menunjukkan jenis atau
kumpulan. Contoh istilah umum yang terdapat dalam laras ekonomi adalah seperti
berikut:
Istilah Umum
Indeks
Wang
Saham
Sen
Juta
Harga
Dagangan
Deposit

Huraian
Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index.
Wang merupakan bahasa sumber.
Saham merupakan bahasa sumber.
Sen merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu cent.
Juta merupakan bahasa sumber.
Harga merupakan bahasa sumber.
Dagangan merupakan bahasa sumber.
Deposit merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu

Labur
Ekonomi

deposit.
Labur merupakan bahasa sumber.
Ekonomi merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu

economy.
Jadual 1: Istilah umum dalam laras ekonomi.
2.1.2 Istilah Khusus
Istilah khusus ialah istilah yang terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada
perkara, benda atau alat-alat tertentu. Contoh istilah khusus yang terdapat dalam laras
ekonomi adalah seperti berikut:
Istilah Khusus
Huraian
Indeks
Komposit Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index
Kuala Lumpur

manakala komposit juga merupakan pinjaman bahasa


Inggeris iaitu composit. Kuala Lumpur pula merupakan
kata nama khas.
3

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341
Pasaran Saham Hong Pasaran

dan

saham

merupakan

bahasa

sumber

Kong
Saham Talam

manakala Hong Kong merupakan kata nama khas.


Saham merupakan bahasa sumber manakala Talam

Saham Kbunai

merupakan kata nama khas.


Saham merupakan bahasa sumber manakala Kbunai

Saham global

merupakan kata nama khas.


Saham merupakan bahasa sumber manakala global

Bursa Malaysia

merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu global.


Bursa merupakan bahasa sumber manakala Malaysia

Indeks

Nikkei

merupakan kata nama khas.


225 Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index

Jepun

manakala Nikkei 225

Jepun merupakan kata nama

Saham Ramunia

khas.
Saham merupakan bahasa sumber manakala Ramunia

Saham Saag

merupakan kata nama khas.


Saham merupakan bahasa sumber manakala Saag

Indeks FTSE London

merupakan kata nama khas.


Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index

manakala FTSE London merupakan kata nama khas.


Jadual 2: Istilah khusus dalam laras ekonomi.

2.2 Aspek Sintaksis


Aspek sintaksis ini membincangkan tentang beberapa perkara seperti binaan ayat, pola
ayat, susunan ayat, ragam ayat, jenis-jenis ayat dan bentuk ayat.

2.2.1 Binaan Ayat


Dalam binaan ayat, analisis teks dibuat dengan melihat binaan subjek dan predikat
ayat. Contoh binaan ayat boleh dilihat dalam jadual dibawah.
4

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341

Subjek
Predikat
1. Para pelabur
lebih ceria.
2. Pasaran saham global
meningkat.
3. Indeks Nikkei 225 Jepun
ditutup.
Jadual 3: Contoh binaan ayat dengan melihat subjek dan predikat
Dalam contoh satu dalam Jadual 3 di atas, iaitu Para pelabur lebih ceria, kita dapati
unsur frasa subjeknya ialah para pelabur dan unsur predikat lebih ceria. Subjek dalam
ayat tersebut merupakan frasa nama dan predikatnya pula ialah frasa adjektif. Contoh
kedua pula iaitu Pasaran saham global meningkat, kita dapati unsur frasa subjeknya
ialah pasaran saham global iaitu frasa nama dan unsur predikatnya ialah meningkat
iaitu frasa kerja. Contoh yang ketiga pula iaitu Indeks Nikkei 225 Jepun meningkat, kita
dapati unsur frasa subjeknya ialah Indeks Nikkei 225 Jepun iaitu frasa nama dan unsur
predikatnya ialah ditutup iaitu frasa kerja.

2.2.2 Pola Ayat


Pola ayat terdiri daripada empat unsur iaitu:
I.
II.
III.
IV.

Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)


Frasa Nama + Frasa kerja (FN + FK)
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FSN)

Namun begitu, pola 1 iaitu FN + FN tidak terdapat dalam analisis ini. Pola ayat yang
hanya terdapat pada teks adalah:
Pola 2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341
FN (subjek)
FK (predikat)
1. Indeks Komposit Kuala Lumpur
mencecah paras 1533.
2. Unit dagangan
meningkat hampir dua kali ganda.
3. Pasaran saham Amerika Syarikat
menunjukkan perubahan positif.
Jadual 4: Pola ayat Frasa Nama + Frasa Nama.
Pola 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA)
FN (subjek)
FA (predikat)
1. Para pelabur
lebih ceria.
Jadual 5: Pola Ayat Frasa Nama + Frasa Adjektif.
Pola 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FSN)
FN (subjek)
FSN (predikat)
1. Pasaran saham Hong Kong
pada bulan Januari 2011.
2. Pasaran saham negara
pada awal tahun 2011.
3. Indeks kini
dengan hanya 30 kaunter.
Jadual 6: Pola Ayat Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

2.2.3 Susunan Ayat


Susunan ayat dilihat kepada dua bahagian iaitu susunan ayat biasa dan susunan ayat
songsang.

I.

Ayat Biasa

Dalam susunan ayat biasa, kedudukan konstituen subjeknya berada di hadapan


konstituen predikat. Contoh ayat yang terdapat dalam teks ialah:
subjek
predikat
a) Indeks
berada di paras melebihi 23 ribu mata.
b) Indeks
ditutup pada 23 447.3 mata.
c) Pasaran saham global
meningkat hampir dua kali ganda.
Jadual 7: Contoh ayat biasa yang terdapat dalam teks.
II.

Ayat Songsang
6

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341

Ayat songsang ialah ayat yang telah melalui proses pendepanan atau penjudulan. Bagi
ayat songsang, konstituen predikat yang biasanya selepas subjek dipindahkan
kehadapan objek. Unsur dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan iaitu
melalui proses pendepanan. Contoh ayat yang terdapat dalam petikan ialah:

Predikat
1. Pada minggu kedua

Subjek
Indeks

komposit

Lumpur

FBM

Ayat biasa
Kuala Indeks komposit
terus Lumpur

meningkat.
2. Pada minggu ketiga Indeks
bulan Januari 2011

meningkat

Komposit

kedua.
Kuala Indeks

Kuala

FBM

terus

pada

minggu

Komposit

Kuala

Lumpur

FBM

mula Lumpur

FBM

mula

menurun

sedikit,

tetapi menurun

sedikit,

tetapi

masih di paras 1500 mata.

masih di paras 1500 mata


pada minggu ketiga bulan
Januari 2011.

Jadual 8: Contoh susunan ayat songsang.


2.2.4 Ragam Ayat
Ragam ayat terbahagi kepada dua iaitu:
a) Ayat aktif
b) Ayat pasif

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341
1. Ayat Aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek
asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Terdapat dua jenis ayat aktif iaitu:
a) Ayat Aktif Transitif
b) Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat Aktif Transitif


Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh
frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.
Contoh ayat aktif transitif yang terdapat dalam teks boleh dilihat dalam jadual di bawah.
Subjek

Predikat
Kata KerjaTransitif

Indeks

Komposit

Predikat
Objek

Kuala menunjukkan

perubahan positif.

Kuala mencecah

paras 1533 mata pada hari

Lumpur FBM
Indeks

Komposit

Lumpur FBM
Pasaran

saham

pertama.
Amerika menunjukkan

perubahan positif.

Syarikat
Jadual 9: Ayat Aktif Transitif.

Ayat Aktif Tak Transitif


Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang megandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak
8

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341
diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Contoh ayat aktif tak transitif yang terdapat
dalam teks boleh dilihat dalam jadual di bawah.

Subjek
Unit dagangan
Indeks
Indeks Dow Jones
Jadual 10: Ayat Aktif Tak Transitif

Predikat (Kata Kerja Tak Transtif)


meningkat.
ditutup.
meningkat.

2. Ayat Pasif
Subjek
Peningkatan ini

Kata kerja Pasif


disebabkan

Oleh + Frasa Nama Keterangan


oleh berita positif
di negara itu.
sektor perumahan

Saham Nestle
dibeli
Sentimen positif
didahului
Jadual 11: Ayat Pasif

oleh pihak luar.


oleh kaunter stok.

2.2.5 jenis-jenis Ayat


Terdapat empat jenis ayat dalam tatabahasa Melayu iaitu:
a) Ayat Penyata
b) Ayat Seruan
c) Ayat Tanya
d) Ayat Perintah
9

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341

a) Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.
Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang
sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Contoh ayat
penyata yang terdapat dalam teks adalah seperti yang berikut:

i.

Analisis saham ini adalah berkaitan dengan pasaran saham yang lalu.

ii.

Pasaran saham Negara pada awal tahun 2011, amat memberangsangkan


dengan jumlah dagangan melebihi 40 000 juta.

iii.

Saham teraktif dalam minggu itu termasuklah saham Saag, Talam, KUB
Malaysia Berhad (KUB), Borneo Oil Berhad (Bornoil) dan Ho Wah Genting
Berhad (HWGB).

b) Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan
untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram
dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru ( ! )
yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau
tidak. Walaubagaimanapun tidak terdapat ayat seruan dalam teks yang dikaji ini.

c) Ayat Tanya

10

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341
Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan
berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Contoh ayat tanya yang
terdapat dalam teks adalah seperti yang berikut:
i.

Apakah faktor peningkatan pasaran saham Hong Kong pada bulan Januari
2011?

ii.

Adakah pasaran saham negara akan sentiasa meningkat?

d) Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti
nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang biasa
digugurkan. Walaubagaimanapun tidak terdapat ayat perintah dalam teks yang dikaji ini.

2.2.6 Bentuk Ayat


Terdapat dua bentuk ayat yang dianalisis dalam teks ini, iaitu;
a) Ayat Tunggal
b) Ayat Majmuk
Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai
satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat tunggal,
seperti ayat-ayat jenis lain juga, terbit daripada ayat dasar. Binaan ayat tunggal
menyamai binaan ayat dasar, iaitu terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan
satu konstituen predikat. Contoh ayat tunggal yang terdapat dalam teks yang dikaji ini

11

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341
adalah seperti yang berikut:
subjek
Pasaran saham negara
Saham
Jadual 12: Ayat Tunggal.

predikat
meningkat tinggi.
menurun.

Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau
lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadi
ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis iaitu
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Gabungan


Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang
dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut
dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contoh ayat majmuk
gabungan yang terdapat dalam teks yang dikaji adalah seeprti yang berikut:
i.

Jumlah dagangan harian berada di paras melebihi 2000 juta unit pada hampir
setiap hari pada minggu pertama dan minggu kedua tahun 2011.

ii.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM menurun, tetapi masih di paras 1500 mata.

iii.

Unit dagangan masih tinggi dan berjumlah 7450.23 juta unit berbanding dengan
6361.99 juta unit pada minggu ketiga bulan Disember 2010.

Ayat Majmuk Pancangan


12

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341

Ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau
beberapa ayat kecil yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian
daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada ayat pancangan
relatif, ayat pancangan komplemen dan ayat pancangan keterangan. Contoh ayat
majmuk pancangan dalam teks kajian ialah :
i.

Permulaan yang positif untuk tahun 2011.

ii.

Saham yang banyak perubahan termasuklah saham British American Tobacco


berhas (BAT).

iii.

Bahawa ekonomi negara kita pada masa itu merosot adalah kurang tepat.

Ayat Majmuk Campuran


Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,
yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan
berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contoh ayat majmuk campuran dalam teks kajian
ialah:
i.

Saham yang banyak perubahan termasuklah saham BAT, saham Nestle, dan
saham TWS.

ii.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM yang mula turun sedikit, tetapi masih di
paras 1500 mata.

3.0 KESIMPULAN

13

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341
Kesimpulannya,

dalam analisis

teks laras ekonomi yang bertajuk sasaran

tahun baharu terdapat penggunaan istilah umum dan juga istilah khusus yang telah
disenaraikan.

Dari segi aspek sintaksis pula binaan FN+FK merupakan binaan ayat yang
paling

banyak

dikenal

pasti

berbanding

dengan

FN+FA

dan

FN+FSN.

Walaubagaimanapun, binaan FN+FN didapati tiada di dalam kajian teks yang


dilakukan.

Kebanyakan susunan ayat adalah ayat biasa namun ada juga ayat songsang
digunakan dalam laras ini. Selain daripada ayat biasa dan ayat songsang, teks ini juga
menggunakan ayat aktif dan ayat pasif dan juga beberapa jenis ayat seperti ayat
penyata dan ayat tanya . Ayat perintah dan ayat seruan tidak terdapat dalam teks.
Bentuk ayat yang digunakan pula ialah ayat tunggal dan juga menggunakan lebih
banyak ayat majmuk daripada ayat tunggal.

RUJUKAN

14

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN


2010301341

Ab. Razak Ab. Karim. 2008. Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar. 2008. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Laras

bahasa

.Dicapai

pada

Oktober

2011,

daripada

http://yunimaha5-

lestaribestari.blogspot.com/2009/07/laras-bahasa-2.html

Mohd Hanif Mohd Helmi. 2011. Mac. Sasaran Tahun Baharu. Dewan Ekonomi. 59-61.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. 2010.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

15

You might also like