You are on page 1of 5

ِ ‫بِ ۡس ِم ٱهَّلل ِ ٱلر َّۡح ٰ َم ِن ٱلر‬

‫َّح ِيم‬
KERTAS CADANGAN BAGI FORMAT BARU MENGAJI AL-QURA’N 5 HARI 1
JUZUK SETIAP SEORANG

1) PENDAHULUAN
Mengikut artikel Jabatan Mufti Brunei yang menyatakan dalam kitab Faidh al-Qadir
Syarh al-Jami ash-shagir dan Tanwir Syarh al-Jami Ash-Shagir :-
“khatam Al-Qura’n bermaksud menyelesaikan bacaan Al-Qura’n atau menyempurnakan
bacaan Al-Qura’n sehingga 30 juzuk”
Dari penjelasan di atas dapat di simpulkan bahawa khatam Al-Qura’n itu ialah
menyelesaikan atau menyempurnakan bacaan al-Qura’n tiga puluh juzuk dari awal
hingga akhir. Individu yang menyempurnakan bacaan Al-Qura’n 30 juzuk dari awal
hingga akhir dikira telah khatam Al-Qura’n sebagaimana yang disebutkan oleh ulama.
Sekiranya individu tersebut hanya membaca sebahagian daripada Al-Qura’n
misalnya satu juzuk atau dua juzuk sahaja atau beberapa juzuk Al-Qura’n maka
DIA TIDAK ATAU BELUM dianggap khatam Al-Qura’n. – Fatwa Mufti Kerajaan
Brunei (rujukan Irsyad Hukum dari keratan akhbar pelita Brunei bertarikh 21hb
April 2021)

2) ISU YANG BERBANGKIT DI DALAM FORMAT SISTEM MENGAJI MASA INI

 Format yang masa kini TIDAK dianggap sebagai khatam Al-Qura’n melainkan
para pembaca telah selesai menghabiskan bacaan dari juzuk 1 hingga juzuk 30.
Walaupun membacanya dengan membahagikan juzuk, akan tetapi mengikut
fatwa mufti Brunei, ia tidak di anggap sebagai Khatam secara berkumpulan.
 Format sekarang HANYA TERHAD kepada 30 orang yang menyebabkan 72
orang tidak ampit slot.
 Lebih buruk, apabila salah seorang AJK tertinggi juga di katakan sebagai “pilih
Kasih” kerana mengisi nama orang-orang yang kebiasaan dalam bacaan juzuk.
 Ada yang mencadangkan menubuhkan 1 GroupChat khas bagi aktiviti bacaan
Al-Qura’n. Kerana info penting di dalam group ikhwan beribi “tertindih” dengan
teks chat mengenai giliran bacaan Al-Qura’n.

1
3) BEBERAPA INISIATIF TELAH DI BUAT UNTUK MENYELESAIKAN ISU DI
ATAS
 PERKARA PERTAMA : Merubah format mengaji dengan sistem baru, yang
diberikan nama sebagai MENGAJI AL-QURA’N 5 HARI 1 JUZUK SETIAP
SEORANG.
 Format ini akan bermula pada bulan APRIL (In Shaa Allah dijangkakan pada
25hb April 2023)
 Penyelaras bagi format ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustazah (Dr) Zati
Hanani
3.1) Cara perlaksaan Format Baru :-
 1 juzuk dibaca dalam tempoh 5 hari, dan juzuk itu DISELARASKAN kepada
peserta yang membaca.
 Tiada had jumlah peserta yang membaca
 Tugas penyelaras :-
 Memberikan teks laluan kepada group untuk mengisi nama kepada para
pembaca.
 Memberikan “soft reminder” untuk menyelesaikan bacaan 1 juzuk dalam 5
hari jika ada yang belum menghabiskan.
 Memberikan teks penutup kepada para peserta jika sudah habis tempoh
bacaan.
 Memantau perisian group

Contoh teks whatsapp :-

Sila isi nama bagi yang mengikuti, dan tanda /


Jika telah selesai bacaan.
Bacaan juzuk 1 (tempoh bacaan 5 hari)
1) Zati Hanani
2) Babah DSS
3) Babu Pg Datin
4) Tuan Hamdan
5) Ustaz haji Sahri
6)
7)
8)
* Tiada had jumlah yang mengikuti group ini,
bagi semua ampit slot bacaan

2
3.2) Kaifiat menghabiskan bacaan Al-Qura’n 1 juzuk dalam 5 hari
1 juzuk ada 20 mukasurat. 20 mukasurat dibahagikan dengan 5 hari, beerti 4 mukasurat
dalam sehari. 4 mukasurat di bahagikan kepada 2 waktu iaitu waktu pagi (selepas
bangun tidur) dan malam (sebelum tidur). Boleh lah di rujuk seperti jadual di bawah :-
Hari Mukasurat Waktu pagi Waktu malam
Pertama 4 mukasurat 2 mukasurat 2 mukasurat
Kedua 4 mukasurat 2 mukasurat 2 mukasurat
Ketiga 4 mukasurat 2 mukasurat 2 mukasurat
Keempat 4 mukasurat 2 mukasurat 2 mukasurat
Kelima 4 mukasurat 2 mukasurat 2 mukasurat

Atau jika merasa berat untuk membaca 2 mukasurat sekaligus, boleh dibahagikan
bacaan 1 mukasurat bagi solat 5 waktu untuk 4 hari

Hari Mukasurat Subuh Zuhur Asar Maghrib Isya


Pertama 5 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat

Kedua 5 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat

Ketiga 5 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat

Keempat 5 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat 1 mukasurat

Kelima rehat

Bacaan 1 juzuk ini tidak ada cara yang khas, tapi yang paling penting mencapai
matlamat 1 juzuk dapat di habiskan dalam tempoh maksima 5 hari. Sekiranya ada para
pembaca yang cepat dan lancar, bolehlah beri tanda tick pada nama dalam group
whatsapp dan menunggu para peserta lainnya untuk menghabiskan 1 juzuk tersebut. Di
atas kesabaran menunggu akan dapat pahala berlipat ganda lagi dari Allah Subhanahu
Wa Ta’ala. Sesuai dengan matlamat group ini, agar dapat memberikan semangat
kepada para peserta lainnya untuk dapat istiqamah membaca 1 juzuk dan berterusan
dari sehari ke sehari.
Sebagai nasihat bersama : sememangnya akan ada ujian dan halangan untuk
beristiqamah menghabiskan 1 juzuk. Tapi ingatlah bahawasanya jika mempunyai niat
kerana Allah, inginkan RedhaNya, apa pun jua halangan tetap di hadapi dan jangan
pernah patah harapan.

3
Bacalah Al-Qur’an setiap hari 1 juz, Kalau tidak mampu bacalah separuh juz, Kalau
tidak mampu, bacalah sehelai atau satu muka surat. Kalau tidak mampu, berusahalah
dengan satu ayat. Kalau tidak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang Al-
Qur'an dan tanyalah kepada diri sendiri : "Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak
dapat membaca ayat Mu?"
Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasalam Bersabda :
Bacalah Al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat memberi syafaat
kepada pembacanya” (HR. Muslim)

3.3) Jangkaan Khatam bacaan Al-Qura’n


In sha Allah jika berterusan membacanya, ianya akan mengambil masa selama 150 hari
(5 bulan). Jika di sambung untuk fasa seterusnya, maka para peserta akan
mengkhatamkan sebanyak 2 kali khatam dalam setahun. Jumlah peserta khatam
adalah tertakluk kepada yang mengikutinya. Contoh 102 orang peserta yang mengikuti,
maka 102 orang peserta itu juga yang akan khatam dari juzuk 1 hingga juzuk 30.

 PERKARA KEDUA : Menubuhkan 1 group whatsapp chat khas bagi aktiviti ini

 Nama group : GC-MNGAJI IKHWAN BERIBI

 Pada masa ini, ahli group ini terdiri dari 4 orang AJK. In Sha Allah makluman
untuk para ikhwan dalam group Beribi akan di iklan pada hari Isnin 20hb APRIL
2023 bagi yang berminat ikut serta.

 Sebagai makluman awal jua, sepanjang bulan Ramadhan akan di adakan bagi
ke semua para ikhawan beribi untuk mengikuti aktiviti bacaan 30 juzuk bagi
seorang pembaca seperti aktiviti tahun lepas. Sesiapa yang ingin mengikutinya
boleh lah masuk ke dalam group baru.

 Objektif :-
1) Memberikan semangat kepada para ikhwan untuk membaca Al-Quran setiap
hari. (Kerana bacaan Al-Qura'n diberikan masa 5 hari untuk selesaikan 1 juzuk)
2) Memupuk tabiat secara rutin membaca Al-Quran untuk melancarkan bacaan Al-
Qura'n para ikhwan.
3) Di samping berzikir dengan zikir tareqat, diingatkan para ikhwan tidak
meninggalkan beramal dengan membaca Al-Quran. Dalam erti kata lain, bacaan Al-
Qura'n dan zikir tareqat seiring bersama untuk dijadikan amalan seharian.

4
 AJK tertinggi Mengaji Format Baru
Penaung - YM Dato Seri Setia Hj Rajid bin Hj Abd Kadir
Pengerusi - YM Ustaz Hj Mohd Sahri bin Hj Sulaiman
Setiusaha – YM Tuan Inspector Hamdan Bin Mantul
Penolong Setiausaha - YM Hj Muhammad Yussuf bin POKIDDP Hj Musa
Penyelaras - YM (DR) Ustazah Zati Hanani binti Dato Seri Setia Hj Rajid

 Adab dan etika dalam group whatsapp GC-MNGAJI IKHWAN BERIBI

1. Dikehendaki untuk memohon kebenaran terlebih dahulu daripada admin


sekiranya berhasrat untuk invite atau remove seseorang dalam group.
2. Tidak dibenarkan untuk mengongsikan apa-apa hal yang tidak berkaitan
dengan hal mengaji ikhwan beribi seperti ucapan selamat pagi (copy paste
dan forward dari group lain), dan ditegah sama sekali untuk mempromosi
jualan.
3. Admin berhak mendelete mana-mana maklumat yang dikongsikan dan
didapati tidak bersesuaian.
4. Tidak dibenarkan berdebat atau berbalas cakap tentang sesuatu isu yang
sensitif dalam group whatsapp contohnya : covid dan vaksin serta apa-apa
jua pandangan mana-mana penceramah.
5. Jika ingin left group, sila maklumkan pada admin terlebih dahulu.
6. Dikehendaki untuk bersama mengambil perhatian mengenai apa jua hal
yang di text oleh admin.
7. Jika ada pertanyaan atau kemusykilan sila rujuk admin secara text private.
8. Dikehendaki untuk menggunakan bahasa yang baik dan cara yang sopan
dalam group whatsapp.
9. Admin berhak meremove para peserta tanpa amaran jika didapati para
peserta dalam group melanggar adab dan etika.

Disediakan oleh :
Penyelaras (UZH)

You might also like