You are on page 1of 3

SET 3 (BAHAGIAN A KERTAS 2)

PROGRAM INTERVENSI BAHASA MELAYU 2 SPM


1 MINGGU 1 SOALAN (1M1S)
BAHAGIAN A (KERTAS 2)
NAMA: ____________________________________________
TINGKATAN: ________________________________________

Masa Peruntukan : 45 Minit


Markah Peruntukan : 35 Markah

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[ 35 markah ]

SOALAN 1 : MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata
akronim. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Industri filem Malaysia mutakhir ini, seolah-olah mendapat “suntikan” luar biasa.
Sepanjang 2010, banyak filem karya tempatan berjaya menarik orang ramai ke pawagam.
Sokongan penonton dapat diukur menerusi jualan tiket pecah panggung yang memecah
tradisi kutipan filem tempatan. Kecemerlangan filem tempatan bukan sahaja diukur dari
segi jumlah penayangan, tetapi angka-angka kutipan kasar tiket bagi setiap filem secara
puratanya mencatatkan perkembangan positif. Statistik yang dikeluarkan oleh Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menunjukkan bahawa meskipun jumlah
penonton yang berkunjung ke pawagam merosot, iaitu dari 44.13 juta orang pada tahun
2009 kepada 43.91 juta orang pada 2010. Jumlah tersebut ternyata tidak menjejaskan
jumlah kutipan filem tempatan.
Dipetik dan diubah suai daripada Cabaran Filem Pecah Panggung, oleh Azmi Ibrahim
Dewan Masyarakat, Bil 6/2012

[8 markah]

1
SET 3 (BAHAGIAN A KERTAS 2)

SOALAN 2 : SINTAKSIS

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian bina 4 ayat terbitan yang terdapat dalam
petikan tersebut. Anda perlu menyalin semula ayat tersebut supaya menjadi ayat terbitan
yang gramatis dan tepat.

Atiqah seorang yang bijak dan sepupunya juga seorang yang bijak. Atiqah akan belajar di
England dan sepupunya belajar di England. Abang telah menghadiahi Atiqah sebuah jam
tangan sebagai meraikan kejayaan Atiqah melanjutkan pelajaran ke England. Orang tua
Atiqah sangat gembira atas kejayaan Atiqah. Orang tua sepupu Atiqah sangat gembira atas
kejayaaan anak mereka.

Sumber: Internet
[8 markah]
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN

Dalam Bahan 1, terdapat lima kesalahan kata terbitan manakala Bahan 2 terdapat tiga
kesalahan frasa kerja pasif. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan
soalan. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.

Bahan 1

Penggunaan robot sebagai pengesan dalam pertanian bukan sahaja mampu menentukan
keadaan cuaca, malahan berupaya memaklumkan jumlah air yang memerlukan tanaman.
Untuk mendapatkan hasil ternakan udang yang menepati kehendak pelanggan, penternak
perlu mempastikan makanan yang mencukupi diberikan kepada udang. Kurang lengkap
kunjungan seseorang pelancong yang bertandang ke Sarawak jika tidak dibawa pulang kek
lapis Sarawak. Pihak kerajaan tempatan di kawasan itu sedang berusaha untuk
memperlebarkan jalan agar kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Kad pengenalan pertama
yang bermutu tinggi dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara mempergunakan sistem
separuh automatik.
Sumber : Internet

[5 markah]
Bahan 2

Kereta baharu yang ayah beli pada bulan Ogos yang lalu masih belum kami lihat kerana
stok kereta itu tidak mencukupi. Pelbagai program telah kerajaan laksanakan untuk
menyuburkan semangat patriotik dalam kalangan murid agar semangat itu tidak dilupakan
oleh murid- murid. Kek yang dibuat oleh kamu semalam masih segar kerana bahan-bahan
yang digunakan bermutu tinggi dan tidak mudah rosak.
Sumber: Internet

[6 markah]

2
SET 3 (BAHAGIAN A KERTAS 2)

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis
semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk
dan maksud asalnya.

Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang
dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka Patih
Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. “ Adapun negeri Melaka itu sukar binasa maka puas
hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu, jika tiada ia
mati, nescaya alahlah Melaka itu.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan,
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.

[4 markah]

SOALAN 5 : PERIBAHASA

Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa


sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir
sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Semangat kejiranan memainkan peranan penting untuk membentuk amalan bertolong-


tolongan bagai aur dengan tebing dalam kalangan penduduk setempat. Antara aktiviti yang
boleh dijalankan ialah gotong-royong kerana penduduk dapat mengamalkan konsep berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha membersihkan kawasan tempat tinggal.
Dengan berbuat begitu, penduduk akan menikmati permuafakatan dan perpaduan nasional
kerana jiran yang muafakat membawa berkat.

Sumber: Internet

[4 markah]

You might also like