You are on page 1of 2

Penulisan ini bertujuan untuk merumuskan dua buah bahan ilmiah iaitu artikel

journal yang bertajuk Transformasi Struktur Dalam Persembahan Ulik Mayang dan
sebuah buku yang bertajuk Ulik Mayang Warisan Terengganu. Artikel journal yang
bertajuk Transformasi Struktur Dalam Persembahan Ulik Mayang di tulis oleh Nurul
Ain Binti Hassan dan Muammar Ghaddafi Hanafiah (2020). Manakala buku yang
bertajuk Ulik Mayang Warisan Terengganu yang ditulis oleh Noraien Mansor (2017)
telah dijadikan sebagai rujukan yang mengfokuskan kepada sejarah dan lagenda
Ulik Mayang, di samping itu, buku ini juga menceritakan secara terperinci konsep
dan bentuk tarian ulik mayang tersebut.

Nurul Ain Binti Hassan dan Muammar Ghaddafi Hanafiah (2020) telah menyatakan
bahawa persembahan Ulik Mayang telah mengalami pelbagai transformasi dari
sudut struktur persembahan. Transformasi yang berlaku adalah terhadap struktur
persembahan Ulik Mayang iaitu pembuangan unsur pemujaan dan mantera,
pembentukan gimik, serta penggunaan props, alat muzik, dan kostum yang lebih
bersifat moden. Penulis-penulis ini telah membuat kajian ke atas seni persembahan
ini melalui dua kaedah iaitu, kaedah perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian
lapangan melalui kaedah temubual berfokus berserta rakaman persembahan Ulik
Mayang oleh kumpulan Sukira di Terengganu telah digunakan. Menurut Ismail
Hamid (1991), tarian adalah bentuk ciptaan yang indah yang boleh memberikan
kepuasan kepada orang lain. Seni tari atau seni gerak tari telah wujud dalam
masyarakat melayu sejak dari dulu lagi. Ianya membawa pelbagai pengaruh dalam
pelbagai kegiatan harian. Ia juga mempunyai nilai ritual sebagai warisan lama,
termasuk unsur pemujaan. Ulik mayang merupakan salah satu dari warisan lama
dan mengandungi unsur pemujaan. Menurut Siti Zainon Ismail (2008), persembahan
dimulakan dengan upacara pengubatan yang dilakukan oleh bomoh atau pawang
yang bertujuan untuk mengubati pesakit. Menurut beliau juga, penyakit tersebut
adalah penyakit yang berkaitan dengan makhluk halus atau terkena sampuk oleh
hantu. Amran Kasimin (2006) menyatakan bahawa orang melayu sebelum
kedatangan tamadun islam mempunyai animism iaitu kepercayaan yang begitu kuat
terhadap kepercayaan orang melayu terhadap kuasa ghaib iaitu seperti jin,
semangat, dan lain-lain. Akibat daripada kepercayaan inilah,munculnya pawang,
bomoh dukun,Poyang dan sebagainya yang berperanan sebaga orang tengah atau
orang perantaraan Antara manusia dengan kuasa-kuasa ghaib. Pawang, bomoh
dukun,poyang dan sebagainya ini dikatakan mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi
dan berupaya dalam menhubungkan kehidupan manusia di alam nyata dengan alam
ghaib. Mereka juga menjadi ketua dan memainkan peranan utama dalam pelbagai
upacara dan adat istiadat masyarakat melayu pada masa itu. Kepercayaan terhadap
kuasa-kuasa ghaib yang telah sebati dalam diri setiap individu masyarakat pada
ketika itu menjadi perubahan yang agak ketara Mohd Osman Taib (1988). Akibat
daripada pegangan kepada kepercayaan yang utuh, setiap malapetaka atau kejadian
yang berlaku mesti berkait dengan kepercayaan tersebut. Secara tidak langsung,
hubungan yang erat antara manusia dengan kuasa luar biasa dapat dikaitkan.
Kepelbagaian upacara ritual tertentu dipersembahkan dengan seni tari melayu yang
menjadi asas penting dan simbolik dalam persembahanmua. Sebagai contoh, upcara
ritual pemujaan dalam persembahan Ulik Mayang menggunakan simbolik bomoh
memegang mayang ketika mengubati pesakitnya yang disertakan dengan jampi dan
mentera menerusi lagu Ulik mayang.

You might also like