You are on page 1of 4

3.

0 SEJARAH KEMUNCULAN FEMINISM

Gerakan feminism berlaku berdasarkan tiga faktor yang utama iaitu kuasa, hierarkhi dan
hak istimewa. Pada masa sama, mereka menganggap bahawa agama Kristian dan kitab
sucinya, Bible ketidakadilan terhadap jantina, kedudukan wanita serta cara melayan wanita, dan
hak wanita dari segi politik, ekonomi dan budaya. Ini banyak pengaruh pemikiran mereka dan
memandang agama menghina dan menindas kaum wanita (Henri, S, 2016).

Terdapat beberapa orang yang menjadi penyebab pencetusan pemikiran feminism.


Antaranya ialah Tertullian merupakan ahli teologi beragama Kristian (155-245M) dimana beliau
berpandangan wanita sebagai mahluk yang hina, penyebab menaikan hawa nafsu lelaki,
merosak imej lelaki oleh kerana mereka memandang wanita ini lemah dari segi fisikal.
Pandangan beliau ditulis dalam bukunya “De Cultu Feminarum” yang bermaksud Pakaian
Wanita (Henri, S, 2016).

Pandangan buruk ini juga dating daripada Saint John Chrysostom (407M) iaitu beliau
merupakan Bapa Gereja Yunani di Konstantinopel. Beliau melabelkan wanita sebagai mahluk
yang lebih buas serta berbahaya berbanding binatang. Seterusnya, buku “Summa Theologia”
ditulis pada tahun antara 1266 dan 1272 oleh Thomas Aquinas. Beliau bersetuju dengan
Aristoteles, bahawa wanita adalah decaf male. Oleh kerana, embrio manusia lelaki menerima
jiwa rasional lebih awal berbanding wanita (Henri, S, 2016).

Pada 1560 dan 1648, Konsep Saint Paul’s berkenaan kajian-kajian spiritual terhadap
wanita menganggap bahawa mereka adalah sumber dosa dan anak kecil-dewasa yang boleh
dikacau dan tidak rasional. Pada tahun 1595, terdapat seseorang professor membuat
perdebatan serius yang bertajuk “Apakah wanita itu manusia atau bukan?”. Terdapat beberapa
teks-teks Bible yang diterangkan oleh tokoh-tokoh geraja (Henri, S, 2016) seperti:

1. Asal penciptaan wanita, “Sebab laki-laki tidak berasal dari perempuan, tetapi
perempuan berasal dari laki-laki”.
2. Tujuan penciptaan wanita, “Dan laki-laki tidak diciptakan kerena perempuan, tetapi
perempuan diciptakan kerena laki-laki”.
3. Urutan penciptaan, “Karena Adam yang pertama dijadikan, kemudian barulah Hawa”.

Huda Sya’rawi, aktivis wanita Islam pada abad ke 21 yang dimana beliau membuah
sebuah pertubuhan “Al-Ittihad Al-Nisa’I Al-Misri” yang bermaksud The Egytian Feminist
Union (1923). Penindasan wanita yag berlaku pada masyarakat Barat yang mereka cuba
mempengaruhi sarjana dan pemikiran Muslim. Huda Sya’rawi menanggalkan hijabnya
apabila tiba dari keretapi bagi menandakan bahawa bermulanya gerakan feminisme di
Mesir (Salleh, N. M, 2016).

Gerakan feminisme di Malaysia bermula sejak tahun 1930an, menurutr buku yang
bertajuk “Feminism and the Women’s Movement in Malaysia: An Usung Revolution” dan
terdapat orang yang berintelektual dan beragama Islam terpengaruh dengan golongan wanita di
Timur Tengah yang memperjuangkan peluang pendidikan bagi kaum wanita . Sebagai contoh
“The Malay Women Teacher” di Johor pada tahun 1929 yang ditubuhkan oleh Zainun Binti Hj
Munshi Sulaiman (ibu Zain) (Azura, A. A, 2017).

Asal-usulnya pergerakan feminism di Malaysia berasaskan daripada kolonial British


kepada pemerintahan Jepun yang mencetuskan kesedaran nasionalisme and juga jati diri
ketimuran. Jati diri ini dimaksudkan dengan mempunyai semangat juang yang kuat diman daoat
menewaskan kuasa Barat pada tahun 1941. Ini mempunyai kaitan dengan pergerakan
feminisme ‘nasionalis’ bermula di zaman colonial sehingga merdeka. Munculnya pergerakan
kaum wanita sebagai ejen politik, sosial dan ekonomi bagi memperjuangkan autonomi
kebangdaan di Malaysia (Azura, A. A, 2017).

Dalam Encyclical Letter Evangelium Vitae 1995, Pope John Paul II mengeluarkan
cabaran kepada wanita yang menangkap perspektif paradoks kebanyakan wanita kontemporari
yang mengenal pasti sebagai Katolik dan sebagai feminis:

Dalam mengubah budaya supaya ia menyokong kehidupan, wanita menduduki tempat,


dalam pemikiran dan tindakan, yang unik dan menentukan. Ia bergantung kepada mereka
untuk mempromosikan "feminisme baru" yang menolak godaan meniru model "dominasi lelaki,"
untuk mengakui dan mengesahkan genius sebenar wanita dalam setiap aspek kehidupan
masyarakat, dan mengatasi semua diskriminasi, keganasan, dan eksploitasi (Pope John Paul II
1995: 99).

Ayat pertama petikan ini mencirikan wanita sebagai penjaga budaya hidup, tepatnya
jenis peranan wanita yang mungkin dicadangkan oleh Pope Katolik. Namun, ayat kedua,
dengan seruan "dominasi lelaki" dan keperluan untuk mengatasi "diskriminasi, keganasan, dan
eksploitasi" terhadap wanita akan sesuai dengan kemas dalam risalah oleh mana-mana
sebilangan feminis sekular kontemporari yang akan bersungguh-sungguh menolak peranan
yang dicadangkan dalam ayat sebelumnya—seperti feminis Marxis radikal Catherine
MacKinnon, atau aktivis anti-pornografi Dorchen Leidholdt (Marie Faillinger, 2013).
Paradoks ini adalah perkara biasa bagi ramai wanita Katolik kontemporari yang
pengalaman hidup mereka telah menyebabkan mereka mengenal pasti sebagai feminis,
sekurang-kurangnya seperti yang ditakrifkan oleh ahli falsafah Katolik Prudence Allen: "cara
pemikiran dan tindakan yang teratur yang memberi perhatian khusus untuk menghapuskan
halangan kepada perkembangan penuh wanita" (Allen 2004: 284) Marie Faillinger, 2013).

Walaupun wanita sedemikian mungkin melihat diri mereka sebagai feminis,


bagaimanapun, pengenalan teori feminis liberal dengan dasar yang bertentangan dengan
ajaran Katolik mengenai pelbagai isu-termasuk pengguguran, kontraseptif, homoseksual,
perkahwinan sejenis, dan pentahbisan wanita sebagai Pope. Ia boleh menjadikan label
"feminisme" bermasalah bagi sesetengah orang. Beberapa dekad yang lalu telah menyaksikan
perkembangan ketara kedua-dua pemikiran Katolik tentang feminisme dan teori feminis sekular,
membuka jalan untuk interaksi yang bermanfaat antara sekolah-sekolah ini. Ahli falsafah dan
ahli teologi Katolik seperti Elizabeth Johnson, Rosemary Radford Ruether, Lisa Sowle Cahill,
Janet Smith, Michelle Schumacher, dan Prudence Allen telah mengkaji aspek agama Katolik
(Marie Faillinger, 2013).
Rujukan

Salleh, N. M. (2016). Peranan NGO Islam dalam Menangani Agenda Feminisme di Malaysia:
The Roles of Islamic NGO in Dealing With Feminism Agenda In Malaysia. al-Irsyad: Journal of
Islamic and Contemporary Issues, 1(1), 96-112.

Marie Faillinger, Elizabeth Schiltz, & Susan J. Stabile. (2013). Feminism, Law and Religion.
Routledge.

Azura, A. A. (2017). Feminisme dalam karya tari kontemporari dan kehidupan Aida
Redza/Azura Abal Abas (Doctoral dissertation, University of Malaya).

Henri, S. (2016). Wacana kesetaraan gender dalam pemikiran Islam di Institusi Pengajian
Tinggi Islam Negeri di Indonesia: Kajian kes di Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga
Yogyakarta/Henri Shalahudin (Doctoral dissertation, University of Malaya).

You might also like