You are on page 1of 2

Bil Acara Teks

Umumkan Mengumumkan ketibaan Encik Zakaria bin Mohd Saman,


ketibaan VIP Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Khas, PPD
Hulu Terengganu diiringi oleh Cikgu Suhaimi bin Said, Guru Besar
SK Ajil dan barisan guru-guru Penolong Kanan SK Ajil.

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Majlis Perasmian


Penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Ajil 2023.

Yang Berbahagia Encik Zakaria bin Mohd Saman, Penolong


Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Khas, PPD Hulu
Terengganu, yang dihormati Cikgu Suhaimi bin Said, Guru Besar
SK Ajil, Cikgu Mohd Hisyam bin Alias, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, Cikgu Nurlianna binti Abdullah,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Faridah binti Mamat,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Razmi binti
Mamat, Guru penolong Kanan PPKI, Encik Abdul Wahid bin Said,
YDP PIBG SK Ajil, ahli jawatankuasa PIBG SK Ajil, guru-guru,
tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Ajil yang
dirahmati Allah sekalian.

Majlis penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Ajil Tahun 2023 kini tiba ke
kejohanan dan penghujungnya.
penyampian
hadiah kategori Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang
khas() mengikut rumah masing-masing.

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan


SK Ajil Tahun 2023. Oleh itu, dijemput Yang Berbahagia Encik
Zakaria bin Mohd Saman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pendidikan Khas, PPD Hulu Terengganu untuk
menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK
Ajil Tahun 2023. Dengan hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik


Zakaria bin Mohd Saman di atas ucapan perasmian penutup itu
tadi.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan


dan olahragawati sekolah.

Dengan ini pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan tuan guru besar, Cikgu Suhaimi bin Said,
mengiringi Yang Berbahagia Encik Zakaria bin Mohd Saman untuk
menyampaikan hadiah

Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Ajil


tahun 2023, jatuh pada:   rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Zakaria bin Mohd


Saman kerana sudi penyempurnakan acara penyampaian hadiah
itu tadi.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima


kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan
Kejohanan Sukan Tahunan SK Ajil tahun 2023 ini.

Sekarang kita tampilkan Cikgu Suhaimi bin Said ke tengah padang


untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup
Kejohanan Sukan Tahunan SK Ajil tahun 2023. Dipersilakan.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

You might also like