You are on page 1of 3

BK09

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sekolah Kebangsaan Taman Mahkota

REKOD SESI KAUNSELING INDIVIDU

NAMA MURID : Kamaruddin Bin Ahmad Saiful

TINGKATAN / TAHUN : Tahun 6 Neptun NO. RUJUKAN : _____________________

TARIKH : 19 September 2022 MASA : 11.00 Pagi

CARA DATANG*

SUKARELA DIRUJUK / DIJEMPUT

ISU : Merokok SESI KE : Pertama

1. Latar belakang klien/Pemerhatian.

Klien adalah seorang lelaki yang berbadan kurus dan berkulit hitam manis. Pemakaian klien

kelihatan kusut-masai dan rambut tidak disikat dengan rapi. Baju sekolah klien tidak

mempunyai lencana sekolah dan tanda nama. Kasut sekolah yang dipakai oleh klien tidak

kelihatan bersih. Klien sedang memegang sebuah botol minuman yang diisikan dengan

dengan air sejuk dan sebungkus keropok berjenama “Super Ring”. Klien telah dirujuk oleh

guru disiplin sekolah.

2. Pernyataan masalah/Masalah dikenalpasti

Masalah klien tidak dikenalpasti. Klien telah dirujuk oleh guru disiplin sekolah kerana terlibat

dengan kes merokok di tandas sekolah pada tarikh 18 September 2022.

3. Masalah sebenar

Belum dikenal pasti lagi.

4. Matlamat Kaunseling

Matlamat sesi ini adalah untuk membina hubungan dengan klien. Hal ini demikian kerana,

klien akan mula untuk mempercayai GBK dan mampu unutk meluahkan sekarang

kandungan dalam hati klien.


BK09

5. Aplikasi Teori (Pendekatan/Strategi/Teknik)

Teori yang diaplikasikan dalam sesi kaunseling yang dijalankan ini adalah Teori Behavior.

Hal ini demikian kerana, saya berpendapat dan percaya bahawa setiap tingkah laku yang

dilakukan oleh klien pasti mempunyai punca daripada keadaan persekitaraan atau daripada

tekanan persekitaraan. Ini kerana setiap manusia adalah individu yang pasif dan menyerap

serta menerima segala pengaruh di persekitaraan yang membentuknya. Saya percaya

bahawa klien dapat berubah semula dan Kembali ke pangkal jalan yang sebenar.

6. Proses Kaunseling/Perbincangan

Sesi dimulakan dengan pertanyaan khabar kepada klien pada hari tersebut. Klien

ditanyakan apa yang diambil oleh klien unutk sarapan pagi sebentar tadi. Klien juga ditanya

bagaimana klien akan hadir ke sekolah setiap hari. Perasaan klien pada hari tersebut juga

ditanya supaya dapat mengenal pasti keadaan klien pada waktu tersebut. Kemudian, klien

ditanyakan akan sebab klien telah dipanggil ke Bilik Bimbingan Dan Kaunseling pada hari

tersebut. Klien diberi penjelasan bahawa klien telah dirujuk oleh guru disiplin kepada GBK

kerana klien didapati merokok di tandas sekolah pada 18 September 2022. Klien diberitahu

bahawa GBK tidak berburuk sangka akan klien dan klien ditanyakan sebab klien melakukan

perbuatan tersebut di tandas sekolah. Klien hanya berdiam diri dan tidak memberi sebarang

respon terhadap soalan tersebut. Ini kerana klien masih tidak mempercayai akan GBK

tersebut, Oleh itu , klien telah diterangkan tentang peranan klien dan peranan seoarang

Gbk. Klien juga diberikan pendedahan tentang etika kerahsian. Setelah menjelaskan

tentang semua perkara, maka klien mula untuk memberikan sedikit respon dan klien mula

untuk mempercayai GBK. Akhir sekali, sesi telah ditangguhkan kepada hari yang lain.

7. Rumusan

Klien berasa gementar pada awal sesi dijalankan tetapi setelah dijelaskan kepada klien

maka, klien berapa lega sedikit. Pada awalnya, klien tidak memberi sebarang respon tetapi

telah wujud komunikasi dua hala diantara aklien dan GBK di penghujung sesi. Sesi

ditangguhkan. Klien diminta untuk hadir pada 20 September 2022.


BK09

8. Refleksi Kendiri

Sesi telah berjalan dengan lancar. Dengan berjayanya, GBK telah membuatkan klien untuk

bercakap tanpa rasa takut pada akhir sesi. Kemahiran menyoal terbuka telah diguna pakai

dalam sesi ini. Sesi ini telah melibatkan fasa bina hubungan dengan berjaya.

Disediakan oleh : Tarikh : 19 September 2022

………………………………….................................

(Guru Pelatih Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa)

You might also like