You are on page 1of 9

RANCANGAN

PERNIAGAAN
Projek Jualan
Pastri

Boombayah Stall

Nama : Anne lissa Lawrence

Kelas : 5 Topaz

No KP : 021008-12-0078

Angka Giliran :

Tarikh Siap : 1 Julai 2019

Nama guru pembimbing : tc anne matutis


ISI KANDUN GAN

Muka Surat

1.0 PENGENALAN 1

2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN 1

3.0 VISI 1

4.0 MISI 1

5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK 2

6.0 LATAR BELAKANG PROJEK 3

7.0 RANCANGAN PENTADBIRAN 3

8.0 RANCANGAN PEMASARAN 5

9.0 STRATEGI PEMASARAN 5

10.0 RANCANGAN OPERASI 6

11.0 RANCANGAN KEWANGAN 7

12.0 PENUTUP 7
1.0
PENGENALAN
Boombayah Stall ialah sebuah perniagaan yang akan menjalankan penjualan
pastri rapuh seperti tart dan pai. Perniagaan yang dipilih ini terletak di lokasi yang
strategik di kawasan Sekolah Menengah Saint Francis Xavier, Keningau. Ahli
perniagaan telah menjalani kursus elektif terbuka penghasilan produk pastri
sebelum perniagaan dilaksanakan. Saya telah mempelajari pelbagai ilmu tentang
penghasilan produk pastri dan pengurusan perniagaan. Saya telah menggunakan
modal sendiri untuk memulakan perniagaan. Namun begitu, kemudahan alatan
yang digunakan untuk memasak adalah milik bilik RBT Sekolah Menengah St
Francis Xavier. Pengalaman perniagaan yang akan dijalankan ini membantu Saya
menjadi usahawan muda yang bijak meguruskan syarikat supaya lebih
berkembang dan maju.

Dalam usaha menyambut seruan kerajaan untuk menambah peserta dalam


industri kecil dan sederhana, Boombayah Stall diwujudkan bagi meningkatkan
pendapatan murid. Di samping itu, perniagaan ini diwujudkan bagi menimba ilmu
dan pengalaman dalam bidang perniagaan serta bagi merealisasikan hobi Saya
yang gemar membuat pastri pada masa lapang

2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN


 Merancang pelaksanaan perniagaan.
 Dijadikan sebagai garis panduan menguruskan perniagaan.
 Menilai daya maju perniagaan.

3.0 VISI
 Menawarkan kepelbagaian pastri rapuh dari segi bentuk dan rasa yang dapat
menarik perhatian peminat pastri.

4.0 MISI
 Memasarkan pastri rapuh yang dihasilkan oleh pelatih guru dari kelas elektif
pastri.
 Memberi kemudahan kepada warga IPGK Ipoh membeli pastri dari lokasi
yang hampir dengan mereka.
5.0 LATAR BELAKANG
PEMILIK

a) Nama Penuh – Anne lissa Lawrence

b) Nombor Kad Pengenalan – 021008-12-0078

c) Alamat Tetap – Kg Ansip, Keningau, Sabah

d) No Telefon – 010 2914757

e) Tarikh Lahir – 08 Oktober 2002

f) Umur – 17 tahun

g) Kelulusan Akademik

 Sijil Pelajaran Malaysia

 Sijil Modular Penyediaan Masakan Barat dan Timur

 Sijil Perkhidmatan Makanan

h) Kursus Yang Dihadiri

 Kursus Penyediaan Masakkan Barat dan Timur

 Penghasilan dan penjualan bakeri

i) Kemahiran

 Membuat roti dan muffin

j) Pengalaman

 Menghasilkan ‘cupcakes’ dengan rekaan yang menarik dan sedap.


6.0 LATAR BELAKANG
PROJEK

Nama Perniagaan : Boombayah Stall

Alamat Perniagaan : Sekolah Menengah Saint Francis Xavier, Keningau,


Sabah

Aktiviti Utama Perniagaan : Menjual pastri rapuh kepada warga Sekolah

Masa Operasi : 3 petang – 5 petang

Tarikh Memulakan Perniagaan : 1 Julai 2019

Bentuk perniagaan : Milikan Tunggal

Modal Perniagaan : RM 75

Jadual 2: Modul Permulaan

RM75

7.0 RANCANGAN
PENTADBIRAN

7.1 Carta Organisasi

Pengurus
Anne lissa Lawrence

Jurujual
Pembuat Pastri
- Mitchelle Lyn Fung
- Annielysha Esther Joy -Monica
- Norhafizah binti Ahmad Kamal
Rajah 1: Carta Organisasi

7.2 Jawatan dan Spesifikasi Tugas

7.2.1 Pengurus

a) Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan mentah.


b) Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah
ditetapkan. c) Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada
pada tahap yang
terbaik.
d) Menghasilkan dan memastikan pengeluaran semua produk mengikut jadual
yang ditetapkan.
e) Mengawal, mengawasi, merancang dan mengurus perjalanan operasi
dan kewangan perniagaan dari semua aspek.

7.2.2 Jurujual

a) Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi

b) Melayan dan memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.

c) Bertanggungjawab terhadap operasi penjualan dan mengambil


tempahan daripada pelanggan.

d) Menyediakan makanan serta melaksanakan proses pembungkusan


makanan, mengemas atau menghias kedai.

e) Memastikan susun atur barang-barang jualan di kedai sentiasa mencukupi


dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.

7.2.3 Pembuat Pastri

a) Menghasilkan produk pastri yang berkualiti dalam tempoh masa yang

ditetapkan. b) Menyiapkan tempahan pelanggan

c) Memastikan produk pastri rapuh yang dikeluarkan memenuhi citarasa pelanggan


8.0 RANCANGAN
PEMASARAN

8.1 Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan


Boombayah Tat menyediakan pastri rapuh. Senarai pastri disenaraikan seperti
di bawah:
a) Pai ayam dan cendawan
b) Blackpink tart

8.2 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada
pelanggan meliputi:
a) Guru-guru s e k o l a h r e n d a h d a n m e n e n g a h
b) Murid-murid sekolah rendah dan menengah
c) Anak-anak Guru
d) Staf-staf Sekolah

9.0 STRATEGI
PEMASARAN

9.1 Barangan
 Menjual produk pastri secara terus daripada dapur kepada pelanggan
 Mempelbagaikan produk pastri rapuh yang hendak dijual kepada pelanggan
 Menggunakan bahan yang berkualiti untuk membuat produk pastri

9.2 Promosi
 Memberikan tester produk pastri rapuh kepada pelanggan untuk dicuba
 Menyebarluaskan perniagaan produk pastri dengan menggunakan media
sosial seperti Whatsapp, Facebook dan Twitter

9.3 Tempat
 Menjual produk pastri di tempat yang menjadi tumpuan pelanggan
 Meninjau terlebih dahulu tempat yang menjadi tumpuan pelanggan
9.4 Harga

 Memberikan potongan harga kepada produk pastri rapuh yang dibeli


secara combo (contoh: satu pai dan enam tart, berharga RM 6).

10.0 RANCANGAN OPERASI

10.1 Mesin dan Peralatan

 Boombayah Stall memiliki beberapa peralatan asas. Aset tetap dan


kelengkapan gerai yang telah dimiliki setakat ini adalah seperti berikut:

Perkara Unit Catatan


a) Oven 1
b) Peralatan membuat doh dan 1 Hak milik Bilik
pastri c) Dulang pembakar 2 RBT SMSFX

10.2 Perbelanjaan Operasi

 Anggaran yang disediakan di bawah anggaran belian bahan mentah yang


meliputi bahan mentah yang biasa digunakan dalam pembuatan pastri. Ini
ditunjukkan di dalam senarai seperti di bawah:

Bil. Bahan Mentah Kuantiti Anggaran (RM)


1 Tepung Gandum 850 g x 2 6.00
2 Mentega 3 buku 11.97
3 Cream cheese 250 g x 2 19.80
4 Telur 2 biji 1.00
5 Esen Vanila 1 botol kecil 1.74
6 Pewarna rose pink 1 botol kecil 1.74
7 Coklat masakan 1 bar kecil 10.00
8 Lain-lain Bahan Mentah 22.89
JUMLAH 75.00
11.0 RANCANGAN KEWANGAN

11.1 Jadual Kos Pelaksanaan

Butir-butir yang terkandung di dalam perbelanjaan mengurus Boombayah Stall


adalah seperti berikut:

Jadual 3: Perbelanjaan
Bil Pastri Harga (RM)
1 Pai Ayam dan Cendawan 2.50 x 27 pcs 67.5
2 Boombayah Tart 0.50 x 100 pcs 50
Jumlah 117.50

 Set Combo (1pcs Pai + 6pcs Tart) = RM5

11.2 Jangkaan Untung

 Modal : RM 75
 Jumlah jualan : RM 117.50
 Keuntungan : RM 42.50

10.0 PENUTUP

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan,


Boombayah Stall amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan
mendapat sambutan ramai dan memberikan pulangan yang lumayan. Kajian dan
perancangan yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan perniagaan ini berjalan
dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan yang telah
dirangka. Oleh itu syarikat Saya amat optimis dengan perniagaan ini dan yakin ia
berdaya maju dan mampu berkembang di masa hadapan.

You might also like