You are on page 1of 2

Skrip memanah mssj 2021

 Assalamualaikum, nama saya ialah ___________ dan ini video saya untuk Cabaran
Kemahiran Sukan Memanah Mssj Johor Secara Dalam Talian 2021
 Dalam video ini saya ingin menerangkan tentang asas dalam memanah.
 Memanah adalah sukan yang baik dilakukan dalam keadaan terkawal dalam membentuk
daya tumpuan,kekuatan, konsistensi dan ketepatan.

 Yang pertama ialah berdiri tegak dan kaki pada kedudukan square atau dikenali sebagai
kaedah closed stance.
 saya selesa menggunakan kaedah ini, bagi mengekalkan kesimbangan badan dalam
setiap panahan.
 Untuk melakukanya adalah menyamakan kedudukan tapak kaki dan menghala ke
hadapan.
 Garisan dahi, dada, pusat dan tapak perlu selari dan keadaan tumit perlu serenjang
dengan bahu.

 yang kedua ialah nocking iaitu meletakkan nock arrow pada string bow. saya tidak
menggunakan arrow sebenar tetapi hanya menggunakan nock di belakang arrow
sebagai contoh.
 Bagi melakukan nocking yg betul, nock perlu diletakkan di nock point pad tali dan
caranya ialah memasukan nock di nocking point sehingga berbunyi ,’klik’.

 Asas yang ketiga ialah grip. Ketika melakukannya, pastikan sewaktu memegang bahagian
grip, tekanan yang dirasai mestilah sama pada garisan tekanan, kedudukan belakang
tapak tangan tersebut juga perlu kekal 45 darjah(boleh tunjuk) serta memastikan tangan
tidak menggenggam grip tersebut

 Asas keempat ialah hook . ketika ini, finger tab digunakan. Letakkan finger tab di antara
nocking point. Pastikan 1 jari di atas dan 2 jari di bawah dan pastikan tali bow
disangkutkan pada bahagian sendi jari yang pertama.

 Asas yang kelima pula ialah pre-draw. lengan pemegang bow di angkat dan lengan
penarik tali serentak. Kekalkan bahu hadapan pada kedudukan rendah. Kekalkan
siku lengan penarik pada kedudukan separas mata kerana ini akan membantu
menggerakkan otot belakang menarik pada tarikan penuh

 Asas yang keenam pula ialah full draw, pastikan tali ditarik secara lurus pada tangan
yang memegang bow menuju ke anchor point. Kestabilan badan perlu dikekalkan
sepanjang masa.
 Asas ke tujuh iaitu anchoring dan asas ke lapan iaitu aiming akan dilakukan secara serentak.
Anchoring perlu dilakukan dengan memastikan tali bersentuhan di tengah bahagian dagu dan
jari telunjuk perlu berada di bawah dagu. Manakala aiming dilakukan dengan cara membuka
mata dominan dan menutup sebelah lagi mata sambal mengekalkan sight pada sasaran.

 Asas ke sembilan pula ialah release, untuk melakukan ini, kendurkan daya tarikan tali
bow secara beransur-ansur dan elakkan melakukan dry fire,

 Yang kesepuluh ialah melakukan recovery iaitu merehatkan lengan yang memegang
bow dengan meletakkan hujung bow pada kasut dan bernafas dengan tenang.
pemanah mesti merehatkan diri selepas setiap panahan dibuat, supaya otot-otot
dapat pulih dan bersedia untuk panahan seterusnya. Rehat dalam tempoh 20 hingga
30 saat adalah mencukupi.

 Sebagai demostarasi untuk semua teknik asas tadi, saya akan melakukan tarikan dan
menahan selama 4 saat untuk menguji ketahanan fizikal dan cuba melakukannya secara
konsisten sebanyak 3 kali.

Sebagai seorang pemanah, keselamatan diri, alatan dan tempat tidak boleh dipandang enteng.
Antara alatan keselamatan yang wajib ada ialah finger tab, chest guard, arm guard dan quiver.
Sebagai tambahan, finger sling digunakan untuk memastikan bow tidak terlepas daripada
tangan ketika melepaskan grip selepas panahan. Keselamatan tempat juga tidak boleh
dilupakan. Pastikan kawasan latihan anda bukan dilaluan orang ramai. Pastikan terdapat jarak
selamat antara pemanah dan orang awam. Sewaktu latihan, harus bawa air minuman
secukupnya supaya kekal hidrat dan cergas. Sekian terima kasih.

You might also like