You are on page 1of 1

Buku teks Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan) ini dihasilkan berdasarkan enam

tema Sains Tahap 2, iaitu Inkuiri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan
Angkasa serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Buku teks Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
ini mengandungi 13 unit, iaitu Kemahiran Saintifik, Manusia, Mikroorganisma, Interaksi antara
Hidupan, Pemeliharaan dan Pemuliharaan, Daya, Kelajuan, Teknologi Pengawetan Makanan,
Bahan Buangan, Gerhana, Galaksi, Kestabilan dan Kekuatan serta Teknologi.
Penerbitan buku teks Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan ini dihasilkan berdasarkan
sukatan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan.
Buku ini dihasilkan mengikut kesesuaian tahap murid tahun 6, khususnya untuk kegunaan murid
sekolah kebangsaan. Buku ini ditulis oleh tiga orang penulis yang telah terpilih berdasarkan
pengetahuan, pengalaman dan kelayakan mereka yang bersesuaian dengan buku ini.

Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin mendapat latihan Diploma


Perguruan Asas di Institusi Perguruan Perempuan Melayu, Melaka
pada tahun 1990 hingga tahun 1992. Seterusnya, beliau melanjutkan
pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di
Universiti Terbuka Malaysia. Kini, beliau bertugas sebagai Guru Penolong
Kanan Pentadbiran dan Kurikulum di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit
Mahkota, Kajang, Selangor. Beliau mempunyai pengalaman mengajar
mata pelajaran Sains sekolah rendah selama 26 tahun. Buku teks
Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan) ini merupakan
buku Sains ke-12 yang ditulis oleh beliau bersama penerbit Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Ramadhan bin Anwar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains


(Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah mengikuti
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI Sains) sebelum memulakan
kerjaya sebagai pendidik pada tahun 2005. Beliau telah berkhidmat
sebagai guru Sains selama 15 tahun. Kini, beliau menjalankan tugas
sebagai Ketua Panitia Sains di Sekolah Kebangsaan Sendayan,
Seremban, Negeri Sembilan. Buku teks Sains Tahun 6 Sekolah
Kebangsaan (KSSR Semakan 2017) ini merupakan buku teks kelima
yang ditulis oleh beliau selepas buku teks Sains Sekolah Kebangsaan
Tahun 1 (KSSR Semakan 2017), buku teks Sains Sekolah Kebangsaan
Tahun 2 (KSSR Semakan 2017), buku teks Sains Sekolah Kebangsaan
Tahun 4 (KSSR Semakan 2017) dan buku teks Sains Sekolah
Kebangsaan Tahun 6 (KSSR).

Jong Tze Kian dilahirkan pada 28 Februari 1977 di Kuching, Sarawak.


Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dari
Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari Universiti Malaysia
Sarawak dan kini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah
Doktor Falsafah Kejuruteraan dari Universiti Malaysia Sarawak. Beliau
pernah bertugas sebagai guru sekolah menengah dan pensyarah
di universiti tempatan. Beliau kini bertugas sebagai pegawai sains
di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertempat di
Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan penulis Sains
Tahun 6 Sekolah Kebangsaan, Sains Tahun 1 Sekolah Kebangsaan,
Sains Tahun 3 Sekolah Kebangsaan dan Buku Teks Digital Interaktif
Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan.

You might also like