You are on page 1of 10

ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil.

1 (Mei 2017): 1-10 1

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

KEBERKESANAN TEKNIK MEMBACA SQ3R DALAM PENGAJARAN KEFAHAMAN


MEMBACA DI SEKOLAH MENENGAH
(The Effectiveness Reading SQR3 Technique in Reading Comprehension Teaching at Secondary School)

WAN DYARUDIN WAN


Abstrak: Kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah SQ3R
MUSTAPPA
dalam pengajaran membaca untuk tujuan pemahaman. Kajian dijalankan
Kementerian Pendidikan Malaysia
secara kuasi eksperimen dengan menggunakan teknik SQ3R bagi kumpulan
wdya70@yahoo.com eksperimen berbanding dengan kaedah konvensional untuk kumpulan
kawalan. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah di daerah Padang
Terap, Kuala Nerang, Kedah yang melibatkan sampel kajian seramai 50
Diserah pada: orang pelajar tingkatan satu yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen
21 Julai 2016 seramai 25 orang pelajar dan kumpulan kawalan seramai 25 orang pelajar.
Ujian-t diguna untuk pengujian hipotesis yang dibina. Dapatan kajian
Diterima pada: mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan
18 Mac 2017 eksperimen yang menggunakan kaedah SQ3R dengan kumpulan kawalan
yang menggunakan kaedah konvensional pencapaian keseluruhan
Koresponden: kefahaman membaca pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan
wdya70@yahoo.com kaedah pengajaran membaca menggunakan teknik SQ3R mampu
memberikan kefahaman membaca dengan lebih berkesan kepada pelajar
tersebut.

Kata kunci: Teknik membaca, pengajaran kefahaman, kemahiran


membaca, sekolah menengah

Abstract: The study was conducted to examine the effectiveness SQ3R


methods in teaching reading for comprehension purposes. Studies
conducted a quasi-experimental techniques used SQ3R of the experimental
group as compared with conventional methods for the control group. This
study was conducted in schools in Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah
involving a sample of 50 students were divided into one experimental group
of 25 students and a control group of 25 students. T-test was used to test the
hypothesis built. The study found that there are significant differences
between the experimental group using methods SQ3R with a control group
using a conventional method of reading comprehension achievement of all
Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2017
students. The findings show that the use of methods of teaching reading
using reading comprehension SQ3R able to provide more effectively to the
student.

Keywords: Reading technique, comprehension teaching, reading skills,


secondary school

Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2017


ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 1 (Mei 2017): 1-10 2

PENGENALAN Antaranya ialah teknik membaca SQ3R (Survey-


Question-Read-Recite-Review-SQ3R).
Dalam pengajaran dan pembelajaran membaca di Keberkesanan teknik SQ3R dalam pengajaran
sekolah menengah, aspek pemahaman membaca di pemahaman teks menjadi objektif utama dalam
ambil kira sebagai satu perkara yang penting bagi kajian ini. Sasaran utama sampel kajian ialah
pelajar memahami keseluruhan teks yang dibaca. pelajar tingkatan satu.
Menurut Yahya (2008), kemahiran membaca
penting bagi menentukan sama ada kandungan STRATEGI MEMBACA SQ3R
teks yang dibaca dapat difahami. Semua pelajar
inginkan supaya mereka dapat menguruskan Keberkesanan dalam pembacaan adalah amat
bacaannya dengan berkesan dan dapat penting dan perlu ditekankan oleh para pelajar
memanfaatkannya dalam kehidupan. Walau ketika membaca. Menurut Fadzilah (1999)
bagaimanapun, para pelajar sering berhadapan kefahaman membaca adalah satu proses membaca
dengan masalah menguasai dan memahami dan memahami, membuat tindak balas serta dapat
kandungan teks. Menurutnya lagi, pemantapan menggunakan idea kritis. Ia melibatkan pemikiran
penguasaan kemahiran membaca perlu diberikan tentang perkara yang tersurat dan tersirat,
penekanan melalui pengajaran membaca dengan menghubung idea-idea, menyoal dan bertindak
berkesan. Oleh itu, setiap pelajar perlu menguasai balas dan menilai idea, juga mengaplikasikan
kemahiran membaca teks untuk mendapatkan maklumat ke dalam situasi baru. Proses membaca
pemahaman dengan lebih bermakna. yang berkesan memerlukan kemahiran yang
Kefahaman membaca ialah kebolehan atau tertentu sama ada sebelum, semasa ataupun
kemampuan memahami dengan sepenuhnya apa selepas proses membaca (Yahya 2003). Oleh itu,
yang dibaca. Hal ini merupakan satu proses pelajar perlu mengetahui dan melatih diri
mendapatkan maklumat daripada komunikasi, membaca dengan betul berdasarkan kaedah-
sama ada melalui lisan, bertulis atau penggunaan kaedah pembacaan ada. Kaedah pembacaan yang
simbol-simbol tertentu dan merangkumi proses tidak betul akan menyebabkan pelajar berasa cepat
mental yang kompleks seperti pengecaman bosan, kurang berminat dan cepat berasa
perkataan, pemilihan makna yang sesuai, mengantuk.
penubuhan generalisasi dan juga penilaian. Ini Saniah et al. (2000) menyatakan bahawa
dapat dijelaskan bahawa kefahaman membaca kemahiran membaca biasanya terbahagi kepada
adalah satu proses menerapkan maklumat yang dua bahagian yang utama iaitu membaca secara
terkandung dalam bahan bacaan untuk dicerna dan pantas dan membaca secara kritis. Contoh
disimpan dalam minda supaya dapat digunakan membaca secara pantas adalah seperti teknik
apabila perlu. Apabila seseorang pelajar itu sepintas lalu (scanning) dan bacaan sekilas
membaca, mereka akan melakukan sesuatu (skimming). Untuk bacaan secara kritis pula adalah
pertalian proses memilih, menelah (meramal), seperti teknik SQ3R. Dalam kajian ini, strategi
menguji dan mengesahkan maklumat yang dibaca. membaca menggunakan teknik SQ3R merupakan
Proses ini bukan sahaja dapat membantu mereka alternatif untuk diguna oleh guru dan pelajar
menggunakan fikiran secara kritis dan kreatif sebagai satu kaedah bacaan dan kaedah kemahiran
malah dapat mengukuhkan lagi kemahiran belajar.
membaca pelajar berkenaan dengan lebih Teknik SQ3R membolehkan pelajar untuk
berkesan. mendapatkan maklumat daripada teks, memahami
Dalam Buku Panduan Guru Bahasa Melayu maklumat, dapat mengingati maklumat lebih lama,
KBSM (2002) yang dikeluarkan oleh Kementerian dan dapat menggunakan semula maklumat yang
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk guru tingkatan disimpan dalam mental. Teknik SQ3R merupakan
satu telah mengemukakan beberapa cadangan kaedah untuk mendapatkan maklumat, memahami
strategi, kaedah dan teknik membaca yang sesuai maklumat, dan mengingati maklumat dalam
untuk digunakan oleh guru dalam proses jangka masa yang lebih lama. Perhubungan antara
pengajaran mereka untuk mencapai objektif teknik SQ3R dengan kefahaman membaca adalah
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. bersesuaian kerana menumpukan aspek
mendapatkan maklumat daripada teks bacaan,
ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 1 (Mei 2017): 1-10 3

memahami maklumat teks bacaan, dan dapat 4. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang
menggunakan kembali maklumat yang diperoleh. ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba
Robinson (1970) telah membuktikan teknik mengingat kembali apa yang telah dibaca dan
membaca SQ3R memberi kelebihan kepada meneliti segala yang telah diperoleh.
pembaca daripada pelbagai aspek termasuklah Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan
mendapatkan idea utama dengan lebih berkesan, dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh
memahami maklumat dalam teks dengan lebih cuba menjawab soalan-soalan yang
mantap, dapat menyimpan maklumat lebih lama disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk
dalam mental, dan dapat menggunakan kembali kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
maklumat yang disimpan dalam mental. 5. Review (baca semula) merupakan peringkat
Robinson menetapkan lima langkah yang terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian
perlu dilakukan mengikut urutan, iaitu Survey buku atau teks secara berpilih untuk
(Tinjau), Question (Soal atau tanya), Read (Baca), mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan
Recite (Sebut atau imbas kembali), dan Review yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga
(Semak atau baca semula). Kelima-lima langkah memastikan tiada fakta penting yang
yang dikemukakan oleh Robinson (1970) akan tertinggal.
disesuaikan oleh pengkaji dengan bidang kajian
iaitu penguasaan kefahaman membaca. PENYATAAN MASALAH
1. Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk
mendapatkan gambaran keseluruhan tentang Kelemahan penguasaan kemahiran kefahaman
apa yang terkandung di dalam bahan yang membaca oleh pelajar akan menyukarkan pelajar
dibaca. Hal ini dilakukan dengan meneliti menguasai kemahiran bacaan peringkat yang lebih
tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar tinggi iaitu kefahaman membaca inferensi, kritikal,
atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca kreatif, dan afektif. Kefahaman membaca
perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir merupakan kemahiran kefahaman asas yang
di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini dijadikan prasyarat untuk mempercepatkan
juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik penguasaan kemahiran-kemahiran kefahaman yang
membaca pantas iaitu skimming dan scanning. lain yang lebih kompleks. Perkaitan yang erat
2. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang wujud antara menguasai kemahiran bacaan dengan
memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri kebolehan untuk menguasai kefahaman membaca
soalan mengenai teks tersebut setelah yang lebih tinggi (Marohaini 1999).
mendapati teks tersebut berkaitan dengan Kajian Zulkifley et al. (2000) menjelaskan
keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut tahap kefahaman bacaan pelajar adalah pada tahap
menunjukkan keinginan pembaca tentang sederhana sama ada di sekolah rendah atau di
maklumat yang ingin diperoleh dari bahan sekolah menengah dan seharusnya pencapaian ini
tersebut, dan ianya menjadi garis panduan perlu dipertingkatkan. Asas kefahaman bacaan
semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba yang rendah ini akan meninggalkan kesan yang
mencari jawapan kepada soalan-soalan negatif termasuklah pencapaian yang rendah,
tersebut. minat belajar yang kurang, dan keyakinan diri
3. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya yang rendah.
membaca bahan atau teks tersebut secara aktif Kelemahan calon tidak memahami kehendak
serta mencuba mendapat segala jawapan soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan
kepada soalan-soalan yang telah awam (Zamri 2014). Kemahiran memahami
disenaraikannya sebelum ini. Ketika kehendak soalan merupakan kemahiran kefahaman
membaca, pelajar mungkin juga akan membaca kerana pelajar hanya dikehendaki
menyenaraikan soalan-soalan tambahan, mengesan fakta atau butiran yang dinyatakan
berdasarkan perkembangan kefahaman dan secara eksplisit dalam soalan. Ini menyebabkan
keinginannya sepanjang melakukan calon tidak dapat memberi isi-isi yang menepati
pembacaan. Pelajar mungkin juga tajuk.
mempersoalkan pendapat atau maklumat yang Mohd. Zaini (2002) ketidakcekapan
terdapat yang ditemuinya. menguasai kemahiran kefahaman bacaan
ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 1 (Mei 2017): 1-10 4

menyebabkan terdapat soalan kefahaman tidak eksperimen yang didedahkan dengan skema,
dijawab oleh calon dengan baik. Kebanyakan kumpulan kawalan 1 dan kumpulan kawalan 2
pelajar enggan mempelajari Bahasa Melayu tidak didedahkan dengan skema. Hasil kajian
dengan menggunakan teknik atau pendekatan yang membuktikan bahawa kefahaman bacaan bahan
berkesan. Pelajar tidak menyedari bahawa Bahasa sastera secara umumnya meningkat dengan
Melayu merupakan mata pelajaran berorientasikan pendedahan skema sastera kepada pelajar.
kemahiran. Sesuatu bersifat kemahiran Abdul Wahab (2002) menjalankan kajian
memerlukan latihan yang banyak demi keberkesanan pendekatan holistik dalam
memperoleh kecekapan yang tinggi. pengajaran pemahaman bacaan dalam kalangan
Kelemahan menguasai kemahiran kefahaman pelajar tingkatan satu. Dapatan kajian
membaca merupakan satu penyebab mengapa menunjukkan bahawa kumpulan yang mengikuti
pelajar tidak dapat menguasai kemahiran pengajaran menggunakan pendekatan holistik
kefahaman membaca di peringkat yang lebih lebih menunjukkan prestasi yang tinggi
tinggi. Oleh itu, teknik SQ3R cuba diketengahkan berbanding kumpulan konvensional.
dengan jangkaan dapat memantapkan penguasaan
kemahiran kefahaman membaca di kalangan OBJEKTIF KAJIAN
pelajar seterusnya membolehkan pelajar
menguasai kemahiran kefahaman membaca Kajian ini mempunyai beberapa objektif iaitu
dengan lebih baik. Kaedah SQ3R memerlukan untuk:
keupayaan pembaca menggunakan mental secara 1. Menentukan sejauh mana pengajaran dan
optimum seterusnya menggalakkan pelajar pembelajaran menggunakan teknik membaca
menggunakan kemahiran berfikir bertujuan SQ3R memberi kesan kepada pencapaian
memahami teks yang dibaca (Yahya 2003). kefahaman membaca pelajar tingkatan satu.
2. Melihat perubahan sikap pelajar terhadap
KAJIAN KEFAHAMAN MEMBACA kefahaman membaca pelajar yang mengikuti
teknik SQ3R.
Kefahaman membaca atau dikenali juga sebagai 3. Melihat perhubungan antara pencapaian dan
bacaan dan kefahaman bukan hanya merupakan sikap pelajar terhadap kefahaman membaca
aktiviti penting dalam pengajaran dan menggunakan teknik SQ3R.
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah, malah
lebih penting lagi dalam konteks kehidupan HIPOTESIS KAJIAN
seseorang. Kemahiran membaca dan memahami
merupakan kemahiran seumur hidup yang sangat HO1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
perlu dikuasai oleh setiap individu (Reid, 1981) antara min skor pra ujian kumpulan
dalam Yahya (2008). Abd. Rahim (1999) eksperimen berbanding kumpulan kawalan
menjalankan kajian untuk melihat hubungan antara bagi pencapaian keseluruhan kefahaman
kecerdasan pelajar dengan kefahaman bacaan di membaca. (Ujian-t)
kalangan pelajar tingkatan dua. Kajian selama HO2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
enam minggu menggunakan instrumen kajian yang bagi pencapaian keseluruhan pasca ujian
terdiri daripada soalan kefahaman dan Ujian antara kumpulan eksperimen yang mengikuti
Kecerdasan Raveris Standard Progressive pengajaran teknik SQ3R kemahiran
Matrices (RSPM). Dapatan kajian beliau kefahaman membaca berbanding dengan
mendapati pencapaian pelajar dalam soalan kumpulan kawalan. (Ujian-t)
kefahaman belum mencapai tahap yang HO3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
memuaskan. sikap pelajar terhadap kefahaman membaca
Kajian yang dijalankan oleh Subadrah (2001) bagi kumpulan eksperimen menggunakan
telah menguji kefahaman bacaan bahan sastera teknik SQ3R dan kumpulan kawalan
dengan menggunakan skema. Kajian beliau selama menggunakan kaedah konvensional. (Ujian-t)
lapan minggu terhadap 306 pelajar di sekolah HO4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan
menengah kebangsaan di daerah Barat Daya Pulau antara pencapaian keseluruhan pelajar dengan
Pinang. Tiga kumpulan pelajar, iaitu kumpulan
ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 1 (Mei 2017): 1-10 5

sikap pelajar terhadap kefahaman membaca kaji selidik sebelum rawatan dan selepas
Bahasa Melayu. (Kolerasi Pearson) rawatan bagi kumpulan menggunakan teknik
SQ3R atau kaedah konvensional. Jawapan
METODOLOGI bagi setiap soalan adalah mengikut Skala
Likert.
Kajian menggunakan Reka bentuk kajian
deskriptif kuasi eksperimen iaitu menggunakan Bagi kumpulan pelajar yang dikaji, latihan
kumpulan kawalan tidak serupa (Mohd Majid menggunakan teknik SQ3R akan dijalankan oleh
1990) sesuai digunakan untuk mendapatkan penyelidik kepada pelajar. Latihan menggunakan
maklumat dan keterangan daripada reponden. teknik SQ3R perlu dijalankan kerana pelajar perlu
Kajian deskriptif adalah sejenis kajian yang diberi tunjuk ajar untuk memahirkan pelajar
bermatlamatkan untuk menerangkan keadaan mengaplikasikan teknik SQ3R dengan berkesan.
semasa sesuatu fenomena yang sedang berlaku, Latihan menggunakan teknik SQ3R akan
mendapatkan penjelasan dengan sempurna. dijalankan dalam bentuk pengajaran supaya pelajar
Populasi kajian terdiri daripada pelajar dapat membiasakan diri menggunakan teknik
tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di SQ3R semasa proses pengajaran sebenar yang
daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah Darul mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi
Aman. Pelajar berkenaan telah dipilih berdasarkan kelas tersebut. Data akan dianalisis apabila data
daripada pencapaian peperiksaan pertengahan telah diperoleh daripada pra ujian, pasca ujian, dan
tahun sekolah berkenaan yang mendapat item soal selidik. Data akan dianalisis
keputusan Bahasa Melayu pada peringkat menggunakan Statistical Package for Social
sederhana dan lemah. Seramai 50 orang pelajar Science (SPSS) Versi 22.0.
telah dipilih.
Alat kajian ini ialah persediaan mengajar yang DAPATAN KAJIAN
digunakan untuk mengajar bagi kedua-kedua
kumpulan dan teks pemahaman serta soal selidik Selaras dengan objektif kajian untuk melihat
sikap untuk mendapatkan maklum balas daripada keberkesanan kaedah SQ3R terhadap pengajaran
responden dan mengumpul data yang berkaitan dan pembelajaran kefahaman membaca dalam
dengan kajian. kalangan pelajar sekolah menengah, hipotesis telah
1. Persediaan mengajar: Persediaan mengajar dibentuk dan keputusannya telah dianalisis
melibatkan dua kumpulan pelajar iaitu menggunakan ujian-t, ANOVA dan korelasi
kumpulan eksperimen yang menerima rawatan Pearson pada aras signifikan setiap ujian tersebut
teknik SQ3R manakala kumpulan kawalan ialah 0.05.
menggunakan pengajaran secara konvensional.
Pengajaran menggunakan teknik SQ3R lebih Statistik Deskriptif Min dan Sisihan Piawai
tertumpu pada aktiviti pemusatan pelajar Skor Pra ujian dan Pasca Ujian Kumpulan
manakala kaedah konvensional pengajaran Eksperimen dan Kawalan
berpusatkan guru.
2. Ujian teks pemahaman: Responden akan diberi Jadual 1 dan 2 menunjukkan skor min dan sisihan
ujian pra dan ujian pasca. Kedua-dua ujian ini piawai pencapaian kefahaman membaca pra ujian
mengandungi petikan pemahaman teks iaitu dan pasca ujian bagi kumpulan eksperimen dan
dua petikan umum dan dua petikan Komsas. kumpulan kawalan secara keseluruhan.
Terdapat 24 item soalan kefahaman berbentuk Berdasarkan perbezaan yang kecil skor min dalam
soalan objektif yang perlu dijawab oleh pelajar pra ujian, jelas menunjukkan bahawa pelajar dari
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai
sebelum rawatan dan selepas rawatan. Petikan pengetahuan sedia ada dan kemahiran yang
pemahaman teks diambil daripada buku seimbang sebelum rawatan dijalankan.
Bahasa Melayu tingkatan satu. Pasca ujian menunjukkan peningkatan
3. Soal selidik sikap: Sebanyak 20 item kaji pencapaian min keseluruhan yang lebih tinggi oleh
selidik yang dibina. Masa selama 30 minit kumpulan eksperimen berbanding dengan
digunakan oleh pelajar untuk menjawab item kumpulan kawalan.
ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 1 (Mei 2017): 1-10 6

Jadual 1: Pra Ujian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan


bagi pencapaian keseluruhan pasca ujian antara
Kumpulan N Min Sisihan kumpulan eksperimen yang mengikuti pengajaran
Piawai teknik SQ3R kemahiran kefahaman membaca
Eksperimen 25 62.00 6.958 berbanding dengan kumpulan kawalan
Kawalan 25 59.92 9.147 (t=7.524,p<0.05).
Keputusan ini menolak hipotesis nol Ho2.
Jadual 2: Pasca Ujian Dapatan kajian selari dengan pendapat golongan
mentalis mengenai teori pembelajaran bahasa yang
Kumpulan N Min Sisihan menyatakan pembelajaran bahasa melibatkan
Piawai mental. Faktor mental juga merupakan faktor
Eksperimen 25 83.20 8.196
utama dalam kaedah SQ3R.
Kawalan 25 65.40 8.529
Jadual 4: Perbandingan kumpulan eksperimen
HO1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dan kumpulan kawalan terhadap min skor
antara min skor pra ujian kumpulan eksperimen
pasca ujian dengan menggunakan ujian-t
berbanding kumpulan kawalan bagi pencapaian
keseluruhan kefahaman membaca.
HO3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
Jadual 3 menunjukkan nilai-t ialah 0.905 sikap pelajar terhadap kefahaman membaca bagi
dan nilai p = 0.370. Ujian t pada aras signifikan kumpulan eksperimen menggunakan teknik SQ3R
>0.05. Hipotesis nol Ho1 diterima. Hal ini dan kumpulan kawalan menggunakan kaedah
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara kumpulan eksperimen dan Kumpulan N Min Sisihan Nilai- Sig. p
kumpulan kawalan bagi min skor pra ujian. Piawai t
Analisis data menunjukkan bahawa tidak terdapat Eksperimen 25 83.20 8.196 7.524 .000*
perbezaan yang ketara min bagi skor pra ujian Kawalan 25 65.40 8.529
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, konvensional.
iaitu sebanyak 2.08 dan sisihan piawai sebanyak
2.189. Berdasarkan perbezaan yang kecil, jelas Dalam Jadual 5 menunjukkan nilai-t ialah
menunjukkan bahawa pelajar dari kedua-dua 5.253 dengan p = 0.000 pada aras signifikan <0.05.
kumpulan tersebut mempunyai pengetahuan sedia Hipotesis nol HO3 ditolak. Hal ini menunjukkan
ada dan kemahiran yang seimbang sebelum terdapat perbezaan sikap pelajar terhadap
rawatan dijalankan. kefahaman membaca bagi kumpulan eksperimen
menggunakan teknik SQ3R berbanding kumpulan
Jadual 3: Min dan sisihan piawai pencapaian kawalan menggunakan kaedah konvensional.
keseluruhan pra ujian kefahaman membaca (t=5.253, p<0.05).
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
Jadual 5: Min dan sisihan piawai sikap pelajar
Kumpulan N Min Sisihan Nilai Sig. p terhadap kefahaman membaca Bahasa Melayu
Piawai t bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan
Eksperimen 25 62.00 6.958 0.905 0.370* kawalan menggunakan ujian-t
Kawalan 25 59.92 9.147
* Tahap signifikan pada aras < 0.05
Kumpulan N Min Sisihan Nilai- Sig. p
HO2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan Piawai t
bagi pencapaian keseluruhan pasca ujian antara Eksperimen 25 3.958 0.289 5.253 .000*
kumpulan eksperimen yang mengikuti pengajaran Kawalan 25 3.402 0.443
teknik SQ3R kemahiran kefahaman membaca
berbanding dengan kumpulan kawalan.
Jadual 4 menunjukkan nilai-t ialah 7.524 dan
p = .000. Ujian t pada aras signifikan p<0.05
ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 1 (Mei 2017): 1-10 7

HO4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan kumpulan kawalan mempunyai pengetahuan sedia
antara pencapaian keseluruhan pelajar dengan ada dan kemahiran kefahaman membaca yang
sikap pelajar terhadap kefahaman membaca hampir sama sebelum rawatan menggunakan
Bahasa Melayu. teknik SQ3R dan kaedah konvensional. Dapatan
kajian ini menyamai dengan kajian Yahya dan
Jadual 6 menunjukkan hasil analisis korelasi Dayang Raini (2011) yang mendapati kaedah SQ3r
tersebut menunjukkan hubungan yang sederhana amat berkesan dalam membantu pelajar menguasai
antara pencapaian pelajar dengan sikap pelajar kemahiran membaca teks Bahasa Melayu.
terhadap kefahaman membaca di mana nilai pekali
korelasinya ialah 0.493. Hubungan kedua-dua Perbezaan Min Skor Pasca Ujian bagi
pemboleh ubah tersebut menunjukkan perkaitan Kumpulan Eksperimen dan Kawalan
positif. Hipotesis nol Ho4 ditolak.
Hasil kajian ini menunjukkan terdapat Perbezaan min skor pencapaian keseluruhan pasca
hubungan atau perkaitan yang signifikan di antara ujian bagi kumpulan eksperimen berbanding
pencapaian keseluruhan pelajar dengan sikap kumpulan kawalan ialah 17.80 iaitu kumpulan
pelajar terhadap kefahaman membaca dengan nilai eksperimen min skor 83.20, manakala kumpulan
signifikannya ialah 0.000 pada aras signifikan kawalan min skor 65.40. Dapatan ini menunjukkan
p<0.01. pencapaian keseluruhan kumpulan eksperimen
meningkat lebih tinggi berbanding kumpulan
Jadual 6: Perbandingan pencapaian keseluruhan kawalan. Peningkatan pencapaian keseluruhan
dengan sikap pelajar terhadap kefahaman dikesan berlaku akibat penggunaan teknik SQ3R
membaca Bahasa Melayu bagi kumpulan oleh kumpulan eksperimen. Kajian menunjukkan
eksperimen dan kawalan bahawa pelajar kumpulan eksperimen dapat
mengaplikasikan teknik membaca SQ3R semasa
Sikap Pencapaian menjawab soalan pasca ujian.
Sikap Korelasi 1.000 .493** Teknik SQ3R memberi peluang kepada pelajar
Pearson terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan
Sig. (2 hala) .000 pembelajaran yang melibatkan komunikasi
N 50 50 berkesan dalam kumpulan, aktiviti yang pelbagai,
Pasca Korelasi .493** 1.000
dan penggunaan mental secara aktif. Penglibatan
ujian Pearson
Sig. (2 hala) .000 aktif secara interaksi dalam kumpulan dan
N 50 50 penggunaan mental yang aktif memberi peluang
kepada pelajar untuk mengembangkan potensi dan
PERBINCANGAN pengalaman individu dalam semua aspek sama ada
dalam bidang pengetahuan, kemahiran intelek,
Perbezaan Min Skor Pra Ujian bagi Kumpulan kemahiran motor, atau sikap (Yahya 2008).
Eksperimen dan Kawalan Dapatan kajian selari dengan pendapat
golongan mentalis yang menyatakan mental
Pra ujian diduduki oleh kumpulan eksperimen merupakan faktor utama dalam teknik SQ3R
untuk teknik SQ3R manakala kumpulan kawalan (Zamri 2016). Mental akan dirangsang untuk
untuk kaedah konvensional. Dapatan kajian tinjau dan membina soalan yang berkaitan untuk
menunjukkan terdapat perbezaan yang kecil bagi mendapatkan maklumat dalam teks bacaan.
pencapaian dalam pra ujian antara pelajar Penerokaan mental untuk membina pelbagai
kumpulan eksperimen berbanding dengan pelajar struktur soalan bagi mengesan maklumat dalam
kumpulan kawalan. Perbezaan min bagi skor pra teks bacaan dengan keupayaan sendiri melatih
ujian kumpulan eksperimen dan kumpulan pelajar berfikir dengan dinamik. Keadaan ini
kawalan iaitu sebanyak 2.08 dan sisihan piawai merangsang penggunaan mental dengan aktif.
sebanyak 2.189.
Perbezaan yang kecil ini menunjukkan prestasi
awal pelajar kumpulan eksperimen dan pelajar
ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 1 (Mei 2017): 1-10 8

Perbezaan Min Sikap Pelajar Terhadap pada seseorang pelajar, memupuk perasaan yakin
Pencapaian Kefahaman Membaca Kumpulan diri, dan memupuk perhubungan mesra guru
Eksperimen Berbanding Kumpulan Kawalan dengan pelajar dapat membantu pencapaian pelajar
(Syofia Ulfah et al. 2015).
Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara kumpulan eksperimen KESIMPULAN
berbanding dengan kumpulan kawalan. Kumpulan
eksperimen mendapat min skor sikap 3.958 Penggunaan teknik SQ3R dalam pengajaran dan
berbanding dengan kumpulan kawalan yang pembelajaran memberikan kesan dalam membantu
mendapat min skor sikap 3.402, iaitu perbezaan meningkatkan pencapaian kefahaman membaca
min skor sebanyak 0.556. Kajian menunjukkan Bahasa Melayu sekolah menengah khususnya
terdapat perubahan positif sikap pelajar kumpulan pelajar tingkatan satu. Penggunaan teknik SQ3R
eksperimen terhadap pencapaian kefahaman dalam pengajaran dan pembelajaran adalah lebih
membaca Bahasa Melayu berbanding dengan berkesan daripada pengajaran menggunakan teknik
kumpulan kawalan. konvensional dalam meningkatkan pencapaian
Kaedah yang baik dan berkesan dapat kefahaman membaca Bahasa Melayu.
membantu meningkatkan sikap positif pelajar Langkah-langkah dalam teknik SQ3R
terhadap kefahaman membaca (Zamri 2014). menggalakkan pelajar mencuba untuk mencetus
Teknik SQ3R membolehkan pelajar berinteraksi idea-idea baharu yang bernas mengikut konteks
secara aktif dalam kumpulan. Teknik SQ3R teks. Langkah-langkah tersebut akan merangsang
mempunyai ciri-ciri gaya pembelajaran yang dapat mental untuk menyesuaikan skemata pengalaman
membantu pelajar memahami diri, kehendak lepas pelajar dengan maklumat dalam teks.
kumpulan, dan memahami tugas belajar yang Pelbagai makna, konsep, dan pendapat akan
sepatutnya ada pada seorang pelajar. Seterusnya dikemukakan. Keadaan ini membolehkan pelajar
dapat meningkatkan sikap positif terhadap mata memahami makna dan memahami teks di
pelajaran Bahasa Melayu (Zamri 2014) peringkat kefahaman membaca dengan lebih
mantap.
Hubungan Sikap dengan Pencapaian Rumusan dapat dibuat bahawa kaedah
Keseluruhan Pelajar kefahaman bacaan yang digunakan terutama
teknik SQ3R merupakan penyebab peningkatan
Analisis korelasi tersebut menunjukkan hubungan pencapaian keseluruhan berbanding dengan
yang sederhana antara pencapaian pelajar dengan pengaruh sikap pelajar terhadap kefahaman
sikap pelajar terhadap kefahaman membaca di membaca Bahasa Melayu. Dapatan ini seiring
mana nilai pekali korelasinya ialah 0.493. dengan pendapat beberapa pengkaji yang bersetuju
Hubungan kedua-dua pemboleh ubah tersebut penggunaan kaedah yang sesuai dapat
menunjukkan perkaitan positif. Hasil kajian ini meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan lebih berkesan. Kelebihan teknik SQ3R
di antara pencapaian keseluruhan pelajar dengan sebagai satu kaedah kemahiran belajar terbukti
sikap pelajar terhadap kefahaman membaca. berkesan membantu pelajar meningkatkan
Kesediaan pelajar untuk belajar mempengaruhi pencapaian kemahiran kefahaman membaca
peningkatan pencapaian pelajar (Zamri et al. khususnya dalam kajian yang dijalankan. Teknik
2015). SQ3R merupakan kaedah kemahiran belajar yang
Faktor kematangan fizikal dan mental, menekankan penguasaan kemahiran membaca
pengalaman dan pengetahuan sedia ada, kemahiran untuk mendapatkan maklumat daripada teks
asas, mengekalkan perhatian, dorongan dan (Robinson, 1970).
motivasi, dan aspek sosial dan persekitaran
merupakan antara faktor kesediaan pelajar untuk RUJUKAN
menghadapi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan, seterusnya meningkatkan pencapaian Abd Wahab Mat Arif. 2002. Keberkesanan
pelajar. Interaksi guru dengan pelajar melibatkan pendekatan holistik dalam pengajaran dan
memupuk dan mengasuh minat yang sedia ada pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar
ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 1 (Mei 2017): 1-10 9

tingkatan empat. Tesis Master Sains. Fakulti menengah Bahasa Melayu Tingkatan Satu
Perengajian Pendidikan. Universiti Putra Semakan 2003. Kuala Lumpur: Kementerian
Malaysia. Pendidikan Malaysia.
Abd. Rahim Talib. 1999. Hubungan antara Reid, E.R. 1981. Schools don’t teach
kecerdasan dengan kefahaman membaca di comprehension. Educational leadership
kalangan pelajar tingkatan 2. Tesis Sarjana Journal of the Association for Supervision and
Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Curriculum Development, 38(6); 455-457.
Malaya. Robinson, F. P. 1970. Effective study. New York:
Abu Hassan Othman. 1997. Penguasaan Harper & Row Publishers.
kefahaman bacaan dalam kalangan murid Rumelhart, D.E. 1985. Towards an interactive
tahun lima sekolah kebangsaan. Tesis Master model of reading. Dlm. H. Singer, & R.B.
Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Ruddell, (Eds.). Theoritical, models and
Universiti Putra Malaysia. processes of reading. 3rd. Edition. Newark,
Carell, P.L. 1983. Three components of Delaware; International Reading Association
background knowledge in reading Saniah Sayuti et al. 2000. Psikologi pendidikan.
comprehension. Language Learning, 33 (2): Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
183-203. Subadrah Madhawa Nair. 2001. Keberkesanan
Fadzilah Abd Rahman. 1999. Keberkesanan skema terhadap kefahaman bacaan bahan
penerapan gaya pembelajaran sistem 4Mat sastera. Tesis Doktor Falsafah. Pusat Pengaian
dalam pengajaran dan pembelajaran Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
kefahaman membaca di sebuah sekolah Syofia Ulfah, Zamri Mahamod & Jamaludin
menengah rendah. Kertas Projek Ijazah Bahadusah. 2015. Komunikasi interpersonal:
Sarjana Sains. Universiti Putra Malaysia. teori dan amali. Bangi: Penerbit Universiti
Garner, R. 1988. Metacognition and reading Kebangsaan Malaysia.
comprehension. Norwood: Ablex Publishing Wan Khuzaimah Wan Mamat. 1993. Kesan dua
Corporation . strategi prabacaan terhadap pemahaman
Heilman, A.W., Blair, T.R., & Rupley, W.H. 1994. bacaan pelajar tingkatan satu. Tesis Sarjana
Principles and practice of teaching reading. Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
New York: Macmillan. Malaya
Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2001. Laporan Wittrock, M.C. 1987. Process oriented measure of
prestasi Bahasa Melayu 2012. Kuala Lumpur: comprehension. Reading Teacher, 40: 734-737
Kementerian Pendidikan Malaysia. Yahya Othman. 2003. Mengajar membaca: Teori
Marohaini Yusoff. 1999. Strategi pengajaran dan aplikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications
bacaan dan kefahaman. Kuala Lumpur: & Distributors Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Yahya Othman. 2008. Proses dan strategi
Mohd. Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan membaca berkesan. Serdang, Selangor:
pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Universiti Putra Malaysia.
dan Pustaka. Zalizan Mohd Jelas. 1987. Teori-teori yang
Mohd. Samsudin Mahmod. 1992. Sikap pelajar berhubung dengan menguji kefahaman
terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan membaca. Dlm. Azman Wan Chik (Ed.). Isu-
pertalianya dengan pencapaian dalam Bahasa isu dalam pengukuran dan penilaian dalam
Melayu. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Malaya. Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Zaini Othman. 2002. Pengujian Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin
pemahaman Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 2 Embi. 2015. Kepelbagaian pelajar dan
(2): 34-42. perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur:
Morsberg, L. & Shima, F. 1969. Comprehension of Dewan Bahasa dan Pustaka.
connected discourse. Engelwood Cliffs: Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam
Southwest National Laboratory. pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Huraian Tanjung Malim: Penerbit Universiti
sukatan kurikulum bersepadu sekolah Pendidikan Sultan Idris.
ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 1 (Mei 2017): 1-10 10

Zamri Mahamod. 2016. Psikolinguistik dan


pengajaran bahasa. Bangi: Penerbit Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zulkifley Hamid, Karim Harun & Sa’adiah
Ma’alip. 2000. Tahap penguasaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pertama dan bahasa
kedua. Dewan Bahasa, 44 (1): 40-49.

You might also like