You are on page 1of 4

FAKULTI PENGURUSAN ,PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN

PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DECE 4603 MANAGEMENT AND ADMINISTRATIVE OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION

NAMA:

NUR ZAFIRA ARIANNA BINTI MOHAMAD ZARAFI


DEC12210013

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN SYAZA NAJIHAH BINTI RAHIM


SYARAT- SYARAT DAN LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENDAFTARKAN TADIKA

1. Nama tadika yang digunakan hendaklah sesuai dan dipersetujui oleh Ketua Pendaftar.

2. Reka bentuk tadika hendaklah mengambil kira aspek pencahayaan dan pengudaraan
semula jadi khususnya pada bangunan baru yang hendak dibina seperti mana yang
dinyatakan di dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 dan
kehendak-kehendak Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

3. Bahan dan kemasan dalaman premis hendaklah dari bahan yang selamat digunakan,
contohnya, bilik air hendaklah dibina dengan lantai yang tidak menakung air dan
daripada jenis bahan yang tidak licin. Kemudahan yang disediakan juga hendaklah
mengikut had ketinggian yang bersesuaian untuk kegunaan kanak-kanak.

4. Modal bagi mengoperasi sesebuah tadika hendaklah tidak kurang daripada


RM10,000.00. Bentuk penyata kewangan modal yang dikeluarkan oleh pihak bank.

5. Pekerja hendaklah lulus tapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia.

6. Bahasa Melayu hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, jika tadika
menggunakan bahasa pengantar selain daripada Bahasa Kebangsaan.

7. Tadika digalakkan menggunakan sistem penggal dan cuti persekolahan yang


dilaksanakan ke atas sekolah KPM dalam merangka takwim persekolahan
masing-masing. Walau bagaimanapun arahan khas menteri dari semasa ke semasa
hendaklah dipatuhi.

8. Setiap tadika perlu mempunyai rekod pendaftaran murid. Rekod daftar murid hendaklah
disimpan di tadika berkenaan dan hendaklah dikemukakan pada bila-bila masa apabila
dikehendaki oleh Ketua Pendaftar.
9. Semua data dan maklumat murid hendaklah dikemas kini dalam sistem maklumat murid
yang ditetapkan.

10. Tadika hendaklah mempunyai rekod kehadiran murid.


5 KARAKTER UNTUK MENJADI SEORANG PENGURUS PUSAT PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK YANG BAIK.

1.Pengurus tadika yang baik perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan segala
aspek tugas dan tanggungjawab beliau.Harus mempunyai ilmu pengetahuan yang ada penting
dalam membimbing sumber tenaga dalam tadika bergerak ke arah yang sama untuk lebih maju.

2. Perlu bersifat cekap kerana kecekapan penting dalam tugas harian pengurus tadika.
Pelbagai aspek pengurusan tadika yang perlu ditadbir dan memerlukan beliau bijak dalam
membuat keputusan, pembahagian masa, pembahagian tugas kepada orang bawahan dan
dalam menyelesaikan masalah. Kecekapan pengurus juga menunjukkan komitmen dan
berdedikasi.

3. Segala tugas dan tanggungjawab perlu dirancang terlebih dahulu. Pengurus tadika perlu merancang
sebaik-baiknya pelan tindakan yang bakal dilaksanakan. Keputusan dalam melaksanakan suatu perkara
tidak boleh dibuat tergesa-gesa tanpa perancangan yang sistematik kecuali dalam keadaan yang harus
beliau membuat keputusan segera.

4. Mempunyai sifat menghormati adalah ciri yang penting dalam memastikan keharmonian suasana
bekerja. Sifat menghormati terutama pada pekerja menyakinkan pekerja kepentingan mereka dalam
organisasi tadika. Sikap ini menimbulkan rasa hormat pada pengurus itu sendiri.

5.Pengurus perlu pandai berkomunikasi dengan kakitangan dalam proses menjalankan tugas supaya
wujud kemesraan. Komunikasi dua hala perlu wujud supaya pekerja faham dengan kehendak pengurus
dan pengurus pula mendengar apa yang ingin disampaikan oleh pekerja. Pengurus juga perlu
berkomunikasi secara baik dengan kanak-kanak dan ibu bapa bagi memastikan berlaku interaksi yang
bermakna.
5 PERKARA YANG BOLEH DIAMBIL KIRA APABILA MEMBUAT PEMILIHAN KAKITANGAN YANG
INGIN BEKERJA DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1.Pekerja mestilah warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

2.Pekerja hendaklah mendapat perakuan kesihatan daripada doktor perubatan yang


bertauliah.

3.Pekerja hendaklah lulus tapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia.

4.Pekerja hendaklah didaftar sebagai seorang pekerja dan membayar pendaftaran yang
ditetapkan.

5.Pekerja ialah seseorang yang bekerja di sesebuah tadika selain daripada Ahli
Lembaga Pengelola (ALP), Guru Besar dan Guru tetapi tidak termasuk pekerja am atau
petugas penyelenggaraan premis.

d)Aktiviti yang boleh dilakukan untuk mewujudkan kesedaran ibu bapa dalam mencegah
penularan penyakit berjangkit adalah pemeriksaan kesihatan, aktiviti seperti rancangan
makanan tambahan contohnya, susu.Dengan ibu bapa akan bersikap lebih prihatin
terhadap perkara-perkara sebegini dan tidak mengambil mudah.Akhir sekali, aktiviti
yang boleh dilakukan adalah program kesihatan mulut, ini penting untuk memastikan
ibu bapa peka terhadap kesihatan mulut anak-anak mereka dan cara untuk mengatasi
seperti cara menggosok gigi yang lebih efektif .

You might also like