You are on page 1of 9

PAKK2323D

PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TUTORIAL 4

AHLI KUMPULAN 3 :
ANNIS SYAZWANI - KALAIVANI - NOR HASLIZA - NURHAFIZAH -
NUR SHAHIDATUL AKMAL - RADHIAH
PAKK2323D
PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SOALAN :

Perincikan etika kerahsiaan dalam pengurusan fail dan


penyimpanan rekod perkembangan kanak-kanak
Etika kerahsiaan penyimpanan rekod perkembangan kanak-kanak :
1) Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak yang berkepentingan sahaja iaitu ibu bapa
kanak-kanak tersebut, guru besar atau pentadbir, pakar perubatan ataupun orang yang berkaitan mengikut
Akta Pendidikan 1996.
2) Rekod kanak-kanak tidak boleh dipamerkan seperti di papan kenyataan dalam kelas atau di saluran media
sosial.
3) Perlu minta kebenaran ibu bapa atau pun penjaga kanak-kanak untuk mengambil gambar dan merakam video
yang melibatkan kanak-kanak berkenaan semasa di dalam kelas.
4) Pastikan rumusan pencapaian diberikan kepada ibu bapa pada akhir persekolahan tahun tersebut.
5) Perlu masukkan dapatan tentang pencapaian kanak-kanak tersebut dalam portfolio.
6) Perlu mengikut yang terkandung dalam kurikulum sahaja.
7) Perlu merekod secara sistematik perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian kanak-kanak
tersebut.
Etika kerahsiaan pengurusan fail rekod perkembangan
kanak-kanak :
1) Fail rekod kanak-kanak hendaklah disimpan secara individu.
2) Penyimpanan fail perkembangan di tempat yang selamat dan mudah untuk diuruskan.
3) Sekiranya kanak-kanak bertukar ke sekolah lain, fail perkembangannya wajib dibawa
bersama ke sekolah yang baharu (untuk memudah pengurusan sekolah baharu merujuk
tahap perkembangan kanak-kanak tersebut)
4) Perlu bersikap adil sebelum, semasa dan selepas merekod peerkembangan
kanak-kanak tersebut.
Tatacara pengurusan rekod:
a. Maklumat yang dikumpul dan direkod perlulah maklumat sedia ada
dan mudah dicapai dan sedia tersedia apabila diperlukan
- Guru/pentadbir pusat PAKK perlu sentiasa menyusun maklumat
kanak-kanak dan staf pada tempat yang sepatutnya

b. Relevan
- Maklumat yang dicipta, diguna, diselenggara dan disimpan hendaklah
merupakan maklumat yang relevan diperlukan untuk membuat
keputusan
- Oleh yang demikian, penciptaan dan penyelenggaraan maklumat
perlu dipandu oleh polisi dan objektif organisasi
c. Kemaskini
- Maklumat perlu sentiasa dikemaskini jika terdapat sebarang perubahan dalam data-data sebelum
ini seperti nombor telefon, alamat rumah, perkembangan kanak-kanak secara berkala dalam
tempoh setahun dan lain-lain maklumat
- Ini supaya organisasi dapat membuat keputusan yang tepat dan mengambil tindakan sepatutnya

d. Tepat
- Maklumat hendaklah bebas daripada ralat (keraguan)
- Ralat dalam maklumat yang berekod boleh mendatangkan kesan kepada pengurusan dalam
membuat keputusan

e. Memenuhi keperluan pengguna


- Maklumat yang dicipta dan diselenggra oleh organisasi hendaklah sentiasa boleh memenuhi
kehendak pengguna (klien dan orang ramai). Pengguna memerlukan maklumat yang berbeza
bergantung kepada fungsi dan tanggungjawab

f. Mudah diguna dan difahami


- Maklumat juga hendaklah disediakan dalam medium dan format yang bersesuaian serta mudah
difahami
g) Boleh dipercayai

- Maklumat hendaklah mempunyai kebolehpercayaan yang


tinggi
- Kesahihan maklumat tidak menimbulkan keraguan kerana
organisasi yang memproses maklumat yang menimbulkan
keraguan tidak akan dipercayai oleh pelanggan dan pengguna
RUMUSAN

Etika kerahsiaan sangat penting dalam memastikan


tiada kebocoran maklumat kanak-kanak yang boleh
menimbulkan sebarang isu atau masalah yang boleh
mengakibatkan pelanggaran hak perlindungan kepada
kanak-kanak.
TERIMA KASIH

You might also like