You are on page 1of 6

EDCI 7202

LEGAL ISSUES IN EDUCATION

TASK:

VIDEO REFLECTION: HAK MURID (PERLINDUNGAN DATA)

PREPARED FOR:

ASS. PROF. DR. MOHAMAD RIDHUAN BIN ABDULLAH

PREPARED BY:

NORHIDAYAH BINTI MUZAKIR (G1815952)


REFLEKSI: HAK MURID (PERLINDUNGAN DATA)

Guru-guru dan pihak sekolah mempunyai tanggungjawab melindungi data murid-murid

dengan tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat tanpa kebenaran serta menjaga data

murid dengan menyimpan di tempat yang tertutup (bilik yang telah ditentukan). Bagi murid

berkeperluan khas, isu ini dinyatakan dalam Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya Amerika

Syarikat yang dikenali sebagai IDEA (Individual with Disability Education Act). IDEA dan

undang-undang persekutuan lain melindungi kerahsiaan rekod pendidikan murid-murid

pendidikan khas. Perlindungan ini merangkumi tiga aspek berikut iaitu penggunaan data

peribadi, orang yang mungkin mempunyai akses kepada rekod dan hak ibu bapa untuk

memeriksa rekod pendidikan anak mereka dan meminta agar ia dipinda untuk membetulkan

maklumat yang mengelirukan atau tidak tepat, atau yang melanggar privasi anak atau hak-hak

lain. (CPIR, 2020)

Tujuan rekod-rekod disimpan ialah untuk memenuhi kewajiban undang-undang

(merujuk kepada Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya atau IDEA di Amerika Syarikat)

menjaga kerahsiaan serta berfungsi untuk menjaga lingkungan atau persekitaran di mana murid

kurang upaya akan merasa dihormati, aman, disokong, dan dilindungi daripada layanan yang

prejudis dan berbentuk diskriminasi. (UCSF, 2021)

Di Malaysia, dalam Akta Orang Kurang Upaya tidak dinyatakan tentang keperluan

perlindungan data atau rekod sesuatu dokumen secara khusus. Akan tetapi, secara umum, telah

ada peruntukan undang-undang dan peraturan dalam Akta 709 iaitu Akta Perlindungan Data

Peribadi 2010. Akta Perlindungan Data Peribadi tidak menekankan aspek dokumen sulit dalam

pendidikan khas atau golongan kurang upaya secara khusus, akan tetapi terdapat peruntukan

undang-undang yang hampir dengannya iaitu dalam Seksyen 40, Pemprosesan Data Peribadi

Sensitif, (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan seksyen 5, seseorang pengguna data tidak

1
boleh memproses apa-apa data peribadi sensitif seorang subjek data kecuali mengikut syarat

yang berikut: (a) subjek data telah memberikan persetujuannya secara nyata bagi pemprosesan

data peribadi itu; Kemudian dinyatakan selanjutnya tentang pemprosesan, di mana data itu

perlu—

(i) bagi maksud menjalankan atau melaksanakan apa-apa hak atau obligasi yang diberikan atau

dikenakan oleh undang-undang terhadap pengguna data yang berkaitan dengan pengambilan

kerja;

(ii) untuk melindungi kepentingan vital subjek data atau orang lain, dalam hal jika—

(A) persetujuan tidak dapat diberikan oleh atau bagi pihak subjek data itu; atau

(B) pengguna data tidak boleh semunasabahnya dijangka untuk mendapat persetujuan

subjek data itu;

(iii) untuk melindungi kepentingan vital orang lain, dalam hal jika persetujuan oleh atau bagi

pihak subjek data telah tidak diberikan dengan semunasabahnya. (JPDP, 2010)

Apa itu confidentiality atau kerahsiaan? Ia adalah tindakan melindungi data, maklumat,

dan rekod pelajar yang dikenalpasti dikumpulkan, digunakan, atau disimpan oleh sekolah.

Kerahsiaan juga berlaku pada apa-apa jenis perbincangan mengenai pelajar dan rekod pelajar.

Rekod tersebut merangkumi, dokumen bertulis, media, microfilm, microfiche, pita video,

audio, cd, filem, gambar serta segala rekod yang mengandungi pengenalan diri atau maklumat

yang berkaitan secara langsung dengan pelajar. Maklumat ini boleh jadi catatan yang disimpan

oleh sekolah dalam bentuk fail, pangkalan data sistem pelajar disimpan dalam peranti simpanan

serta rakaman atau siaran yang berkaitan projek pelajar. Rancangan Pendidikan Individu

merupakan salah satu dokumen yang sulit atau konfidential. (Chavanne, 2021). Untuk akses

kepada RPI, pengurus kes bertanggungjawab untuk memberitahu semua pendidikan umum

guru dan kakitangan perkhidmatan yang berkaitan tanggungjawab mengenai pendidikan pelajar
2
yang dikenal pasti. (Wrightlaws, 2012). Mengapakah di luar negara, data dan rekod murid

adalah sulit? Ini mungkin kerana dalam sistem mereka, murid tidak di label dan di asingkan

mengikut kelas. Di Finland contohnya, pendidikan semua murid adalah sama di sekolah yang

sama tanpa label samada khas atau tidak. Pun begitu setiap murid mendapat kemudahan

mengikut kehendak dan keperluan masing-masing. Sekiranya murid dikenalpasti sebagai

bermasalah pembelajaran, mungkin mereka akan dipandang rendah dan terdedah dengan

bahaya buli. Mungkin itulah sebabnya, mereka amat menjaga data pelajar terutamanya murid

berkeperluan khas. Mereka menjaga sehabis baik mengikut kehendak dan hak murid tersebut

yang berhak memastikan tiada siapa yang mengetahui masalah kekurangan upaya murid

tersebut. Tetapi di Malaysia sebaliknya yang berlaku. Sebagai contoh, di salah sebuah sekolah,

rekod matlamat jangka masa pendek murid yang terkandung di dalam Rancangan Pelajaran

Individu di perbesarkan di dalam kad manila serta di tampal di dalam kelas. Ia dilakukan

supaya semua guru dapat melakukan intervensi kepada murid dan dapat merekod respon murid

di dalam kelas.

Berbeza dengan sistem persekolahan di luar negara, di Malaysia terdapat kelas khas

untuk murid yang kurang upaya, malah murid yang belum menguasai 3 M turut ditempatkan di

kelas berbeza. Sistem Pendidikan Malaysia, menetapkan murid ditempatkan mengikut

keupayaan mereka. Kebaikannya ialah guru dapat memberi perhatian kepada mereka dan dapat

mengenalpasti intervensi yang sesuai kemudian merekod perubahan yang berlaku secara

terperinci. Walaupun murid ditempatkan mengikut keupayaan namun, ada nilai fleksibiliti di

mana;

a) sekiranya murid daripada aliran perdana didapati mempunyai masalah pembelajaran,

mereka boleh di tempatkan di aliran pendidikan khas atau pemulihan.

3
b) sekiranya murid daripada aliran pendidikan khas didapati mempunyai peningkatan

keupayaan dan kemampuan belajar, mereka boleh ditempatkan di aliran perdana.

Pokok pangkalnya, individu terbabit perlu diberi sokongan padu dan diberi

kepercayaan. Guru (Pendidikan Khas atau Pemulihan) tidak boleh memukul rata

keupayaan murid di dalam kelas. Perlu kenalpasti apakah bakat atau kemampuan

(kemahiran) serta minat murid yang dapat dilatih, dikembangkan dan di asah secara

merentas kurikulum.

Walaubagaimanapun adakalanya stigma atau label itu memberi kesan pada tindak-tanduk dan

layanan masyarakat yang menyebabkan kesukaran anak-anak ini untuk memperkembangkan

potensi mereka. Ia akan kekal selagimana kepercayaan yang wujud dalam diri rakyat Malaysia

ini tidak diubah dengan persepsi yang lebih segar dan mentaliti yang lebih terbuka bahawa

setiap manusia adalah unik dan setiap insan mampu berjaya dengan jalan mereka sendiri.

RUJUKAN

Chavanne, N. (2021). Sharing IEP Information with School Staff _ Learning Lab.
http://nicoleslearninglab.blogspot.com/2018/08/sharing-iep-information-with-
school.html#:~:text=As a student’s special education,an IEP is being followed.&text=An
IEP is a confidential,think about when sharing information.

CPIR. (2020). Confidentiality and Access to Student Records _ Center for Parent Information
and Resources. https://www.parentcenterhub.org/records/

JPDP. (2010). Undang-Undang Malaysia Akta 709 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Bahagian I.
https://www.pdp.gov.my/jpdpv2/assets/2019/09/AKTA_PERLINDUNGAN_DATA_PER
IBADI.pdf

UCSF. (2021). Confidentiality _ Student Disability Services. https://sds.ucsf.edu/confidentiality

4
Wrightlaws. (2012). SCHOOL CONFIDENTIALITY and SPECIAL EDUCATION SERVICES.
http://centervilleisd.net/wp-content/uploads/2019/07/5A.-Special-Education-
Confidentiality-Training.pdf

You might also like