You are on page 1of 11

 

BAHAGIAN TEKNIK DAN


VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
  62604 PUTRAJAYA     

NOTA KULIAH 2
SEMESTER SEMESTER 1 SESI 1/2020

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

DBF 1123 - PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT


KOD/KURSUS
DAN KOMUNIKASI
02 KOMPONEN PENGKOMPUTERAN: PERWAKILAN DAN
KOMPETENSI
MEMORI DATA

2.1 PERWAKILAN DATA


KOMPETENSI UNIT
2.2 MEMORI

Pelajar harus dapat :


CLO1 Menjelaskan penggunaan teknologi terkini, komponen
pengkomputeran, teknologi maklumat dan internet. (C2,
PLO1)
KOMPETENSI
CLO2 Menjalankan sesuatu projek atau kajian dengan
PEMBELAJARAN
menggunakan Microsoft Project dalam tugasan
berkumpulan. (C3, PLO2)
CLO3 Melaporkan privasi, sekuriti dan etika sesebuah
organisasi (A3, PLO5)

DBF1123/K 02/NK
NO KOD
02-07
MUKA: 01 DARIPADA 10
NO KOD JPK TIADA
NO KOD / CODE NO DBF1123/K 02/NK 02-07 Muka: 2 Drp: 10

2.0 KOMPONEN PENGKOMPUTERAN: PERWAKILAN DAN MEMORI DATA

2.1 PERWAKILAN DATA / DATA REPRESENTATION

Sebuah komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan simbol sebagai
nombor. Malah, suruhan komputer juga adalah berbentuk nombor (bahasa mesin).
Sistem pernomboran yang digunakan oleh komputer adalah sistem pernomboran
perduaan (binary), perenambelasan (hexadecimal) dan perlapanan (octal)
sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam Jadual 2.1. Komputer menggunakan digit
perduaan untuk mewakilkan data iaitu 0 dan 1 biasanya disebut bit. Jadual 2
menunjukkan bagaimana komputer memproses data.

Jadual 2

Sistem Nombor Bilangan Simbol Simbol Digunakan


Sistem Perduaan 2 0,1
Sistem Perlapanan 8 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
Sistem Perpuluhan 10 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9
Sistem Perenambelasan 16 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,
A, B, C, D, E, F

Jadual 2.1 Simbol Sistem Pernomboran


NO KOD / CODE NO DBF1123/K 02/NK 02-07 Muka: 3 Drp: 10

2.1.1. BIT DAN BAIT / BITS AND BYTES

a. Bit / Bits

Merupakan unit terkecil dalam perwakilan data. Bit merujuk kepada binary digit.
Komputer hanya tahu membaca bahasa mesin sahaja. Perwakilan nombor 1 dan 0
ini menunjukkan denyutan isyarat elektrik.

1 bermaksud ON atau TRUE atau YES


0 bermaksud OFF atau FALSE atau NO

b. Bait / Bytes

Merupakan unit yang terbina daripada 8bit. Contohnya 10101010 adalah 8 bit. Ada
256 aksara yang mewakili byte.

c. Aksara / Character

Satu aksara seperti huruf 'A' bersamaan dengan 8bit atau 1 bait. Aksara A
diwakilkan dengan digit 01000001.

d. Kod Binari

Apakah nombor binari?


Nombor binari ialah nombor yang menggunakan dua digit sahaja iaitu 0 dan 1. dua
digit ini disebut bit iaitu singkatan untuk binari digit. Dalam istilah komputer, nombor
(0,1,2,3..), huruf abjad (A,B,C..) dan sImbol khas (!,@,#,$..) dipanggil aksara.
Aksara-aksara ini diwakilkan dengan 1 bait iaitu himpunan 8 bit.
NO KOD / CODE NO DBF1123/K 02/NK 02-07 Muka: 4 Drp: 10

2.1.2 SKIM PENGEKODAN / CODING SCHEMES

Terdapat tiga skema pengekodan perduaan yang paling popular menggunakan 8 bit
untuk membentuk 1 bait. Kod tersebut adalah ASCII, EBCDIC dan Unicode
(menggunakan 16bit) dan Jadual 2.2 telah menunjukkan takrifan kod-kod ini.

Kod Takrifan
ASCII American Standard Code for Information Interchange
EBCDIC Extended Binary Coded Decimal Interchange Code
Unicode Kod 16bit kod yang dicipta untuk menampung keperluan bahasa
antarabangsa seperti bahasa Cina dan Jepun.

Jadual 2.2

Apabila kekunci ditekan di papan kekunci, aksara tersebut ditukarkan secara automatik
kepada beberapa siri denyutan elektronik yang boleh dikenali oleh sistem. Contohnya,
apabila kekunci A ditekan, akan menyebabkan isyarat elektronik dihantar ke unit sistem
mikrokomputer. Unit sistem kemudiannya akan menukar isyarat kepada kod ASCII iaitu
0100 0001. Sebelum pelaksanaan, semua suruhan dan data perlu ditukarkan kepada
bentuk perduaan. Contohnya, 3 + 5 memerlukan 24bit dengan menggunakan skema
pengekodan ASCII.

Contoh Kod ASCII Dan EBCDIC: -

Simbol ASCII EBCDIC


A 0100 0001 1100 0001
B 0100 0010 1100 0010
1 0100 0010 1111 0000
2 0011 0010 1111 0010
! 0010 0001 0101 1010
“ 0010 0010 0111 1111
NO KOD / CODE NO DBF1123/K 02/NK 02-07 Muka: 5 Drp: 10

2.2 INGATAN / MEMORY

Di dalam sistem komputer, ingatan ialah jujukan bait (seperti sel), dimana setiap
satunya mengandungi sebutir maklumat. Maklumat tersebut mungkin adalah arahan
untuk komputer, dan setiap sel menyimpan serpihan data yang diperlukan komputer
untuk menjalankan arahan. Ingatan juga adalah peranti elektronik yang digunakan
untuk menyimpan data atau maklumat yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

Tugas utama storan adalah: -


i) Menyimpan pemprosesan unit arithmetik dan logik.
ii) Menyimpan arahan oleh pengguna.
iii) Menyimpan arahan yang sedang diproses.

2.2.1 BYTES DAN ALAMAT MEMORI / BYTES AND ADDRESSABLE MEMORY

Pengalamatan Ingatan

i. Suatu mikropemproses memerlukan saiz memori yang besar bagi menyimpan


program dan data.
ii. Memori boleh terdiri dari sejumlah daftar (register) yang besar, dimana setiap
daftar mempunyai nama tersendiri atau alamat.
iii. Bagi membolehkan mikropemproses mencapai data pada setiap daftar,
mikropemproses mesti menggunakan alamat yang dikhaskan bagi setiap daftar.
iv. Apabila alamat daftar tersebut telah dicapai maka mikropemproses boleh
membaca /ambil sebarang data yang tersimpan pada memori tersebut atau
menulis /simpan sebarang data pada alamat tersebut.
v. Semua alatan yang bersambung dengan mikropemproses mestilah diberi alamat
yang unik. Selain dari ingatannya, semua peranti luaran seperti keyboard,
monitor, parallel dan serial ports mesti diberi nama/alamat khas.
NO KOD / CODE NO DBF1123/K 02/NK 02-07 Muka: 6 Drp: 10

2.2.2 JENIS INGATAN / MEMORY

Terdapat dua jenis ingatan di dalam komputer iaitu ingatan bantuan / sekunder dan juga
ingatan utama / primer. Ingatan utama ialah kawasan storan yang digunakan semasa
komputer anda dihidupkan. Ia hanya bersifat sementara. Ia dapat dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu Cache dan RAM. RAM itu sendiri dapat dibahagikan kepada
beberapa bahagian seperti DRAM, SRAM, EDO dan SDRAM. Setiap satu mempunyai
fungsi dan kemampuan yang berbeza. Ingatan bantuan / sekunder pula ialah cakera
keras yang kita gunakan untuk menyimpan maklumat secara kekal di dalam komputer.

Di dalam sesebuah komputer, data akan disimpan buat sementara waktu dengan
mengikut aplikasi yang digunakan. Apabila anda menaip dengan menggunakan
perisian pemprosesan perkataan, anda akan dapat melihat pada skrin komputer
bahawa data yang anda taip akan disimpan buat sementara waktu di dalam RAM.
Setiap perkataan akan diproses mengikut cara yang berbeza. Tapi yang penting sekali
ialah anda mesti menyimpan data tersebut ke dalam ingatan bantuan (cakera keras)
terlebih dahulu bagi mengelakkan kehilangan data semasa bekalan elektrik terputus
dan supaya mudah untuk mendapatkan kembali data tersebut. Sekiranya data tidak
disimpan di dalam cakera keras, kesemua data atau maklumat yang terdapat di dalam
komputer akan hilang begitu sahaja apabila bekalan elektrik terputus atau anda
menutup suis komputer.

2.2.3 RANDOM ACCESS MEMORY (RAM)

RAM adalah singkatan dari perkataan RANDOM ACCESS MEMORY atau di dalam
Bahasa Malaysia ialah Ingatan Capaian Rawak. Di dalam RAM terdapat beribu-ribu
perintang atau mungkin juga berjuta-juta (bergantung pada saiz). Apabila arus elektrik
dialirkan pada papan logik kepada suis kecil yang akan mengawal perlakuan arus
terhadap sesuatu tindakan sama ada "on" atau "off" (komputer hanya mengenali tanda
"on" dan "off" sahaja).
NO KOD / CODE NO DBF1123/K 02/NK 02-07 Muka: 7 Drp: 10

Semasa kita menggunakan sesuatu perisian, ingatan akan melakukan tugas-tugas


seperti menyimpan data dan membenarkan data untuk dipanggil atau digunakan
semula. Apabila bekalan elektrik terputus, semua data yang disimpan akan dibersihkan.
Oleh kerana itulah RAM akan cepat berubah atau membuat perubahan berbanding
dengan ROM dimana data tersebut hanya boleh dibaca sahaja. Contoh yang paling
mudah ialah CD-ROM dimana data hanya boleh dibaca sahaja dari CD tersebut dan
tidak boleh dipadam.

Ciri-ciri utama RAM adalah: -


a) Storan semikonduktor
b) Boleh menyimpan secara sementara.
c) Data boleh diubah atau dihapuskan
d) Data akan hilang apabila bekalan komputer dimatikan

Dua jenis cip RAM yang selalu digunakan:


a) DRAM bermaksud RAM Dinamik iaitu ingatan yang memegang data secara dinamik.
Data tidak disimpan secara berterusan, tetapi komputer akan menyegarkan semula
(refresh) data beratus-ratus kali setiap saat. DRAM selalu digunakan di dalam
komputer peribadi.
b) SRAM bermaksud RAM Statik iaitu ingatan yang memegang data secara berterusan
tanpa penyegaran semula (refresh) selagi ada kuasa elektrik. SRAM lebih cepat
daripada DRAM tetapi reka bentuknya agak rumit

Terdapat sejenis RAM yang terbaru yang boleh menyimpan secara kekal. RAM kilat
atau cip ingatan kilat menyimpan datawalaupun berlaku gangguan bekalan elektrik.
Jenis ingatan ini lebih mahal dari RAM yang biasa dan banyak digunakan dalam
komputer mudah alih. Keupayaan atau kandungan RAM diukur dalam bait. Terdapat
NO KOD / CODE NO DBF1123/K 02/NK 02-07 Muka: 8 Drp: 10

empat unit ukuran yang biasa digunakan untuk memperihalkan keupayaan ingatan
sepertimana yang telah ditunjukkan di dalam Jadual 2.3.

Unit Muatan
Kilobait (KB) 1,024 bait
Megabait (MB) 1,024,000 bait
Gigabait (GB) 1,024,000,000 bait
Terabait (TB) 1,024,000,000,000 bait

Jadual 2.3

2.2.4 CACHE

Selain daripada RAM terdapat satu lagi jenis ingatan yang lebih pantas dikenali sebagai
Cache. Cache mempunyai dua peringkat. Cache adalah secara semula jadi dikenali
sebagai "smart buffer" atau mempunyai halangan memori bagi menyimpan data buat
sementara. Dengan menggunakan kebijaksanaan algoritma, penyimpanan data cache
memerlukan tindakan yang cepat kepada persembahan operasinya.

Memori cache berfungsi untuk menyimpan operasi dan data komputer yang selalu
digunakan supaya dapat mempercepatkan proses komputer.

2.2.5 READ ONLY MEMORY (ROM)

i. ROM atau Ingatan Bacaan Sahaja adalah jenis ingatan semikonduktor yang
direkabentuk untuk menyimpan data secara kekal atau tidak selalu diubah. Data
hanya boleh dibaca dari ROM.
ii. Semasa operasi biasa, tiada data baru ditulis ke dalam ROM tetapi data boleh
dibaca dari ROM.
iii. ROM digunakan untuk menyimpan data dan maklumat yang tidak boleh ditukar
semasa sistem beroperasi. Kegunaan utama ROM adalah menyimpan aturcara
dalam komputer.
NO KOD / CODE NO DBF1123/K 02/NK 02-07 Muka: 9 Drp: 10

iv. Ingatan tak meruap, maka aturcara tidak akan hilang bila mikrokomputer diOFF.
Bila mikrokomputer di ON, maka aturcara yang tersimpan akan dilaksanakan
Jenis-jenis ROM

Jenis ROM Fungsi


PROM Ingatan Baca Sahaja boleh diaturcara (Programmable ROM)
EPROM Ingatan Baca Sahaja teraturcara boleh dipadam (Erasable ROM).
Kandungan boleh dipadam dengan menggunakan tatacara sinar
ultraungu
EEPROM PROM yang boleh dipadam secara elektrik (Electrically EPROM).
Kandungan boleh diubah/diaturcara secara elektronik
Ingatan Kilat Juga dikenali sebagai ROM kilat (Flash ROM). Ingatan kilat boleh
dipadam dan diaturcara secara elektronik

2.2.6 INGATAN KILAT / FLASH MEMORY

Ingatan kilat adalah sejenis ingatan komputer tidak meruap / volatile yang boleh
dipadam dan diaturcara semula secara elektrikal. Ia digunakan secara meluas pada
pemacu kilat USB, kad ingatan serta sebagai media storan bagi peralatan elektronik
digital seperti telefon bimbit, PDA, pemain audio digital dan kamera digital.

Ingatan kilat adalah ingatan tidak meruap, bermakna ia boleh mengekalkan maklumat
yang tersimpan di dalamnya apabila bekalan kuasa dimatikan. Tambahan pula, ingatan
kilat menawarkan masa capaian baca yang pantas (walaupun tidaklah sepantas DRAM
yang digunakan pada PC) serta lebih tahan hentakan mekanikal berbanding cakera
keras. Faktor tersebut menjadikan ingatan kilat popular sebagai media storan bagi
peranti elektronik digital. Selain itu, ingatan kilat yang dipakejkan sebagai kad ingatan
ataupun pemacu kilat USB adalah tahan lama, tahan tekanan tinggi, tahan panas dan
tahan air.

Jenis-jenis ingatan kilat


NO KOD / CODE NO DBF1123/K 02/NK 02-07 Muka: 10 Drp: 10

i. Pemacu kilat USB


ii. Kad memori

2.2.7 CMOS

Cip semikonduktor pelengkap logam oksida atau Chip Metal Oxide Semiconductor
(CMOS) menyediakan fleksibiliti dan pengembangan kepada sistem komputer. Ia
mengandungi maklumat penting yang diperlukan setiap kali sistem komputer
dimulakan. Cip ini menyediakan maklumat seperti jumlah saiz RAM, jenis papan
kekunci, tetikus,monitor dan pemacu cakera. Ia menggunakan kuasa bateri dan
kandungannya kekalbila bekalan arus elektrik dihentikan. Kandungannya boleh berubah
mengikut perubahan dalam sistem komputer seperti penambahan perkakasan baru dan
RAM.

2.2.8 MASA AKSES MEMORI / MEMORY ACCESS TIME

Masa akses memori adalah berapa lama masa diperlukan untuk aksara dalam memori
untuk dipindahkan ke atau dari CPU. Dalam PC atau Mac, cip RAM yang cepat
mempunyai masa akses sebanyak 70 nanodetik (ns) atau kurang. Cip SDRAM
mempunyai mod pecah yang memperoleh aksara kedua dan seterusnya dalam 10 ns
atau kurang.

PENILAIAN KENDIRI

1. Jika RAM adalah ingatan capaian rawak, bagaimana pula dengan ROM?
Jelaskan perbezaan antara kedua-dua ingatan ini. (8 markah)
2. Apakah yang anda tahu tentang Ingatan Kilat? Berikan contoh. (3 markah)
3. Apakah yang dimaksudkan dengan skema pengekodan? Jelaskan dua skema
pengekodan yang anda tahu. (6 markah)
NO KOD / CODE NO DBF1123/K 02/NK 02-07 Muka: 11 Drp: 10

You might also like