You are on page 1of 2

NUR ALIA NAJIHAH BINTI ASMADI (2020625872)(PHM1103C1)

1. JELASKAN PERBEZAAN DIANTARA DHARURIYYAH, HAJIYYAH DAN


TAHSINIYYAH

 Dharuriyyah merupakan perkara yang wajib ada atau perkara yang diperlukan
dalam kehidupan seharian. Jika satu daripadanya dihilangkan maka manusia
akan hidup di dalam kepincangan. Dharuriyyah ialah memelihara agama,
nyawa, akal, keturunan dan harta. Hajiyyah pula merupakan perkara yang
diperlukan untuk mengelakkan kesukaran diantara kesukaran yang sering
dihadapi ialah sakit, cacat, jahil dan sebagainya. Bagi mengatasi kesukaran
yang dinyatakan, Allah SWT telah mensyariatkan hukum-hukum rukhsah
dalam berbagai bidang seperti ibadah dan jenayah. Akhir sekali, tahsiniyyah
ialah sesuatu yang boleh menjadikan manusia lebih sempurna dan lebih indah
sesuai dengan darjat sebagai makhluk yang dimuliakan Tuhan. Diantara
hukum yang disyariatkan untuk tujuan tersebut ialahwajib menutup aurat ketika
solat.

2. BAGAIMANA BOLEH DIAPLIKASI DALAM SESEBUAH PENGURUSAN


 Bagi menjaga agama dalam sesebuah pegurusan, kita perlu tahu dan
mengambil tahu mengenai tempat yang hendak dikunjungi. Tidak digalakkan
untuk pergi ke tempat yang boleh menjatuhkan kontra kepada agama kita.
Contohnya mengunjungi tempat beribadat agama lain seperti kuil ketika
perayaan mereka berlangsung.
 Sebagai pengurus pelancong, kita perlu mencari waktu yang sesuai untuk
menziarah rumah ibadat agama lain.
 Pengurus pelancong juga perlu menyediakan jadual yang mempunyai ruang
untuk pesertanya menunaikan ibadat seperti solat.
 Memastikan tempat yang dikunjungi tidak membahayakan nyawa.
 Makanan yang disediakan juga mestilah mendatangkan kesihatan kepada
akal. Arak, ketum atau benda yang memabukkan adalah dilarang kerana
mengakibatkan kewarasan akal hilang.

You might also like