You are on page 1of 1

TAKLIMAT KEPADA CALON

BAHASA MELAYU KERTAS 3 - 1103/3


UJIAN BERTUTUR

1. Ujian Bertutur Bahasa Melayu mencakupi 70 markah. Individu 40 markah dan dinilai secara
Analitik. Kumpulan 30 markah dan dinilai secara Holistik.

2. Masa ujian Individu ialah 3 - 5 minit. Kumpulan 12 - 15 minit.

3. Individu :

● Calon diberi satu bahan rangsangan oleh Guru Bertugas untuk membaca secara
mentalis (senyap) selama 3 minit di dalam Bilik Kuarantin (BK).

● Cukup 3 minit, calon akan bergerak ke Bilik Ujian (BU) dengan membawa bahan
rangsangan yang telah dibaca.

● Di BU, calon akan membaca secara mekanis (kuat) di hadapan seorang Pentaksir dan
akan disoal dengan 4 soalan. Soalan 1 dan 2 berdasarkan petikan (pemindahan
maklumat). Soalan 3 dan 4 ialah soalan KBAT tentang tema dan tajuk bahan
rangsangan.

● Selepas selesai ujian bertutur individu, calon dikehendaki menyerahkan bahan


rangsangan kepada Pentaksir sebelum bergerak ke BK untuk persediaan ujian bertutur
kumpulan.

4. Di BK, Pengawas calon akan memberikan soalan kepada calon (3-5 orang) untuk
perbincangan selama 8 minit sebelum diuji di BU yang sama dengan taksiran Individu.

5. Setelah cukup masa 8 minit berbincang, calon akan bergerak ke BU dengan membawa kertas
soalan untuk memulakan ujian bertutur kumpulan.

6. Kumpulan :

● Pentaksir akan membaca soalan ujian kumpulan kepada calon.

● Perbincangan kumpulan akan berlangsung dalam 2 pusingan. Pusingan pertama calon


akan bertutur mengikut giliran masing-masing. Pusingan kedua calon bebas
mengemukakan pendapat tanpa mengikut susunan angka giliran.

● Markah diberikan kepada calon secara individu dan bukan kepada kumpulan.

● Setelah selesai taksiran Kumpulan, calon boleh beredar dari BU dan balik ke kelas
masing-masing.

7. Semasa di BU (Individu dan Kumpulan), calon tidak dibenarkan membawa masuk sebarang
alat tulis, nota catatan, buku rujukan, dan telefon bimbit.

8. Calon dilarang membuat bising dan mengganggu calon lain semasa berada di Pusat Sumber dan
BK.

9. Calon mesti mematuhi masa ujian bertutur yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

You might also like