You are on page 1of 3

SEJARAH RINGKAS

MELAKA
Pengenalan
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan
kesultanan Melaka oleh Parameswara
seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang
berketurunan Majapahit pada tahun antara
1400 masihi hingga 1403 Masihi . Ahli sejarah
tidak dapat mengenal pasti tentang tarikh
yang sebenar mengenai pembukaan negeri
Melaka . Menurut Tome Pires iaitu penulis
Portugis yang tinggal di Melaka pada tahun
1512 hingga 1515 , beliau menceritakan
bahawa negeri Melaka dibuka kira-kira 100
tahun sebelum Melaka ditawan oleh Portugis .
Seorang penulis Portugis lain De Barros memberi
tahu bahawa tarikh Melaka dibuka kira-kira 250
tahun terlebih dahulu sebelum itu. Lebih
mengelirukan, terdapat pula pendapat seorang
ahli sejarah lain iaitu Gasper Correa sebagai
mana yang terdapat dalam bukunya “Lendes Da
India”. Bahawa Melaka telah wujud lebih kurang
tujuh kurun lamanya sebelum ditawan oleh
Portugis.
KESIMPULAN
Faktor-faktor seperti hubungan
diplomatik dengan Cina , kedudukan
geografi yang strategik , Melaka sebagai
pusat penyebaran agama islam , peranan
orang laut , Melaka sebagai pusat
dagangan dunia , Melaka sebagai Bandar
pelabuhan , sebagai pusat intelektual ,
pemerintah daripada keturunan raja
Melaka , sistem pentadbiran yang teratur
dan strategic serta sebagai sebuah
empayar yang besar dan kukuh telah
membawa kepada kegemilangan Melaka
pada kurun ke-15 dan awal abad ke-16 .
Kemunculan beberapa pemerintah yang
bijak dan cekap contohnya seperti
Parameswara , Sultan Mansur Syah ,
Sultan Muzafar Syah , Sultan Alauddin
Ri’ayat Syah dan Tun Perak juga turut
membawa kepada pengukuhan kerajaan
Melayu Melaka pada kurun tersebut .

You might also like