You are on page 1of 6
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Bandar Indera Mahkota Tel 09-5715700 25604 Kuantan Faks 09-5734857 Pahang Darul Makmar Laman Web: jpnpahang.moegov.my Ruj.Kami : JPNP.SPMd.800-4/1/6 Jid. 2(§ ) Tarikh : 28 Mac 2023 Semua Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Pahang Semua Pengetua, Sekolah Menengah Negeri Pahang Semua Guru Besar, Sekolah Rendah Negeri Pahang Tuan, PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) TAHUN 2023 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk 2. Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak tuan yang sentiasa mengambil berat dan berusaha melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat sekolah. Usaha yang berterusan ini menunjukkan keprihatinan pihak tuan dalam membendung masalah penggunaan bahan terlarang dan aktiviti-aktiviti lain yang menjurus kepada pengambilan dadah dalam kalangan murid, 3. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang prinatin akan masalah penyalahgunaan bahan dan pelencongan sosial. Justeru usaha untuk menangani penyalahgunaan dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIVIAIDS harus diteruskan sebagai langkah pencegahan awal dan pendidikan berterusan bagi melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu juga, daya tahan murid dapat ditingkatkan daripada terlibat dengan bahan-bahan terlarang dan pelencongan sosial yang boleh merosakkan diri serta masa depan mereka. 4, Masalah penggunaan bahan terlarang dalam kalangan murid merupakan perkara yang perlu perhatian serius secara bersepadu oleh semua pihak. Saya menyeru agar semua pihak dapat bersama-sama berusaha merealisasikan Sekolah Bebas Dadah dengan berasaskan kepada empat strategi utama: wl Ruj.Kami : JPNP.SPMd.800-4/1/6 Jid. 2 (& ) 4.4, Pengurusan dan kepimpinan, 42. Kurikulum, 4.3. Kokurikulum, 4.4. Pembangunan sahsiah. 5. Strategi yang telah disenaraikan tersebut hanya akan dapat direalisasikan dengan melaksanakan matlamat seperti berikut 5.1. Semua sekolah perlu menyediakan Takwim PPDa dan menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah. 5.1.1 Jawatankuasa Induk 5.1.2 Jawatankuasa Pelaksana 5.1.3. Jawatankuasa Murid 5.2. Semua sekolah mengadakan sambutan Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan peringkat sekolah seperti yang digariskan oleh KPM, 5.3. Semua sekolah mengadaken program ‘5 Minit Mesej Antidadah’ sebagai kesinambungan pendidikan pencegahan mengikut kesesuaian seperti yang digariskan oleh KPM 5.4. Semua sekolah menengah melaksanakan ujian urin sepanjang tahun 2023 mengikut ketetapan pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) seperti yang digariskan oleh KPM. 5.5. Semua murid yang didapati positif dalam ujian urin akan dilibatkan dalam program intervensi murid, dipantau dan diberi bimbingan sehingga mereka benar-benar negatif dalam ujian urin seterusnya. 5.6 Semua sekolah mewujudkan Sudut atau Laluan PPDa sekolah masing- masing. 5.7 Sesi kunjung bantu dan bimbingan oleh pegawai di PPD atau JPN Pahang akan dilaksanakan sepanjang tahun mengikut kesesuaian. Ruj.Kami : JPNP.SPMd.800-4/1/6 Jid. 2 ( 8 ) 6. Oleh itu, untuk memastikan murid-murid sekolah sentiasa mendapat maklumat terkini melalui aktiviti-aktiviti terancang berkaitan bahaya dadah, alkohol, rokok, inhalan, dan HIV/AIDS (Rujuk Surat Pekeliling Am Bil. 1 tahun 1985, Jabatan Perdana Menteri bertarikh 29 Januari 1985 yang diedarkan ke semua jabatan dan sekolah) maka semua sekolah diminta mengambil tindakan terhadap perkara-perkara berikut 6.1 Melantik Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 6.1.1 Mengenal pasti dan melantik seorang Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah bagi merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti PPDa di sekolah, 6.1.2 Melengkapkan ‘Google Form’ Maklumat Jawatankuasa PPDa Sekolah Pahang Tahun 2023. Sila lengkapkan maklumat tersebut SEBELUM ATAU PADA 12 MEI 2023. Pautan: https://tinyurl.com/MAKLUMATPPDa2023 6.1.2.2 Instrumen Pemantauan Kendiri Pengurusan PPDa 2023 boleh diakses melalui kod QR dilampiran. Tindakan sekolah seterusnya adalah seperti berikut: a) Membuat salinan Instrumen untuk simpanan sekolah. b) Menghantar instrumen yang telah lengkap (pdf) melalui e-mel : ppdapahang@amail.com selewat-lewatnya pada 31 MEI 2023. Nyatakan dalam e-mel: Nama Sekolah dan Kod Sekolah. 6.2 Melaksanakan Aktiviti-Aktiviti PPDa 6.21 Sambutan Hari Antidadah 6.2.1.1.Hari Antidadah disambut setiap tahun mulai 19 Februari (Peringkat Kebangsaan) 26 Jun (Peringkat Antarabangsa). Sehubungan dengan itu, sekolah dikehendaki merancang dan menyambut Hari Peringatan Antidadah Peringkat Sekolah sebagai _kesinambungan pendidikan pencegahan dadah ut kesesuaian pihak sekolah 6.2.1.2. Ceramah atau Taklimat berkaitan PPDa Pihak sekolah boleh menganjurkan ceramah-ceramah PPDa yang difikirkan relevan sama ada oleh guru sendiri atau menjemput penceramah dari agensi luar yang boleh menyampaikan maklumat kepada murid-murid mengikut kesesuaian. Ruj.Kami : JPNP.SPMd.800-4/1/6 Jd. 2(% ) 7. Bersama-sama surat ini, dilampirkan bersama 7.1 Senarai tugas Setiausaha PPDa sekolah 7.2Pautan untuk Senarai Surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Siaran berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) boleh diperolehi dalam Galeri PPDa. 8. Pihak JPN, PPD dan juga Jemaah Nazir Sekolah akan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan pihak sekolah melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan pencegahan dadah, alkohol, rokok, inhalan, dan HIV/AIDS. 9, _ Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkeitan perkara di atas, pihak tuan boleh menghubungi Eneik Razali bin Muhamad, Penolong Pengarah di Unit HEM (PPDa) di talian 012-6794717. Kerjasama dan perhatian tuan dalam hal ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, — daw (MOHAMMAD ROSLI BIN ABDUL RAHMAN) Pengarah Pendidikan Pahang mk 1 Timbalan Pengarah Pendidikan 4 sektor Pembangunan Murid 2. Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Murid 3. Ketua Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid ‘Sektor Pembangunan Murid 4. Fail LAMPIRAN 4. MAKLUMAT JAWATANKUASA PPDa SEKOLAH-SEKOLAH PAHANG TAHUN 2023 Pautan : https://tinyurl.com/MAKLUMATPPDaPAHANG Kod QR : El 2. GALERI PPDa 2023 - INFORMAS! BERKAITAN PPDa Pautan : httos://tinyurl.com/GALERIPPDa Lz] = oy oy 3. INSTRUMEN PEMANTAUAN KENDIRI PENGURUSAN PPDa SEKOLAH 2023 Pautan : https://tinyurl.com/INSTRUMENPENILAIANKENDIRI Kod QR: oP ‘ol : = LAMPIRAN TUGAS_SETIAUSAHA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) PENGURUSAN 14 Menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah (contoh jawatankuasa induk, pelaksana dan murid ). 1.2 Menyenaraikan peranan / tugas Jawatankuasa Pelaksana, 1.3 Merancang dan menguruskan mesyuarat pengurusan secara berkala (4 kali dalam setahun atau yang difikirkan perlu). 1.4 Merancang dan menguruskan mesyuarat. 1.5 Menyediakan dan mengemaskini Fail PPDa, PENCEGAHAN 2.1 Merancang, mengawalselia dan menguruskan Laluan atau Sudut PPDa. 2.2 Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, dan HIV/AIDS, 2.3 Memastikan pelaksanaan Program 5 Minit Antidadah dapat dijalankan. KES-KES PENGGUNAAN DADAH DAN TANGKAPAN 34 Sekiranya Setiausaha PPDa bukan daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling, beliau hendaklah membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi kes-kes positif ujian urin dan juga kes-kes tangkapan bersabit dengan dadah. Nota : Sila dapatkan bahan-bahan Pengurusan PPDa ini melalui pautan google drive seperti link di bawah : https://tinyurl.com/GALERIPPDa a) Instrumen Pemantauan Kendiri Sekolah Rendah - SRO6 b) Instrumen Pemantauan Kendiri Sekolah Menengah - SM06 c) Lagu Tema PPDa — Hidup Cemerlang Tanpa Dadah (mp3 & Video mp4) 4d) Senarai Surat dan Pekeliling PPDa

You might also like