You are on page 1of 2

Salah satu visi dan misi KPM ialah memastikan murid-murid mampu khatam Al

Quran di peringkat sekolah rendah. Sehubungan itu, murid-murid yang berada


di tahap 1 perlulah mempelajari bacaan Iqra’ 1 hingga 6 terlebih dahulu , dan
mereka perlu khatam Iqra sebelum dibolehkan membaca Al Quran.
Bacaan Iqra’ dan Al Quran ini diadakan secara talaqqi dan mushafahah (iaitu
membaca secara bersemuka) dengan guru Pendidikan Islam pada waktu yang
diperuntukkan dalam jadual iaitu waktu Tasmik. Untuk makluman, waktu
Tasmik adalah 2 kali seminggu (1jam) dan waktu inilah murid-murid “mengaji”
@ memperdengarkan bacaan mereka di hadapan guru Tasmik.
Dengan waktu Tasmik yang terhad ini, kerjasama dan keprihatinan daripada
pihak ibu bapa amatlah diharapkan daripada pihak sekolah untuk memastikan
anak-anak ini terus membaca @ mengaji di rumah dan tidak mengharapkan
hanya tasmik di sekolah semata-mata.
Dari segi pembacaan Iqra @ Al Quran, murid-murid hanya menyambung
bacaan @ muka surat yang telah dibaca di rumah dan meneruskan tasmik di
sekolah. Oleh sebab itu, ia amat penting untuk kesinabungan bacaan Iqra @ Al
Quran ini dan akhirnya murid-murid ini akan khatam Al Quran sebelum
meneruskan persekolahan di sekolah menengah.
Akhir kata, peranan dan Kerjasama daripada ibubapa amat diperlukan bagi
memastikan bukan sahaja misi dan visi KPM tercapai, malah demi anak-anak
agar tidak keciciran, dan sama-samalah kita membantu supaya mereka celik Al
Quran. Mudah-mudahan ianya menjadi saham kebaikan dan amal jariah untuk
kita semua. Insha Allah.
TAHUN
4
TAHUN
5
TAHUN
6

You might also like