You are on page 1of 3

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

LEBOH SULTAN ABDUL SAMAD,


42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR

KERTAS CADANGAN MAJLIS PELANCARAN PEMAKAIAN BAJU SERAGAM


PASUKAN BADAN BERUNIFORM TAHUN 2023/2024

1. PENGENALAN
Pelaksanaan pemakaian pakaian baju pasukan badan beruniform merupakan salah
satu perkara dalam aktiviti kokurikulum yang harus dilaksanakan di peringkat sekolah.
Murid dan guru penasihat dikehendaki untuk memakai pakaian seragam kokurikulum pada
setiap hari Rabu setiap minggu dan juga hari Isnin minggu ketiga setiap bulan selaras dengan
garis panduan perlaksanaan dasar ini di dalam surat pekeliling ikhtisas bil 8/2007.
Pemakaian baju unit beruniform yang lengkap merupakan salah satu elemen yang sangat
dititik beratkan.
Oleh hal demikian, Unit Kokurikulum telah merancang untuk melaksanakan Majlis
Pelancaran Pemakaian Baju Seragam supaya murid dapat mengenali peraturan pemakaian
baju seragam yang selaras mengikut unit masing-masing. Di samping itu, berharap majlis ini
juga dapat melahirkan murid yang lebih bersemangat dan berdisiplin serta bangga dengan
unit beruniform yang telah ditetapkan.

2. Objektif

a. Meningkatkan bilangan murid yang akur dan memakai baju pasukan badan
beruniform.
b. Mewujudkan murid yang berdisiplin, berpakaian kemas, mematuhi arahan dan
akur dengan peraturan sekolah.
c. Berusaha untuk menggerakkan badan beruniform menjadi lebih aktif.

1.
2.
3.
3. KUMPULAN SASARAN
Semua murid

4. BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 17 April 2023 (Isnin)
Masa : 7.30 – 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

1
5. TENTATIF PROGRAM
MASA PERKARA TINDAKAN
7.30 pagi Murid dari setiap unit berbaris mengikut - Penolong SU
badan uniform masing-masing. Kokurikulum
- Penyelaras Unit
Beruniform
7.40 pagi Persembahan “Cat Walk” dari setiap unit - SU Kokurikulum
yang berpakaian uniform set lengkap dan - Penyelaras Unit
separa lengkap. Beruniform
7.50 pagi Taklimat ringkas dari SU Kokurikulum - SU Kokurikulum

8.00 pagi Ucapan Perasmian oleh Pengetua - Puan Pengetua

6. JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Mariati binti Abdullah (Pengetua SMKBBSS )
Timbalan Pengerusi : Siti Arbaiah binti Palil (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Puziah binti Tuban (PK Kurikulum)
: Afishah binti Musa ( PK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Azimah binti Hasbullah
Naib Setiausaha : Nuranizatulakma binti Muhamad Kasim
Penyelaras Unit Beruniform: Tong Siew Ching

7. PENUTUP
Adalah diharapkan program majlis pelancaran pemakaian baju seragam pasukan
badan beruniform yang dirancang ini dapat dijalankan dengan lancar dan memberi
manfaat kepada semua murid dan guru. Mudah-mudahan usaha murni ini akan
menampakkan impak positif dalam aspek kemenjadian murid SMK Bandar Baru Sultan
Suleiman.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………………………… …………………………………………………………

Nama : TONG SIEW CHING Nama : PUAN SITI ARBAIAH BINTI PALIL
Jawatan : PENYELARAS UNIT BERUNIFORM Jawatan : PK KOKURIKULUM
Nama Sek : SMK Bandar Baru Sultan Suleiman Nama Sek : SMK Bandar Baru Sultan

2
Tarikh : 7.4.2023 Suleiman
Tarikh : 7.4.2023

You might also like