You are on page 1of 3

SK Putrajaya Presint 17 (1)

20/11/202

Tahun 6
Bahasa Malaysia
___

Alat Muzik Tradisional Masyarakat Melayu

Introduction: Alat Muzik Tradisional Masyarakat Melayu

Dalam kalangan masyarakat Melayu, terdapat pelbagai jenis alat

muzik tradisional. Alat muzik ini dapat diklasifikasikan kepada jenis

tertentu. Alat muzik idiofon seperti

● Gong
● Canang
● kertuk buluh
● angklung

Alat muzik jenis ini menghasilkan bunyi menerusi kaedah

● Ketukan
● Lagaan
● goncangan.

Alat muzik kordofon pula seperti

● Rebab
● Gambus
● Kecapi
● sape

Alat muzik jenis ini menghasilkan bunyi daripada petikan atau gesekan tali yang
diregangkan. Selain contoh yang dinyatakan, terdapat pelbagai jenis alat muzik
tradisional Melayu yang lain.
Gong

● Fakta tentang Gong


○ Dipercayai digunakan sekitar tahun 2000 BC
○ Salah satu objek mewah yang hanya mampu dimiliki oleh golongan bangsawan
zaman dahulu .
○ Bahan utama yang digunakan bagi membuat Gong adalah logam gangsa yang
perlu ditempa menggunakan tangan.
○ Bagi membezakan bunyi yang terhasil, logam lain seperti perak, emas, timah
atau tembaga akan diadunkan ke dalam gangsa tadi.

Rebab

● Fakta tentang Rebab


○ alat penting di dalam persembahan Mak Yong
○ Badan rebab lazimnya dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian
dalam.
○ Alat muzik rebab umumnya mempunyai ketinggian kira-kira 75 cm
○ Rebab yang ada di Tanah Melayu dipercayai datang daripada instrumen rebab
yang dibawa pedagang Arab yang dinamakan 'rabab'
○ Rabab pula dikatakan merupakan alatan muzik utama yang menggunakan
prinsip gesekan tali dengan menggunakan alat seperti busur untuk
menghasilkan melodi.

Canang
● Fakta tentang Canang
○ merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil.
○ Dalam konteks persembahan yang berhubungan dengan teater tradisional, ia
disertakan secara berpasangan iaitu canang 'ibu' dan 'anak'.
○ Canang juga digunakan bagi menyebar pengisytiharan/titah sultan pada zaman
dahulu.
○ dua jenis canang yang sering dihasilkan ialah yang diperbuat daripada besi dan
gangsa.

Sape

● Fakta tentang Sape


○ Berasal dari Kaum Orang Ulu
○ kebiasaannya didapati ukiran bermotif Orang Ulu di Sarawak serta diwarnakan
samada merah atau hitam di permukaannya
○ Secara teknikal, sape merupakan alat yang agak mudah, dengan satu tali
membawa melodi dan tali lain sebagai ulangan muzik.
○ Terdapat dua mod biasa, satu bagi tarian najat lelaki dan satu lagi bagi tarian
wanita. Terdapat juga mod ketiga yang jarang digunakan.
○ Muzik Sape biasanya datang melalui mimpi dan terdapat 35 jenis tradisi dengan
banyak variasi.

Angklung

● Fakta tentang Angklung


○ merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh
○ Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang
dikenali sebagai 'ancak'.
○ Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian
alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.
○ angklung merupakan salah satu bahagian muzik pengiring barongan.
○ Terdapat pelbagai jenis Angklung yang digunakan

You might also like