You are on page 1of 6

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KERTAS KERJA KAT1023

TAJUK:

PROGRAM KEMPEN KESELAMATAN PERTAHANAN DIRI KANAK-KANAK

TARIKH:

3 JUN 2021

TEMPAT:

DEWAN TAMAN BESTARI

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NOMBOR MATRIK


RISHIKHESAN A/L MUNIANDY E20202027356
TRACY IRRY NGU SIEN YIEN E20201026921
VERCELLIZA CHANDY ANAK BENTEEN E20201026936
NURUL SHAFIQAH BINTI MOHD JOHARI E20202027401

NAMA PENSYARAH:

MADAM NORRULKAMARI BINTI DAUD


1.1 PENGENALAN

Pertahanan diri ditakrifkan sebagai tindak balas melindungi diri daripada bahaya. Pertahanan diri
tidak hanya pada penggunaan alat sahaja bahkan ia wujud dalam bentuk seni mempertahankan
diri. Manusia berhak untuk mempertahankan diri mereka jika berlaku sesuatu yang tidak
menyenangkan. Golongan wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa kes perompakan,
penculikan dan lain-lain. Maka penting untuk dua golongan ini mempelajari seni mempertahankan
diri lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak. Kanak-kanak ialah insan yang lemah dan kurang peka
dengan keselamatan diri di persekitaran mereka. Antara cara untuk mempertingkatkan
kesedaran masyarakat mengenai pertahanan diri kanak-kanak ialah dengan mengadakan
program seperti ini.

1.2 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Pembangunan
Manusia (BPM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menjalankan Program Kempen
Keselamatan Pertahanan Diri Kanak-Kanak.

1.3 LATAR BELAKANG PROGRAM

Program kempen keselamatan pertahanan diri kanak-kanak ini berlansung selama 4 jam 30 minit
pada hari Khamis bersamaan 3 Jun. Program ini dijalankan di Dewan Taman Bestari iaitu di
kawasan perumahan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara masyarakat dan pelajar
universiti. Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai
keselamatan dan kesan daripada mempelajari seni mempertahankan diri yang perlu dipelajari
oleh kanak-kanak.

1.4 OBJEKTIF

Diakhir program ini diharapkan:

- Membantu kanak-kanak daripada tidak lagi menjadi mangsa buli, penganiayaan,


penderaan dan seksual.
- Mengajar kanak-kanak cara untuk mempertahankan diri.
- Membuka mata kanak-kanak tentang keselamatan mereka jika tidak diawasi oleh orang
yang lebih tua.

1.5 SASARAN PROGRAM

Kami menyasarkan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UPSI, ibubapa, kanak-
kanak, pensyarah dan komuniti.

1.6 TARIKH DAN TEMPAT


HARI: Khamis

TARIKH: 3 Jun 2021

MASA: 8:00 pagi – 12:30 tengah hari

TEMPAT: Dewan Taman Bestari

1.7 ANGGARAN KOS

(Rujuk Lampiran A)

1.8 ATURCARA PROGRAM (TENTATIF DAN PAMPLET)

(Rujuk Lampiran B)

1.9 PENUTUP

Pengajuran program ini diharapkan agar dapat mencapai objektif dan matlamat yang telah
digariskan. Kami berharap program ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak dari segi
penerapan ilmu tentang keselamatan serta kesedaran tentang kepentingan keselamatan kanak-
kanak. Kami juga mengharapkan penglibatan, bantuan serta perhatian daripada semua pihak
terutama daripada pihak pentadbiran, agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak swasta atau sesiapa
sahaja agar terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Diharap program ini mendapat kelulusan dan dapat dijalankan dengan lancar serta mencapai
objektif yang digariskan.
LAMPIRAN A

Bil. Perkara Anggaran Kuantiti Jumlah Sumber


1. Ceramah Kes Jenayah RM 200.00 1 RM 200.00 Jabatan Kebajikan
Terhadap Kanak-kanak Di Masyarakat
Malaysia
&
Ceramah Pertahanan Diri
Kanak-kanak

2. Pameran RM 100.00 1 RM 100.00 Persatuan Ibu Bapa


& Guru (PIBG)

3. Hadiah Pemenang Kuiz RM 5.00 10 RM 50.00 Tabung Aktiviti


Pelajar
4. Makanan dan Minuman RM 5.00 40 RM 200.00 Tabung Aktiviti
Peserta Pelajar
Jumlah RM 550.00
LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

HARI MASA PROGRAM LOKASI


8:00 a.m. Pendaftaran peserta
Majlis perasmian:
- Bacaan doa
8:30 a.m. Program ceramah mengenai kempen keselamatan
- pertahanan diri kanak-kanak bermula
3 Jun 2021 10:30 a.m. Konten ceramah: Dewan
(Khamis) - kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak Taman
- definisi dan contoh seni mempertahankan diri untuk Bestari
kanak-kanak
- kepentingan seni mempertahankan diri kepada
kanak-kanak
- langkah-langkah memartabatkan seni
mempertahankan diri dalam kalangan masyarakat
10:30 a.m. Kuiz mengenai pertahanan diri kanak-kanak dan
- peyampaian hadiah kepada pemenang
11:00 a.m.
11:00 a.m. Pameran seni pertahanan diri dan pendaftaran kelas seni
- bela diri (Taekwondo / WuShu / Silat / Aikido / Judo)
12:00 p.m.
12:00 p.m. Majlis penutupan program dan pengedaran makanan dan
- minuman kepada para peserta
12:30 p.m.
PAMPLET PROGRAM

You might also like