You are on page 1of 4

BAB 4 : BENDING STRESSES

Kita telah mempelajari mengenai sistem rasuk di dalam bab sebelum ini, dimana timbul daya ricih dan momen
lentur di dalam rasuk ketika ianya menanggung beban. Daya-daya ini dengan sendirinya akan menyebabkan
tegasan wujud di dalam rasuk. Tegasan normal berlaku akibat daripada momen lentur manakala tegasan ricih
daripada daya ricih di dalam rasuk. Di dalam bab ini, kita akan hanya menumpukan pada tegasan normal yang
berlaku dalam rasuk dan ianya juga dikenali dengan nama Tegasan Lentur. Tegasan ini perlu diselidiki ketika
proses merekabentuk sesuatu rasuk. Oleh itu, penentuan tegasan lentur maksima dan juga kedudukannya
merupakan fokus bab ini.

4.1 Agihan Tegasan

P P

Apabila sesuatu rasuk itu dikenakan daya, maka perubahan bentuk akan berlaku seperti gambarajah di atas.
Perubahan bentuk yang berlaku itu akan menyebabkan kepelbagaian di dalam tegasan lentur yang timbul, di
mana tegasan lentur di bahagian atas keratan rentas rasuk tidak sama dengan bahagian bawah.

Pertimbangkan kepada rasuk disokong mudah M M


s Mampatan
dahulu. Apabila daya dikenakan ke arah
PN M
bawah, maka rasuk akan berubah bentuk
kepada bentuk seperti di sebelah (senyum).
Apabila dibuat kajian, daya-daya yang timbul s Tegangan
di dalam rasuk pada satu keratan rentas berada
dalam dua keadaan, iaitu daya di bahagian atas paksi neutral (PN) berada dalam keadaan tegangan manakala
daya di bahagian bawah PN adalah daya mampatan. Tidak ada daya pada PN. Maka tegasan juga timbul dalam
keadaan tegasan tegangan dan juga tegasan mampatan. Apabila diselediki dengan lebih mendalam, tegasan yang
semakin jauh dengan PN adalah semakin besar adalah semakin besar nilainya. Oleh itu kita bolehlah melakarkan
juga satu gambarajah agihan tegasan seperti rajah di atas. Oleh itu, kita boleh menyimpulkan bahawa tegasan
lentur maksima berlaku di hujung atas atau
bawah keratan rentas rasuk. Sekiranya arah s Tegangan
daya yang dikenakan ditukarkan iaitu pada
arah atas, maka perubahan bentuk rasuk akan PN M
berubah seperti di sebelah (masam).
Perbezaannya sekarang adalah dari segi M M s Mampatan
tegasan yang timbul, di mana pada keadaan ini
tegasan tegangan timbul pada bahagian atas
PN manakala tegasan mampatan adalah
sebaliknya. Bagaimana pula dengan rasuk julur s Tegangan
apabila dikenakan dengan daya? Sekiranya daya
yang dikenakan itu adalah pada arah bawah PN M
maka perubahan bentuk yang berlaku adalah
seperti di sebelah dan ianya juga adalah sama
s Mampatan
dengan bentuk masam tadi. Oleh sebab itu, M
tegasan tegangan untuk rasuk julur ketika ini
adalah pada bahagian atas PN manakala tegasan mampatan adalah di bahagian bawah bawah PN. Seterusnya
apabila daya yang dikenakan ke atas rasuk julur adalah arah atas, maka bentuknya akan berubah kepada bentuk
senyum. Oleh sebab itu tegasan-tegasan yang timbul adalah dalam keadaan sebaliknya.
JJ310 : STRENGTH OF MATERIALS BAB 4 : BENDING STRESSES

4.2 Sentroid (c), dan Momen Luas Kedua (I)

Sebelum kajian lebih jauh dibuat dalam bahagian tegasan lentur ini, kita perlu mengetahui dua istilah penting di
dalam kejuruteraan yang akan digunapakai ketika menentukan tegasan lentur rasuk. Istilah pertama adalah
sentroid (c) yang membawa maksud ianya satu titik dimana titik itu adalah pusat satu keluasan. Ianya sama
juga dengan pusat graviti dimana pusat graviti merupakan titik graviti bertindak, maka sentroid pula titik di
mana terletaknya paksi neutral (PN). Paksi neutral adalah adalah satu paksi yang tidak akan mengalami
perubahan bentuk. Istilah kedua yang perlu diketahui adalah momen luas kedua ( I ) dan pada prinsipnya ianya
sama dengan momen inersia. Momen luas kedua adalah merupakan hasil darab luas (A) dengan jarak kuasa dua
(y2). Rajah dibawah menunjukkan titik sentroid dan momen luas kedua beberapa bentuk asas.

BENTUK ASAS SENTROID (c) MOMEN LUAS KEDUA


(i) segiempat
C h
PN
x= IPN =
y= Izz =
Z Z
b

(ii) bulatan
C PN IPN =
pada pusat bulatan
IL =
L

(iii) separuh bulatan


C
PN IPN = 0.11r4
y=
Izz =
z z

(iv) segitiga
h
PN C IPN =
y=
Izz =
z z
b

Di dalam kehidupan seharian, kita jarang menjumpai keratan rentas sesuatu rasuk itu yang menggunakan bentuk-
bentuk asas. Kebanyakannya adalah dalam bentuk yang lebih kompleks iaitu gabungan beberapa bentuk asas.
Oleh sebab itu, untuk menentukan titik sentroid dan momen luas kedua bentuk kompleks, kita boleh
menggunakan formula asas di bawah sebagai rujukan.

Sentroid kompleks, C  y =

Momen luas kedua kompleks  IT = I1 + I2 + ......+ In

Untuk mengira momen luas kedua kompleks, kita perlu mengetahui kesemua nilai momen luas kedua bentuk-
bentuk asas pada titik sentroid kompleks. Oleh sebab itu, kita perlu memindahkan momen luas kedua yang sedia
ada pada kedudukan baru. Satu teorem baru perlu dipakai iaitu Teorem paksi selari. Teorem ini memudahkan
kita untuk memindahkan momen luas kedua sesuatu bentuk.

PN C PN
 Ixx = IPN + Ad2
d

x x
4.3 Tegasan Lentur

2
JJ310 : STRENGTH OF MATERIALS BAB 4 : BENDING STRESSES

Di dalam satu sistem rasuk, penentuan lenturan yang berlaku boleh di lihat dengan menggunakan satu persamaan
asas iaitu:

= =

…di mana,
M = momen lentur pada bahagian rasuk (Nm)
P
IPN = momen luas kedua pada paksi neutral (PN) (m4)
L = tegasan lentur pada jarak y daripada PN (N/m2)
y = jarak daripada PN (m) ds
E = modulus young (N/m2)
R = jejari kelengkungan (m)
... jejari kelengkungan boleh ditentukan dengan menggunakan persamaan d
R
di bawah :
ds = R d

Dalam penentuan tegasan lentur sesuatu rasuk, teknik-teknik di bawah boleh digunakan sebagai rujukan.

i) Perubahan bentuk
Sistem rasuk akan berubah bentuk setelah dikenakan tindakan daya. mampatan
Perubahan bentuk ini akan menyebabkan tegasan yang berlaku di dalam rasuk
terbahagi kepada dua iaitu tegasan mampatan dan juga tegasan tegangan. tegangan

ii) Paksi sentroid dan Momen luas kedua


Keratan rentas rasuk perlu dikaji, untuk mengetahui di manakah terletaknya paksi
PN
sentroid keratan rentas tersebut, di mana pada paksi sentroid inilah terletaknya paksi
neutral (PN). Seterusnya, momen luas kedua PN ini perlu diketahui.

iii) Momen lentur M (kNm)


Penentuan momen lentur perlu dibuat, iaitu momen lentur di Mmax
X
bahagian yang ingin di kaji. Momen lentur ini boleh ditentukan
samada melalui analisa keratan ataupun daripada gambarajah x (m)
momen lentur (GML)

iv) Tegasan lentur


Tegasan lentur boleh ditentukan dengan menggunakan persamaan asas seperti di atas. Tegasan tegangan
dan mampatan yang wujud di dalam sesuatu rasuk tidak semestinya sama nilai, kerana ianya bergantung
kepada keratan rentas rasuk tersebut. Sekiranya keratan rentas rasuk yang tidak semetri, maka tegasan
tegangan dan mampatan adalah berlainan nilai.

tegangan =
...dan
mampatan =

4.4 Momen Lentur Maksimum

Pada kebiasannya, rekabentuk sesuatu rasuk dibuat berdasarkan kebolehan bahan untuk menampung tegasan
maksimum sistem. Tegasan yang terhasil di dalam bahan adalah berkait rapat dengan momen lentur maksimum

3
JJ310 : STRENGTH OF MATERIALS BAB 4 : BENDING STRESSES

sistem rasuk. Dalam bab sebelum ini penentuan momen lentur maksimum telah dipraktikkan dengan
menggunakan kaedah gambarajah momen lentur (GML). Di bawah ini, disertakan beberapa persamaan momen
lentur maksimum untuk pembebanan asas

SISTEM RASUK MMAX (kNm) TITIK MAKS

1. Beban tumpu di tengah rasuk disokong mudah

P kN

Mmax = Di tengah rasuk

L/2 L/2

2. Beban teragih seragam di sepanjang rasuk disokong mudah

W kN/ m
Mmax = Di tengah rasuk

3. Beban tumpu di hujung rasuk julur

P kN
Mmax = PL Di hujung rasuk

4. Beban teragih seragam di sepanjang rasuk julur

W kN/ m
Mmax = Di hujung rasuk

You might also like