You are on page 1of 4

SMKA KERIAN

TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB


LAPORAN AKTIVITI KELAB DOKTOR MUDA
2019

TAJUK ‘BASMI AEDES, CEGAH DENGGI’


TARIKH 16 FEBRUARI 2019

HARI SABTU

MASA 9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT DEWAN IBNU KHALDUN, SMKA KERIAN

PIHAK 1. PEJABAT KESIHATAN DAERAH KERIAN


TERLIBAT 2. TEAM PATROL DENGGI SK BAGAN SERAI

GURU-GURU SEMUA GURU PENASIHATKELAB DOKTOR MUDA &


TERLIBAT 26 ORANG GURU SMKA KERIAN

KEHADIRAN 495 ORANG PELAJAR YANG TERDIRI DARIPADA SEMUA


PELAJAR PELAJAR TING.1 – 4

OBJEKTIF 1. Mendedahkan kepada pelajar tentang bahaya demam denggi,


2. Mendedahkan kepada semua warga smka kerian cara
mencegah demam denggi & membasmi aedes,
3. Mewujudkan komunikasi dua hala @ jalinan kerjasama antara
pihak sekolah dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kerian.

LAPORAN 1. Majlis dimulakan tepat pada jam 9.30 pagi dengan ucapan alu-
RINGKAS aluan daripada PK HEM Smka Kerian TMUA, En.Mohd Norzalan
Bin Mohd Hassan dan diikuti dengan ceramah berkenaan Aedes &
Denggi oleh Tn.Hj Osman Bin Mohamad Zaini, Ketua
Pen.Pegawai Kesihatan Persekitaran mewakili pihak Pejabat
Kesihatan Daerah Kerian.

2. Sebaik sahaja selesai sesi ceramah, para pelajar bergerak ke


meja pameran dan tunjuk cara pencegahan Aedes dan denggi
daripada pembantu kesihatan awam yang terlibat.

3. Tepat pada jam 11.00 pagi, pasukan Patrol Denggi daripada


SK Bagan Serai hadir dan mempersembahkan persembahan
mereka termasuk satu tayangan video kempen cegah denggi yang
telah berjaya menobatkan mereka sebagai Johan Kebangsaan
pada tahun 2018.
4. Majlis tamat pada jam 12.00 tengah hari. Setelah tamat majlis
menyampaikan cenderahati, semua tetamu dibwa ke Dewan
Makan untuk jamuan makan tengah hari.

PENILAIAN i) Kekuatan program :


- Kerjasama berpasukan yang utuh antara ahli jawatankuasa
Kesihatan HEM & Kelab Doktor Muda Smka Kerian.
- Hubungan baik antara pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kerian
& Sk Bagan Serai dengan Kelab Doktor Muda Smka Kerian.
- Kerjasama guru-guru dan para pelajar Smka Kerian dalam
menjayakan aktiviti ini.

ii) Kelemahan program:


- Terdapat sedikit aspek teknikal semasa majlis berlangsung.
‘Mikrofon’ tidak berfungsi sebentar semasa sesi ceramah.

iii) Cadangan penambahbaikan :


- Menggantikan mikrofon & ‘pa system’ sekolah untuk
kelancaran majlis yang akan datang.

DOKUMENTAS -PADA LAMPIRAN-


I BERGAMBAR

Disediakan oleh, Tarikh : 18 FEBRUARI 2019

…………………………..
(MARZEHA BT ZAMZURI)
Guru Penyelaras,
Unit Kesihatan,
Smka Kerian TMUA

LAPORAN BERGAMBAR SEMASA PROGRAM BERLANGSUNG :


Bacaan doa oleh Dr.Muda Mohd Akif Slide ceramah oleh Tn.Hj Osman.
Afnan, 4 Haytham.

Ceramah oleh Tn.Hj Osman Bin Mohamad Zaini, Ketua


Pen.Pegawai Kesihatan Persekitaran, PKD Kerian.
Ruang pameran & tunjukcara pembasmian Aedes.

You might also like