You are on page 1of 3

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.

Bincangkan

peranan bahasa kebangsaan sebagai medium kesepaduan rakyat Malaysia.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Melayu dalam sejarahnya telah menjadi

bahasa antarabangsa yang amat luas digunakan di rantau Asia Tenggara, iaitu sejak

zaman Empayar Srivijaya sekitar abad ke-7 M sehingga ke abad ke-19 M. 1 Bahasa

merupakan salah satu alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan

manusia itu sendiri. Melalui bahasa, manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan

berkomunikasi sesama mereka.2 Bahasa boleh dikuasai secara semula jadi atau

dipelajari secara formal atau tidak formal. Secara formal yang dimaksudkan ialah ilmu

yang diperoleh di tempat-tempat menuntut ilmu seperti sekolah dan universiti. Secara

tidak formal pula merujuk kepada ajaran yang diberi ketika dirumah, samada secara

spontan ataupun dirancang. Bahasa Melayu pula merupakan Bahasa yang dituturkan

oleh rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian sejak dahulu lagi daripada satu

generasi ke satu generasi. Kebiasaannya, penutur asal Bahasa melayu ini mempunyai

ciri fizikal yang sama, iaitu bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama iaitu tinggi

yang sederhana, rambut yang berwarna hitam kecoklatan dan berkulit sawo matang. 3

1
Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad, Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi di Rantau Ini : UPM Serdang, 2014, hlm
4.
2

3
Nurul Hardeah Ahmad Sukiman, Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia, Shah Alam: Terbitan Sinar Harian,
2019.
1.2 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Asal usul bahasa melayu masih tidak dapat dijelaskan dengan tepat oleh ahli

bahasa memandangkan banyak pendapat yang berbeza mengenai asal usul bahasa

melayu. Salah satu pendapatnya ialah perkataan ‘Melayu’ dikatakan berasal daripada

perkataan “Mo-Lo-Yue” yang timbul dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645

Masihi. Tulisan ini telah menyebut tentang orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan

utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada Raja Cina.

Kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan asal usulnya namun ada yang

mencatatkan bahawa kerajaan ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu dan di

Jambi, Sumatera. Ada juga pendapat lain bahawa perkataan Melayu berasal daripada

perkataan ‘Malaya’ yang diambil daripada perkataan ‘Himalaya’.4 Dalam kitab Hindu

Purba yang berjudul ‘Purana’ pula menerangkan tentang perkataan Malaya dvipa

yang merujuk kepada beberapa buah gunung di Semenanjung Tanah Melayu. Di

samping itu, dalam bahasa Jawa pula, perkataan Melayu berasal daripada perkataan

‘Mlayu’ yang bermaksud pengembara. Banyak juga bukti-bukti batu bersurat yang

lain yang menunjukkan dari mana asalnya perkataan Melayu seperti Batu bersurat di

Champa. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga

tahap utama iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu

Moden.

4
Ermasani, Asal Usul Bahasa Melayu : Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Said, 2015.
1.3 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa Melayu telah diteraskan sebagai Bahasa kebangsaan dan

Bahasa rasmi di Malaysia.5 Berdasarkan perkara 152 di bawah Perlembagaan

Persekutuan menerangkan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa

Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikaikan fungsinya dan

peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Selain itu, martabat bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi juga dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Akta Bahasa

Kebangsaan 1967 adalah satu akta yang membincangkan berkenaan penggunaan

Bahasa Melayu dalam hal-hal yang rasmi.6 Antara hal-hal rasmi yang dimaksudkan

ialah seperti di dalam mahkamah, perbincangan majlis Raja-raja dan sebagainya.

Walaupun Bahasa melayu dijadikan sebagai Bahasa rasmi di Malaysia, masyarakat

Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum bebas menggunakan Bahasa ibunda

masing-masing seperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, dan Bahasa Sabah. Bahasa

Inggeris juga boleh digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain

terutamanya di dalam sektor perdagangan dan perindustrian negara. Bahasa Melayu

amat penting dalam semua aspek kehidupan bermasyarakat terutamanya di

Malaysia.

5
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus & Sharifah Darmia binti Sharif Adam, Akta Bahasa Kebangsaan 1967: Isu,
Reaksi dan Cabaran : SEJARAH: Journal of the Department of History, 2008, hlm 129.
6
Amirul Che Hasan, Akta Kebangsaan 1967 dan juga Perkara 152 Perlembagaan Malaysia : Universiti Malaya,
2016,

You might also like