You are on page 1of 1

(alamat pengirim)

Majlis Perbandaran Kajang,


Menara MPKJ, Kajang,
Selangor Darul Ehsan. 27 Disember 2011

Tuan/Puan,

Rayuan Untuk Mengurangkan Kompaun

Saya (nama pengirim) ingin meminta jasa baik tuan/puan untuk mengurangkan kompaun yang
akan dikenakan terhadap kesalahan yang telah saya lakukan.

2. Ini kerana kontraktor yang telah mengubahsuai rumah saya telah berjanji akan
mendapatkan kelulusan dari pihak tuan/puan sebelum memulakan kerja-kerja pengubahsuaian.
Saya telah pun membayar kepada kontraktor tersebut lebih kurang RM 4000.00 untuk
kelulusan tersebut.

3. Saya mengaku bersalah kerana tidak mendapatkan surat kelulusan daripada kontraktor
tersebut. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya terlupa langsung tentang surat tersebut setelah
rumah saya siap diubahsuai.

4. Saya terkejut apabila menerima surat kompaun daripada pihak tuan/puan setelah 5 tahun
pengubahsuaian dilakukan. Saya cuba menghubungi kontraktor tetapi nombor kontraktor
tersebut tiada dalam perkhidmatan.

5. Saya memohon jasa baik daripada pihak tuan/puan agar rayuan saya mendapat
pertimbangan yang sewajarnya.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Yang benar,

You might also like