You are on page 1of 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/337656863

AMALAN PROFESIONALISME GURU SEKOLAH RENDAH DI SEMENANJUNG


MALAYSIA

Conference Paper · November 2019

CITATIONS READS

0 40,856

2 authors, including:

Mohd Aizat Abu Hassan


Batu Muda Primary School
15 PUBLICATIONS   8 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

TUX PAINT View project

All content following this page was uploaded by Mohd Aizat Abu Hassan on 01 December 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


APC40
AMALAN PROFESIONALISME GURU SEKOLAH RENDAH DI
SEMENANJUNG MALAYSIA

Mohd Aizat Abu Hassan


SK Batu Muda, Kuala Lumpur
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Malaysia

Kamarudin Musa
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Malaysia

ABSTRACT
This study aimed to identify the level of practice of teacher professionalism (TP) based on the standard of teacher
professionalism, knowledge and understanding as well as teaching and learning skills in primary schools in peninsular
Malaysia. The study respondents consisted of 384 randomly selected school teachers. To obtain information, questionnaires
were used to obtain information from teachers in Peninsular Malaysia. The findings of the study as a whole show that the
level of practice of teacher professionalism is high. This finding can help relevant parties to ensure high levels of teacher
professionalism.

KEYWORD
Practice of professionalism, primary school teachers, peninsular Malaysia, Malaysian Teacher Standards, teacher
professionalization.

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap amalan profesionalisme guru (APG) berdasarkan standard
nilai profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah
di semenanjung Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 384 orang guru sekolah yang telah dipilih secara rawak. Bagi
menjalankan kajian, borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada guru-guru di Semenanjung
Malaysia. Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati tahap amalan profesionalisme guru berapa pada tahap tinggi.
Dapatan ini dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan untuk memastikan tahap amalan profesionalisme guru sentiasa
berapa pada tahap tinggi.

KATA KUNCI
Amalan profesionalisme, guru sekolah rendah, semenanjung Malaysia, Standard Guru Malaysia, profesionalisasi guru.

1. PENGENALAN
Perkembangan di zaman globalisasi yang sangat pesat dan dinamik menyebabkan tuntutan peningkatan mutu
pendidikan di Malaysia. Pendidikan adalah sektor yang sangat penting dalam menentukan keberlangsungan
kualiti masyarakat Malaysia. Oleh itu, peranan sekolah bukan sahaja berkisar mengenai memajukan aspek
kognitif murid-murid, tetapi juga berperanan penting sebagai agensi untuk melahirkan murid-murid yang
seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Perubahan tugas yang dinamik dan mendadak
menuntut guru-guru bagi mempersiapkan diri dengan lebih utuh bagi menjadi agen kepada perubahan sistem
pendidikan di Malaysia. Guru merupakan suri tauladan dalam memastikan kemenjadian murid-murid di

182
sekolah terutamanya di peringkat awal di sekolah rendah. Untuk memastikan guru-guru berkualiti dan berkesan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah melalui peningkatan profesionalisme guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai tunjang kepada sistem pendidikan di Malaysia telah menggariskan sebuah
piawaian atau standard iaitu Standard Guru Malaysia (SGM) pada tahun 2009 melalui Bahagian Pendidikan
Guru (BPG).

Ini selaras dengan cita-cita Malaysia terhadap pembangunan modal insan kelas pertama dengan bina upaya
merupakan pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju (SGM, 2009). Kebanyakan apa yang
berlaku pada dasar dan kajian dalam pendidikan di Malaysia mempunyai kesan mendalam terhadap amalan
pendidikan dan lebih-lebih lagi pada kedudukan guru. Dasar pendidikan di Malaysia bergerak selari dengan
perubahan pendidikan di seluruh dunia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PPPM
2013-2025 menjadi rujukan dan panduan kepada pendidikan di Malaysia, PPPM menjadikan budaya
kecemerlangan merupakan aspek yang perlu dicapai oleh kesemua sekolah di Malaysia (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2012). Oleh itu antara kaedah untuk memastikan budaya kecemerlangan ini berkembang
ialah peningkatan profesionalisme dalam kalangan guru, profesionalisasi guru dikaitkan secara langsung
dengan proses perubahan pekerjaan untuk profesion, dan kualiti, autonomi dan status pekerjaan (Sockett,
1993).

2. PERNYATAAN MASALAH
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan langkah Malaysia dalam membuat
transformasi pendidikan yang melibatkan perubahan secara besar-besaran yang memerlukan guru-guru untuk
menjadi agen yang membantu peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia. Guru-guru merupakan salah satu
faktor utama yang membantu proses perubahan yang sedang berlaku kini, namun jika kualiti dan
profesionalisme guru berada pada tahap yang rendah akan membantutkan serta melambatkan perubahan. Ini
kerana pendidikan sentiasa berada dalam persekitaran dinamik yang sentiasa mengalami perubahan namun
tahap amalan profesionalisme guru (APG) tetap menjadi tanda tanya. Namun terdapat jurang yang masih boleh
dipenuhi iaitu kajian masih kurang dijalankan terutamanya di peringkat sekolah rendah di Semenanjung
Malaysia.

3. TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap amalan profesionalisme guru sekolah rendah
di semenanjung Malaysia berdasarkan Standard Guru Malaysia yang mempunyai tiga standard iaitu standard
1 - amalan nilai profesionalisme keguruan, standard 2 - pengetahuan dan kefahaman dan standard 3 -kemahiran
pengajaran dan pembelajaran.

4. OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap amalan profesionalisme guru sekolah rendah di semenanjung Malaysia.
2. Mengenal pasti tahap amalan profesionalisme guru (APG) berdasarkan standard nilai
profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran di
sekolah rendah di semenanjung Malaysia.

5. SOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap amalan profesionalisme guru sekolah rendah di semenanjung Malaysia?

183
2. Apakah tahap amalan profesionalisme guru (APG) berdasarkan standard nilai profesionalisme guru,
pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah di
Semenanjung Malaysia?

6. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN


Kerangka konseptual kajian ini dibina berdasarkan model Standard Guru Malaysia (Bahagian Pendidikan
Guru, 2009). Standard Guru Malaysia (SGM) merupakan panduan yang disediakan untuk mencapai
kompetensi profesional yang perlu dicapai oleh seorang guru. Model SGM merupakan sebuah standard yang
dibangunkan mencakupi pelbagai aspek yang perlu dicapai oleh seorang guru yang berkualiti.

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian

Nilai Profesionalisme Guru

Pengetahuan dan Kefahaman Amalan Profesionalisme Guru

Kemahiran PdP

7. TINJAUAN LITERATUR

7.1 Profesionalisme guru


Kefahaman definisi profesionalisme guru sangat penting untuk kajian ini. Walau bagaimanapun, definisi
profesionalisme guru adalah istilah yang sering dipertikaikan kerana tiada definisi istilah yang jelas. Konsensus
mengenai makna profesionalisme guru tidak dicapai secara sepakat oleh kesatuan guru, pihak berkuasa yang
berkaitan atau ahli akademik (Bloomfield, 2006; Sachs, 2003). Briztman (2003) menggambarkan definisi
profesionalisme guru sebagai "suara-suara perjuangan dan amalan diskursif di tengah-tengah kekacauan suara
masa lalu dan sekarang, pengalaman hidup dan amalan yang ada”. Untuk mendapatkan definisi yang tepat
adalah penting bagi mempertimbangkan pelbagai aspek yang berbeza.

Profesionalisme adalah pemikiran atau sikap seseorang yang mencerminkan kecekapan, pengetahuan dan
aspek profesional (Brock, 2011). Persepsi yang paling sering dikaitkan dengan "profesionalisme" ialah
"tingkah laku profesional". Pakar-pakar turut mendefinisikan profesionalisme sebagai satu set tingkah laku
atau keperluan penampilan seperti pakaian yang sesuai, kemahiran, pengetahuan dan rangkaian rakan.
Perbezaan definisi ini tidak mengejutkan kerana "guru sering melihat profesionalisme sebagai konsep samar
tanpa dasar kognitif." (Steinert, Cruess, Cruess, & Snell, 2005).

Profesionalisme guru merupakan sebuah bidang kajian yang berkaitan dengan standard atau piawaian dalam
pengajaran ke arah yang lebih baik dan dalam banyak kajian dan tinjauan literatur menunjukkan terdapat
hubungan langsung antara 'budaya profesional' dan 'profesionalisme'. Untuk memahami profesionalisme guru,
ia merupakan perkara yang melebihi daripada budaya iaitu seperti berkongsi idea, kefahaman tugas mengajar
dan kesedaran yang mendalam mengenai norma-norma profesionalisme di dalam tugas. Terdapat banyak
definisi yang berkaitan dengan istilah 'profesional' dalam bidang pendidikan termasuk menjadi profesional,
memiliki atau menunjukkan budaya profesionalisme, tenaga kerja profesional, dan terlibat dalam
pembangunan profesional. (Evans, 2008; Dalli & Urban, 2013).

Laporan 2016 tentang profesionalisme guru oleh “Organization for Economic Cooperation and Development”
(OECD) yang menggunakan “2013 Teaching and Learning International Survey” (TALIS), menonjolkan

184
profesionalisme guru sebagai "pengetahuan, kemahiran, dan amalan yang mesti ada untuk menjadi guru yang
berkesan (OECD, 2016) ". Profesionalisme guru mempunyai tiga domain iaitu asas pengetahuan, autonomi,
dan rangkaian rakan sekerja. Asas pengetahuan merangkumi kedua-dua kandungan dan pengetahuan pedagogi
dan boleh digambarkan sebagai terdiri daripada pengetahuan tentang subjek dan pengetahuan murid-murid.

7.2 Standard Guru Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut berusaha melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan
mereka yang berkualiti mampu melahirkan murid-murid yang terbaik . Antaranya ialah dengan merangka satu
standard yang akan dijadikan penanda aras oleh guru-guru bagi memastikan menepati standard yang telah
ditetapkan. Standard Guru Malaysia (SGM) telah digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard-
standard yang sedia ada dalam sistem pendidikan Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara
maju (Bahagian Pendidikan Guru, 2009). Standard Guru Malaysia bertujuan untuk memastikan guru
menguasai dan mengamalkan nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berkualiti dan
profesional.

Standard Guru Malaysia (SGM) (Bahagian Pendidikan Guru, 2009) telah dibangunkan lebih awal daripada
laporan OECD pada 2016. SGM mempunyai tiga standard yang dinamakan sebagai amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. SGM
adalah standard yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggariskan apa yang guru
seharusnya tahu dan patut dapat lakukan dan dengan itu dapat dilihat sebagai profesionalisme guru yang
menunjukkan sebagai entiti yang beroperasi (Evans, 2008).

Jadual 1: Matriks Kandungan Standard Guru Malaysia

Standard Domain / Bidang / Kemahiran


Amalan Nilai Domain Diri
Profesionalisme Keguruan Domain Profesion
Domain Sosial
Pengetahuan dan Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan.
Kefahaman Hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan
pembelajaran.
Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
Kandungan Ilmu Pendidikan.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi pembelajaran yang kondusif.
Kaedah pentaksiran dan penilaian.
Potensi murid.
Kemahiran Pengajaran dan Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran
Pembelajaran dan pembelajaran.
Kemahiran melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran.
Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran mengurus bilik darjah.

SGM digubal bagi tujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta
mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai. SGM akan dapat mengenal pasti dasar dan
strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambah baik sejajar dengan perkembangan dan cabaran
semasa dunia pendidikan (Bahagian Pendidikan Guru, 2009)

185
Berdasarkan jadual 1, SGM telah meliputi semua aspek bagi memastikan guru-guru di Malaysia mempunyai
panduan dan standard yang perlu dicapai. Oleh itu, model SGM merupakan indikator yang sesuai dalam
memastikan profesionalisme guru di Malaysia.

8. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Penyelidikan kuantitatif merupakan analisis statistik yang
mengukur atau mengira maklum balas, dan secara statistik bagi menerangkan masalah kajian berkaitan
hubungan, penyebab, kesan dan mendapat data min yang tepat tentang responden dan hasil dapatan boleh
digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi (Ary, Jacobs, Razavieh, & Sorensen, 2010: Cresswell, 2009;
Nardi, 2018). Menurut Ary dan rakan-rakan (2010) kajian kuantitatif mempunyai sorotan penulisan,
pembangunan instrumen, pengumpulan data, analisis data dan kesimpulan. Kajian ini menggunakan soal
selidik untuk mengumpul data, soal selidik amat sesuai untuk responden yang boleh membaca, untuk mengukur
sikap dan pendapat orang, dan untuk mendapatkan bilangan yang sangat besar responden terlalu sukar dan
memakan masa untuk melihat dengan kaedah kualitatif (Nardi, 2018). Bagi menjalankan kajian, borang soal
selidik dihasilkan melalui adaptasi kajian terdahulu iaitu daripada kajian Jamil, Nurul Syahada, Hasyamuddin,
Azman, Mohd Bekri dan Mohd Faizal Amin (2018). Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian,
bahagian A merupakan bahagian profil responden iaitu jantina, tahap pendidikan dan bilangan tahun
berkhidmat. Bahagian B merupakan bahagian tahap amalan profesionalisme guru (APG) yang terbahagi
kepada tiga standard iaitu nilai profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran
dan pembelajaran. Populasi merupakan sekumpulan yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang mana sampel
dipilih secara rawak dari kalangannya manakala sampel pula ialah sebilangan kecil yang dipilih secara
pensampelan mudah daripada populasi tersebut (Shuster, 1992).

Populasi kajian ini adalah guru-guru sekolah rendah di Semenanjung Malaysia yang berkhidmat dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui maklumat yang diperolehi jumlah keseluruhan guru
sekolah rendah di Semenanjung Malaysia adalah seramai 178, 498 guru. Bilangan responden untuk populasi
di antara 75,000 hingga 1,000,000 guru ialah di antara 382 hingga 384 (Krejcie & Morgan, 1970). Dalam kajian
ini sampel dipilih seramai 384 guru di Semenanjung Malaysia. Data yang di peroleh di analisis dengan
menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS). SPSS digunakan bagi
menganalisis data diskriptif iaitu profil responden dan data dapatan iaitu min, sisihan piawai, peratus.

Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan untuk menginterpretasi tahap Amalan
Profesionalisme Guru (APG). Tahap amalan profesionalisme guru ini dinilai berdasarkan standard nilai
profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Bagi
menjawab persoalan kajian pertama dan kedua iaitu tahap amalan profesionalisme guru sekolah rendah di
semenanjung Malaysia dan tahap amalan profesionalisme guru (APG) berdasarkan standard nilai
profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran di sekolah
rendah di semenanjung Malaysia akan dianalisis dan di interpretasikan dalam bahagian ini. Untuk menjawab
persoalan kajian tersebut, skala skor min seperti Jadual 1 digunakan.

Jadual 1: Skala skor min dan interpretasi

Skor Min Interpretasi


1.00 – 2.50 Rendah
2.51 – 4.50 Sederhana
4.51 – 6.00 Tinggi

186
9. DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini memaparkan hasil analisis data kajian yang meliputi profil responden serta dapatan kajian
berdasarkan persoalan-persoalan kajian iaitu tahap amalan profesionalisme guru (APG) sekolah rendah di
semenanjung Malaysia.

9.1 Responden
Populasi kajian ini melibatkan guru-guru sekolah rendah di Semenanjung Malaysia yang berkhidmat untuk
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu seramai 178, 498 guru. Soal selidik diedarkan menerusi laman
sosial, emel dan aplikasi berbual. Bilangan responden iaitu yang menjawab soal selidik ialah seramai 384 orang
guru-guru di semenanjung Malaysia. Seramai 20.1 % daripadanya adalah guru lelaki (77 orang) dan bakinya
ialah 79.9 % (307 orang) adalah guru perempuan. Responden yang mempunyai diploma ialah 7.0% (27 orang),
69.3% (266 orang) mempunyai ijazah sarjana muda, 22.7 % (87 orang) mempunyai ijazah sarjana dan 1 % (4
orang) mempunyai ijazah kedoktoran. Responden yang mempunyai tempoh perkhidmatan di antara 0 hingga
5 tahun ialah 15.9 % (61 orang), 6 hingga 10 tahun ialah 21.4 % (82 orang) dan 62.8 % (241 orang) mempunyai
pengalaman melebihi 10 tahun.

9.2 Tahap Amalan Profesionalisme Guru


Analisis deskriptif dari jadual 1 akan mengenal pasti tahap amalan profesionalisme guru sekolah rendah di
Semenanjung Malaysia. Ini bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu apakah tahap amalan
profesionalisme guru sekolah rendah di semenanjung Malaysia?

Jadual 2: Skor min dan sisihan piawai APG

Item Min SP
Menerapkan unsur kerohanian dalam PdPc. 5.38 0.80
Menghubung jalinkan pengajaran dengan aktiviti murid. 5.34 0.73
Menegaskan kawalan disiplin semasa PdPc. 5.49 0.69
Bersedia menerima tanggungjawab. 5.40 0.72
Kompeten dalam aspek penilaian murid. 5.23 0.76
Kompeten dalam aspek penilaian sekolah. 5.10 0.81
Kompeten dalam aspek perkembangan insaniah. 5.34 0.76
Menerapkan nilai keyakinan kepada Tuhan dalam PdPc. 5.54 0.72
Membentuk generasi yang kompeten. 5.53 0.66
Menerapkan elemen kepimpinan dalam proses PdPc. 5.34 0.72
Sukatan mata pelajaran yang akan diajar dengan baik. 5.35 0.69
Kaedah PdPc yang sesuai dengan mata pelajaran diajar. 5.23 0.74
Menguruskan kelas menggunakan kaedah yang sesuai. 5.26 0.73
Aplikasi teknologi dalam PdPc mata pelajaran diajar. 4.83 0.91
Maklumat terkini tentang mata pelajaran diajar. 5.22 0.74
Matlamat Falsafah Pendidikan Negara. 5.13 0.86
Sistem pentaksiran dalam mata pelajaran diajar. 5.03 0.88
Sistem penilaian dalam mata pelajaran diajar. 5.06 0.83
Media yang sesuai dengan mata pelajaran diajar. 5.08 0.76
Hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. 5.14 0.77
Merancang PdPc mata pelajaran yang diajar. 5.40 0.70
Mengajar mata pelajaran opsyen. 5.30 0.78
Mempelbagaikan kaedah PdPc untuk menarik minat murid. 5.35 0.71

187
Mempelbagaikan bahan bantu mengajar dalam PdPc. 5.27 0.80
Meningkatkan tahap kemahiran murid dalam tugasan amali. 5.21 0.78
Menekankan aktiviti pengajaran yang berpusatkan murid. 5.17 0.81
Menguruskan kelas menggunakan teknologi yang sesuai. 4.96 0.88
Menilai hasil kerja murid berdasarkan latihan bertulis. 5.24 0.73
Menerapkan kemahiran berfikir melalui PdPc yang diajar. 5.24 0.75
Mentaksir tahap penguasaan murid. 5.17 0.76
Tahap Amalan Profesionalisme Guru 5.24 0.77

Berdasarkan jadual 2, nilai min yang paling tinggi ialah pada item “Menerapkan nilai keyakinan kepada Tuhan
dalam PdPc” (M=5.54, SP=0.72). Manakala nilai min paling rendah ialah pada item “Aplikasi teknologi dalam
PdPc mata pelajaran diajar.” (M= 4.83, SP= 0.91). Secara keseluruhannya Tahap Amalan Profesionalisme
Guru adalah pada tahap tinggi (M=5.24, SP=0.77).

9.3 Tahap Amalan Profesionalisme Guru Berdasarkan Standard


Analisis deskriptif dari jadual 3,4 dan 5 akan mengenal pasti tahap amalan profesionalisme guru berdasarkan
standard nilai profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran. Ini bagi menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu apakah tahap amalan profesionalisme guru
(APG) berdasarkan standard nilai profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah di semenanjung Malaysia?

Jadual 3: Skor min dan sisihan piawai APG standard nilai profesionalisme

Item Min SP
Menerapkan unsur kerohanian dalam PdPc. 5.38 0.80
Menghubung jalinkan pengajaran dengan aktiviti murid. 5.34 0.73
Menegaskan kawalan disiplin semasa PdPc. 5.49 0.69
Bersedia menerima tanggungjawab. 5.40 0.72
Kompeten dalam aspek penilaian murid. 5.23 0.76
Kompeten dalam aspek penilaian sekolah. 5.10 0.81
Kompeten dalam aspek perkembangan insaniah. 5.34 0.76
Menerapkan nilai keyakinan kepada Tuhan dalam PdPc. 5.54 0.72
Membentuk generasi yang kompeten. 5.53 0.66
Menerapkan elemen kepimpinan dalam proses PdPc. 5.34 0.72
Tahap APG (nilai profesionalisme) 5.37 0.74

Merujuk kepada jadual 3, secara keseluruhannya tahap amalan profesionalisme guru berdasarkan standard nilai
profesionalisme adalah pada tahap tinggi (M=5.37, SP=0.74). Nilai min yang paling tinggi ialah pada item
“Menerapkan nilai keyakinan kepada Tuhan dalam PdPc” (M=5.54, SP=0.72). Manakala nilai min paling
rendah ialah pada item “Kompeten dalam aspek penilaian sekolah” (M=5.1, SP=0.81).

Jadual 4: Skor min dan sisihan piawai APG standard pengetahuan dan kefahaman

Item Min SP
Sukatan mata pelajaran yang akan diajar dengan baik. 5.35 0.69
Kaedah PdPc yang sesuai dengan mata pelajaran diajar. 5.23 0.74
Menguruskan kelas menggunakan kaedah yang sesuai. 5.26 0.73
Aplikasi teknologi dalam PdPc mata pelajaran diajar. 4.83 0.91
Maklumat terkini tentang mata pelajaran diajar. 5.22 0.74
Matlamat Falsafah Pendidikan Negara. 5.13 0.86

188
Sistem pentaksiran dalam mata pelajaran diajar. 5.03 0.88
Sistem penilaian dalam mata pelajaran diajar. 5.06 0.83
Media yang sesuai dengan mata pelajaran diajar. 5.08 0.76
Hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. 5.14 0.77
Tahap APG (pengetahuan dan kefahaman) 5.13 0.79

Merujuk kepada jadual 4, secara keseluruhannya tahap amalan profesionalisme guru berdasarkan standard
pengetahuan dan kefahaman adalah pada tahap tinggi (M=5.13, SP=0.79). Nilai min yang paling tinggi ialah
pada item “Sukatan mata pelajaran yang akan diajar dengan baik” (M=5.35, SP=0.69). Manakala nilai min
paling rendah ialah pada item “Aplikasi teknologi dalam PdPc mata pelajaran diajar” (M=4.83, SP=0.91).

Jadual 5: Skor min dan sisihan piawai standard APG kemahiran pengajaran dan pembelajaran

Item Min SP
Merancang PdPc mata pelajaran yang diajar. 5.40 0.70
Mengajar mata pelajaran opsyen. 5.30 0.78
Mempelbagaikan kaedah PdPc untuk menarik minat murid. 5.35 0.71
Mempelbagaikan bahan bantu mengajar dalam PdPc. 5.27 0.80
Meningkatkan tahap kemahiran murid dalam tugasan amali. 5.21 0.78
Menekankan aktiviti pengajaran yang berpusatkan murid. 5.17 0.81
Menguruskan kelas menggunakan teknologi yang sesuai. 4.96 0.88
Menilai hasil kerja murid berdasarkan latihan bertulis. 5.24 0.73
Menerapkan kemahiran berfikir melalui PdPc yang diajar. 5.24 0.75
Mentaksir tahap penguasaan murid. 5.17 0.76
Tahap APG (kemahiran pengajaran dan pembelajaran) 5.23 0.77

Merujuk kepada jadual 5, secara keseluruhannya tahap amalan profesionalisme guru berdasarkan standard
kemahiran pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi (M=5.23, SP=0.77). Nilai min yang paling
tinggi ialah pada item “Merancang PdPc mata pelajaran yang diajar” (M=5.4, SP=0.7). Manakala nilai min
paling rendah ialah pada item “Menguruskan kelas menggunakan teknologi yang sesuai.” (M=4.96, SP=0.88).

10. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


Setelah analisis data, kesimpulan dan cadangan dibuat, tuntasnya keperluan pengetahuan dan amalan SGM
dalam kalangan guru adalah sangat penting dan kritikal. Ini kerana guru-guru akan lebih profesional,
berpengetahuan serta mahir dalam melaksanakan proses pengajaran dan pemudah cara (PdPc). Model SGM
yang telah dibina oleh KPM ini menjadi standard kepada guru-guru di sekolah rendah untuk meningkatkan
profesionalisme dan memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran kepada pencapaian murid-murid. Oleh
itu, guru-guru perlu bertanggungjawab dalam mempertingkatkan serta memperkemaskan semua aspek di
dalam SGM melalui pelbagai cara sama ada yang disediakan oleh pihak sekolah, KPM atau melalui usaha
sendiri. Berdasarkan dapatan kajian, guru-guru perlu memperbaiki kemahiran dan pengetahuan dalam
teknologi maklumat dan komunikasi, ini kerana sumber pengetahuan dan maklumat berkaitan pendidikan
mudah di dapati secara atas talian.

Peningkatan profesionalisme guru di sekolah rendah memerlukan proses dan masa. Walaupun dapatan kajian
menunjukkan guru-guru mempunyai amalan profesionalisme yang tinggi, guru-guru perlu kekal dinamik bagi
memastikan mereka kekal profesional. Ini dapat dilaksanakan dengan mengekalkan ketiga-tiga standard yang
telah ditetapkan dalam SGM iaitu nilai profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru besar, barisan penolong kanan dan ketua panitia harus sentiasa
melaksanakan intervensi di dalam sekolah mereka bagi mengatasi sebarang masalah yang boleh menyebabkan
tahap profesionalisme guru terganggu. Diharapkan kajian ini dapat menyediakan maklumat dan rujukan kepada
pihak-pihak yang berkepentingan.

189
RUJUKAN
Ary, D., Jacobs. L. C., & Sorensen, C. (2010). Introduction to Research in Education (8th ed). California: Wadsworth.
Bahagian Pendidikan Guru (2009). Standard Guru Malaysia. Putrajaya.
Bloomfield, D. (2006). A New Discourse for Teacher Professionalism: Ramsey, Standards and Accountability. AARE
Annual Conference. Adelaide 2006.
Britzman, D. P. (2003). Practice makes practice: A critical study of learning to teach. Albany, NY: States University of
New York.
Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches (3rd ed.). Thousand
Oaks, CA: Sage Publications.
Dalli, C., & Urban, M. (2013). Introduction In C. Dalli & M. Urban (Eds.), Professionalism in Early Childhood education
and care: International Perspectives (pp. 1-4). London UK: Taylor & Francis.
Evans, L. (2008). Professionals, professionality and the development of education professionals. British Journal of
Educational Studies, 56(1), 20-38
Jamil Abd Baser, Nurul Syahada Mohd Suhaimi, Hasyamuddin Othman, Azman Hasan, Mohd Bekri Rahim & Mohd Faizal
Amin Nur Yunus. (2018). Standard guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi. Online
Journal for TVET Practitioners (Volume 2, No. 2, 2017, Pages 76 to 90)
Jamil Abd Baser, Nurul Syahada Mohd Suhaimi, Hasyamuddin Othman, Azman Hasan, Mohd Bekri Rahim, Mohd Faizal
Amin Nur Yunus. (2018). Standard guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi: Online
Journal for TVET Practitioners 2(2), 76-90
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Putrajaya.
Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities Robert. Educational and
Psychological Measurement, 38(1), 607–610. http://doi.org/10.1177/001316447003000308
Nardi, Peter. M. (2018). Doing Survey Research: a guide to quantitative methods. Oxfordshire: Routledge.
OECD (2016), Education at a Glance 2016: OECD Indicators, OECD Publishing, Paris. http://dx.doi.org/10.187/eag-
2016-en
Sachs, J. (2003) The activist teaching profession. Buckingham: Open University Press.
Sockett, H. (1993) The Moral Base for Teacher Professionalism. New York: Teachers College Press.
Steinert, Y., Cruess, S., Cruess, R., & Snell, L. (2005). Faculty development for teaching and evaluating professionalism:
From programme design to curriculum change. Medical Education,39(2), 127-136. doi:10.1111/j.1365-
2929.2004.02069.x

190

View publication stats

You might also like