You are on page 1of 8

MENULIS

PERENGGAN

ISI
Aspek Menulis : Karangan Panjang
(KERTAS 2 - BAHAGIAN B)
Tips Menulis Perenggan Isi

1. Contoh Ayat Topik (Idea)


•Tajuk karangan : Langkah-langkah mencegah jenayah buli di sekolah

•Ayat topik : Pelbagai langkah boleh diambil untuk mencegah jenayah buli di sekolah

antaranya ialah menguatkuasakan peraturan di sekolah berkaitan jenayah buli.

•Contoh ayat topik:


: Salah satu langkah untuk mencegah jenayah buli ialah …
: Pelbagai langkah boleh diambil untuk mencegah jenayah buli antaranya ialah …
: Terdapat beberapa langkah untuk mencegah jenayah buli antaranya ialah …
2. Contoh Ayat Huraian (Mengapa?)
•Tajuk karangan : Langkah-langkah mencegah jenayah buli di sekolah

•Ayat huraian (Mengapa?) : Penguatkuasaan peraturan berkenaan jenayah buli perlu

dititikberatkan kerana jenayah buli semakin berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah.

•Contoh ayat huraian (mengapa?) :


: Hal ini demikian kerana …
: Perkara ini wujud kerana …
: Hal ini terjadi disebabkan oleh …
3. Contoh Ayat Huraian (Bagaimana?)
•Tajuk karangan : Langkah-langkah mencegah jenayah buli di sekolah

•Ayat huraian (Bagaimana?) : Justeru, semua guru dan badan kepimpinan sekolah

perlu berganding bahu memantau perilaku pelajar semasa mereka melakukan aktiviti

pembelajaran mahupun aktiviti kokurikulum di sekolah.

•Contoh ayat huraian (bagaimana?) :


:Tambahan pula …
: Maka, …
: Justeru, …
: Oleh itu, …
4. Contoh Ayat Contoh
•Tajuk karangan : Langkah-langkah mencegah jenayah buli di sekolah

•Ayat contoh: Misalnya, apabila waktu rehat berlangsung setiap pengawas perlu

ditugaskan untuk mengawasi perilaku pelajar agar masalah buli dapat dicegah

lebih awal.

•Contoh ayat contoh :


: Misalnya, …
: Buktinya, …
: Contohnya, …
: Contoh yang jelas ialah …
5. Contoh Ayat Penegas / Rumusan Isi
•Tajuk karangan : Langkah-langkah mencegah jenayah buli di sekolah

•Ayat penegas/ rumusan isi : Sudah terang lagi bersuluh bahawa penguatkuasaan

peraturan di sekolah berupaya mencegah jenayah buli dengan penglibatan aktif

daripada semua pihak.

•Contoh ayat penegas/ rumusan isi:


: Jelaslah bahawa …
: Secara keseluruhannya, …
: Oleh yang demikian, …
: Sebagai rumusan …
Contoh Perenggan Isi Pertama (Full)
•Tajuk karangan : Langkah-langkah mencegah jenayah buli di sekolah

•Perenggan Isi Pertama :


Pelbagai langkah boleh diambil untuk mencegah jenayah buli di sekolah antaranya ialah

menguatkuasakan peraturan di sekolah berkaitan jenayah buli. Penguatkuasaan peraturan

berkenaan jenayah buli perlu dititikberatkan kerana jenayah buli semakin berleluasa dalam

kalangan pelajar sekolah. Justeru, semua guru dan badan kepimpinan sekolah perlu

berganding bahu memantau perilaku pelajar semasa mereka melakukan aktiviti pembelajaran

mahupun aktiviti kokurikulum di sekolah. Misalnya, apabila waktu rehat berlangsung setiap

pengawas perlu ditugaskan untuk mengawasi perilaku pelajar agar masalah buli dapat dicegah

lebih awal. Sudah terang lagi bersuluh bahawa penguatkuasaan peraturan di sekolah berupaya

mencegah jenayah buli dengan penglibatan aktif daripada semua pihak.

You might also like