You are on page 1of 9

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan
Bab ini mengandungi huraian tentang kerangka konseptual, rekabentuk kajian, alat
kajan, tatacara pengumpulan datadan teknik menganalisis data.

3.2 Reka bentuk kajian


(Sabitha, 2006) Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan
secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Ia juga berfungsi sebagai
panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan
membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk
penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan penyelidik membuat inferens
berkenaan pemboleh ubah yang dikaji, dibawah menunjukkan kaedah-kaedah
penyelidikan dalam pendidikan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kuantittif jenis
tinjuan deskriptif. Kajian deskriptif bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan
sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Ianya tidak bertujuan untuk menguji
hipotesis.Menurut Noraini idris (1957) kaedah tinjauan merupakan kaedah
penyelidikan yang melibatkan pungutan data dari populasi untuk memahami sesuatu
situasi terkini berhubung populasi dan satu atau lebih pembolehubah.

3.2 Kerangka Konseptual


Kajian ini menjurus kepada tugas dan fungsi kepimpinan pengetua secara
menyeluruh untuk menangani masalah disiplin pelajar disekolah. Tugas dan fungsi
kepimpinan pengetua adalah berkaitan sebagai pengurus, pemimpin,
mengorganisasi, mengkoordinasi, merancang, menyelaras dan megawal motivator
akan dapat memberi pengaruh tehadap masalah disiplinpelajar dan memberi
pengaruh kepada guru-guru untuk bersama-sama berusaha untuk menangani
masalah disiplin di sekolah.
Menangani masalah disiplin pelajar memerlukan pengetua mengaplikasikan
tugas dan fungsi-fungsi kepimpinan bagi mencapai matlamat yang diaharapkan.

Input

Proses

Output

Kepimpinan Pengetua
-Mengurus
- Memimpin,
Tahap
disiplin
- Menyelaras
pelajar
- Menyelia

Guru
Pelajar

- Merancang
- Mengorganisasi
- Mengkoordinasi
-Motivator

Rajah 3.2.1: Kerangka Konseptual Perhubungan Kepimpinan Pengetua Dalam


Manangani Masalah Disiplin Pelajar Sekolah.

3.3 Lokasi Kajian


Kajian dilakukan di dua buah sekolah

Menengah harian di Daerah Temerloh.

Sekolah yang terlibat ialah SMK Abu Bakar dan SMK Temerloh. Kedua-dua sekolah
teletak di dalam daerah Temerloh Pahang. Kedua-dua sekolah berada di bawah
seliaan PPD Termerloh.

3.4 Sampel Kajian


Sampel kajian adalah dari kalangan guru bagi proses memungut data adalah
seramai 58 orang daripada 67 orang kesemuanya. Sampel dipilih menggunakan
kaedah sampel rawak mudah (random sampling). Dalam pensampelan rawak
mudah setiap ahli populasi mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai
sampel. De Vaus (1985) menyenaraikan lima tahap yang perlu bagi seseorang itu
lakukandalam persampelan rawak mudah iaitu.
1. Memperoleh satu rangka persampelan lengkap.
2. Memberikan tiap tiap ahli satu nombor khas.
3. Menentukan saiz persampelan.
4. Memilih ahli- ahli mengikut saiz yang ditentukan berdasarkan jadual nombor
rawak.
5. Memilih ahli daripada angka rawak tersebut.
Kesemua guru yang hadir pada hari kajian dijalankan diberikan satu salinan borang
soal selidik. Sampel diminta menjawab soalan-soalan yang berkaitan pendapat
mereka berhubung dengan kepimpinan pengetua dalam menangani masalah disiplin
pelajar.Kumpulan kedua sampel adalah terdiri 85 orang daripada 124 orang pelajar
tingkatan empat dan lima daripada sekolah kajian. Sampel dipilih secara rawak,
mudah, yakni kesemua pelajar tingkatan empat dan lima yang ada di dalam bilik
darjah pada hari kajian diminta menjawab borang soal selidik.

3.5 Instrumen Kajian


Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Kajian ini telah menggunakan soal selidik untuk
mengumpul data daripada responden. Soalan soal seldik adalah soal selidik tertutp.
Bagi responden pelajar, borang soal selidik (Lampiran B) mengadungi dua
bahagian. Bahagian A ialah maklumat demografi yang terdiri daripada 28 item yang
berkaitan dengan kepimpinan pengtua dalam menangani disiplin pelajar. Item-item
berkenaan diubahsuai daripada intrumen Ishak Ibrahim (2003) dan Ab.Rahman
Jusoh (1997).

Kesemua 28 item dalam Bahagian B adalah seperti senarai berikut:


1. Pengetua anda mahir dalam mengendalikan perauran dan hukuman terhadap
disiplin pelajar.
2. Masalah disiplin yang berat akan dirujuk kepada pengetua untuk diselesaikan.
3. Pengetua menerangkan kepada pelajar peraturan sekolah dan jenis hukuman
yang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar disiplin.
4. Pengetua memastikan setiap pelajar memiliki Buku Panduan Disiplin sebagai
panduan dan rujukan kepada pelajar.
5. Pengetua menekan bahawa pendidikan agama / moral adalah cara terbaik
bagi menghindarkan pelajar melanggar disiplin.
6. Pengetua mengambil tindakan yang tegas kepada pelajar yang melanggar
disiplin.
7. Pengetua amat prihatin dan peka tentang masalah disiplin pelajar.
8. Pengetua menjalin hubungan baik dengan pelajar sebagai usaha membaiki
masalah disiplin pelajar.
9. Pengetua anda ialah orang yang memainkan peranan utama menangani
masalah disiplin pelajar.
10. Pengetua selalu menyerai guru-guru lain melakukan pemeriksaan keatas
pelajar.
11. Pengetua

selalu

berucap

mengenai

kepentingan

disiplin

semasa

perhimpunan mingguan.
12. Sikap dan tingkahlaku pengetua boleh dijadikan teladan kepada pelajar.
13. Pengetua selalu menjelaskan program meningkatkan tahap disiplin pelajar.
14. Pengetua selalu melawat ke rumah pelajar yang bermasalah disiplin.
15. Pengetua selalu berbincang dengan ibubapa pelajar yang sering bermasalah
disiplin.

16. Pengetua selalu menyertai guru-guru membuat pemeriksaan mengejut (spot


check) keatas pelajar semasa di kelas atau di luar kelas.
17. Pengetua selalu menyemak Buku Rekod Salah Laku pelajar sebelum
mengambil tindakan terhadap disiplin pelajar khususnya tindakan yang berat.
18. Pengetua sering meronda di persekitaran sekolah termasuk bilik-bilik darjah.
19. Pengetua selalu menyemak buku kedatangan pelajar untuk membendung
masalah ponteng sekolah.
20. Pengetua memberi kebenaran kepada guru mengenakan hukuman kepada
pelajar yang melanggar disiplin.
21. Setahu anda, pengawas mempunyai kuasa mengenakan hukuman ringan
(seperti mengutip sampah) kepada pelajar yang melanggar disiplin ringan.
22. Pengetua melantik pelajar yang berwibawa dan berketrampilan untuk menjadi
pengawas sekolah.
23. Setahu anda pengetua memberi layanan yang saksama kepada semua
pelajar.
24. Pengetua selalu menghargai dan mengiktiraf sumbangan ara pelajar.
25. Pengetua selalu memberi dorongan dan semangat kepada pelajar.
26. Pengetua memberi ganjaran dan pujian kepada pelajar yang cemerlang
dalam akademik dan disiplin.
27. Pengetua menjemput penceramah dari luar untuk memberi motivasi kepada
pelajar.
28. Pengetua selalu membimbing pelajar sebagai usaha untuk meningkatkan
tahap disiplin pelajar.
Bahagian A memerlukan responden menjawab dengan menandakan
jawapan yang berkenaan sahaja berkaitan maklumat diri seperti tingkatan, aliran,
jantina dan jawatan di sekolah. Bahagian B pula responden diminta mengenal pasti
tahap kriteria kepimpinan pengetua dalam menangani masalah disiplin pelajar.
Responden diminta membulatkan salah satu angka mengikut skala Likert antara
skor 1 hingga 5 mengikut persepsi mereka sendiri. Skor skala Likert adalah seperti
turutan berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Sangat Tidak Setuju (STS)


Tidak Setuju (TS)
=
Kurang Setuju (KS)
Setuju (S)
=
Sangat Setuju (SS)

=
2
=
4
=

1
3
5

Bagi responden dikalangan guru menggunakan Soal Selidik Lampiran


C; soalan-soalan Bahagian A terdiri dari soalan demografi berjumlah 4 soalan
kesemuanya. Ianya terdiri daripada jantina, kelayakan akademik, jawatan sekarang

dan lama berkhidmat di sekolah berkenaan.


jawapan dalam kotak disediakan.

Responden perlu menandakan

Bahagian B pula, responden diminta

membulatkan angka yang bersesuaian berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan


perhubungan dengan pengetua dalam menangani masalah disiplin pelajar. Terdapat
41 soalan berhubung kepimpinan pengetua seperti senarai di bawah:

1. Memberikan penerangan mengenai matlamat disiplin sekolah


kepada guru dan kakitangan.
2. Menerangkan keseluruhan perancangan sekolah kepada semua
guru.
3. Membincangkan strategi untuk meningkatkan prestasi disiplin
pelajar.
4. Mengadakan mesyuart bertujuan untuk merancang prestasi
disiplin pelajar.
5. Berbincang masalah

atau

langkah-langkah

penyelesaian

berhubung dengan disiplin pelajar.


6. Menggalakka interaksi di antara guru di sekolah dalam unit
berlainan.
7. Mengadakan sesi perbincangan dalam bentuk kumpulan kecil
dengan guru bertujuan penyelarasan tugas.
8. Meminta maklum balas terhadap tugas yang diberikan.
9. Memberi penerangan mengenai bidang kuasa kepada guru.
10. Mengadakan perbincangan dengan kumpulan pelajar berhubung
dengan prestasi disiplin di sekolah.
11. Bersikap terbuka dengan guru-guru

ketika

perbincangan

dijalankan.
12. Menghormati segala pendapat guru-guru.
13. Menghargai segala sumbangan guru-guru.
14. Melibatkan ibubapa dan penjaga serta PIBG dalam program
sekolah.
15. Memastikan guru-guru sentiasa bermotivasi.
16. Melakukan pencerapan ke atas guru-guru di dalam kelas.
17. Berbincang dengan guru-guru selepas setiap pencerapan.
18. Menyemak hasil kerja / buku latihan pelajar.
19. Membuat penilaian ke atas peningkatan profesionalisma guru.
20. Memastikan guru megawasi disiplin pelajar.
21. Memberi penekanan hal-hal berkaitan dengan disiplin pelajar
dalam mesyuarat guru.
22. Memberi penekanan hal-hal berkaitan dengan disiplin pelajar
dalam perhimpunan mingguan.

23. Menerangkan dengan jelas tindakan yang wajar dilakukan


berhubung dengan kesalahan disiplin pelajar kepada semua guru.
24. Selalu bertanya samada terdapat atau tidak pelajar yang tidak
menyiapkan latihan yang diberi.
25. Meminta guru-guru mengumpul buku latihan pelajar secara
berkala untuk disemak.
26. Bersama-sama dengan guru bertugas membuat penyeliaan
kedatangan pelajar dipintu masuk.
27. Membuat semakan laporan guru bertugas dan melakukan
tindakan susulan kepada laporan itu.
28. Mengingatkan guru-guru supaya mendenda pelajar yang bersalah
mengikut peraturan yang ditetapkan.
29. Memberikan kuasa kepada guru-guru supaya menangani masalah
salahlaku pelajar yang mereka hadapi.
30. Bertanggung jawab di atas segala tindakan guru-guru berhubung
dengan keputusan serta hukuman ke atas pelajar yang melanggar
disiplin.
31. Bersedia meluangkan masa untuk mendengar rungutan guruguru.
32. Bersedia meluangkan masa mendengar rungutan para pelajar.
33. Berunding dengan guru-guru dalam mengambil tindakan disiplin
kepada pelajar.
34. Merotan pelajar yang melanggar disiplin di biliknya.
35. Mementingkan pelaksanaan kerja dan tugasan mengikut jadual.
36. Menggalakkan semua guru bertindak dan melaksanakan tugas
dengan cara seragam.
37. Bertanya dan berbincang dengan guru secara formal dan tak
formal.
38. Mengedar surat-surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan disiplin kepada
guru.
39. Menyemak Buku Rekod Salahlaku pelajar secara berkala.
40. Memberi nasihat kepada pelajar bermasalah disiplin.
41. Memberi pujian kepada pelajar-pelajar yang berdisiplin.
Susunan skala Likert adalah sama dengan responden pelajar di atas.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data


Setelah mendapat kelulusan dan kebenaran daripada Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Pendidikan, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang serta kerjasama

pengetua, penyelidik mengunjungi sekolah-sekolah berkenaan.

Salinan-salinan

borang soal selidik diedarkan kepada responden guru dan pelajar untuk dijawab
dalam tempoh dua hari;

i.

Hari pertama penyelidik membuat penyelarasan mengenai


masa, tempat pertemuan dan penjelasan cara menjawab soal
selidik dengan pihak pengetua, pengurusan sekolah, guru dan
pelajar. Borang soal selidik diedarkan kepada semua guru dan
pelajar untuk di jawab dalam tempoh satu hari. Setiap guru
dan pelajar masing-masing diberi 1 borang soal selidik untuk
dijawab berdasarkan arahan yang di beri di bahagian atas

ii.

setiap bahagian soal selidik berkenaan.


Hari kedua, memungut semula borang soal selidik dengan
bantuan Guru Penolong Kanan dan kaunselor sekolah.
Jumlah borang soal selidik yang dipungut dicatatkan.

3.7 Analisis Data


Data-data yang telah dikumpulkan dianalisa dengan menggunakan perisian
computer Statistical Package For The Social Science (SPSS). Melalui perisian ini,
statistic diskriptif dalam bentuk frekuensi, peratus dan min dijadikan keputusan
kajian. Di bahagian akhir, penyelidik membuat rumusan berdasarkan dapatan yang
diperolehi, memberi implikasi serta membuat cadangan kajian lanjutan.
Soalan Kajian

Instrumen

Kaedah analisis

Sejauh manakah

Soal selidik

Min, skor, Peratus

Sejauh

manakah Soal selidik

Min, skor, Peratus

kepimpinan

pengetua

pengetua dapat
mempengaruhi masalah
disiplin pelajar di sekolah?

dapat

mempengaruhi

guru-guru untuk bersama-

sama menangani masalah


disiplin pelajar di sekolah

You might also like