You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PEMBELIAN PERALATAN KELAB TARIAN SINGA

__________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA PEMBELIAN DRUM UNTK KELAB TARIAN SINGA

SJK CHUNG HUA LUNDU TAHUN 2023

1. Pendahuluan

Salah satu daripada alat muzik tradisional Melayu yang popular masa kini ialah
kompang. Kompang dikatakan berasal daripada Parsi dan digunakan untuk
menyambut kedatangan Rasulullah S.A.W. Selain itu, kompang juga digunakan untuk
menaikkan semangat tentera Islam ketika berperang. Alat muzik ini dibawa ke
nusantara oleh pedagang Arab yang datang berdagang. Mereka memperkenalkan alat
muzik ini dan mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan penduduk Tanah
Melayu terutamanya orang-orang Jawa. Bagi meneruskan seni warisan zaman ini,
pihak sekolah ingin membentuk sebuah pasukan kompang yang dianggotai oleh para
pelajar sekolah ini. Harapan pihak sekolah ialah agar dapat menyampaikan ilmu
dalam bentuk ekstra kurikulum yang dapat membentuk sahsiah dan peribadi murid
yang mulia sebagaimana yang terkandung dalam seni kompang itu sendiri.

2. Tujuan, Objektif dan Rasional

2.1 Tujuan

Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Guru Besar / Pentadbir untuk
mendapat kelulusan menggunakan peruntukan kewangan sekolah bagi membeli
kompang untuk kegunaan Kelab Kompang

2.2 Objektif

2.2.1 Dapat mewujudkan sebuah pasukan kompang yang mantap

2.2.2 Pelajar-pelajar dapat mempelajari sebahagian alat muzik tradisional melayu di


sekolah dengan lebih menyeluruh.

2.2.3 Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain kompang dengan betul dan lebih
sistematik melalui alat yang mencukupi.

2.2.4 Dapat mewujudkan ‘sekolah berwatak’ melalui pasukan kompang formasi.

1
KERTAS KERJA PEMBELIAN PERALATAN KELAB TARIAN SINGA
__________________________________________________________________________________

2.3 Rasional

2.3.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar yang meminati bidang muzik
terutama dalam paluan kompang.

2.3.2 Melalui aktiviti pasukan kompang sekolah ini pastinya dapat mendisplinkan pelajar
disamping memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam
bidang akedamik.

2.3.3 Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti membuat
persembahan, menyertai kegiatan khidmat masyarakat dan menyertai pertandingan
yang dianjurkan.

3. Sasaran

32 ahli Kelab Kompang


( Murid Tahap 2 )

4. Pelaksanaan

Diguna pakai oleh murid yang terlibat setiap kali ada persembahan dan juga
pertandingan

5. Anggaran Perbelanjaan

Sumber Kewangan : Bantuan Ko-Kurikulum Tambahan

Bil Perihal Kuantiti Harga Seunit Jumlah (RM)


(RM)
1 Kompang (10 inci) 12 128.00 1536.00
JUMLAH BESAR 1,536.00

Pembekal : FORTUNE BOOK CENTRE (KUCHING) SDN. BHD.


No. 308, Lot 2748, Central Park Commercial Centre,
3rd Mile, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 93200 Kuching.

2
KERTAS KERJA PEMBELIAN PERALATAN KELAB TARIAN SINGA
__________________________________________________________________________________

6. Penutup

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.


Sesungguhnya bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan akan membantu kelab
kompang sekolah memberi satu hasil yang diharapkan disamping memberi
peluang khasnya kepada pelajar sekolah ini untuk menyertai satu aktiviti yang dapat
membina peribadi dan sahsiah pelajar yang lebih mantap. Harapan kami juga, dengan
adanya bantuan ini, kelab kompang akan muncul sebagai sebuah pasukan yang
dapat memberikan impak kepada kemenjadian murid dan juga sekolah.

Disediakan oleh,

……………………………..
( AMIRUL SHAFIQ BIN HAMDI )
Penyelaras Kelab Kompang,
SJK Chung Hua Lundu

Disemak Oleh,

……………………………..
( CHUNG CHIN FENG )
PK Ko-Kurikulum,
SJK Chung Hua Lundu.

Disah dan diluluskan oleh;

……………………………..
( BONG TZER HAO )
Guru Besar,
SJK Chung Hua Lundu.

You might also like