You are on page 1of 19

UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS)

ECH 6143

PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEM II SESI 2022/2023

TUGASAN KUMPULAN

Tajuk Tugasan:
MODEL FORMAL ORGANISASI PENGURUSAN PUSAT TADIKA THE
KIDZ DI BANDAR

Nama Pelajar & No. Matrik:

WAN NUR AMIRA BINTI MEOR MOHAMAD APANDI


I21205772

NUR KHAIRINA AQILAH BINTI MOHD RAZUAN


I21205760

NUR FARAH AQILAH BINTI AHMAD


I21205691

Kumpulan:
G1
Nama Pensyarah

DATO’ SITI SALMAH BINTI MAT JUSAK


ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 4

2.0 Model Organisasi Formal 6


2.1 model pengurusan pusat prasekolah (TADIKA)

3.0 Faktor yang mempengaruhi perancangan pusat 9


Pendidikan Awal Kanak-kanak

4.0 Langkah-langkah perancangan Pusat PAKK 11


(TADIKA)

5.0 Kesimpulan 18

RUJUKAN 19

2
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

MODEL FORMAL ORGANISASI PENGURUSAN PUSAT TADIKA THE


KIDZ DI BANDAR

1.0 PENGENALAN

3
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Organisasi Pengurusan pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak


Perancangan yang berstruktur akan memastikan pengurusan pengendalian program Tindakan
mencapai matlamat yang dikehendaki secara efisien dan tersusun. Pendidikan prasekolah adalah
program yang menyediakan pengalaman dan pembelajaran kanak-kanak berumur 4 hingga 6
tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih setahun sebelum masuk ke tahun satu di sekolah
formal.
Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi
perhatian kerana menurut kajian-kajian yang telah dijalankan di Malaysia, pemboleh ubah
pengurusan seperti kepimpinan guru besar adalah pengaruh utama dalam menentukan kualiti
pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Pengelolaan adalah pengaturan,penyusuanan dan
perlaksanaan perancangan yang dibuat dan melibatkan pengembelengan semua elemen yang ada
di sesebuah pusat prasekolah terdiri daripada manusia (guru, pelajar dan staf sokongan), material
(bangunan,kawasan, kewangan dan peralatan).
Menurut Peter F. Drucker, pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk
mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk
mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh
pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada
matlamat organisasi. (Morphet et al, 1982).
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran dan pengurusan
adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan
dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses
pentadbiran, ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta
organisasi formal dan juga tidak formal. Untuk mengurus suatu organisasi, seseorang pentadbir
atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan
pentadbiran. Griffiths (1959), menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkah laku yang
didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawasi suatu
organisasi sosial itu. Drucker (1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan
sumber yang paling berharga. Stoner (1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses
merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.

4
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Albert Shanker menyatakan perkara yang perlu kita tahu dalam mewujudkan model pengurusan
perlulah mengambil kesemua faktor dan sumber supaya dapat memastikan keberkesanan sekolah
adalah maksimum. Dalam kajian ini, pemilihan model organisasi Formal tadika berpandukan
struktur organisasi yang lengkap serta pelaksanaan perancangan sistem kurikulum yang berkesan
berpusat di bandar kerana kemudahan kualiti pengurusan dan persekitaran yang baik serta status
ekonomi penduduk yang tinggi bagi memastikan perancangan penubuhan mencapai kejayaan.

Perancangan pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak


Di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], TADIKA didefinisikan sebagai mana-
mana tempat di mana pendidikan prasekolah (4 hingga 6 tahun) disediakan untuk 10 orang murid
atau lebih.
Perancangan dan penubuhan TADIKA dan TASKA adalah tertakluk kepada peruntukan
perundangan dan peraturan utama seperti berikut:
i. Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56];
ii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
iii. Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];
iv. Akta Pelajaran 1961 [Akta 43];
v. Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];
vi. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308];
vii. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [UKBS, 1984];
viii. Peraturan-Peraturan Pendidikan 1997 & 1998;
ix. Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi) 1985;
x. Arahan Ketua Pengarah (KP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
xi. Rujukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
xii. Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); dan
xiii. Peraturan-peraturan terkini yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

5
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

2.0 Model Organisasi Formal

Ibrahim Mamat (2001:167) menyatakan dalam mewujudkan pengelolaan sekolah yang berkesan
dalam mengenal pasti enam bidang pengurusan Model pengurusan organisasi Formal pengurusan
TADIKA The Kidz lokasi di bandar iaitu; pentadbiran am, pengurusan belajar, pengurusan guru,
pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, dan penyeliaan. Bidang ini diseragamkan dan
diselaras bagi pelaksanaan perancangan yang melibatkan manusia, material dan program secara
efektif. Impaknya, pengurusan prasekolah mengaplikasikan enam bidang ini dapat merancang
strategi pelaksanaan kurikulum dengan berkesan.
Dalam meniti arus pemodenan selaras dengan pendidikan pada masa kini, masyarakat
modern lebih mengutamakan keberkesanan prestasi yang meningkatkan peranan sesuatu
pengelolaan semakin mencabar dan terperinci. Penggunaan model pengurusan bagi membantu
pihak pentadbir sekolah menguruskan sesebuah organisasi dengan lebih baik. Dalam hal ini,
pemilihan model pengurusan dilaksanakan untuk menentukan struktur koordinasi, cara
memperuntukkan sumber kewangan, program selaras dengan organisasi yang disediakan, dan
objektif yang ditentukan jelas atau tidak. Selain itu, pengelolaan diwujudkan bagi menunjukkan
langkah pengurus memotivasikan staf di bawah pengurusannya dengan berkesan. Terdapat enam
model pengurusan organisasi sesuatu penubuhan antaranya ialah model pengurusan formal,
subjective, politik, ambiguity, collegial, dan cultural. Kesemua model mempunyai peranan atau
penegasan sesuatu organisasi.
Berdasarkan laporan, pengkaji memilih struktur model organisasi Formal bagi pusat
pendidikan Awal Kanak-kanak (TADIKA) di sebuah bandar. Struktur organisasi Formal
memberi penekanan terhadap matlamat yang hendak dicapai sesuatu organisasi dalam
pengurusan. Setiap pengelolaan mempunyai hierarki yang berbeza bagi menunjukkan tahap
pelaksanaan tanggungjawab dalam sesebuah organisasi. Bukan itu sahaja, model ini mewujudkan
pengagihan tugas dan pengawasannya serta undang-undang dan peraturan dalam
pelaksanaannya. Setiap jawatankuasa memainkan peranan yang penting demi melancarkan
matlamat yang hendak dicapai di samping memainkan tanggungjawab masing-masing
berdasarkan tahap hierarki.

6
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

“Formal models assume that organisations are hierarchical systems in which managers use
rational means to pursue agreed goals. Heads possess authority legitimised by their formal
positions within the organisation and are accountable to sponsoring bodies for the activities of
their organisation” (Bush, 2003). Hal ini menjelaskan bahawa “ketua mempunyai kuasa yang sah
oleh kedudukan rasmi mereka dalam organisasi dan bertanggungjawab kepada badan penaja
untuk aktiviti organisasi mereka".
Kriteria Formal model berstruktur dan hierarki. Dalam hal ini, pengagihan tugas dan
pelaksanaan tugas dilaksanakan di dalam sistem pengurusan pusat tadika di bandar. Undang-
undang dan peraturan juga wujud bagi mencapai kejayaan. Model Formal merupakan model
bersistem dan birokrasi yang terdiri daripada jabatan-jabatan tetap yang berfungsi bagi
mengelola sesebuah pembangunan seperti TADIKA. Kelebihan model Formal adalah penegasan
yang diamalkan dalam model ini sangat baik kerana pengurusan yang teratur dan situasi seperti
guru masuk ke kelas pada waktunya dengan tepat.
Formal model adalah dominan dalam pembentukan teori pengurusan pendidikan. Namun,
semenjak tahun 1970an wujud kesedaran tentang model formal kurang baik dari segi autoriti dan
mempunyai kekurangan dalam sesuatu aspek (Chapman, 1993).

7
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

2.1 Contoh Organisasi Model Formal Pengurusan TadikaThe Kidz di bandar

Rajah 2.1 menunjukkan organisasi Model Formal yang dipilih bagi TADIKA The Kidz di
bandar:

Merujuk gambar rajah 2.1, setiap peringkat hieraki model Formal mempunyai deskripsi tugas.
Pada baris teratas iaitu pengetua atau pengurus bertanggungjawab mengurus pentadbiran tadika
dan kewangan sebuah pusat. Seterusnya, guru tadika berperanan menjadi pendidik dan mengajar
proses pembelajaran sepanjang sesi persekolah. Tugas seharian guru melaksanakan dan
menyediakan kerangka pelaksanaan rancangan harian (RPH) bagi setiap subjek yang diajar.
Guru juga merekod kehadiran muird-murid sekaligus memastikan keselamatan dan kebersihan
murid dalam menjalankan proses Pdp pengajaran dan pembelajaran.
Pada peringkat bawahan, pembantu bertanggungjawab sebagai pembantu guru di kelas.
Pembantu mengawasi kekemasan, kebersihan dan keselesaan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Bukan itu sahaja, pembantu menyediakan makanan untuk diagihkan kepada
kanak-kanak. Akhir sekali, pekerja am diberi tanggungjawab utama sebagai pekebun di
persekitaran Kawasan tadika. Tanggungjawab operasi bagi pekerja am adalah memastikan

8
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

peralatan seperti mesin rumput, peralatan mencuci dalam keadaan yang baik dan diselenggara
dengan betul.

3.0 Faktor yang mempengaruhi perancangan dan pusat pendidikan awal kanak-kanak

Pemilihan pusat PAKK yang betul adalah penting bagi menentukan kanak-kanak berada di
dalam persekitaran yang sesuai. Perancangan yang tepat perlu dilaksanakan bagi memastikan
perkembangan kognitif, sosial dan psikososial yang optimum. Kajian ini juga menunjukkan
kepentingan wujudnya pengurusan pusat serta keselamatan dan kesihatan kanak-kanak terjaga
apabila berada di pusat tadika tersebut.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perancangan dan pusat pendidikan awal
kanak-kanak. Antaranya ialah menentukan matlamat dan objektif. Matlamat pendidikan tadika
bertujuan untuk mengembangkan potensi kanak-kanak yang berumur 4 sehingga 6 tahun dengan
secara menyeluruh sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta
aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan
kemahiran,menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-
kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran yang sedia ada dan bersedia untuk menangani
cabaran dan bertanggungjawab peringkat sekolah rendah.
Manakala, objektif pula untuk membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-
kanak. Selain itu, untuk membentuk perkembangan sosial dan perhubungan. Seterusnya,
melahirkan kanak-kanak dalam melahirkan kemahiran asas dalam menulis, membaca dan
mengira. Selain itu, objektif yang hendak dicapai adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang
berdikari, kreatif dan inovatif.
Seterusnya, punca yang mempengaruhi perancangan dan pusat pendidikan awal kanak-
kanak adalah tinjauan kebolehgunaan. Tinjauan kebolehgunaan ini termasuk dengan kesesuaian
tapak dan lokasi tadika, kumpulan sasaran atau pelanggan, sumber kewangan ,prasarana atau
infrastruktur, kurikulum perancangan, sumber manusi, peraturan dan perundangan dan peralatan
perabot. Infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang dan persekitaran sesebuah tadika itu
hendaklah berada di kawasan yang kondusif untuk pengajaran, manakala untuk pembelajaran
dan perkembangan kanak-kanak mengikut kriteria-kriteria seperti tempat yang selamat daripada
risiko kemalangan dan kecederaan dan keselamatannya terjamin. Kemudian lokasi tadika

9
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

haruslah jauh daripada kawasan dan pusat hiburan. Selain itu, udara dipersekitaran haruslah
bersih dan nyaman. Tidak diganggu oleh pencemaran bunyi dan mendapat kebenaran bertulis
daripada jiran jika tadika dibina di kawasan perumahan.
Untuk premis pula, hendakalah diperiksa dan disokong penggunaannya oleh pihak
berkuasa tempatan yang berkenaan khususnya, Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan Pihak
Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Tingkat bawah
adalah digalakkan tetapi bangunan bertingkat-tingkat boleh diperitmbangkan sekiranya ia
memenuhi piawaian keselamatan berhubung dengan tangga, beranda dan pintu kecemasan dan
apa-apa peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan yang
berkenaan. Bangunan tadika hendaklah di dalam keadaan baik, bersih, cantik dan dicat di luar
dan di dalam supaya kelihatan menarik dan sesuai bagi perkembangan dan pembelajaran kanak-
kanak. Syor pihak berkuasa tempatan mengenai bilangan kanak-kanak untuk setiap bilik
darjah/kelas dipatuhi. Tiap-tiap tadika hendaklah mempunyai ruang yang mencukupi untuk
sudut-sudut pembelajaran, pelbagai jenis permainan dan sukan, kemudahan-kemudahan rehat
dan tandas dengan mengambil kira bilangan dan umur kanak-kanak.

Akhir sekali, untuk peralatan dan sumber pula, seorang guru itu perlu mempunyai
kemahiran memilih peralatan dan bahan-bahan untuk digunakan di tadika. Bahan-bahan yang
dianggap berkualiti dipandang menarik, sedap disentuh atau dipegang serta teguh. Bahan-bahan
perlu juga memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak. Keselamatan alat-alat tersebut perlu
difikirkan kerana kanak-kanak berinteraksi dengan alat-alat sebagaimana juga mereka
berinteraksi dengan guru-guru dan rakan sebaya. Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran perlu juga
selamat digunakan, iaitu ia tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna,
tekstur dan bau yang menarik. Kelengkapan-kelengkapan di tadika perlu menyokong aktiviti-
aktiviti yang dijalankan. Berbanding dengan plastik dan besi (metal), adalah lebih baik
menggunakan perabot dan kelengkapan daripada kayu atau fiber glass. Bangku-bangku dan
kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak. Meja yang terlalu besar dan memuatkan ramai
kanak-kanak tidak menggalakkan pembelajaran.

10
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

4.0 Langkah-langkah Perancangan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pendidikan prasekolah boleh disimpulkan sebagai program pendidikan terancang dan sistematik
yang berdasarkan asas-asas perkembangan kaank-kanak dengan tujuan mempertingkatkan
potensi kanak-kanak sebelum masuk ke tahun satu. Sewajarnya, dalam merancang pusat
pendidikan awal kanak-kanak perlunya objektif, tujuan, dam matlamat Kementerian Pelajaran
Malaysia juga terlaksana.
Nisbah guru kepada murid TADIKA
Aras Nisbah Guru
Sehingga 18 meter (kira-kira aras 5) a) Nisbah guru murid ialah 1:15.
Aras 4 b) Tambahan dua (2) orang pembantu guru bagi
Aras 3 Aras 4 setiap 15 murid.
Aras 2 a) Nisbah guru murid ialah 1:25.
Aras 1 b) Tambahan satu (1) orang pembantu guru
bagi
setiap 25 murid
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017

Perancangan Tapak dan Ruang Penyediaan

Perancangan tapak kemudahan TADIKA dan TASKA hendaklah selaras dengan


cadangan dan strategi pembangunan dalam rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas
yang telah diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Jika tapak atau ruang khas tidak
dikenalpasti oleh RT atau RKK, PBT boleh mengenakan syarat penyediaan tapak atau ruang
khas untuk TADIKA dan TASKA kepada pemaju semasa permohonan kebenaran merancang.
Bagi bangunan berbilang tingkat, ruang penyediaan TADIKA dan TASKA boleh disyaratkan
oleh PBT semasa proses kebenaran merancang bergantung kepada piawaian yang diguna pakai.

11
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kategori Premis Bagi Penubuhan TADIKA


Terdapat 4 kategori premis/tapak yang diberi pertimbangan untuk beroperasi sebagai TADIKA
iaitu:
- i. Tapak Yang Telah Didirikan Bangunan Merupakan tapak khas yang telah ditetapkan oleh
suatu RT, RKK atau KM yang diluluskan dan telah didirikan bangunan sama ada oleh pihak
kerajaan atau swasta (pemaju ataupun individu).
ii. Tapak Yang Belum Didirikan Bangunan Merupakan tapak yang telah ditetapkan sebagai
TADIKA di dalam suatu RT, RKK atau KM yang telah diluluskan tetapi belum didirikan
bangunan.
iii. Bangunan Pejabat /Institusi/Perniagaan Berbilang Tingkat Ruang khas bagi penyediaan
TADIKA hendaklah disediakan mengikut syarat yang ditetapkan. TADIKA juga digalakkan
dijalankan secara integrasi di dalam satu kawasan atau bangunan dengan kemudahan lain seperti
sekolah, pusat komuniti atau klinik.
iv. Di Kawasan Kediaman Penubuhan TADIKA tidak dibenarkan di lot kediaman. Walau
bagaimanapun, sekiranya tapak khas yang telah dimajukan masih tidak dapat menampung
permintaan setempat, TADIKA boleh diberi pertimbangan di lot kediaman dengan syarat-syarat
yang telah ditetapkan seperti berikut:
1. Mendapatkan surat persetujuan awal pemilik atau penduduk berjiran yang bersempadan
dengan tapak cadangan TADIKA dan TASKA dalam radius 20meter dari tapak lokasi
cadangan manakala dalam jarak 200meter bagi cadangan TADIKA di jalan mati (cul-de
sac).
2. Untuk kediaman jenis teres, sesebuah, berkembar hanya lot tepi sahaja dibenarkan.
Manakala bagi rumah pangsa / pangsapuri / kondominium boleh dibenarkan sehingga
aras 2 dengan syarat unit tersebut bukanlah unit kediaman.
3. Jarak di antara sebuah TADIKA dan TASKA dengan yang lain hendaklah melebihi
400meter bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas di dalam kawasan perumahan.
Selain itu, ia dapat mengelakkan persaingan di antara pengusaha TADIKA dan TASKA.

12
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

4. Syarat-syarat lain yang dikenakan oleh PBT.

Lokasi dan Keadaan Tapak


Cadangan penubuhan TADIKA hendaklah berdasarkan cadangan di dalam rancangan
pembangunan dan pelan susun atur yang telah dirizabkan untuk cadangan tapak TADIKA.
Lokasi penubuhan TADIKA tidak dibenarkan di kawasan atau di dalam bangunan yang
mempunyai:
i. Pencemaran udara, bunyi, bau atau bahan kimia;
ii. Risiko kebakaran yang tinggi;
iii. Risiko geo bencana;
iv. Risiko jangkitan penyakit dan radiasi seperti wad pesakit berjangkit dan makmal kimia;
v. Ancaman sabotaj atau subversif seperti di dalam bangunan balai polis atau bangunan markas
tentera;dan
vi. Jika ditubuhkan di aras 3, 4 dan 5, tidak dibenarkan di aras yang terletaknya restoran, medan
selera, cafe, bistro dan seumpamanya.

Keperluan Penyediaan TADIKA

Keperluan penyediaan TADIKA adalah berdasarkan kepada jadual di bawah.


i. Berdasarkan bilangan unit kediaman
Keperluan pusat pendidikan dipengaruhi oleh komposisi penduduk mengikut umur di sesuatu
kawasan. Kawasan kejiranan yang mempunyai majoriti kumpulan penduduk muda/kanak-kanak
memerlukan lebih banyak TADIKA berbanding kawasan kejiranan yang terdiri daripada majoriti
penduduk warga emas.
ii. Berdasarkan ruang lantai bangunan pejabat Ruang TADIKA perlu disediakan bagi
pembangunan bangunan pejabat yang melebihi keluasan ruang lantai 100,000 kaki persegi (tidak
termasuk ruang perkhidmatan dan tempat letak kenderaan) perlu menyediakan ruang TADIKA
dengan keluasan minima 400 kaki persegi.

13
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Had Ketinggian Mengikut Kegunaan Bangunan (Bagi Bangunan Berbilang Tingkat)

Had ketinggian yang dibenarkan penubuhan TADIKA adalah mengikut kegunaan bangunan
seperti jadual di bawah.
Jadual: Had Ketinggian Mengikut Kegunaan Bangunan

Kegunaan Bangunan Had Ketinggian Penerangan


Dibenarkan

Pejabat Sehingga 18meter atau i) Sehingga aras 3 sahaja sekiranya


kirakira aras 5 tidak dilengkapi sistem semburan
air automatik.
ii) Sehingga 18meter atau kira-kira
aras 5 sekiranya dilengkapi dengan
sistem semburan air automatik
(sprinkler system).
iii) Jenis bahan binaan yang tidak
mudah terbakar (non-combustible).

Perumahan Sehingga aras 2 Jenis bahan binaan yang tidak


a) Pangsapuri mudah terbakar (non-combustible).
b) Kondominium

Institusi Sehingga aras 2 Jenis bahan binaan yang tidak


a) Kesihatan
mudah terbakar (noncombustible).
b) Pendidikan

14
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Komersial Jenis bahan binaan yang tidak


a) Kompleks Membeli-belah Aras 1 sahaja mudah terbakar (noncombustible).
b) Kedai Pejabat Sehingga aras 2
c) Rumah Kedai Sehingga aras 2

Bercampur Dengan Akses Sama seperti had Syarat-syarat adalah sama seperti
Berasingan (Separate Access) ketinggian kegunaan kegunaan pejabat, perumahan,
pejabat, perumahan, institusi dan komersial.
institusi dan komersial.

Bercampur Dengan Akses Berdasarkan kegunaan Syarat-syarat adalah sama seperti


Bersama (Shared Access) bangunan dominan di kegunaan pejabat, perumahan,
aras 1 institusi dan komersial.

15
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Keperluan Ruang Minimum Kanak-kanak


i. TADIKA
Bagi penubuhan TADIKA, keluasan minimum bagi seorang kanak-kanak adalah 15 kaki persegi.
Keluasan ini tidak termasuk ruang penyediaan utiliti seperti tandas, dapur, bilik kakitangan, stor,
ruang permainan kanak-kanak serta tempat letak kenderaan.

Jadual 4: Contoh Pengiraan Keluasan Ruang Lantai TADIKA

Perkara Komponen dan Keluasan (kp/mp)

Keluasan Ruang Lantai Minimum


Bil. Perkara Keluasan (kp/mp)

i. Keluasan per kanak- 375 kp (35mp)


kanak :
15kp (1.4mp) x 25 org

ii. Dapur 48kp(4.5mp)

iii. Tandas 65 kp (6mp)

iv. Bilik kakitangan 218 kp (20mp)

v. Stor 70 kp (6.5mp)

vii. Jumlah 986 kp (92mp)

Kawasan lapang/ ruang permainan


dan tempat letak kereta minimum Bil. Perkara Keluasan (kp)

i. Kawasan lapang/ ruang 5.38kp (50mp)


tempat permainan

ii. Tempat letak kereta : 2TLK 260kp (24mp)


x 130kp (12mp)(2.4 x 4.8M)

Jumlah 800kp (74mp)

16
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Jumlah kawasan keseluruhan 1, 786kp (166mp)

Reka Bentuk Sejagat (Universal Design)

i) Hendaklah diterapkan reka bentuk sejagat dan bahan binaan dalaman yang sesuai dengan
keadaan fizikal kanak-kanak.
ii) Hendaklah direka bentuk laluan kecemasan yang sesuai dengan keadaan fizikal kanak-kanak,
terutamanya tangga dan susur tangga kedua (secondary handrail) yang lebih rendah yang diguna
oleh kanak-kanak.
iii) Hendaklah disediakan ruang permainan (play area) di dalam bangunan atau mana-mana
kawasan terbuka di bangunan tersebut. Ruang ini hendaklah mendapat cahaya matahari terus
(direct sunlight) yang mencukupi.

Proses penubuhan TADIKA


Terdapat dua proses penubuhan Tadika:
i. Tiada proses kelulusan kebenaran merancang dan pelan bangunan bagi
tapak khas yang telah didirikan bangunan.
ii. Melalui proses permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan
bagi tapak yang belum didirikan bangunan.

Namun begitu, sebelum mengemukakan permohonan bagi penubuhan


TADIKA, pemohon hendaklah -
i. Mendaftarkan perniagaan/syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM);
ii. Menjalani Kursus Latihan Pengendali Makanan anjuran KKM;
iii. Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) bagi
penubuhan TASKA serta memohon pendaftaran TASKA di JKM; dan
iv. Perlu memohon pendaftaran TADIKA dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

17
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan model pengurusan yang dipilih, pengkaji telah meneliti dan menegnal pasti
bersesuaian dengan pengurusan organisasi bagi tadika yang beroperasi di bandar. Setiap model
mempunyai fungsinya yang berbeza dan relevan dilaksanakan dalam sebuah pusat pendidikan
bergantung pada situasi, peristiwa, dan pertimbangan.
Persekitaran pusat pendidikan Awal Kanak-kanak yang terjamin dari segala aspek akan
melahirkan generasi anak muda yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial, dan
intelektual dengan perkembangan yang baik. Premis juga perlu mendaftar malalui agensi yang
telah disahkan bagi kelulusan premis ang berdaftar dan Penyediaan Garis Panduan Perancangan
dan Penubuhan TADIKA ini diharap dapat memberi panduan kepada pihak terlibat seperti
pengusaha, PBT dan agensi bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan TADIKA. Oleh
itu, persekitaran yang selamat perlu dititikberatkan bagi memastikan kemenjadian kanak-kanak
demi generasi yang berkaliber.

18
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ECH 6143
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Rujukan

Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012, Akta Taman Asuhan


Kanak-Kanak 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Perintah Tetap Ketua Pengarah Bilangan 1 Tahun 2015, Garis Panduan


Keperluan Keselamatan Kebakaran Bagi Pusat Asuhan Kanak-kanak/TASKA/TABIKA, Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Senarai Semak Kemudahan Akses Berdasarkan Reka Bentuk Sejagat


MS1184:2014, Jabatan Kerajaan Tempatan.

Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984, Kerajaan Malaysia.

Nelson Fredoline. (Jun 2, 2018). Penubuhan Dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-
Kanak. Slideshare.net. https://www.slideshare.net/nelsonfredoline/penubuhan-dan-pengurusan-
pusat-pendidikan-awal-kanakkanak

Tengku Asiah. (Aug 25, 2020). Pengurusan prasekolah. Scribd .com. Pengurusan Prasekolah
PDF | PDF (scribd.com)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLAN Malaysia). (2017). Garis Panduan Penubuhan
TADIKA dan TASKA. PLANMalaysia.
https://mytownnet.planmalaysia.gov.my/ver2/gp/GPP_TADIKA_TASKA.pdf

19
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

You might also like