You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NILAM

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL 1 KALENDAR AKADEMIK 2022/2023

TARIKH : 24 Mac 2022 (Khamis)


MASA : 1.30 petang
TEMPAT : Sanggar Mustika

KEHADIRAN
1. Ustaz Rostam b. Salimi (PK HEM)
2. YM Cg. Engku Nor Shaikhah bt Engku Abdillah
3. Cg. Nur Amirah bt Hamzah
4. Cg. Norazlidawati bt Abdul Rahman
5. Cg. Mohd Ridwan bt Mohd Ros
6. Cg. Azizah bt Muda
7. Cg. Norfara Shuhada bt Mansor
8. Cg. Bibi Norani bt Jusoh
9. Cg. Suryati bt Abdullah

1. Perutusan Pengerusi
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.

Ucapan terima kasih di atas kehadiran semua AJK dan mengharapkan agar AJK dapat
menjalankan tugas masing-masing berdasarkan agihan tugas yang telah diamanahkan.

Mengalu-alukan kehadiran guru baru ahli baru dalam Panitia Muzik.

2. Ucapan Penasihat

Ucapan salam dan mengalu-alukan semua ahli Panitia dalam mesyuarat bil 1 kalendar
akademik 2022/2023 bagi panitia Muzik.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Ustaz Rostam berharap semua ahli dapat
memberi kerjasama dalam semua program yang dijalankan oleh panitia.

Beliau juga berharap semua ahli panitia dapat meningkatkan lagi pencapaian murid
dalam sesi pembelajaran 2022/2023 walaupun matapelajaran elektif.
3. Agihan Tugasan Ahli Panitia

Penyediaan RPT Muzik sesi 2022/2023

Tahun 1 – Cikgu Norazlidawati


Tahun 2 – Cikgu Nur Amirah
Tahun 3 – Cikgu Bibi Norani
Tahun 4 – YM Engku Nor Shaikhah
Tahun 5 – Cikgu Suryati
Tahun 6 – Cikgu Zaidi

4. Kewangan Panitia

Duit Panitia Muzik ialah RM 2516.50. Ahli panitia boleh cadangkan barangan yang
hendak dibeli.

Barangan yang sudah dibeli pada tahun 2020 ialah

NAMA ALAT BILANGAN


Rekoder 30 unit
Speaker 2 unit
Microphone 2 unit
Tamborin 20 unit
Kerincing 30 unit
Kayu tiktok 30 unit
Kastanet 30 unit
Laminating film 6 box
Kertas ACE (hitam) 4 peket (50 unit)

5. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

PBD dijalankan 2 kali setahun iaitu pertengahan tahun dan akhir tahun.

6. Perancangan Strategik,Taktikal & Operasi Panitia

Perancangan strategik yang sedia ada digunakan. Aktiviti panitia ialah


Buletin & Papan kenyataan berkaitan Pendidikan Muzik ,penggunaan Bilik Muzik,
Bulan PSS dan ladap KSSR.
7. Pengubalan Rancangan Pengajaran Tahunan

RPT perlu dirangka untuk 43 minggu dimana 38 minggu adalah minggu pembelajaran, 1
minggu cuti perayaan dan 3 minggu pentaksiran.

8. Erph Versi 6.0

Penggunaan erph versi 6.0 telah diberi taklimat oleh guru data, Cg Norzuriami. Guru-
guru perlu melengkapkan ruangan standard kandungan dan standard pembelajaran
RPT dalam erph versi 6.0.

9. Penetapan Jumlah Buku Latihan / Tulis

Buku tulis yang ditetapkan untuk matapelajaran Muzik sebuah sahaja.

10. Semakan Buku Tulis

Buku tulis yang perlu dihantar selepas pencerapan ialah 10 buah.

11. PLC/Peningkatan Profesionalisme Guru

Dirancang dua kali setahun mengikut takwim.

12. Pencerapan
Guru akan dicerap sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Jadual pencerapan akan di
keluarkan oleh pihak pentadbir.

13. Hal-hal Lain

Ustaz Rostam mencadangkan pembelian alatan perlu ditambah seperti kompang dan
ukulele. Bilangan unit yang dicadangkan ialah 4 atau 5 set.

Rekoder pula murid digalakkan beli sendiri bagi menjaga SOP.

Penutup
Mesyuarat ditutup dengan bacaan surah Al-Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh :

___________________________
( NORAZLIDAWATI BINTI ABDUL RAHMAN )
Setiausaha,
Panitia Pendidikan Muzik,
SK SERI NILAM.

You might also like