You are on page 1of 4

SK ASAM KUMBANG

34000 TAIPING
PERAK DARUL RIDZUAN.

MODUL PDPR
PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4
UNIT 6 – LARIAN RIANG RIA

Modul : 1.0 Bahasa Muzik

TEMPOH MASA : SATU (1) MINGGU

ISNIN – JUMAAT
(17 – 21 MEI 2021)

DISEDIAKAN OLEH :

ENCIK ZAMIR BIN JAAPAR


GURU MUZIK
SK ASAM KUMBANG
Modul :
1.0 Bahasa Muzik

Standard Kandungan :
1.1 Notasi Muzik

Standard Pembelajaran :
1.1.2 Membaca dan menulis terminologi serta simbol muzik.
(vi) Meter

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir PdPc, murid Tahun 4 akan dapat :

Mengenal pasti dan membezakan 3 jenis meter dengan menjawab 3 dari 5


soalan yang dipilih guru dalam buku teks muka surat 63.

Kriteria Kejayaan :
1. Murid membezakan meter dengan betul.
2. Murid menulis meter dengan betul berdasarkan skor.

STANDARD PRESTASI

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Mengenal notasi, terminologi dan simbol muzik dengan bimbingan

2 Menulis jenis not, nilai not dan meter

3 Menulis jenis not, nilai not, meter dan tanda rehat

4 Menama dan menulis not E, F, G, A, B, C‟ dan D‟ pada baluk.

5 Menulis notasi dan simbol muzik pada baluk dengan betul.

Menulis notasi dan simbol muzik pada baluk dengan betul secara
6
konsisten.
LANGKAH 1.
1) Lihat meter lagu yang digunakan.

2) Lihat nombor bahagian atas meter lagu.

3) Nombor di bahagian atas meter lagu menunjukkan bilangan kiraan atau


detik not dalam 1 bar.

Nombor di bahagian atas meter lagu ini ialah 4.


Jadi, bilangan kiraan / detik ialah 4.

(Jika nombor di atas ialah 2, maka nilai kiraan ialah 2, dan jika nombor di
atas ialah 3, maka nilai kiraan ialah 2)

LANGKAH 2.
Rujuk jadual notasi di bawah untuk memudahkan kamu tentukan bilangan
not yang digunakan dalam 1 bar.

LATIHAN.

You might also like