You are on page 1of 4

SOALAN KBAT

Umat Islam perlu merealisasikan sikap benar dalam


semua perkara agar dihormati seluruh masyarakat
berbilang agama di negara kita. (stimulus)

Ramalkan keadaan yang akan berlaku sekiranya sikap


tersebut tidak dijadikan budaya dalam kehidupan umat
Islam. (soalan)

(Format soalan KBAT)


Ayat 1 – isi
Ayat 2 – huraian
Ayat 3 – huraian lengkap
Ayat 4 – kesimpulan
JAWAPAN:

Keadaan yang akan berlaku sekiranya sikap tersebut


tidak dijadikan budaya dalam kehidupan umat Islam
ialah tidak terpelihara daripada sifat munafik yang
dibenci oleh Allah SWT (isi). Hal ini kerana orang
munafik tidak dipercayai oleh orang lain (huraian).
Kesannya, masyarakat Islam akan berpecah belah dan
tidak dipercayai oleh bangsa lain (huraian lengkap).
Kesimpulannya, kita haruslah bersikap benar dalam
kehidupan harian (kesimpulan).
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW telah
bersabda: “Tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila
dia berkata-kata dia akan berdusta, apabila berjanji dia
akan mungkir janji dan apabila diberi kepercayaan dia
akan mengkhianatinya”. (stimulus)

Mengapakah kita mesti jauhi sifat munafik dalam


kehidupan? (4 markah)

JAWAPAN:
Kita mestilah jauhi sifat munafik dalam kehidupan
kerana sifat munafik dapat merugikan diri kita di dunia
dan akhirat (isi). Hal ini kerana Allah SWT sangat
membenci orang yang mempunyai sifat munafik
walaupun sebesar zarah (huraian). Kesannya, jika
mempunyai sifat munafik hati kita akan susah
menerima nasihat daripada orang lain (huraian
lengkap). Kesimpulannya, kita hendaklah jauhi sifat
munafik supaya mendapat ketenangan di dunia dan
akhirat (kesimpulan).

You might also like