You are on page 1of 2

UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA PIHAK MUZIUM

Selamat pagi dan salam sejahtera, Terlebih dahulu saya mengambil


kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada pihak Muzium Sabah atas kesudian untuk menerima sekolah
kami sebagai pelawat ke tempat yang cukup bersejarah ini.

Di kesempatan ini, saya berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima


kasih atas komitmen dan segala persediaan yang telah diberikan kepada
pihak sekolah. Walaupun dengan kehadiran ramai pelawat ke tempat ini,
pihak muzium masih dapat memberikan ruang masa, waktu dan tenaga untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pihak sekolah.

Saya percaya, kehadiran murid-murid ke tempat ini pastinya memberikan satu


pengalaman yang cukup bermakna dan berharga buat mereka. Saya selaku
guru besar SJKC Sin Boon Sindumin memohon maaf sekiranya ada
perlakuan dan tutur kata yang menyinggung perasaan sepanjang kami
berada di sini.

Semoga kita akan dapat berjumpa lagi di lain hari. Sekian dan terima kasih.
UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA PIHAK PETROSAINS

Selamat pagi dan salam sejahtera, Terlebih dahulu saya mengambil


kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada pihak Petrosains atas kesudian untuk menerima sekolah kami
sebagai pelawat ke tempat yang begitu menarik ini.

Di kesempatan ini, saya berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima


kasih atas komitmen dan segala persediaan yang telah diberikan kepada
pihak sekolah. Walaupun dengan kehadiran ramai pelawat ke tempat ini,
pihak Petrosains masih dapat memberikan ruang masa, waktu dan tenaga
untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pihak sekolah.

Saya percaya, kehadiran murid-murid ke tempat ini pastinya memberikan satu


pengalaman yang cukup bermakna dan berharga buat mereka. Saya selaku
guru besar SJKC Sin Boon Sindumin memohon maaf sekiranya ada
perlakuan dan tutur kata yang menyinggung perasaan sepanjang kami
berada di sini.

Semoga kita akan dapat berjumpa lagi di lain hari. Sekian dan terima kasih.

You might also like