You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

LAWATAN GURU SAR & KAFA KE JOHOR

ANJURAN :

PERSATUAN KEBAJIKAN GURU-GURU KAFA SAR DAN


KAFA DAERAH PEKAN, PAHANG.

TARIKH :

18 DAN 19 AUGUST 2023

TEMPAT BERKUMPUL DAN BALIK:

MASJID SULTAN AHMAD SHAH PEKAN.

PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 18,19 August 2023


waktu : 11.30 malam (berkumpul) – 7.00 malam (balik)
Tempat berkumpul : Masjid Sultan Ahmad Shah.
Individu yang terlibat : Guru-guru SAR & KAFA Daerah Pekan.
Jumlah terlibat : 42 orang
Bayaran : RM 50

ISI KANDUNGAN

• Rasional dan Objektif program lawatan Guru-guru SAR & KAFA Daerah Pekan ke Johor.
• Ahli Jawatankuasa program lawatan Guru-guru SAR & KAFA Daerah Pekan ke Johor.
• Tentatif Program lawatan Guru-guru SAR & KAFA Daerah Pekan ke Johor.
• Peruntukan kos program lawatan Guru-guru SAR & KAFA Daerah Pekan ke Johor.
• Penutup.

1. RASIONAL
Program lawatan Guru-guru SAR & KAFA Daerah Pekan ke Johor ini diadakan bagi
memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru-guru SAR & KAFA disamping
mengeratkan hubungan silaturrahim bersama guru-guru dan masyarakat setempat. Program
lawatan ini juga amat penting bagi guru-guru yang ingin mengisi masa lapang dan melihat
keadaan masyarakat setempat bagi menambahkan pengalaman.

2. OBJEKTIF

a) Memberi pendedahan dan pengalaman.


Guru-guru yang mengikuti lawatan ini akan lebih diberikan pendedahan dan pengalaman
sepanjang lawatan ini diadakan.

b) Mengeratkan hubungan silaturrahim.


Program lawatan ini dapat mengeratkan lagi uhkwah sesama guru-guru SAR & Kafa
disamping mengunjungi tempat yang menarik yang berada di Johor.

c) Membentuk sikap bertanggungjawab.


Program lawatan ini juga akan didedahkan dengan nilai tanggungjawab terhadap masa dan
waktu yang diberikan sepanjang lawatan ini. Bertanggungjawab terhadap kebersihan
kawasan persekitaran dan sebagainya.

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM LAWATAN GURU-GURU SAR DAN KAFA


DAERAH PEKAN.

Pengerusi : Ustaz Mohd Nawawi b. Omar


Naib Pengerusi : Ustaz Mohd Iqbal b. Zulkefly
Bendahari : Ustazah Rohimah bt. Abd Rohman
Setiausaha : Ustazah Nur Sabarina bt Nordin
TENTATIF PROGRAM LAWATAN KE JOHOR
HARI / MASA TEMPAT Catatan
11.00-11.30 malam Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan Berkumpul,
bacaan doa oleh ustaz
Mohd Najib b.
Mokhtar.

11.30 malam Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan Bertolak

5.00 pagi Masjid Jamek kota tinggi, Johor. Ketibaan, solat subuh,
(Kota tinggi) sarapan pagi,
persiapan diri.
8.00-10.00 pgi
-Muzium Nelayan Tanjung Balau (kota tinggi)
- Pasir gudang (sarang buaya)

#dibincangkan semula -pantai desaru

#
JOHOR BAHARU
-Bazar karat
-Skyscape komtar jbcc
-Masjid Sultan Abu Bakar
- Zoo Johor

- Kota Iskandar
-forest city waterpark
7.00 mlm Masjid Sultan Ahmad Shah balik
PERUNTUKAN PROGRAM LAWATAN GURU-GURU SAR DAN KAFA DAERAH PEKAN
KE JOHOR

Makanan dan minuman sendiri


Roti dan air mineral disediakan
Kos pengangkutan (bas)
RM 50 x 42 orang = RM 2100

JUMLAH KESELURUHAN =RM 2100

( DUA RIBU SATU RATUS RINGGIT SAHAJA)

PENUTUP
Semoga program lawatan ke Johor ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan
dengan lancar serta mencapai objektif yang telah dirancang demi melahirkan tenaga pendidik yang
berketerampilan, berdisiplin, bertanggungjawab serta diberikan pendedahan dan pengalaman
disamping mengeratkan hubungan silaturrahim. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan lawatan ke Johor ini. Semoga apa
yang dirancang mendapat keberkatan dan keredaan Allah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................... .......................................................
( Nur Sabarina bt Nordin) ( Mohd Nawawi b. Omar )
Setiusaha Lawatan ke Johor Pengerusi Persatuan Kebajikan Guru-guru SAR
Guru-guru SAR dan KAFA dan KAFA Daerah Pekan.
Daerah Pekan.

You might also like