You are on page 1of 13

7.

1 PENGENALANp

Bab ini membincangkan dapatan kajian yang dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu profil
responden, tahap dan pengaruh. Bahagian-bahagian ini disusun berdasarkan profil responden, tahap
(kurikulum, kemudahan, pengajaran, pengetahuan, kemahiran, dan kepuasan) dan pengaruh (kurikulum,
kemudahan pembelajaran dan pengajaran pensyarah terhadap pengetahuan, kemahiran dan kepuasan).
Ujian Regresi digunakan bagi menguji hipotesis-hipotesis dalam kajian ini. Data yang diperoleh telah
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 20.0 Version For Windows.

Kandungan ini membincangkan dapatan kajian yang dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu profil
responden,persoalan pendapat,konfrontasi penggunaan AI dan ChatGPT dan rumusan.

Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005), dapatan kajian bermaksud
sesuatu yang didapati atau diketahui hasilnya daripada kajian,penyelidikan dan penemuan seperti
menyediakan laporan tentang beberapa kajian yang telah dikaji.

Kaedah Dapatan Kajian yang telah digunakan adalah secara Kuantitatif iaitu secara Borang soal selidik
dan rujukan(Internet). Kajian kali ini lebih memfokuskan terhadap respondan di dalam boring soal selidik
yang telah disiarkan secara Google Form. Borang Soal selidik disiarkan di pelbagai platform laman sosial
seperti Whatsapp , Telegram dan sebagainya. Borang soal selidik ini telah disiarkan dengan tujuan
menyoal kefahaman dan kekerapan penggunaan ChatGPT dan Artificial Intelligence di antara pelajar.

7.2 PROFIL RESPONDEN

Dijelaskan lagi bahawa respondan definisi dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat
berdefinisi sebagai orang yg memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yg dikemukakan dan
sebagainya) dlm sesuatu kegiatan kaji selidik: kerja menemu bual memerlukan kemahiran, membuat
penyelidikan.

Sampel kajian ini terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi tempatan tanpa mengira bangsa dan agama
pada peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia Melaka(UTeM). Respondan juga
adalah terdiri daripada pelajar yang memahami Bahasa Melayu atas Borang Soal Selidik yang
menggunakan hanya Bahasa Melayu terhadap setiap soalan yang dinyatakan.
Rajah 7.2.1 : Carta pai bilangan responden mengikut jantina

Melalui Rajah 7.2.1, Soal selidik ini telah dilakukan oleh 130 respondan terdiri daripada pelajar lelaki
seramai 95 orang iaitu 73.1% dan pelajar perempuan seramai 35 orang iaitu 26.9%.

Rajah 7.2.2 : Carta pai bilangan respondan mengikut jenis kaum

Melalui Rajah 7.2.2, terdapat 130 respondan berbilang kaum. Secara majoriti, kaum Melayu terdiri
daripada 104 pelajar iaitu 80%. Manakala sebilangan kecil pelajar terdiri daripada kaum India sebanyak
15 pelajar iaitu 11.5% dan kaum cina terdiri daripada 10 pelajar iaitu 7.7%. Borang Soal Selidik ini jugak
terdapat Kaum Kayan terdiri dengan 1 Pelajar iaitu 0.8%.
Rajah 7.2.3 : Carta pai bilangan responden mengikut Fakulti

Melalui Rajah 7.2.3, Responden terdiri daripada pelbagai fakulti di dalam UTeM yang di senaraikan
seperti jadual 7.2.1 di bawah:

FAKULTI BILANGAN PELAJAR PERATUS (%)


FKE 45 34.4
FTKEE 35 26.7
FTMK 19 14.5
FKM 12 9.2
FTKMP 8 6.1
FPTT 7 5.3
FKP 3 2.3
FKEKK 1 0.8
FKA 1 0.8
Jadual 7.2.1 : Responden bedasarkan Fakulti
Rajah 7.2.4 : Carta pai bilangan responden mengikut tahun belajar

Melalui Rajah 7.2.4, Responden Hampir separuh adalah terdiri daripada Pelajar Tahun 1 dengan 65
pelajar iaitu 49.6% , Tahun 2 dengan 31 pelajar iaitu 23.7%, Tahun 4 dengan 24 pelajar iaitu 18.3% dan
Tahun 3 dengan 11 orang iaitu 8.4%.
7.3 PERSOALAN PENDAPAT

Borang Soal Selidik ini seterusnya menyoal responden terhadap beberapa soalan yang berkaitan
Kekerapan Penggunaan ChatGPT dan Artificial Intelligence di Kalangan Pelajar UTeM. Selain Itu,
respondan juga diberi peluang untuk menjawab secara terbuka tanpa jawapan spesifik terhadap
pendapat tentang ChatGPT dan Artificial Intelligence.

Melalui Kaedah ini, pengkaji mampu membentangkan maklumat yang diperolehi dari kajian terhadap
tahap Kefahaman dan Pendapat mengenai Penggunaan ChatGPT dan Artificial Intelligence di Kalangan
Pelajar UTeM yang dijalankan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam objektif kajian.

Berikut merupakan petunjuk kepada Graf diperolehi dari soalan 1.

Rajah 7.3.1 : Soalan 1 Borang Soal Selidik Rajah 7.3.2 : Petunjuk 1

Merujuk Kepada Rajah 7.3.1 dan 7.3.2, soalan diberi ‘Adakah anda mengenali AI dan ChatGPT?’ Rata-
rata responden yang terdiri dengan pelajar menyatakan bahawa mereka memahami apakah itu AI dan
ChatGPT. Seramai 106 pelajar menyatakan mereka Sangat Tahu atau Tahu apakah itu AI dan ChatGPT
dengan 80.9%. Manakala hanya 25 pelajar menyatakan mereka mengenali secara Biasa atau Tidak Tahu
dengan 19.1%. Tiada respondan menyatakan bahawa mereka Sangat Tidak Tahu apakah itu AI dan
ChatGPT.
Rajah 7.3.3 : Soalan 2 Borang Soal Selidik Rajah 7.3.4 : Petunjuk 2

Merujuk Kepada Rajah 7.3.3 dan 7.3.4, soalan diberi ‘Kekerapan Penggunaan AI dan ChatGPT secara
umum’. Penggunaan secara umum ini dijelaskan sebagai penggunaan tanpa tujuan yang objektif seperti
kerja. Graf menyatakan bahawa majoriti menggunakan secara normal iaitu seramai 42 pelajar dengan
32.1%. Manakala penggunaan secara Kerap dan Sangat Kerap secara kumulatif adalah seramai 53 pelajar
dengan 40.4%. Tiada penggunaan dan Tidak Kerap adalah minoriti secara kumulatif dengan 36 pelajar
iaitu 27.5%

Rajah 7.3.5 : Soalan 3 Borang Soal Selidik Rajah 7.3.4 : Petunjuk 2

Merujuk kepada rajah 7.3.5 dan 7.3.4, soalan diberi ‘Kekerapan Penggunaan AI dan ChatGPT didalam
sebarang tugasan dan peperiksaan’. Graf menyatakan bahawa majoriti pelajar mempunyai penggunaan
yang Normal seramai 44 pelajar dengan 33.6%. Manakala penggunaan secara Kerap dan Sangat Kerap
secara kumulatif adalah seramai 44 pelajar dengan 33.6%. Penggunaan secara Tidak Kerap atau Tidak
Menggunakan secara kumulatif adalah sebanyak 43 pelajar dengan 32.8%. Graf kali ini adalah agak sama
rata antara satu sama lain dan juga hampir sinonim kepada graf di rajah 7.3.3.
Rajah 7.3.6 : Soalan 4 Borang Soal Selidik.

Merujuk kepada Rajah 7.3.6, soalan diberi ‘Ai dan ChatGPT banyak bantu saya dari segi idea atau
jawapan’. Jumlah Penggunaan oleh pelajar dan peratus adalah merujuk jadual 7.3.1 di bawah:

Aktiviti Bilangan Pelajar Peratus (%)


Esei Tugasan 79 61.2
Formula Matematik/Statistik 35 27.1
Formula Kejuruteraan 30 23.3
Rekabentuk IT/ Multimedia 29 22.5
Penyelesaian Isu Semasa 65 50.4
Programming 66 51.2
Jawapan Lain 12 9.3
Jadual 7.3.1 : Responden bedasarkan aktiviti
Rajah 7.3.7 : Soalan 5 Borang Soal Selidik

Merujuk kepada rajah 7.3.7, soalan diberi ‘Adakah anda akan terus menggunakan AI dan ChatGPT pada
masa akan datang?’. Majoriti respondan menyatakan bahawa mereka akan Menggunakannya dengan
bilangan 90 pelajar iaitu 68.7%. Manakala sebahagian mengatkan mereka masih Tidak Pasti dengan
bilangan 33 pelajar iaitu 25.2%. Sebilangan Kecil pula menyatakan mereka Tidak akan menggunakan iaitu
seramai 7 pelajar dengan 5.3%. Hanya 1 pelajar menyatakan terdapat masalah teknikal yang mana tidak
relevan dengan soalan kajian.

Rajah 7.3.8 : Soalan 6 Borang Soal Selidik

Merujuk kepada rajah 7.3.8, soalan diberi ‘Mampukah AI dan ChatGPT memintasi kecerdasan manusia
pada masa hadapan?’ Soalan ini hanya diberi dua jawapan iaitu Ya atau Tidak. Majoritinya, peplajar
memilih Ya dengan bilangan 77 pelajar iaitu 59.2%. Manakala bagi jawapan Tidak, seramai 53 pelajar
dengan 40.8%.
Rajah 7.3.9 : Soalan 7 Borang Soal Selidik

Merujuk kepada rajah 7.3.9, soalan diberi ‘Pada Pendapat anda, adakah Ai dan ChatGPT adalah kawan
atau lawan Pendidikan?’ Soalan ini diadakan secara terbuka kepada pelajar menyatakan pendapat
mereka tetapi masih di skala jawapan di antara ‘Kawan’ atau ‘Lawan’ Pendidikan. Melalui ini, skala
jawapan adalah relevan dengan soalan diberi. Rata-rata pelajar berbelah bahagi di dalam pendapat
kawan atau lawan terhadap AI dan ChatGPT. Pelbagai respon dan jawapan diberi oleh pelajar.
Rajah 7.3.10 : Soalan 8 Borang Soal Selidik

Merujuk kepada Rajah 7.3.10, soalan diberi ‘Pada pendapat anda, adakah AI dan ChatGPT adalah kawan
atau lawan pendidikan’. Seperti soalan di rajah 7.3.9, soalan ini adalah jawapan secara terbuka kepada
pelajar namun secara spesifik supaya jawapan pelajar masih relevan dengan soalan dan kajian. Jawapan
dari para pelajar adalah secara majoriti setuju dan sebahagian memberi asbab mereka bersetuju.
Terdapat juga pelajar menyatakan Tidak Setuju dan sebahagian kecil menyatakan penjelasan kenapa
mereka kurang bersetuju.

7.4 TARAF KEFAHAMAN DAN PENDAPAT

7.4.1 PENGENALAN

Mengenali dengan lebih mendalam terhadap Artificial Intelligence (AI), ChatGPT merupakan teknologi
yang termaju berjaya dihasilkan melalui OpenAI dan secara rasminya dipapar di layar internet pada 30
Novermber 2022. ChatGPT juga telah menjadi hasil perbualan ramai orang (Perlman,2023).Melalui
pemerhatian Borang Soal Selidik seramai 130 orang responden, ramai yang ternyata mengenali AI dan
ChatGPT secara majoriti walaupun hanya dikeluarkan selama setahun. Namun masih terdapat pendapat
yang berbeza di antara para pengguna dan pengkaji di mana, sebahagian mempercayai penggunaan
ChatGPT dan AI ini merupakan langkah pertama zaman kejatuhan pembelajaran tradisional kini yang
diamalkan di sekolah serata dunia. Namun, sebahagian juga mempercayai bahawa ChatGPT dan AI
merupakan kunci kepada revolusi pembelajaran dan juga memberi penambahbaikan kepada hasil
pembelajaran.

OpenAI kini menarik minat pelbagai syarikat-syarikat besar seprti Microsoft yang telah melabur
sebankyak 10 billion USD ke syarikat OpenAI. Ini kerana kebolehan AI dan ChatGPT adalah luas bagi pihak
Microsoft seperti menaik taraf kebolehan carian engine seperti Bing dan menaik taraf produk seperti
Microsoft Office Suit (Verma P.,2022). Kebolehan yang mampu dikecapi oleh AI di dalam peringkat
pengajian tinggi ini berkembang pesat di dalam satu jangka masa yang pendek merupakan daya tarikan
menarik bagi para pengkaji terus mengkaji kebolehan ChatGPT dan AI pada masa akan datang.

7.4.2 KEMUDAHAN AI PADA TARAF PENGAJIAN TINGGI

Disimpulkan oleh olahan sebelum ini, ChatGPT merupakan AI bot yang dapat memberi respon kepada
soalan pengguna melalui maklumat yang diperoleh dari pangkalan data yang besar dan menjana
pelbagai esei, coding , pantun, tips info dan juga mampu menjana lirik lagu (Pasek & Blinkoff,2023). Hasil
tinjaun dari responden jelas menyatakan majoriti menggunakan AI pada tahap normal dalam kehidupan
seharian mereka terhadap penggunaan umum. Sebagai contoh, pengguna Iphone Series kadang kala
menggunakan kemudahan Bot Alexa seprti, “Alexa, how close the mall from my location?” atau “Alexa,
suggest me a present for my friend’s birthday” dan sebagainya.

Melangkah ke taraf penggunaan pada tahap pengajian tinggi, ChatGPT dikenali oleh para pelajar sebagai
penyelesai masalah tugasan atau kerja khusus di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Tinjauan yang dilakukan
oleh kami bahawa seperti mana penggunaan umum pada ChatGPT menjadi Norma di kalangan pelajar,
penggunaan pada sebarang tugasan atau peperiksaan juga adalah di tahap normal secara majoriti dan
masih ramai yang menggunakan secara kerap atau sangat kerap. Di sini jelas menyatakan taraf
kemudahan AI di pengajian tinggi. Kebanyakan Pelajar menggunakan kemudahan AI dan ChatGPT untuk
menjana jawapan seperti tinjauan yang dilakukan seperti programming,Formula,teori dan sebagainya.
Namun, penggunaan ini ditolak oleh ramai pengajar atas kemudahan yang diberi adalah dikategori
sebagai peniruan atau menipu. Atas bantahan ini, pelajar Ivy League telah mengcipta aplikasi yang
menentukan sama ada ayat tersebut dijana oleh ChatGPT diberi nama GPTZero (Bowman 2023). Secara
objektif nya, penghasilan aplikasi ini mampu membanteras penggunaan berleluasa ChatGPT. Akan Tetapi,
jika dilhat dari sudut subjektif, penghasilan ini tidak membanteras penipuan dan peniruan di dalam
tugasan di IPT walaupun tidak menggunakan AI. Sebagai Contoh, laman web seperti Chegg merupakan
laman yang memberi peluang pengguna upload soalan dan jawapan manakala pengguna lain atau sama
juga boleh melihat jawapan beserta soalan tersebut yang boleh diambil sekiranya soalan mereka adalah
sama (Young, 2021). Tidak terlepas juga lawan web seperti StackOverFlow juga yang memberi peluang
kepada programmer merujuk dan meniru coding di laman tersebut. Prinsip ini mungkin tidak sama
seperti meminta ChatGPT menjana coding namun hasil akhir masih dikira sebagai peniruan atau
penipuan oleh pengguna. Oleh itu, persoalan yang besar terhasil di mana apakah peranan IPT dalam
melahirkan persekitaran yang mengutamakan pembelajaran daripada markah? Apakah kita masih
mampu melahirkan sifat Etika dan Integriti di dalam pelajar?
Persoalan terhadap penggunaan ChatGPT dan AI di dalam tinjauan jelas menyatakan bahawa secara
majoritinya rata-rata pelajar akan terus menggunakan ChatGPT dan AI pada masa hadapan. Hal Ini sering
kali dibincangkan oleh para pengkaji seperti Erik Brynjolfsson, beliau menyatakan bahawa meskipun AI
kini telah mencapai kebolehan superhuman, AI akan terus meningkatkan potensi dan kemahiran secara
mendadak pada tahun 2030. Kebolehan AI yang berkembang ini juga berpotensi menjadikan dunia ke
arah yang lebih baik seperti menghapuskan kemiskinan, mengelak potensi penyakit dan memberi dunia
sistem pembelajaran yang jauh lebih baik daripada masa kini. Namun beliau juga menyatakan bahawa AI
di masa hadapan juga boleh disalahgunakan sebagai meningkatkan harta dan kuasa , penciptaan senjata
perang yang bahaya sekaligus meninggalkan orang yang tidak berkemampuan dan menanam
kemunculan perang seterusnya. Dinyatakan sekali lagi persoalan rata-rata pengguna yang ingin
meneruskan penggunaan AI dan ChatGPT adalah bukan “Apa yang akan jadi di masa hadapan” tetapi
“Apa yang kita pilih dalam penggunaan AI di masa hadapan”. Melalui peninjauan bahawa adakah
ChatGPT dan AI mampu memintasi kecerdasan manusia pada masa hadapan, majoriti pelajar bersetuju
bahawa AI mampu memintasi manusia pada masa akan datang. Kajian dari Jurnal 'Artificial Intelligence
Research (AI and Society Track)', para pengkaji menyatakan terdapat 50% peluang AI mengatasi manusia
dalam semua tugasan pada 45 tahun akan datang. Akhir kata dari Erik Brynjolfsson juga, sebagai manusia
yang akan melangkah ke generasi akan datang perlu bekerja keras untuk menyamai kebolehan diri dan AI
dan perkara ini tidak mustahil bagi generasi celik IT kini dalam mengejar kemahiran AI pada masa akan
datang.

Mengkaji Semula tinjauan yang dilakukan, ‘Adakah AI dan ChatGPT merupakan kawan atau lawan
Pendidikan?’ pelajar telah menyatakan pendapat masing-masing dengan variasi tersendiri. Terdapat
pelajar menyatakan bahawa AI dan ChatGPT adalah kawan Pendidikan yang mampu membimbing
pelajar dalam pelajaran tanpa mengira masa dan subjek dengan syarat AI dan ChatGPT hanyalah
digunakan sebagai panduan. Sebahagian juga masih kurang pasti kerana berbelah-bahagi dalam
pendapat AI membantu atau merosakkan pelajar. Malah, terdapat pelajar yang membantah sebagai
kawan kearan meskipun AI dan ChatGPT membantu pelajar, ia tidak membantu objektif asal
Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam Pendidikan seperti memberi Pendidikan berdasarkan sistem
penggal dan berdaya saing yang tinggi. Selaras dengan pernyataan dari John Bruer, bekas Presiden
McDonnell Foundation, pemikiran yang kritis dilihat nilai yang lebih tinggi berbanding penghafalan.
Sekaligus menolak penggunaan ChatGPT yang tidak membantu pelajar dari segi pemikiran yang kritis.
Berikutan dengan penggunaan secara berleluasa di Institusi Pengajian Tinggi Universiti Teknologi
Malaysia Melaka, secara dominan pelajar menyatakan bahawa mereka bersetuju digunakan secara
berleluasa. Melihat dari negatif, respon ini jelas menyatakan pelajar terlampau selesa dengan
kemudahan AI dan ChatGPT di dalam tugasan. Namun dari sudut positif, pelajar akan lebih
berpengalaman mendalami AI dan ChatGPT dan melahirkan potensi menyahut cabaran untuk
memastikan ChatGPT dan AI digunakan secara Efisien dan memupuk ‘Pendidikan Digital’ yang lebih baik
disamping melahirkan pelajar yang lebih baik pada masa akan datang. University of Pennsylvania,
Professor Ethan Molick menyatakan beliau mencipta AI.policy di dalam silibusnya yang mana pelajar di
sana wajib menggunakan ChatGPT dan AI di dalam pelajaran. Beliau juga mengatakan bahawa terdapat
perasaan bercampur-baur dalam meneruskan polisi ini namun, percaya bahawa sebagai pengajar,
mereka seharusnya mengadaptasi dengan teknologi baru dari mengekalkan cara lama. “Kita sebagai
pengajar telah mengajar dunia cara menggunakan kalkulator dan sekarang adalah cabaran baru untuk
mengajar dunia sekali lagi dalam teknologi ChatGPT dan AI” Jelas beliau. Kemahiran AI dan ChatGPT ini
tidak dapat disangkal menjangkau kemahiran manusia namun, para pelajar dan pengajar dipercayai
mampu membawanya ke arah lebih baik di Taraf Pengajian Tinggi pada masa akan datang.

7.5 RUMUSAN

Natijahnya, pandangan terhadap Kekerapan Penggunaan AI dan ChatGPT Dikalangan Pelajar merupakan
subjektif. Bergantung kepada cara penggunaan dan tujuan penggunaan tersebut, AI dan ChatGPT hanya
menjadi satu alat kemudahan bagi pelajar meniru atau menjadi satu sumber rujukan yang membantu
pelajar dalam menyelesaikan tugasan. Namun, pihak Institusi Pengajian Tinggi terutamanya pengajar
tidak seharusnya menolak 100% kehadiran AI dan ChatGPT di kalangan pelajar atau mengharap pelajar
tidak langsung menggunakan teknologi AI dan ChatGPT .Namun sebaliknya, pengajar perlu adaptif
dengan perubahan zaman dan menggunakan kemudahan AI dan ChatGPT untuk memberi
penambahbaikan kepada cara pembelajaran pada taraf pengajian tinggi. Kenyataan dari Adam Steven,
ChatGPT merupakan ancaman kepada pelajaran apabila sistem pembelajaran negara terus
menggunakan konsep mengejar markah dan bukan pengetahuan. Sistem pembelajaran kini yang belajar
hanya untuk mendapat gred di peperiksaan sewajarnya dipertimbangkan semula lebih-lebih lagi apabila
teknik pembelajaran tersebut tidak menyiapkan pelajar untuk kerja di masa hadapan. Oleh itu, dapat
pengkaji simpulkan daripada tinjauan oleh 130 responden ini bahawa Kekerapan Penggunaan AI dan
ChatGPT di antara pelajar Universiti Teknologi Malaysia Melaka adalah secara majoritinya tinggi dan
menjadi norma bagi pelajar disini. Harapan dari pengkaji bahawa pelajar dan pengajar sedar akan
kebaikan dan keburukan bagi penggunaan AI dan ChatGPT, juga mampu memanfaatkan sepenuhnya
teknologi AI dan ChatGPT ini. Masa depan yang diidam dulu kini telah tiba menunggu sambutan dan
yang menyambutnya bakal menjana taraf pendidikan yang lebih baik pada masa hadapan.

You might also like