You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM

SK SRI AMAN
JALAN KAMPONG MELAYU
11500 AIR ITAM
PULAU PINANG

KERTAS KERJA PROGRAM

SUKU-SUKU SEPARUH

CHALLENGE

TARIKH :
14 - 28 September 2020

TEMPAT :
Rumah masing-masing

ANJURAN :
KELAB DOKTOR MUDA
SUKU-SUKU SEPARUH CHALLENGE
TAHUN 2020 ANJURAN KELAB DOKTOR MUDA, SK SRI AMAN.
1.0 PENDAHULUAN

Diet suku-suku separuh adalah mengenai pengambilan makanan yang seimbang yang mengandungi
semua kumpulan makanan (karbohidrat, protein, vitamin dan lemak). Kita perlu mematikan pinggan
sihat mempunyai suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah. Porsi adalah amat
penting dan langkah yang paling utama dalam mengurangkan berat badan agar tidak terlebih
mengambil kalori(tenaga) harian. Kalori(tenaga) yang berlebihan merupakan punca berat badan
bertambah. Penjagaan porsi dalam makanan amat penting supaya kita dapat makan secara
seimbang.

Oleh yang demikian, Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Sri Aman menganjurkan
Program Suku-suku Separuh Challenge untuk memastikan ahli Kelab Doktor Muda diberi
pendedahan tentang diet suku-suku separuh seterusnya dapat mengamalkan pemakanan seimbang
dalam kehidupan seharian.

2.0 NAMA PROGRAM

Suku-Suku Separuh Challenge

3.0 OBJEKTIF

Program ini bertujuan untuk:

3.1 menggalakkan murid menyediakan menu makanan yang berkhasiat dalam kehidupan
seharian.
3.2 meningkatkan kesedaran mengamalkan pemakanan seimbang dalam kalangan murid.
3.3 meningkatkan kreativiti murid dalam menyediakan menu makanan sihat.
3.4 memberi pendedahan kepada murid tentang kebaikan penyediaan makanan sihat.
3.5 memberi peluang murid untuk menggunakan gajet dan teknologi secara sihat semasa
melaksanakan tugasan.

4.0 SASARAN DAN PENYERTAAN

Ahli Kelab Doktor Muda Tahun 4, 5 dan 6


5.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 14 September hingga 16 September 2020


5.2 Masa : Fleksibel
5.3 Tempat : Rumah masing-masing

6.0 TENTATIF PROGRAM

No. Tarikh Aktiviti


1 14 September 2020 Penyerahan contoh template program dan kertas
makluman syarat penyertaan kepada murid
2 14 September hingga 27 Murid mengambil gambar hidangan sarapan pagi, makan
September 2020 tengah hari dan makan malam mengikut kreativiti
3 28 September 2020 Penyerahan hasil karya kepada guru

7.0 AHLI JAWATANKUASA

1. Puan Nur Zurainie binti Mohd Fauzi


2. Puan Noraini binti Othman
3. Encik Mohd Safwan bin Ismail

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Kategori Pemenang Jumlah


1 Tahun 4 Johan RM 15.00 RM 47.25
(1 fail, 1 set geometri, buku nota, pensel dan
pemadam)
Naib Johan RM 10.00
(1 fail, buku nota, pen, pensel pemadam dan
pembaris)
Saguhati RM 4.45 X 5
(bekas pensel, pen, pensel dan pemadam)
2 Tahun 5 Johan RM 15.00 RM 47.25
(1 fail, 1 set geometri, buku nota, pensel dan
pemadam)
Naib Johan RM 10.00
(1 fail, buku nota, pen, pensel pemadam dan
pembaris)
Saguhati RM 4.45 X 5
(bekas pensel, pen, pensel dan pemadam)
3 Tahun 6 Johan RM 15.00 RM 47.25
(1 fail, 1 set geometri, buku nota, pensel dan
pemadam)
Naib Johan RM 10.00
(1 fail, buku nota, pen, pensel pemadam dan
pembaris)
Saguhati RM 4.45 X 5
(bekas pensel, pen, pensel dan pemadam)
JUMLAH KESELURUHAN RM 141.75

9.0 PENUTUP

Program ini akan dapat memberikan manfaat dan pelbagai ilmu baharu kepada murid-murid yang
terlibat terutamanya tentang kepentingan amalan pemakanan seimbang dan peranan mereka
sebagai doktor muda yang bertanggungjawab menyebarkan pengetahuan tentang kesihatan kepada
masyarakat. Semoga program ini mendapat kelulusan dan sokongan daripada pihak sekolah.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

…………………………………. ……………………………………….. ……………………………………


(NUR ZURAINIE MOHD FAUZI) ( HAFIDZAH BINTI HAPEEZ ) ( ISMAIL BIN HAMID )
KETUA UNIT PENOLONG KANAN KOKURIKUKULUM GURU BESAR
KELAB DOKTOR MUDA SK SRI AMAN SK SRI AMAN
SK SRI AMAN

You might also like