You are on page 1of 2

BAHASA MELAYU STANDARD

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU STANDARD (SOALAN 4)

Satu bahan toks klasik atau lama akan dikomukakan dalam soalan ini. Bahan diambil daripada toks
KOMSAS Tingkatan 4 iaitu Kopimpinan Melalui Teladan dan teks KOMSAS Tingkatan 5 laitu Burung
Terbang Dipipiskan Lada.

Berikut ialah tip untuk menukarkan bahasa Molayu Klasik kepada bahasa Melayu Standard.

1. Baca keseluruhan petikan sehingga anda memahaminya.


2. Murid perlu menukar ayat yang diberikan dalam bentuk bahasa Melayu Standard tanpa mengubah
bentuk dan maksudnya.
3. Struktur atau susunan ayat dalam petikan perlulah dikekalkan
4. Semua bahasa istana seperti patik, beta, baginda, hamba, dayang, beradu dan santap perlu
dikekalkan dan tidak boleh diubah kepada bahasa Melayu standard
5. Sila gugurkan kata klasik seperti MAKA, SYAHDAN, AL KISAH, SEBERMULA, ADAPUN,
ARAKIAN, HATTA, KEDATIPUN, KALAKIAN, AKAN, DAN dan PUN (bergantung kepada
petikan)
6. Tukarkan perkataan TATKALA=SEMASA/APABILA, SERAYA=SAMBIL
7. Seandainya ayat dalam bentuk dialog, tanda baca dan ayat dalam bentuk dialog perlu dikekalkan
8. Bilangan ayat mestilah sama dengan petikan soalan
9. Nama watak, tempat dan peralatan tidak boleh diubah
10. Jangan menambah dengan butir-butir atau fakta yang tidak terdapat dalam petikan
11. Murid tidak boleh menambah frasa menarik untuk menjadikan ayat lebih menarik
12. Murid tidak boleh menukar cakap ajuk kepada cakap pindah atau sebaliknya
13. Jawapan mestilah ditulis dalam ayat yang lengkap dan sama seperti dalam petikan asal

Cara menjawab
Gunakan 5 langkah berikut untuk menjawab soalan tersebut:

Langkah 1=Baca keseluruhan petikan.

Langkah 2=Pisahkan ayat mengikut jumlah ayat dalam petikan

Langkah 3=Gugurkan perkataan Klasik,

Langkah 4= kekalkan bahasa istana

Langkah 5=tulis semula ayat tersebut dengan betul

Pesanan.
1. Tulis jawapan tersebut menggunakan ayat lengkap. Jangan tulis jawapan guna ‘point’

2. Ikut cara yang telah diterangkan untuk menjawab soalan tersebut

3. Tulis jawapan dalam buku Latihan BM.


4. Anda tidak perlu menyalin petikan soalan

Atimr/PBMSMKL/PBDR/2021
BAHASA MELAYU STANDARD
Baca ayat Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula ayat tersebut dalam Bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

1. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka.


.........................................................................................................................................................

2. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali.
………………………………………………………………………………………………………………..

3. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan,


…………………………………………………………………………………………………..

4. "Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan patik
sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali."
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..

5. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi.
..............................................................................................................................................................

6. Maka yang Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula;


..............................................................................................................................................................

7. yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan kepada
pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan kepada segala orangnya.
……………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………….

8. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

9. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak.
……………………………………………………………………………………………………....

10. Maka Tun Perak pun datang menghadap.


………………………………………………………………………………………………………

11. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, "Orang ini, ya Tun Perak, mengadu halnya ke
bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

12. Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-
nampar pahanya.
..............................................................................................................................................................

Atimr/PBMSMKL/PBDR/2021

You might also like