You are on page 1of 3

Bismillah,

Terima kasih tuan yang dipertua, kabinet kerajaan, rakan-rakan pembangkang


dan seterusnya ahli-ahli dewan yang berhormat sekalian.

Assalamualaikum, salam sejahtera , salam satu Malaysia dan selamat bersidang

Tuan yang dipertua,

Usul masih tetap sama iaitu perpaduan kaum boleh dikekalkan tanpa
membubarkan sekolah vernakular di negara ini, kami tetap tidak bersetuju
dengan usul yang digagaskan oleh yang amat berbahagia perdana menteri
sebentar tadi.

Memegang mandat selaku pembangkang kedua, saya bertanggung jawab untuk


membidas pihak kerajaan dan mempertahankan pendirian kami terhadap usul
yang hangat dibincangkan.

Berdasarkan hujah menteri kedua, beliau mengaitkan tentang ketidakperluan


untuk mengubarkan sekolah vernakular sedangkan ia tidak bercanggah dengan
perlembagaan persekutuan. Namun, usul yang dibahaskan pada hari ini adalah
perpaduan kaum boleh dikekalkan tanpa membubarkan sekolah vernakular
bukannya tentang akta-akta yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan.
Maka apakah keperluan untuk membuktikan perkara-perkara seperti itu di sidang
ini? Ianya sama sekali tidak relevan dengan usul harini dan buang masa sahaja.

1
Tuan yang dipertua, yang lagi dihormati, pihak pembangkang yakin sekolah
vernakular harus dihapuskan bagi mengekalkan perpaduan kaum majmuk di
malaysia.

Ayuh kita teruskan dengan hujah di meja pembangkang pula . Bagi pengetahuan
sidang dewan sekalian, salah satu kelemahan sekolah vernakular adalah jurang
perkauman yang luas antara murid-murid yang berlainan kaum. Hal ini kerana
mereka tidak dapat beramah mesra dan saling berkenalan sesama mereka sejak
bangku sekolah. layanan yang berbeza dan pilih kasih mungkin diberikan
sekiranya ada etnik lain yang belajar di sekolah yang majoritinya mempunyai
kaum yang lain dan ia akan mendatangkan risiko yang lebih besar jika tidak
dibendung dan dibiarkan berlarutan. Disini saya kongsikan juga pantun 4 kerat.

Tuan puteri dari kayangan,


Senyuman manis seperti madu,
Bermacam-macam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.

Tuan yang dipertua, suka saya ingatkan tentang penubuhan dan konsep sekolah
wawasan yang telah diluluskan dalam kabinet pada tahun 1997. Sekolah
Wawasan merupakan sejenis sekolah integrasi yang menempatkan beberapa
buah sekolah yang berbeza aliran di dalam satu kawasan yang sama. Dalam
konsep ini, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C)
dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) akan ditempatkan dalam satu
kompleks sekolah yang sama. Setiap murid daripada sekolah-sekolah tersebut
akan berkongsi kemudahan dan prasarana sekolah seperti padang, kantin dan
koperasi sekolah yang sama. Antara matlamat sekolah wawasan adalah untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai

2
bangsa dan latar belakang, untuk menggalakkan interaksi yang maksimum
antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah dan sebagainya.

Sidang dewan sekalian, saya tetap berpegang teguh dengan pemansuhan


sekolah vernakular diteruskan untuk digantikan dengan sekolah wawasan bagi
terus mengekalkan perpaduan kaum di malaysia. Dengan pemansuhan sekolah
vernakular ini sedikit sebanyak dapat memberikan layanan yang sama rata di
peringkat sekolah dan murid-murid di sekolah kebangsaan atau wawasan ini
akan berasa lebih terjamin dan dihargai. Kecenderungan untuk melakukan
demonstrasi menuntut hak kesamarataan diantara etnik ini juga tidak akan
berlaku di masa akan datang.

Justeru, secara umumnya, konsep Sekolah Wawasan ialah usaha untuk


melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan
menyatukan pelbagai aliran sekolah di dalam satu sistem pendidikan yang
seragam bagi mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang
sama. Oleh itu, sekolah vernakular adalah tidak diperlukan dan boleh diganti
dengan sekolah wawasan atau pendekatan yang lain bagi mengekalkan
perpaduan kaum majmuk di malaysia.

Tuan yang dipertua, analisis hujah kami cukup-cukup mantap untuk tidak
menerima usul pada hari ini . Justeru kami sekali lagi mencabar pihak kerajaan
untuk membuktikan yang perpaduan kaum boleh dikekalkan tanpa
menghapuskan sekolah vernakular.

Dengan itu, tuan yang dipertua, kami mohon untuk terus membangkang.

Terima kasih.

You might also like