You are on page 1of 7

SGDP2013 (A) STATISTIK DALAM PENDIDIKAN

SEMESTER 2 SESI 2022/2023 (A222)

TUGASAN INDIVIDU 2 (ULASAN VIDEO YOUTUBE)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. MUHAMAD DZAHIR BIN KASA

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK

KHOIRUN NAJAH BINTI ABU HASSAN 291430

SHA’ARI
ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN M/S
1 JENIS STATISTIK .................................................................... 03
2 KEGUNAAN UJIAN ................................................................. 04-05
3 REFLEKSI (APA YANG SAYA PEROLEHI) ......................... 06
4 LAMPIRAN ............................................................................... 07

2
1. JENIS STATISTIK

Berdasarkan video yang telah ditonton, jenis statistik yang dipersembahkan ialah

Anova. Anova adalah singkatan untuk ‘Analysis of Variance’ yang bermaksud Analisis

Varians. Anova merupakan satu analisis data statistik yang terkenal dalam kalangan

pengkaji-pengkaji dalam bidang pendidikan atau bidang sains sosial. Analisis Varians

(Anova) merupakan satu kaedah statistik untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih

kumpulan. Anova merupakan satu statistik inferensi yang mempunyai hipotesis. Data yang

dikaji perlu normal dan mempunyai pembolehubah bersandar serta pembolehubah bebas

untuk menentukan perbezaan kumpulan. Pembolehubah bebas kebiasaannya terdiri daripada

beberapa kumpulan seperti kaum, kelas, jantina dan sebagainya. Terdapat dua jenis model

Anova dalam bidang pendidikan iaitu ‘Anova Sehala’ atau lebih dikenali sebagai ‘One Way’.

Seterusnya, ‘Anova Dua Hala’ atau disebut sebagai ‘Two Way’. Dalam penulisan ini akan

diterangkan dengan lebih lanjut maksud dan fungsi bagi ujian Anova.

3
2. KEGUNAAN STATISTIK
Anova Sehala bertujuan untuk menentukan jika terdapat perbezaan antara dua kumpulan

atau lebih. Anova sehala mempunyai pembolehubah bersandar dan satu kumpulan pembolehubah

bebas. Terdapat dua hipotesis dalam ujian ini iaitu Hipotesis Null (H0) dan Hipotesis Alternatif

(H1). Sebagai contoh, markah ujian statistik sebagai pembolehubah bersandar manakala jantina

murid lelaki dan perempuan sebagai kumpulan pembolehubah bebas. Dalam ujian ini akan

mengkaji kumpulan yang mendominasi markah ujian statistik. Hasil yang akan ditunjukkan

berkemungkinan menunjukkan keputusan yang sama iaitu tiada perbezaan atau jantina lelaki lebih

baik dari jantina perempuan begitu juga sebaliknya. Selain itu, pembolehubah bebas juga boleh

dibahagikan lebih dari dua kumpulan. Contohnya, markah ujian matematik sebagai pembolehubah

bersandar manakala empat kelas yang berbeza mewakili pembolehubah bebas. Pengkaji akan

mengkaji jika terdapat satu di antara empat kelas yang mendominasi ujian matematik atau tiada

perbezaan.

Anova Dua Hala bertujuan untuk mengkaji perbezaan di antara pembolehubah bersandar

dan dua atau lebih kumpulan pembolehubah bebas. Ia dilakukan untuk membandingkan perbezaan

min antara kumpulan yang telah dipisahkan kepada dua pembolehubah bebas yang dipanggil

sebagai faktor. Anova Dua Hala bertujuan untuk memahami jika berlakunya interaksi antara dua

pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar. Sebagai contoh, dengan menggunakan

Anova Dua Hala, pengkaji dapat memahami jika terdapat interaksi antara jantina dan umur pelajar

terhadap markah ujian matematik dalam kalangan pelajar sekolah. Dalam situasi ini, jantina serta

umur pelajar adalah pembolehubah bebas manakala markah ujian matematik mewakili

pembolehubah bersandar. Istilah interaksi dalam Anova Dua Hala memberitahu sama ada terdapat

kesan salah satu pemboleh ubah bebas terhadap pembolehubah bersandar adalah sama untuk

4
semua nilai pembolehubah bebas yang lain. Contohnya, pengkaji akan mengkaji jika kesan jantina

pada markah ujian matematik dipengaruhi oleh umur.

5
3. APA YANG SAYA PEROLEHI DARIPADA VIDEO INI
Berdasarkan video yang telah saya tonton, saya tahu perbezaan di antara kaedah Anova

Sehala dan Anova Dua Hala dan cara menggunakannya. Melalui tontonan ini, saya dapat

menggunakan kaedah ini jika saya ingin menganalisis data dalam kajian yang melibatkan dua atau

lebih pihak. Saya kini tahu cara untuk membezakan pembolehubah bersandar dan juga

pembolehubah bebas di mana pembolehubah bebas dapat terbahagi kepada beberapa jenis dengan

menggunakan kaedah Anova Dua Hala. Berdasarkan video, hipotesis bagi kaedah Anova Sehala

hanya terdiri daripada dua hipotesis tetapi berbeza dengan Anova Dua Hala yang mempunyai enam

hipotesis yang dibahagikan kepada tiga hipotesis null dan tiga hipotesis alternatif. Hal ini demikian

kerana pembolehubah bebas bagi kaedah Anova Dua Hala boleh terdiri daripada pelbagai jenis

hipotesis berbanding dengan Anova Sehala yang hanya melibatkan dua pembolehubah bebas.

Bukan itu sahaja, saya juga dapat membezakan apakah jenis pembolehubah yang sesuai untuk

dilakukan dengan menggunakan kaedah yang berbeza ini.

6
4. LAMPIRAN

https://youtu.be/5rtM2w4tauM

You might also like