You are on page 1of 1

Ruj.

Tuan :
Ruj. Kami :

Tarikh :

IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG


Jalan Cheras, Bandar Kajang,
43000 Kajang,
Selangor.

Tuan,

PERMOHONAN JURULATIH KAWAD KAKI

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pasukan Kadet Polis SMK Bdr Tun Hussein Onn 2 amat
memerlukan tenaga pengajar / jurulatih kawad kaki dari pihak tuan. Latihan kawad kaki ini
akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 24 Jun 2023


Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Tempat : Padang, SMKBTHO2

3. Kami amat berharap sekiranya pihak tuan dapat menyumbangkan khidmat tenaga pengajar
atau jurulatih kawad kaki untuk menambah ilmu guru pembimbing unit beruniform dalam
mendidik murid.

Selain daripada itu pihak sekolah juga ingin memohon tunjuk ajar dalam peraturan atau
perkara yang berkaitan dengan unit beruniform Kor Kadet Polis. Semoga apa yang diberikan
dapat membantu dan memantapkan Pasukan Kadet Polis SMK Bandar Tun Hussein Onn 2,
Cheras.

4. Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

s.k : Fail
PK Kokurikulum
PPD Hulu Langat

You might also like